twenty two


kalau chapter ni mengelirukan dan korang tak ingat, korang boleh baca balik chapter ii sebelum ni hokeh. sebab semua yang chan taip semua ada dekat previous chapter. <<3





*************************

" aku suka kau. "

jungkook terdiam sejenak, dia langsung tidak bergerak walaupun selangkah. anak matanya kaku melihat aku. kami saling bertatapan.

" kau.. "

" JUNGKOOK! "

kami berdua tersentak dengan jeritan daripada si pemanggil, iaitu yugyeom. dari jauh dapat lihat termengah mengah dia berlari mendapatkan kami berdua. kemudian dia merukuk seketika mengambil nafas, matanya terbuntang luas seketika terlihat lutut aku.

" yah parkhan, gwaenchana?! "

" e-eo, terjatuh bas tadi. "

" wae? cepat, aku nak bawak dia pergi bilik rawatan. " gesa jungkook.

yugyeom mengambil nafas, " kau kena pergi kelas sekarang. Baek saem panggil kau sebab song hye tengah meracau sebut nama kau! menakutkan gila weh muka dia! "

" tapi—"

" takpe aku tolong bawak parkhan pergi rawat luka dia. kau kena pergi sekarang, palli! "

jungkook ragu ragu nak lepaskan aku dekat yugyeom tapi aku cepat cepat alihkan pandangan. sebab, aku rasa aku bodoh.

YE LA BODOE APEHAL KAU PERGI KATA KAU SUKA DIA. HEY.

aku tak tahu kenapa hahahahhaha

aku lega lepas bagitahu yang aku suka dia. tapi, guna badan parkhan. sebab, aku tahu aku takkan dapat cakap macam tu kalau aku berwajah kimhan.

mesti, jungkook.. tengah biul.

yugyeom merangkul tangan aku pada leher dia. perlahan lahan dia membawa aku menuju ke bilik kesihatan yang tidak jauh dari situ.

" em kenapa dengan song hye? apa dah jadi? "

" entahlah, tiba tiba meracau macam disampuk dek hantu siamang. " kata yugyeom seraya mencebik bibirnya tanda tidak tahu.

setibanya kami berdua ke dalam bilik kesihatan, lantas lelaki itu mendudukkan aku di bahu katil. sementara dia tergopoh gapah mencari kotak first aid.

dengan bergaya dia melutut seraya mengeluarkan satu per satu ubat untuk membersihkan luka pada lutut aku.

tiba tiba lelaki itu mendongak, " yah. "

" eo? "

" kenapa kau rapat dengan jungkook? "

mata aku terkebil kebil, " kenapa? tak salahkan kalau berkawan dengan dia? "

" gurae. memang tak pernah salah. tapi, ianya boleh jadi salah kalau kau terlalu rapat. sebab ada yang cemburu. "

aku tahan gelak.

" song hye? "

" aku. "

pFT.

aku terkejut macam nak tersembur tapi pakkal je dia depan mata. HARI NI HARI CONFESS SEDUNIA KE?

" b-bwo? hahahaha, aku tak fahamlah gyeom. kau bergurau ke ni? "

" nope. langsung tak gurau. aku jealous bila kau rapat dengan jungkook. aku harap kau faham. " katanya dengan nada yang serius sambil mengemas kotak rawatan tu.

" aku, tak faham. "

" since masuk sekolah ni. aku rapat dengan dia. main bola sama sama. tapi sejak kau masuk, kau pulak rapat dengan dia. sampai dia nak jumpa dengan aku pun dah payah. siang dengan kau, malam pun dengan kau jugak. "

okay okay dekat sini ayat dia sedikit pelik dan menakutkan. entah kenapa bulu roma aku meremang.

" k-kau suka jungkook ke? "

" haah. "

head of bana him.

okay sekejap, kenapa aish. aku tak marah yang dia bukan suka aku tapi ada satu hal yang buat aku takut sekarang ni!

