twenty five



************************

" jungkook-ah.. saya buat keputusan untuk jujur harini sebab.. saya jatuh cinta dengan awak. "

lelaki itu terpana seketika, dia terdiam sementara mindanya langsung tiada idea selain memikirkan keadaan kimhaneul yang sebenar.

" saya tahu, awak sayang sangat dengan kimhan. tapi, dia dah tak ada. saya cuma tak nak awak tunggu dia. "

jungkook memandang lantai, betul dia memang tak dapat nak lupakan kimhan semudah itu dan menggantikannya dengan orang lain.

" bagus lah kalau kau tahu yang aku sayang dia. mianhae, parkhan. aku.. perlukan masa. "

gadis itu mengetap bibirnya. mungkin dia sedar silap dia sekarang.

meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam bukan sesuatu yang mudah, tapi memang itu yang terpahat dalam hati.

" gwaenchana, saya harap awak jaga diri awak baik baik lepas ni. " park haneul menyentuh bahu jungkook, memujuknya.

setelah itu dia terus melenyapkan diri dari bayangan lelaki itu. meninggalkannya untuk bertenang seketika, menerima apa yang sebenarnya sudah berlaku.

jungkook menyulamkan tangannya seraya memandang langit.

" kimhan ah.. bogosipeo.. "

*************************

dua tahun kemudian.

jungkook berjalan tenang dengan tangannya yang dimasukkan ke dalam poket seluar. earphone masih setia melekat di telinga.

tahun pertama di yonsei university. memasuki alam yang berbeza dengan persekolahan. terlihat bergaya tanpa uniform lagi.

hampir cair gadis gadis di sekeliling yang melihat. ada yang sampai terpelecok sebab fokus sangat tengok jungkook.

tapi lelaki tu? kesian, hatinya sudah tertutup untuk mana mana gadis.

jungkook meletakkan beg hitamnya di kerusi kosong sebelum melabuhkan punggung di sebelahnya. apa yang dia ingin lakukan sekarang hanyalah tidur sebab terlalu penat dengan kerja separuh masa semalam.

lama jugak dia tidur.

sampai satu masa dia dapat 'rasa sesuatu' yang menganggu lenanya. dah lama dia tak ada 'perasaan rasa' yang sebegini setelah pemergian kim haneul dalam hidupnya.

jungkook mengerdipkan bola mata. perlahan lahan mencelik terang.

pandangan yang kabur semakin jelas. keningnya bertaut menilik wajah seseorang yang duduk di hujung baris mejanya.

disebabkan kepala dia terbalik pada meja jadi dia ambil masa untuk kenal pasti wajah sebenar perempuan itu.

" kim.. haneul? " sebutnya perlahan.

cepat cepat dia menegakkan kembali kepalanya. kelopak mata ditenyeh berulang kali.

malangnya kelas sudah tamat.

gadis itu menghilang dari segerompolan orang ramai yang ingin keluar dari bilik kuliah.

" y..yah! chakkaman! kimhan! "

dengan pantas jungkook menarik tali beg miliknya lalu mengejar dari belakang. dia merempuh orang yang sedang terpusu pusu itu namun agak sukar kerana terlalu sesak dan ramai.

apabila sudah keluar matanya meliar.

" kimhan-ah.. "

jantungnya berdegup laju, dia dapat rasa kimhan ada dekat dengan dia sekarang. tapi bayang gadis itu sudah tidak kelihatan lagi.

" tak mungkin tu hantu.. dia kimhan. kim haneul aku.. " ucap jungkook dengan dirinya sendiri perlahan.

tak putus asa, kampus yang sebesar alam tu jungkook redah untuk cari bayang kim haneul yang dia lihat tadi.

walaupun cuma pandangan dari sisi namun masih jelas.

akhirnya jungkook mengambil keputusan untuk menuju ke kedai makan kim. iaitu milik keluarga kimhan. sekarang gerai itu sudah semakin maju dan besar.

lelaki itu cuma memerhati dari jauh. namun tak dapat apa apa petunjuk.

dia masih ralat berfikir.

bawah bibirnya diketap, langkah kaki diorak ke belakang.

jungkook terhenti sesaat melihat apa yang dicarinya ada tepat di hadapan. gadis itu sedang berdiri memandangnya. jantung hampir luruh, perasaan hiba kembali menerkam.

