thirteen



************************

aku ikut jungkook tergesa gesa bawak parkhan pergi hospital. gaya dia tu risau namati. kami sekarang dalam teksi. aku duduk depan sambil tengok dorang dekat belakang.

aku, aku tak jeles lah weh. hiks, aku aku aku sendu je. tapi tapi tapi ahhhhhhh aku dah kenapa?

" bertahan jap, kau akan okay eung. " lembut tangannya mengusap lengan parkhan yang sedang terbaring di dalam dakapan lelaki itu.

" jungkook, jangan rindu aku. " ucap aku perlahan.

puih siapa je nak rindu kau.

perlahan lahan parkhan bergerak, dia kesejukan sebab kena lecak oleh kereta jahanam yang merosakkan suasana aku tadi. haih, sikit lagi aku nak bagitahu perkara sebenar supaya jungkook tak salah faham.

aRghHrghr! patut ke aku menghantui kehidupan manusia kereta tadi.

" uh, saya dekat mana ni. "

" gwaenchana, kau akan okay. "

parkhan picit dahi dia, " kenapa awak.. tak henti ganggu saya huh? lepaskan tangan saya sekarang. "

mesti si sendu ni beler dan marah gila. asal bangun bangun je muka jungkook. tak pernah kawan pulak tu.

tengah melukis sedar sedar dekat dalam teksi, memang cari kena tampar.

" diam, aku risau. kau allergic air ke apa bila kena asyik nak pengsan? " seloroh jungkook bertanya lalu memperkemaskan dakapan.

" ish, lepaslah. saya tak faham apa kena dengan saya tapi awak tak ada hak. turunkan saya sekarang. " lawan parkhan lagi.

aku terus pandang pakcik teksi, dia tengah berirama dengan lagu radio. tak kisah pun penumpang dia tengah bergaduh kat belakang.

tenang sungguh anda pakcik.

" aku ada hak. " tegas lelaki tu.

hmmm untungnya kau parkhan~

setibanya di hospital, aku menembus keluar dari pintu kereta seraya menunggu mereka berdua.

" HUAAA GENTLE. " ucap aku kuat apabila melihat jungkook keluar dari kereta sambil di tangannya mendukung parkhan dengan gaya bridal style.

maka ost descendants of the sun pun terpasang.

aku mencangkung, ekor mata memerhati mereka berdua sehingga hilang. tak mau masuk sebab tak sanggup nak tengok.

jap, takkan aku suka jungkook? aku jeles betul ke seh? ANIYA! andwae... itu cuma perasaan masa lampau.

" yeah, jom kimhan. tengok keadaan parkhan pastu blah dari sini. "

sejurus itu aku melewati pintu masuk, tapi tak jumpa pulok mana si dua eko manusia ni. kepala tersengguk sengguk memerhati keliling.

ngiluuuuu tengok pesakit yang berdarah darah ni. halah halah terfikir kematian aku yang sadis.

bahu aku disentuh dua kali, spontan aku menoleh ke belakang.

jap bahu aku mana boleh disentuh?!

" OMO! "

patutlah, hantu je yang boleh sentuh hantu. aku dah lama bai tak jumpa member sejenis.

" apa kau buat dekat sini? cari mayat ka? " soal si hantu lelaki yang rambutnya berwarna silver menyala macam dipenuhi uban.

" t-tak, tak cari mayat. "

lelaki ni nampak menakutkan.

dia mendekati aku, " kau mesti set set budak fresh an? " dia sedut nafas kuat kuat sampai aku tak selesa.

" nampaknya betul kau masih baru. ikut aku. "

"n-nae? t-tapi saya!"

tiba tiba hantu tu pandang aku dengan mata tajam, aku nampak ada asap asap hitam keluar sikit sikit dari badan dia membuatkan aku takut.

" baiklah, " lemah aku menjawab lalu mengikuti hantu stranger ni.

***************************

aku tiba di sebuah lorong gelap. bola mata aku kecilkan, dapat aku lihat kelompok hantu hantu sedang berpesta. serupa club!

"t-tempat apa ni? " aku memberanikan diri bertanya dekat si hantu rambut uban ni.

" tuan, saya bawak budak baru. "

aku pun cam. APA BENDA DO NI BOLEH TAK JELASKAN JANGAN BUAT AKU TAKOT

takkan dunia hantu sama menakutkan macam dunia manusia? lahai tolonglah, aku tak redho weh hidup macam ni. dah mampos pun tak tenang.

muncul sebuah lembaga saiz xxxxxxxxl dengan lagak yang menggerunkan. perutnya terjojol dari seluar aladdin miliknya.

" great, cantik. kau boleh masuk. "

" kamsahamnida tuan! "

" wOI wOi kau nak pergi mana?! " jerit aku bila si rambut uban tu masuk ke dalam lorong gelap tu dengan senang hati.

dia tak layan aku bai!