" apa maksud kau, malam pun aku dengan dia? "

suasana jadi suram dan dingin. angin tiba tiba meniup lembut. ya, malam BUKAN park haneul dengan jungkook. tapi kim haneul.

" aku tahu, kau hantu. kan? "

" pFTT BWO? "

" chill, aku pun hantu. sebenarnya, song hye tu tak suka jungkook pun. aku selalu rasuk dia bila aku benci tengok korang berdua bersama. kalau kau perasanlah. tiba tiba aku akan simbah air dekat kau. first, masa hari sebelum pementasan. second, masa majlis hari jadi song hye. "

cepat cepat aku mengundur ke belakang jauh dari dia. TAKOT. ARGHHH. TAKOT.

" s-sebab kau tahu aku akan keluar kalau terkena air?! "

yugyeom tersenyum, "yup. dulu aku pun macam tu. sebab tu aku selalu nak buat kau keluar dari badan parkhan. sebab, bila parkhan yang sebenar dalam badan tu. dia tak suka jungkook rapat dengan dia. "

wEH MEREMANG SYEL.

tapi bila difikirkan balik, betul jugak.

ya. betul.

sebab, mana song hye tahu yang aku tak boleh kena air kan? aduh aduh lutut aku yang sakit kenapa kepala aku yang pening.

" jadi, song hye memang tak pernah suka jungkook? "

" ya, aku rasuk dia sebab dia tu gedik je. mesti orang tak rasa pelik pun kalau dia suka jungkook. guraechi? " yugyeom yang sedang duduk bersila itu menjungkit sebelah keningnya.

seram jiel dia ni. TAKHOD.

" aku perhatikan kau dari awal lagi. dan aku percaya sekarang ni fasa ingatan kau dah kembali. betul? "

" y-ya. aku dah dapat balik ingatan aku. "

" hm, aku tahu kau tak dapat keluar dari badan perempuan tu. dan kau berwajah sebenar pada waktu malam. jadi kau tetap orang yang sama. " katanya lagi.

" macam mana.. kau tahu? "

yugyeom tergelak besar, " aku pun hantu. aku tahu. gurae. sebenarnya, aku memang dah lama nak bagitahu kau yang aku lah yang bunuh kau. "

tubuh aku keras membeku, " b-bwo? "

" kau selalu tunggu jungkook depan tembok. then, aku perasan jungkook selalu perhatikan kau. sampai hari dia tegur kau, aku decide untuk bunuh kau malam tu. " kata lelaki itu tanpa perasaan.

" aku sebarkan berita palsu yang jungkook bercinta dengan song hye. ish ish ish kesian song hye aku selalu gunakan dia. hahaha, " sambungnya lagi.

aku tergelak kecil, " dan, kau nak kata sebenarnya lori gardenia tu motif je? "

" bingo! kau memang lari keluar rumah malam tu, tapi kau tak kena langgar pun. aku bunuh kau dengan kilat sebab tu kau nampak cahaya. kemudian tubuh kau aku letak dekat tengah jalan. "

sebab tu, seoyul kata aku bunuh diri? pemandu lori tu memang tak bersalah.

hahaha.. kematian aku.. langsung tak ada kaitan dengan kena langgar. aku, memang dibunuh.

" jangan kata yang tolak aku tadi dekat bas tu pon kau? "

" yup, aku rasuk song hye. hehe. "

aku cuma terdiam membisu.

psycho gila baebi budak ni.

tangan aku gatal nak ketuk kepala dia guna kotak first aid tu.

" alolooo, janganlah sedih. aku sebenarnya nak bagi kau tertusuk je. tapi tiba tiba kau ditarik langit. " kata yugyeom dengan nada menyakitkan hati.

" kenapa, lee dong wook ahjussi.. cakap punca kematian aku lori gardenia? " perlahan aku bertanya tanpa melihatnya.

