ten
***********************
girlfriend? boyfriend?
kejijikan apakah ini.
lepas dorang dah siap bertepuk tampar sambil gelak gelak gedik.
" ha haneul, perkenalkan. adik angkat aku, jiyeun. " kata jungkook kepada aku.
ooOo
perempuan tu hulur tangan, tapi macam nak tak nak. aku pun sambut lah, tapi aku lagi teruk, pas je HAHAHAH
" kim han— i mean, park haneul imnida. " kata aku, tercacul lah puler.
dia angguk sikit lepastu jeling. EI jolok biji mata kang.
" em kook oppa, esok malam balik tau. ada dinner dengan eomma appa. " kata jiyeun manja siap pegang pegang lengan jungkook.
bapak ahhh buwerkkkk
" eung, arraseo. gomawo. " ucap jungkook seraya mengangkat sedikit bekas makanan yang dibawa oleh adik angkatnya tadi.
perempuan gedik ni kiri kanan melangkah pergi. aku just pandang dia dengan bola mata dikecikkan. hidung kembang kempis, macam nak swing je mangkook dekat muka dia.
" oi, jom makan. " ajak jungkook.
kami berdua melabuhkan punggung di bangku penonton. jungkook sibuk buka bekas makanan tu, aku telan perit liur, kebulur.
" nah, "
" tak nak. " ceh sombong kau ye haneul HAHA.
agghhhhhh, disebabkan perempuan tu bawak, aku tak mau!
jungkook buat muka tak kisah terus suap dalam mulut dia. ya ampun setiap kunyahan membuatkan aku terliur. tahan haneul.
" eo, kau nak tanya apa tadi. "
aku garu kepala, " emm apa ek. hA! soalan ni agak sensitif, jangan bagitahu sesiapa! " aku bisik perlahan.
jungkook angguk lepastu sibuk mencekik.
" emm, kau.. kenal tak.. k-kim haneul? or kau pernah ada kawan nama kim haneul.. ke? " tanya aku ragu ragu.
aku just tengok jungkook lambatkan pergerakan dia, mata terkebil kebil. lepas seminit dia geleng.
" molla, eobseo (tak ada)"
hmmm, dah tu kenapa dulu aku ada gambar jungkook? kenapa aku koyakkan gambar tu?
aish tak puas hati.
" serius ah? takkan takde? kenalan just pandang atas bawah pun takde? ke kau dah move on dengan ex gelprend kau sampai lupakan terus nama dia? " aku tanya lagi.
jungkook teguk mineral lepastu pandang aku.
" wae? apa kaitan kau dengan kim haneul, eo? "
aLA tak yah ah acacah detektif.
" k-kawan aku tu. besprend. " kalis aku laju.
" aku cakap tak ada, so tak ada. arrachi? " jungkook bangun sambil sumbat sepotong kimbap ke dalam mulut aku.
kemudian, dia blah.
************************
hmmmm, andwae.
takkan jungkook, tak kenal aku? dah lah aku pun tak kenal dia? ish.
OH YA SEOYUL! YA AMPUN BARU INGAT SIS ADA BESPEND DOLO
tapi, patutke kalau aku terus terang yang aku kimhaneul? sebab mesti dia macam ragu ragu nak dedah identiti aku kat orang asing kan?
ayy, kalau aku bagitahu aku hantu. siapa je tak lari.
nak tak nak aku kena cuba. ya, aku tak boleh lama lama dalam badan si sendu ni. aku nak keluar. kesian si sendu ni.
lepas habis sekolah aku terus pergi sekolah sebelah, tak jauh sangat. sekolah perempuan cheonan.
" eung, byee~ "
oh! oh! tu seoyul!
dia tengah berlambaian dengan kawan baru dia. apalagi aku terus menghampiri seoyul tanpa fikir panjang.
" annyeong.. "
seoyul tersenyum, " nae? " dia tengok lencana sekolah aku.
" ooh, dari sekolah sebelah. awak cari siapa ya? "
" s..saya cari awak. "
asal tekak aku geli.
*************************
kitaorang sekarang dekat kafe Golden, berhampiran dengan perumahan si seoyul. tak adalah jauh sangat. lagipun aku lupa aku ada driver.
" nama awak apa? "
" em kita ber kau-aku je lah ya? "
seoyul tertawa, " okay. takdehal. "
aku sedut americano sambil kepala otak sibuk susun ayat nak mula dari mana.