" kimhan-ah.. "

satu per satu langkah diambil mendekati kim haneul. dia langsung mendakap tubuh gadis itu, dengan erat.

" aku rindu kau.. kenapa kau tinggalkan aku. sampai hati kau buat aku macam ni. " jungkook menjatuhkan dagunya pada bahu gadis itu, kedengaran sayup.

" jebal, jangan pergi lagi. "

tubuhnya ditolak kasar. jungkook tersentak ke belakang.

" kau siapa? tiba tiba peluk orang, gatal eh! "

kening jungkook berkerut sesaat dimarahi gadis itu. wajahnya memang sama dengan kimhan. seratus peratus tiada cela.

" aku jungkook.. kau.. tak ingat? "

kimhan berfikir sejenak, namun dia memang tak pernah kenal orang bernama jungkook dalam sejarah hidupnya.

" aku maafkan kau kali ni. mungkin kau silap orang, lepas ni jangan buat lagi. arraseo? "

kimhan yang sedang bercekak pinggang itu terus berlalu pergi meninggalkan jungkook yang termangu sendirian.

suara dia, gaya dia, perangai dia, malah rupa dia memang persis dengan kim haneul.

************************

disebabkan kejadian semalam terlalu mengganggu, jungkook langsung menuju ke cheonan girls high school. iaitu sekolah asal kimhan yang sebenar dahulu.

dah lah tu sekolah perempuan, jungkook terpaksa tebalkan muka pergi pejabat sekolah tu.

habis budak budak perempuan sekolah tu follow dia sebab confuse dengan lelaki tu.

hensem pun hensem, cantik pun cantik.

" ada apa? kamu berminat nak masuk sekolah perempuan ke? maaf tak boleh ya, sila keluar. " kata guru bernama ms. jiwon.

" t..tak! saya nak tahu, ada tak pelajar nama kim haneul dekat sini, i mean.. sejak dua tahun lepas? "

ms. jiwon memandang jungkook atas bawah, mula mula dia tak mahu layan tapi disebabkan jungkook buat muka comel akhirnya wanita itu tergoda.

dia mengeluarkan fail di laci mejanya.

" ada. kim haneul kelas atas. kenapa? "

jungkook bingung, " dia tamatkan sekolah dekat sini? "

" ya, dengan jayanya. kenapa? "

tak puas hati punya pasal, jungkook tarik fail tu. memang betul, kimhan tamatkan sekolah dekat situ. rekod dia lengkap, tak ada kosong.

walaupun sepatutnya rekod dia terhenti sewaktu dia meninggal dunia.

" sekarang kimhan dekat yonsei. pergilah cari dia dekat sana. " kata jiwon memberi maklumat yang jungkook sudah tahu.

" e-eoh.. kamsahamnida. "

*************************

orang kedua yang dia nak pergi jumpa untuk pastikan apa yang ada dalam fikiran dia sekarang ialah park haneul.

ya, gadis tu lah satu satunya kunci semua soalan ni. mereka turut berada di dalam kampus yang sama. jungkook mengajaknya makan siang di kafe.

" eoh, jungkook. wae? " parkhan meletakkan laptop dan bukunya di atas meja sebelum menghenyak punggung di hadapan jungkook.

" aku nak tanya kau sesuatu, tolong jangan bergurau. "

parkhan tertawa halus, " kenapa ni? macam serius je. "

" kau.. ingat kim haneul? "

dahi parkhan bertaut antara satu sama lain. dia bingung namun cuba memerah otak untuk mengenal nama yang barusan disebut.

" kim haneul? tak kenal, nama dia sama macam saya? "

jungkook menyentuh lengan gadis itu.