" haih, sebab tu lah kau tak diterima langit. kematian kau tak sempurna. kau bukan kena langgar lori. penatlah semua aku yang kena terangkan. "

aku menyeka air mata yang jatuh.

tsktsk. tapi kalau aku tak rasuk badan parkhan. mungkin parkhan pun akan terjun bangunan? iskisk gwaenchana, kematian aku tak sia sia.

" jadi, kau buat semua ni sebab kau suka jungkook.. "

" aku cintakan lelaki tu. ya, aku lelaki. aku rasa kau pun tahu yang jungkook ada sense dengan sesuatu. dia pun.. pernah selamatkan nyawa aku. sebab tu, aku sayang dia. " kata yugyeom tulus.

jungkook tu, sebenarnya dia lah yang pelik dekat sini.

dia manusia biasa, tapi dia ada sense untuk rasa sesuatu yang belum jadi.

aku pun, pernah nampak dia tolong anak makcik tu. dan, dia sendiri pernah kata dia dapat rasa aku mati untuk kali kedua.

" kau cuma hargai dia sebab selamatkan nyawa kau. kau cuma nak lindungi jungkook. tapi kau bukan bermaksud untuk jatuh cinta dengan dia. " seloroh aku kepada yugyeom.

lelaki itu tersentak, " NO! aku sayang jungkook! dah lama aku duduk dalam tubuh budak ni. aku pun.. tak diterima langit. mungkin, aku diarah untuk jaga jungkook. dan KAU! kau tak layak untuk dia ARRASEO? "

" tuih, kau fikir kau siapa? percayalah yang kita akan tetap keluar dari tubuh manusia! kau patut terima hakikat! mungkin kebahagiaan kau tu dah cukup kuat untuk bagi jungkook bebas! "

yugyeom terus berdiri, dia bersikap aneh. tak, menakutkan. dia mencengkam rambutnya dan berkeliaran.

" aku percaya lee dong wook pun kata kau kena bahagiakan cinta pertama kau untuk kekal dalam tubuh tu. dan aku lakukan perkara yang sama. "

apahal jungkook ramai sangat cinta pertama? GILA LA DIA NI.

" gyeom... aku tak tahu kau sebenarnya siapa tapi, aku sendiri tak percaya aku boleh hidup dengan jungkook. sebab tu aku cuba bahagiakan dia dengan orang lain. "

" tipu, kau keluar dengan dia sebagai kimhan KAN?! "

" ya, tapi.. macam kau juga. dapat main bola sama sama dengan dia. aku pun, teringin nak cipta kenangan singkat sebagai kimhan dengan dia. "

aku, luahkan perasaan sebagai parkhan. sebab aku sendiri pengecut untuk bagitahu jungkook yang aku suka dia sebagai kimhan.

hahahahahha complicated lah hantu ni.

" isk.. AKU TAK PEDULI! " yugyeom terus keluar dari bilik kesihatan lepas menjerit macam nak tercabut anak tekak begitu.

haih.

apalah nasib.

aduh lututku pedih. terciduk.

" yah! "

aku mendongak, " hiks, jungkook-ah.. "

lelaki yang bermandi peluh itu langsung menerpa tubuh aku dengan riak wajah yang bimbang.

" kau okay tak? huh? " jungkook membelek seluruh tubuh aku untuk pastikan samada aku luka atau tak.

lalu tangannya naik menyelitkan rambut aku pada celah telinga.

" s-song hye macam mana? "

" dia cuma pengsan je. tapi semua orang tak tahu apa sebabnya. kenapa kau duduk bawah ni? sakit sangat ke? " lelaki itu bertanya lagi.

aku memberanikan diri melihat tepat ke dalam anak mata jungkook.

" aku, nak kau lupakan apa yang aku cakap tadi. mian. " kataku.

" kenapa? "

" eo? "

jungkook tersenyum kemudian menyambung,

" tak salahkan bercinta dengan orang yang sama? "

_________________________________________
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top