" nama aku, p-park haneul. dulu, kau ada kawan nama kim haneul? " aku mulakan pertanyaan.
raut wajah seoyul berubah sedih.
" ahh, ada.. tapi dia dah tak ada. " perlahan sahaja suaranya menyapa.
weh, aku ada depan kau ni.
" em, mungkin macam pelik. tapi boleh tak aku tanya sesuatu? kalau kau nak jawab boleh, kalau rasa keberatan its okay. "
seoyul kembali tersenyum, " tanyalah. "
EM macam mana ni. aku macam perempuan gatal je nak cari pasal dengan manusia yang dah tak ada sebab tanya pasal lelaki.
alahaii.
" kimhan, dulu.. ada apa apa hubungan tak dengan jungkook? "
mata seoyul terkebil kebil.
" ooh! kau girlfriend jungkook ke? satu sekolah kan. ahhh, " seoyul macam baru dapat tangkap, tapi bingai sungguh main tembak je.
aku dah agak dia fikir macam tu.
" t-tak! bukan! aku tanya.. sebab.. sebab.. err—"
" gwenchana, jungkook tu baik tau. tak pernah bercinta, layan perempuan pun susah betul. nak tengok dia rapat dengan perempuan? lagilah! sebabtu, kimhan suka sangat dekat dia dulu. "
AKU TERSEDAK
A-AKU AKU AKU SUKA DIA DULU?
JUNGKOOK? JEBON? CORNJUNG? CONJURING?
DEHEK! ARGHHHHHHHHHH
" eh eh kau okay tak? minumlah leklok. " seoyul hulur tisu.
aku sambut lepastu masih terbatuk batuk nak terima kenyataan. APABENDA NI WEY.
jungkook susah rapat dengan perempuan? tapi asal dia layan aku elok je?
" k-kau, pasti ke kimhan suka jungkook? kau tak salah? " aku bertanya untuk kepastian.
" gila ke salah? setiap hari aku teman kimhan pergi sekolah sebelah, semata mata dia nak usha jungkook depan tembok. " seoyul tertawa halus.
apa,, apa benda ni weh.
jAP! DNA OTAK AKU BERFUNGSI
" kau nampak tak tembok tu? "
" haa, nampak. kenapa dengan tembok tu? "
" dulukan, ada sorang budak perempuan ni. dia selalu tunggu aku lepas habis sekolah. "
maksudnya jungkook notice aku lah dulu! BETUL TAK? AKU SEORANG PEMINAT YANG TIDAK MENYEDIHKAN.
tapi kenapa awal betul kau mati haneul, kau ni.. hiks.
sekarang aku rasa aku tahu kenapa jantung aku tak tenteram bila dekat dengan jungkook. dan, sebenarnya aku tak pasti ni jantung parkhan atau aku sendiri.
ayy
" kenapa kau tanya? "
" hehehe, aniya. lupakan je lah apa yang berlaku harini heheh. "
**************************
aku hantuk kepala dekat tingkap kereta untuk sekali, dua kali, tiga kali, dan berkali kali. macam nak nangis bila terpaksa terima kenyataan.
" cik haneul? okey tak? kalau rasa nak pecahkan kepala saya boleh tolong, " kata jimin menawarkan pakej.
" saya fikir dia bunuh saya.. tapi saya suka dia.. sebab tu! jantung saya.. selalu.. tak tenteram. masalahnya, ini.. bukan jantung saya.. " jawab aku meleret tanpa fikir apa apa.
otak aku, kosong. dan penuh dengan nama jeon jungkook.
kenapa aku koyakkan gambar lelaki yang aku minat? YA ITULAH PERSOALANNYA!
jungkook tak kenal aku, dia tak pernah ada hubungan dengan aku. orang asing yang bersekolah di dua tempat berbeza. dan, aku tetiba koyak gambar dia? aku dah kenapa? mental?
ke, aku broken?
" err, cik haneul makin banyak cakap makin menakutkan. better cik haneul diam jela macam dulu. " taehyung mencelah ragu ragu.
mata aku terkebil kebil. " e-eh! lupakan! saya tadi h-hafal skrip! ha, y-ya hahahahhahahah."