" yah, jebal. kau kenal dia kan? tolong jangan bersubahat dengan dia, kau tahukan aku sayang dia? "

parkhan melepaskan tangannya seraya tertawa, "kenapa dengan awak ni. saya memang tak kenal kim haneul. okay tenang, dia satu sekolah dengan kita ke? "

jungkook meraup wajahnya, kesal. memang betul, sangkaan dia.

pada semua orang, kim haneul tak pernah meninggal dunia.

gadis itu hidup seperti biasa, atau lebih tepat kelahiran semula yang tidak berubah wajah.

ini mungkin terjadi kerana si pembunuh kimhan iaitu rowoon telah diserap ke dalam lorong gelap. jadi kuasanya turut ditelan, kimhan kembali terselamat. namun ingatannya terhapus, begitu juga semua orang. ia kembali sedia kala.

" tapi kenapa, cuma ingatan aku yang tak dipadam? " ujar jungkook sendirian penuh perasaan hiba.

" jungkook, awak okay tak ni? "

bimbang parkhan dibuatnya. dia menyentuh bahu jungkook perlahan lahan, memujuk lelaki itu agar bertenang.

" mianhae parkhan. "

**************************

lelaki itu dengan lagak tenang meletakkan bukunya di atas meja tepat sebelah tempat duduk kimhan.

gadis itu melihat dia dengan riak takut, tak pasal pasal kena label lelaki gatal.

" kenapa duduk sini? "

jungkook melihat dia, " bwo? ada nama kau ke dekat sini? "

" kau suka aku eh? sebab tu kau ikut aku kan? " kimhan menggerak gerakkan jari telunjuknya ke arah jungkook.

selamba lelaki tu menggenggam jari telunjuk kimhan. tersentak gadis itu dibuatnya.

" haah, kenapa? tak boleh? "

cepat cepat kimhan tarik semula jari dia kemudian memandang ke depan. betullah lelaki tu dah gila.

jungkook tersenyum dalam diam, dia cuba untuk ikut rentak kimhan dan ingin lupakan apa yang berlaku. dia cuma nak kimhan kembali, dan itu sudah cukup baik walaupun kimhan tidak mengenalinya.

tiba tiba ada seseorang melabuhkan punggung di hadapan baris meja mereka berdua. lelaki itu bingung sejenak.

" parkhan? apa kau buat dekat sini? "

gadis itu menoleh ke belakang, " belajarlah. takkan main masak masak pulak? "

" kenapa aku tak tahu kita satu kelas? "

" dah kalau hari pertama awak dipenuhi dengan tidur, macam mana nak nampak saya? " ujarnya membuatkan jungkook terdiam.

parkhan melihat gadis di sebelah jungkook, dia tersenyum lebar seraya menghulur tangan.

" annyeong, ini ke kim haneul yang disebut sebut jungkook tu? pangawoyo, nama kita sama! saya park haneul. panggil parkhan. "

kimhan terpinga pinga. lambat lambat dia menyambut salam yang dihulur.

" eoh, kim haneul.. imnida. pangawoyo. "

cuma jungkook je yang terasa suasana tu pelik. walaupun pada mereka benda tu biasa je.

mungkin ini pertama kali dia lihat kimhan dan parkhan dalam kehidupan sebenar bersemuka. bukan lagi dalam satu tubuh yang sama.

" baiklah, siapkan assignment, submit selewatnya 3 minggu terakhir. class dismiss, "

parkhan menoleh ke belakang, " saya satu kumpulan dengan korang tau. tapi lagi sorang kita nak ambik siapa? "

kimhan masih blur blur ayam. tiba tiba dia termasuk sekali dalam kumpulan jungkook dengan perempuan sama nama tu.

" saya, lagi sorang tu saya akan masuk. " kata seorang lelaki yang baru muncul.

lelaki yang agak berupa mewah. gayanya terlihat boyfriend material sungguh. mampu mencairkan gadis gadis.

" eunwoo-ah! lambatnya! " kimhan menampar manja lengan lelaki yang sedang berdiri dekat meja mereka itu.

dia menerkup pipi gadis itu seraya tersenyum manis.

" mianhae, saya ada kerja sikit tadi. "

kimhan tersengih. dia kembali melihat jungkook dan parkhan yang masih bingung dengan suasana itu. tertanya tanya.

dalam masa yang sama, hati jungkook rasa terbakar melihat kemesraan mereka berdua.

" oh ya, perkenalkan. cha eunwoo, my boyfriend. "

________________________________________
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top