" hah kau, selamat datang ke dalam dunia kejahatan. aku beri kau peluang, aku nak kau dapatkan hantu lain sebelum tepat dua jam berlalu. kalau kau tak dapat, kau akan jadi makanan aku. "

ARAHAN JENIS APA NI

PUIH

" taknak! dasar hantu punya hantu! kau fikir dengan perut kau tu aku takut?! " ceh padahal aku takut budu apa aku cakap ni.

si lembaga besar kepala toncit tu gelak terbahak bahak.

" ARGHHHH! " tangan aku kena jerat dengan dua lagi hantu, aku jerit bukan sebab takut tapi aku jerit terkejut tengok muka dorang!

yang seko gigi taring tercocok kat dagu, lagi seko sebelah mata terkeluar. HUA TOLONG TUKAR DUA ORANG NI KEPADA TAE DAN CHIM! AKU TAK RELAAAAAAA

" ohhh berani kau melawan ya?! kau hantu pertama berani melawan. menarik, mungkin kau belum kenal aku. aku si Kepala Timun. terkenal di dalam dunia hantu kejahatan. aku boleh buat kau tak kan pernah kembali ke langit. tahu tak?!"

aku meronta ronta mintak lepas sebab jiJIK dengan dua eko ni!

" aRGH! peduli apa dasar kepala timun! eh jap aku tak boleh balik langit? kau serius? weh jangan macam ni! "

si kepala timun tergelak, " HUhauhua sesiapa pun yang aku ugut macam tu akan sedar tahap dia dekat mana. kalau kau tak nak jadi makanan dan kembali ke langit kau kena ikut arahan aku! "

" maksud kau lorong gelap tu menuju ke langit? dah macam menuju ke neraka je."

aku tersentak sebaik sahaja dia menghentak perut boyotnya berkeroncang. wajahnya kembali bengis dan menakutkan.

" berani kau kutuk pintu suci aku! "

euww

" pengawal! buang dia dalam mangkuk kejahatan, kita akan buat dia sup masak cili padi. " si kepala timun memberi arahan.

" ANDWAE MIAN MIAN ARGHHH OKAY AKU BUAT WEH. " jerit aku bila dua eko hantu busuk yang jijik ni tarik aku masuk ke dalam sebuah tembaga besar saiz badan kepala timun.

" bagus, kan senang menurut dari tadi? aku ni bukannya jahat sangat. dah pergi sana. ingat ya cuma dua jam! kalau kau tak kembali.. aku akan cari kau sampai mati.. "

" aku kan dah mati? "

kepala timun berdehem, " maksud aku, sampai aku jumpa... " sambungnya dengan nada menggerunkan.

dan aku pun dilepaskan. ya ampun syukur gila tangan aku dah jauh dari si hantu hantu busuk ni. aihhhh

" arraseo, aku blah. "

****************************

aku menghela keluhan berat. sekarang dah malam, aku pulak kena cari hantu untuk hasut dia ikut aku supaya jadi korban seterusnya.

gila, aku nampak kejam kalau buat macam tu.

"annyeonghaseyo, " aku menunduk hormat ke arah taehyung dan jimin yang sedang bersembang. dorang palau, hahahahha okay dah tahu.

aku terus masuk ke bilik parkhan.

" aik? mana minah sendu ni? "

hmm aku baru nak set set ucap selamat tinggal. aku rasa dunia kejahatan tu berantai, kalau tak ada yang hentikan maka semua hantu akan jadi mangsa.

biarlah aku berkorban, lagipun kehidupan hantu aku tak berguna.

" parkhan? " panggil aku acacah macam dia akan dengar.

aku melabuhkan punggung di meja belajar, surat aku tadi nampaknya macam dah dibaca. aku harap benda tu dah terjawab.

EHHH?

dekat bawah surat aku tu, aku nampak tulisan

jumpa saya dekat atas bangunan sekolah, kalau awak tak datang sebelum jam 12 malam. saya akan terjun.

-parkhan yang percaya awak.

OEMGEE? DIA PERCAYA AKU?

DENGAN CEPAT?

SERIOUSLEh?

OFMKSOGKAOFJS DIA SERIUS KE NAK TERJUN?

AKU DATANGGGGGGG

************************

tepat jam 11:35 malam aku tiba di atas bangunan sekolah. aku nampak parkhan tengah duduk sambil menangis, perlahan lahan aku mendekati dia.

aku ada lagi 25 minit sebelum kena kembali ke lorong gelap.

haihhhh macam mana ni kitaorang bukan boleh berkomunikasi?!

" hiks, kimhan.. awak tak datang ke? hiks.. " nangisnya lagi.

dia tahu nama aku dari surat tu. yang aku pelik kalau orang lain mesti berhari hari nak hadam, kenapa dia cepat sangat?

aku duduk sebelah dia, tapi masih tak boleh nak bagitahu macam mana aku dah datang.