" ooh, cik haneul masuk lakonan ke? reti ke berlakon? tae dulu pernah jadi pelakon tambahan tau! tengok tak hwareng? tapi masuk dah la 2 minit je, mampos pulaktu. HAHAHA! " jimin galak bercerita.
" ayy! kau kena ingat! watak 2 minit aku tu lah penyebab gadis gadis jatuh cinta! " taehyung membentak.
aku just join ketawa. walaupun aku gelak hambar. makin hambar bila fikir aku akan jauh dengan dorang nanti.
tak dapat jumpa, tak dapat tengok hari hari. gelak gelak selalu, hmm.
" gwenchana tae, kadang kadang kematian tu.. memberi kita nafas baru.. yang kita sendiri belum sedar apa kebaikannya, " kata aku sambil menyambung hentak kepala dekat tingkap kereta.
" errrrr, cik haneul ni. jangan lah buat suasana kembali seram. "
**************************
malam ni, ya malam yang aku akan luahkan segala lakonan dalam diri aku dekat semua orang. sebenarnya aku gementar, berdebar, semua lah. haih.
persembahan akan dimulakan lagi setengah jam.
" kau okay tak? " jungkook menegur seraya membetulkan tali leher miliknya.
handsome..
dengan tuxedo hitam tu, halah halah aku nak berlakon dengan lelaki ni ke? lelaki misteri yang pernah minat dulu? kelakar kau kimhan.
" rileklah berlakon je pun. " ucap jungkook lagi.
aku angguk, " maja. berlakon je pun. lagipun selama aku dekat sini, aku dah cukup dengan lakonan. "
lakonan jadi park haneul.
jungkook mendekati aku dua tapak, " tolong." mintanya seraya mendekatkan dada ke arah aku.
shshhHahzhhHw
lambat lambat aku naikkan tangan kemudian membetulkan tali lehernya yang senget macam otak aku sekarang.
" gomawo, " jungkook senyum lepastu tepuk pipi aku perlahan.
jantung aku, aih
tak, tak. jantung parkhan.
shi yeun si pengarah tersenyum lebar, dari jauh dah nampak dia nak datang menghampiri, kemudian mendakap tubuh aku tiba tiba.
" tolong buat dengan baik, ingat tau aku nak sangat dapat kredit lebih untuk kejayaan lakonan ni. eung? " kata shi yeun lembut.
" o-okay.. hehe. "
hmmm, kenapa aku tak tenang ni?
gelisah semacam weh, aduhai takkan aku gemuruh sangat? aduh aduh buat biasa je kimhan buat biasa!
" nO! ai still tak boleh terima perempuan tu yang berlakon! NO WAY! GANTI AI NOW! "
aku terdengar suara riuh rendah dari sebelah sana, pantas aku dengan shi yeun bergerak ke arah suara itu.
rupanya song hye tengah meroyan.
ramai manusia cuba tenangkan dia.
" apa kau ni? dah nak start dah pun, aku tak pernah latihan dengan kau. kau gila ke? " jungkook memarahinya.
" uGHHH! dia tu baru masuk! and ai dah lama dalam kelab ni! you lah manusia yang gila sebab pilih dia! " tengking song hye lagi.
haih, rabak hati aku.
kau fikir aku nak sangat ke watak ni. halah halah buat kecoh aa dia ni.
tengah tengah song hye meroyan, mata dia tertancap ke arah aku yang tegak berdiri tanpa fikir apa apa.
" kau! ini semua salah kau! " jeritnya lagi kemudian menghentak kaki.
a-aku?
ya lah, siapa lagi. aku tarik nafas dalam dalam, harini aku tak nak cakap apa apa. tak nak melawan atau apa.
sebab aku masih gelisah.
" ISH KAU NI KAN!" tiba tiba song hye berjalan kasar ke arah aku.
parkhan, kau okay tak.. kenapa, jantung kau berdegup kuat sangat ni?
takkan kau suka song hye?
" b-bwo? " aku menjawab dalam diam menelan perit liur.
dengan pantas tangan song hye meragut botol air mineral seorang budak yang sedang meneguknya.
lalu,
dia.. simbah dekat muka aku.
t-tak.. aku tak kisah dia simbah dekat muka aku..
lepas aku pening, dan hampir nak pengsan..
baru aku sedar
" a-aku.. dah keluar dari badan parkhan.."
_______________________________________
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top