thirty
♡ ; sorry tak menyempat nak apdet, konflik sebenar dah nak start ehee lepas tu habis dah ghost ><
**********************
mereka berdua duduk berhampiran air sungai yang tenang ditemani langit gelap. tak tahu kenapa tapi kimhan segan gila lepas kejadian tadi, ayat jungkook pun buat dia tak tentu arah sekejap. gila betul.
" kau dah okay? mana kau nampak?" soal jungkook.
" em, aku jalan dengan seoyul, lepas tu nampak eunwoo keluar dengan perempuan lain." ujar kimhan dengan nada serak basah akibat menangis tadi.
" mungkin kawan?"
" aku serang dia."
mata jungkook terkebil kebil, " apa jadi?"
" mula mula aku tanya siapa perempuan tu, lepas tu eunwoo cuba nak tarik lengan aku bawak pergi tempat lain sebab dia malu aku jerit. aku lawan lah balik en, minah tu pun pandang aku pelik semacam je atas bawah." kata kimhan semangat bercerita, lelaki itu hanya mengangguk angguk.
" lepastu aku marahlah kalau tak buat salah kenapa nak macam ni, kau tahu tak dia marah aku balik? dia suruh aku balik dan akan jelaskan nanti. ttuiihhh! kau selalu an nampak dia jealous? time aku tak boleh pulak huh." sambung gadis itu penuh emosi.
" sebab tu kau datang dekat aku?" ujar jungkook apabila dia terasa yang dia cuma tempat luahan dan bukan sesiapa bagi kimhan.
" t..tak. aku tak sengaja terserempak serius.. aku sedih sangat tadi. mian.. aku tak expect aku emosi sangat sampai macam tu. sebab aku dah kenal eunwoo lama. so yeah.."
jungkook mengecilkan bibirnya, tak apalah kalau tak dapat jaga kimhan, dapat bantu dia macam ni pun dah kira okay lah kan. apa yang penting tak jatuh je.
" eunwoo ada buat perangai pelik ke lately?" soal jungkook.
kimhan cuba memikir, " dia selalu mengelak kalau aku ajak minum atau keluar. tak pun kalau kitaorang keluar dia mesti lewat and tak on time."
" pelik..."
**************************
aku menyeka air mata yang sibuk dekat kulit muka sambil menggeledah bilik sendiri. lepas perangkap jungkook tadi aku percaya memang ada sesuatu yang tak kena.
ya aku perangkap.
gila, takkan aku nak menangis semata sebab eunwoo yang aku memang dah agak kinda sus sejak dari dia asyik mengelak? hell nah, aku bukan budak perempuan sendu sangat yang menuntut.
tapi, aku cuma nak pastikan yang jungkook bebetul ikhlas masa dia cakap ada perasaan dekat aku. maksudnya selamani apa yang aku dengar dari mulut dia memang tak salah.
aku tak kira, aku curious jugak!
aku masih sibuk menyelak belakang poster, rak, atas permukaan meja dan laci. tapi ada satu laci terakhir di bawah hujung ni membuatkan bola mata mengecil seketika. nak tak nak aku duduk bersila seraya mengeluarkan album bergambar yang agak lusuh dan kotor tersebut.
" tak pernah nampak pun?"
aku mula menyelak satu per satu, terdapat gambar lama yang di dalamnya ada seorang lelaki tua yang menyerupai appa, serta seorang budak lelaki kecil disebelahnya.
" appa??"
aku baru teringat, aku tak pernah tahu rupa ayah aku masa kecil. maksudnya sebelah dia ni.. atok aku? kimharabeoji?
tidak membuang masa aku pun menyelak lebih banyak, niatnya nak cari tahu pasal jungkook. tapi bila dah terjumpa benda ni terus tak jadi. apa yang buat bulu roma aku naik meremang, hanya itu sahaja gambar manusia dalam album ni.
yang lain cuma.. gambar gambar peralatan antik yang pelik, bangunan lama, permandangan yang suram.
" apa benda ni sebenarnya?"
aku masih sibuk menyelak sehingga lah aku terjumpa LAGI SATU kepingan gambar yang berisi manusia di dalamnya. ada kimharabeoji dan seorang lelaki seusianya ketika itu, bukan appa aku sebab muka mereka lain dan terlihat dewasa sama sepertinya.
tiba tiba.. aku dapat rasa serangan yang tepat pada jantung. dia berdetak lagi, sama seperti kejadian kejadian sebelum ni.
satu tangan naik mencengkam dada. aku cuba menahan perit.
" kim haneul!"
" e-eoh! appa.."
" siapa benarkan kamu tengok album ni?!" lelaki separa abad itu merampas album dari tangan, appa yang tak pernah menengking selama aku hidup tiba tiba meninggi suara sebegitu rupa sehingga membuatkan eomma pun datang menjengah.
" wae yeobo?!"
" han.. just nak tengok je.."
