twenty
*********************
aku rasa aku takut dengan diri aku sendiri.
lepas aku jumpa dengan jungkook tadi aku terus balik rumah senyap senyap tanpa pengetahuan semua orang. aku risau mereka nampak kim haneul sekarang ni.
apa yang aku paling tak boleh fikir, kenapa aku tak keluar dari badan parkhan even terkena air?! TELL ME WHAT KIND OF THIS SITUATION WAHAI PAKCIK DONG WOOK.
no no, yang lebih penting sekarang ni nasib baik jungkook tak sempat nampak muka aku berubah jadi kim haneul tadi. boleh pulekkk mamat tu ada dekat situ tadi hAih. stembet sungguh.
sekarang ni tepat jam 11 malam. aku duduk sambil memeluk kedua belah lutut di atas tilam yang empuk. fikiran aku bercelaru.
" jebal? aku batalkan bercinta seminggu. aku tak nak tengok kau lagi, jangan sesekali kenal aku. sampai bila bila, aku tak akan kenal kau lagi. jaga diri. "
" aku.. kasar sangat ke dengan jungkook tadi? yAISH!" rambut dikusutkan seraya terguling guling macam tenggiling.
siling yang tidak bernyawa aku pandang kosong, nafas dihela perlahan. tiba tiba raut wajah jungkook yang sedih tu terngiang ngiang dalam kepala.
aku, memang jahat.
hahahahhahahahaha mana ada hantu baik shyton.
tapi, tak semua hantu jahat. aku jela kot.
sebab, lukakan hati dia.
mianhae, jungkook-ah.
*************************
kepala aku tersengguk sengguk mencari bayang jungkook. kamus yang tebal tu aku naikkan setinggi yang mungkin menutupi sebahagian muka.
mana jungkook?
kejap, jangan salah faham. aku cari dia bukan sebab nak jumpa. tapi aku nak mengelak HUWA TAKHODDDD.
even sekarang aku berwajah park haneul. tapi tapi tapi tapi tapi..
aku masih serba salah sebab kasar dengan dia semalam. iyelah, aku cuma taknak dia jumpa dengan 'aku' sebagai kimhan!
dah lah dia terang lagi bersuluh suka dekat 'aku' sebagai kimhan tu!
buatnya dia tahu aku hantu? tak ke meninggal kali kedua aku?
okay lorong ni clear. MARI KITA.
dengan tenang aku berjalan melewati beberapa kelas. ya ya jungkook tak ada hakhak.
dan, ketenangan aku tu tak bertahan lama.
sebelah tali beg aku tertarik dari belakang sehingga menyebabkan tubuh aku turut berputar mengikut arahnya.
ARGHHHHHHHHHH
tepat, wajah jungkook di hadapan aku. dia tertunduk sedikit tanpa riak serba salah setelah menarik aku dengan cara sebegitu. KAU FIKIR NI SCENE EXTRAORDINARY YOU KE HA.
perit liur ditelan kuat.
dug dug. jantung parkhan berdetak laju.
" b-bwo? "
" kau pergi mana? lama aku cari. " jawab jungkook tenang.
aku acah acah betulkan baju, " errr, aku dari kantin. "
" kau tengah mengelak dari aku ke? " soalnya lagi.
NAMPAK SANGAT KE. hmm.
" m-mana ada! "
" gurae? arraseo. " jawab jungkook kemudian berjalan dengan lagak biasanya melewati aku. tidak lupa kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
mata aku terkebil kebil bingung. aPehal dia nampak pelik harini. WHY WHY WHY.
selangkah demi selangkah aku mengekori jungkook sehingga tepat berada di sebelahnya.
" yah, kau okay ke? "
" eung? "
bawah bibir diketap, " b-bwo.. geunyang~ kau nampak pelik semacam je harini? m-majlis song hye semalam membosankan ke? "
" mana kau tahu aku pergi majlis dia? "
AMBEK KAU.
haih kenapalah anda sungguh bebal wahai kimhan. anda sepatutnya mengunci mulut anda lalu dibuang kunci tersebut ke dalam tong sampah.
" aku tak nampak kau pun semalam. " sambung jungkook lagi.
" arr err aku pergi tapi lepastu aku balik. ada hal. ha, masa nak balik tu aku ternampak kau lalu arah yang sama. tapi aku dalam bas masatu so tak sempat nak lambai lambai. "
pandai kau menipu sekarang hantu.
jungkook mengangguk perlahan, " arraseo. "
WEH KAU TAK JAWAB EK SOKLAN AKU HMP.
aku pun siku perut dia, pelan je jangan risau.
" kenapa kau broken semacam ni? buruk seh. " aku bertanya even aku dah tahu jawapannya cuma aku nak kepastian.
kami tiba di perpustakaan, jungkook melabuhkan punggungnya dengan riak wajah yang sama.
" molla. alang alang kau dah tanya, aku nak tunjuk dekat kau sesuatu. " kata jungkook seraya mengeluarkan sesuatu dari dalam beg.