" aku kat sebelah kau ni, jangan nangis. jangan berani nak terjun. aku terajang kau kang. " ucap aku dengan jelas.

" si pencabut nyawa tu, mesti salah tarik nama kan? hahaha.. sepatutnya saya yang mati kimhan. saya nak.. mati. tapi awak, awak masih nak hidup. awak gembira dengan kehidupan. saya tak.. " parkhan bersuara perlahan.

" bingai, aku mati sebab itu takdir aku. kau tu hidup lagi, teruskan jela walaupun kau mengalami masa sukar. eung?" jawab aku walaupun dia tak dengar.

parkhan menyeka air matanya.

" mungkin... takdir kita tertukar melalui nama. sebab tu kita berjumpa. awak tak diterima langit sebab untuk halang kematian sia sia saya? kimhan.. datanglah. saya dah penat nak hidup."

tiba tiba perempuan ni berganjak selangkah dengan rilek.

" WOI KAU NAK MAMPUS KE?! TAK SAYANG NYAWA KE JIBE! " penat aku tarik tangan dia tapi tak dapat sebab tembus.

aku ada idea!

" HAAAAAAAAAA. " bau lah anda haruman kematian ku.

wajah parkhan cemberut, " ei bau apa ni?! "

" HAAAAA. "

" busuknya! macam.. bau orang mati. sekejap, awak kimhan ke? " teka dia dengan tepat dan pantas.

" HAA. (betul) "

" awak, mesti dah baca surat tu. "

" HAA. (bener sekali) "

macam bodo pun ada lenguh bai rahang aku.

alamakkkkk, aku dah nak kena pergi lorong gelap ni. tapi nak kena halang parkhan dari bunuh diri! aishhhh,

" kimhan.. sebenarnya saya sedar perbezaan yang berlaku, cuma saya diam sebab belum faham. saya periksa tarikh dan ia melangkau jauh. saya tahu ada sesuatu, dan tepat sangkaan saya bila awak tulis surat tu kali terakhir." kata parkhan.

" HAAAAA ha HA HA HAA. (baguslah kalau macam tu)"

parkhan menundukkan wajahnya.

" patutlah saya tenang sangat, awak tahu tak saya jumpa eomma saya dalam mimpi panjang tu. saya bahagia hidup dengan dia. " ucapnya seraya mengalirkan air mata.

eomma dia?

maksudnya mak dekat rumah tu mak tiri ke genkkkkk?!

" HAA.. (oh macam tu) "

" kimhan, saya tahu awak mesti terkait dengan jungkook kan? sebab tu setiap kali saya sedar saya akan jumpa dia. awak ada kisah hidup yang menarik kimhan. saya kosong," katanya lagi.

" HAA HAAA HAAAAA (mian, ini semua salah aku. kau kena hidup) " aku dah jumpa bakat baru beb, cakap guna nafas.

parkhan melangkah selangkah lagi ke hadapan membuatkan aku terkinja kinja ketakutan.

" WOI HENGKO DAH KENAPA NAK TERJUN REAL KE?! "

parkhan tersenyum, " saya nak mati, sebab nak jumpa eomma saya. kimhan, awak mesti ada keluarga yang sayangkan awak. saya, tak ada. awak ada kisah yang menarik kalau hidup.. "

" HAAA HAAA HAA HA haa.. (tak, jangan cakap macam tu. aku dah mati! jebal jangan macam ni..) "

" saya izinkan awak guna badan saya. saya beri masa sehingga tepat jam 12. kalau awak tak masuk saya anggap awak tolak. dan saya akan terjun dari sini. awak takkan sempat buat apa apa dan panggil sesiapa sebab kesuntukan masa. buat pilihan awak dan percaya saya.. "

" saya percaya awak dengar saya, kan kimhan.."

WEH APA NI

APA PEREMPUAN SENDU NI CAKAP

ARGHHHHH AKU STRES!

jam tepat 11:55. aku kena kembali dekat lorong gelap untuk serah diri dan jadi korban? ATAU aku boleh masuk badan parkhan dan teruskan kehidupan sia sia dia?

ATAU kalau aku silap pilih jalan dua dua kami akan mati?!

ARGHHHHHH STRES! APANI APA NI?

macam mana kalau kepala timun dapat cari aku?

tapi muka aku berubah sebab guna tubuh parkhan. AISH BANYAKNYA AKU NAK FIKIR KENAPA AKU ADA MASA SIKIT SANGAT NI kALAH KBAT JAHANAM!

" aduh aduh, weh janganlah macam ni. kaU NI HIDUP JELAH! "

tapi parkhan nampak gembira, dapat jumpa eomma dia.

aku, akan gembira juga kalau dapat jumpa eomma dengan appa dan.. jungkook lagi.

tapi, masuk badan manusia selamanya itu tetap salah dan nyawa parkhan akan berbahaya bila bila masa!

HUAAAA DAH 11:59

______________________________________
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top