" jangan sentuh barang appa, arraseo?!" dia pergi dengan riak wajah bengis dan marah. eomma cuba memujuk lalu mengekori lelaki itu sekaligus menenangkannya.
aku tak faham..
kenapa nak kena marah? apa sebenarnya yang berlaku?
**************************
aku mengetuk kepala untuk kesekian kalinya.
kenapa aku macam pernah tengok eh, lelaki sebelah kimharabeoji tadi? kalau dia ada sekarang mesti dia dah jadi seorang atok. tapi, kenapa aku nak kenal dia sedangkan kimharabeoji sendiri pun aku tak sempat jumpa?
" pelik..."
okay kita lupakan pasal kejadian dekat rumah tadi.
sekarang, aku betul betul depan sekolah jungkook. tanpa berlengah kaki terus masuk untuk melihat sekeliling, walaupun ini kali pertama aku datang sini tapi aku tak tahu kenapa aku rasa aura yang dekat sangat.
selain dari tu, aku confuse kenapa aku tahu dekat mana library, dewan besar, kelas dengan kantin sekolah ni sedangkan ini first time.
" kenapa semua benda ni nampak familiar?" ujar aku sendirian masa duduk dekat dalam satu kelas kosong.
tak tipu, aku rasa macam bersekolah dekat sini dan bukan sekolah perempuan tu. jiwa aku macam tercicir dekat sini. walaupun aku faham kalau tak ada orang nak percaya situasi aku mahupun seoyul, tapi aku serius nak bongkar kenapa semua benda ni jadi dekat aku.
lagi lagi selepas jumpa kookjung si kerek.
" wait.. kookjung?" aku menahan bibir sendiri.
kenapa aku panggil jungkook dengan panggilan rapat macam dah kenal lama gitu?
uRGGGGGH GILA.
aku tak tahu jawapannya apa.
tapi still, ini memang betul betul menyakitkan otak dan jantung.
bila aku tiba di gelanggang, kaki terhenti dengan sendirinya. aku jadi panik bila ternampak bayang figura seorang lelaki yang serupa jungkook sedang bermain bola keranjang. tiba tiba ada seorang budak perempuan yang berlari bagai orang gila lalu menyerang dia.
dan budak perempuan tu.. aku.
***************************
seharian jungkook cari kimhan dekat mana mana pun pelusuk. tapi masih tak jumpa, dia ada sesuatu nak bagitahu dan dia kena bagitahu si kimhan tu segera. maklum lah harini dorang tak ada kuliah yang sama jadi dua dua terpisah buat hal sendiri.
langkah lari jungkook perlahan lahan terhenti apabila kim haneul sedang berdiri tegak dihadapannya. ya, memandang jungkook statik.
tapi jungkook buat tak endah lalu menarik pergelangan tangan gadis itu dan dibawa pergi.
" kimhan, ikut aku."
" e-eoh?!"
tak ada penjelasan.
jungkook bawak budak perempuan tu pergi ke suatu tempat, tempat yang boleh jawab teka teki kimhan dan itu hasil yang dia usahakan harini supaya gadis tu tak sendu lagi dah.
mula mula kimhan memang tak faham. ye lah dorang kena menyorok pulak tu.
" apa kita buat sebenarnya? aku ada benda lain ni nak cakap dengan kau--" kata kimhan tapi dipotong oleh jungkook.
" tu tu. eunwoo, boyfriend kau. dia kerja dekat sana, thats why selalu tak ada masa untuk kau. ha itu betulkan budak perempuan yang kau nampak masatu dengan dia?" kata jungkook sungguh sungguh. disebabkan mata kimhan fokus dekat jungkook tak nak toleh apa yang dia tunjuk, jungkook pun tarik dagu kimhan ke hadapan.
" tuuu!"
" eung, maja." jawab kimhan dengan nada malas dan kembali memandang jungkook.
" haaa, betullah! kau jangan fikir macam macam. itu kawan sekerja je. mungkin eunwoo segan nak bagitahu kau selama ni dan tak nak kau salah faham. biasalah pengorbanan lelaki." kata jungkook ingin menyelesaikan masalah mereka berdua.
" kenapa kau fikirkan sangat pasal aku?" soal kimhan.
" huh? eohh.. ahhh.. ha lagipun kau luahkan masalah untuk dapatkan bantuan kan? so aku cuma tolong je." kata lelaki itu supaya tak tertangkap yang dia tak nak kimhan terluka dan sedih.
" ye lah kalau tak fikir pasal korang berdua nak fikir pasal siapa?" sambung jungkook.
" pasal kita." jawab kimhan.
" huh?"
" aku pun.. rindukan kau." tiba tiba mata kimhan berkaca tetapi tidak jelas untuk jungkook faham situasi sekarang. topik beralih 360 darjah berbeza.
tatapan kimhan sekarang pun, dah sama macam dulu.
tapi mustahil...
" huh...?" jungkook berdengus pelik.
kemudian kimhan tidak menghiraukan apa yang jungkook fikirkan lagi dengan tenang mendekat selangkah lalu melekapkan bibir mereka sehingga bertemu.
_________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top