" eo? apatu apatu? "
teruja teroks sis.
sebuah dompet kecil berwarna biru. dia tolak ke arah aku.
tiba tiba jantung aku berdegup laju. semakin laju dan nafas aku jadi tak tentu arah. kenapa aku rasa pening lepas tengok dompet ni?
" cuba kau tengok. "
lambat lambat aku menurut. dompet kecil itu aku buka perlahan, ada sekeping gambar jungkook.
tak itu tak menjadi tanda tanya WEH..
ada.. kad identiti.. k-kim h-haneul..
AKU.. KAD IDENTITI AKU?
" sebenarnya, aku memang kenal kim haneul tu. ingat tak aku pernah cerita dekat kau yang aku selalu nampak dia dekat tembok depan sekolah kita tu? " kata jungkook.
aku masih diam dengan perasaan terkejut.
" masa tu dia tertinggal dompet dia. jadi aku ambil, niat aku nak pulangkan esok hari tapi dia langsung tak pernah datang lagi. "
kepala aku sakit.
sakit gila.. berdenyut lain macam. mata aku terpejam sendiri. bunyi siren nyaring yang kuat memintas.
" ahjussi shakalaka bagi sekerim perisa coklat tambah kasih sayang satu ehek. "
" ahjussi, saya nak aiskrim yang sama macam dia. cuma," jungkook memandang ke arah aku.
" kasih sayang tu aku nak daripada kau, boleh? "
kenapa, aku.. dapat memori tu semula?! kenapa aku dapat gambaran jelas apa yang berlaku sebelum ni?
rambut dikusutkan, sakit.
" y-yah.. park han.. kau okay tak? "
memori aku dah dipadam sebelum aku turun semula dari langit.
tak mungkin...
tangan aku menggeletar. aku cuba mendongak melihat sepenuhnya wajah bimbang jungkook selepas melihat aku bertindak pelik.
aku..
aku dah ingat dia.
jeon jungkook. lelaki yang aku minat sejak tahun 3. walaupun tak sama sekolah, aku akan tetap usha dia setiap hari. malam tu, aku fikir dia bercinta dengan seseorang. aku patah hati, tak hairan kenapa bilik aku bersepah. itu sebab, aku kecewa sangat malam tu sebelum aku disahkan mati kena langgar lori gardenia.
ya, itulah yang berlaku.
aku, dah ingat sepenuhnya setiap bait dan detik aku dekat dunia ni.
" kau okay tak? muka kau pucat, nak pergi bilik kesihatan ke? sini biar aku bawak. " jungkook cuba meraih pergelangan tangan aku.
namun aku tepis kuat.
" hajima.. " aku bersuara.
tangan aku tekap pada dada. jantung aku berdegup dua kali lebih kuat. rasa ada sesuatu yang mengalir dalam badan aku. mencairkan sesuatu yang dah lama beku.
" mian. aku serius mintak maaf kalau aku buat kau tersinggung sebab baru bagitahu kau tentang kim haneul walaupun sebelum ni kau pernah tanya. aku cuma nak jumpa dia sendiri. "
tak. aku, langsung tak kisah tentang perkara tu.
tapi, kenapa.. aku dapat balik ingatan aku. itu apa yang mengganggu aku sekarang. kenapa aku kena ingat balik kisah silam aku dengan kau.
" aku pergi dulu. " pantas aku keluar dari tempat itu.
" yah park haneul! "
**************************
dah 4 jam jugak aku duduk dekat sini. sejak dari balik sekolah tadi.
langit pun dah berubah gelap. wajah aku pun turut berubah seperti biasa. hmm.
aku tak tahu lah, tapi aku rasa ada yang tak kena dengan diri aku sejak aku tengok dompet tu tadi.
aku ingat, semuanya.
mustahil.
lepas dari aku jumpa jungkook dekat kedai aiskrim masatu, aku terus pergi jumpa seoyul dekat stesen bas. kitaorang macam tenuk cari dompet tu.
rupanya, jungkook yang ambik.
HUWA BUNOWH JE LA AQUE.
kepala yang dari tadi aku sandar beralaskan lengan perlahan lahan aku angkat semula.
" MAKCIK KAU! "
terkejut aku bila wajah ahjussi dong wook muncul. selamba je dia duduk depan aku sambil tulis sesuatu dekat buku nota kecil dia.
" y-yah, apa ahjussi buat dekat sini? terkejut saya tau. "
" saja. " katanya.
" tapi orang lain tak nampak ahjussi macam saya nampak ke? "
lelaki itu menggeleng, " manusia tak boleh nampak. kamu nampak saya sebab kamu cuma separuh manusia. "
oHHH. tak pelik tak pelik.
" oH YA! kenapa saya dapat ingatan saya semula?! EOTTHOKE? macam mana semua ni boleh berlaku?! benda ni berlaku dekat hantu yang lain jugak ke?! "
lee dong wook ahjussi menggeleng perlahan seraya memasukkan buku nota kematian ke dalam poket jubah hitamnya.
" kamu satu satunya yang dapat semula ingatan kamu. kenapa kamu tak suka hm? " suara garaunya kedengaran.
aku mencebik, " saya tak suka. saya lebih rela jadi hantu yang tak ingat apa apa. ada sesuatu yang tak kena dengan jantung saya. tolong saya ahjussi... padam semula ingatan saya, jebal. "
" kenapa? "
aku memandang bawah. ragu ragu nak luahkan.
" sebab, saya.. tak sanggup nak terima yang sebenarnya saya suka jungkook. perasaan dan ingatan tu kembali lagi. susah saya nak bahagiakan dia kalau saya ada perasaan ni. saya kena buat jungkook berjodoh dengan orang lain. tapi, kalau saya sendiri tak sanggup, macam mana? " nada aku penuh sendu.
" kamu tak faham apa kebahagiaan sebenar jungkook. " kata kata ahjussi dong wook buatkan aku terkebil kebil.
" tak. saya tak boleh buat dia bahagia dengan kim haneul ataupun saya sendiri. memanglah saya dengan dia akan bahagia sampai tak ingat dunia tapi saya tak sanggup nak buat dia terima yang saya akan tinggalkan dia jugak satu hari nanti. saya cuma.. nak kebahagiaan yang kekal untuk jungkook. "
aku tak dapat bayang aku bagitahu jungkook yang aku akan kembali ke langit semula.
tinggalkan dia.
jauh dari sini. alam yang berbeza.
tiba tiba lelaki separuh abad itu bangun.
" saya percaya dengan kamu, kim haneul. ada sesuatu yang kamu tak tahu tapi kamu akan tahu juga nanti. sekejap lagi kamu akan dapat masalah. semoga berjaya. " kemudian dia terus menghilang seperti debu.
" AHJUSSI! YAH AHJUSSI! "
tiba tiba ada beberapa orang mengerumuni aku. mereka bercakap sesama sendiri kemudian dua orang lelaki memegang kedua belah tangan aku.
" yah! lepaslah! "
" saya akan bawa kamu ke balai polis. kamu sakit jiwa kan? dari tadi saya perhati kamu cakap sensorang. "
" ANDWAE!!!! "
************************
sekarang ni.
apa aku buat dekat balai polis. GILA BETUL MASYARAKAT DI SEKELILING AKU NI.
" berapa kali saya kata saya tak gila! "
" kalau macam tu bagi lah kad pengenalan kamu. ataupun alamat rumah kamu, biar kami panggil mak bapak kamu untuk lepaskan kamu dari dakwaan. " kata polis tua tu.
haih.
kad pengenalan~. dah lah benda alah tu dekat jungkook.
lagi satu, kalau dorang check dalam sistem.
kim haneul, meninggal pada usia 18 tahun. maka polis polis tu pun akan ketawa sendu melihat bahawa di hadapan mereka adalah seketul hantu.
kalau panggil eomma dengan appa? hah, lagilah bawak maut. ada aku kena seret pergi jumpa bomoh pulak.
aish serabut!
" kalau kamu tak ada wakil, kami akan bawa kamu ke hospital sakit jiwa sekarang juga. " kata mereka membulatkan bola mata aku.
" a-ada. sekejap.. "
aku melihat skrin telefon. cuma ada contact taehyung, jimin dengan jungkook.
sekarang, rupa aku kim haneul. kalau aku telefon tae atau jimin. lain pulak ceritanya. dorang bukan kenal aku pun. hm.
aduh idea plis idea. otak cepatlah berfungsi!
takkan nak telefon jungkook? dah lah aku beria kata kat dia jangan sesekali kenal aku lah bagai.
pastu nak mintak tolong? eeee serabainya anda kimhan '((
" dah ikut kami sekarang. "
" OKAY OKAY KEJAP SAYA TELEFON. "
tit tit
" j-jungkook.. boleh tak.. datang sini.. huwaaaa takoddddd! "
aku terduduk sopan.
semua orang dekat balai ni pandang aku lain macam. haih berapa kali entah nak kata aku tak sakit jiwa.
memanglah muka aku ni nampak macam tengah sakit jiwa, tapi kalau ye pon haih.
selang beberapa minit kemudian.
pintu balai dikuak kasar, muncul seorang figura yang tubuhnya bermandi peluh. dadanya pula berombak kencang, nafas tercungap cungap.
bola mata aku membulat luas. tubuh aku kaku beku. jantung pulak macam nak gugur apabila lelaki itu mendakap tubuh aku kuat dan erat. semacam kehangatan yang dia ada menyelubungi segala kedinginan yang aku alami.
belakang rambut aku disentuhnya lembut.
" gwenchana? ada luka dekat mana mana tak? " soalnya dengan nada suara yang disulami kebimbangan.
perit liur aku telan seraya menggeleng dungu.
" em maaf, kamu siapa? " tanya si polis tua.
" saya," jungkook melihat ke arah aku sekilas sebelum menyambung dengan senyuman nipis dibibirnya, "—teman lelaki dia. "
__________________________________________
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top