seventeen
***********************
rasanya ada masa lagi ni sebelum aku nak jumpa jungkook, jadi cadangnya aku singgah ke kedai makan keluarga aku.
lagipun sekarang wajah aku masih 'park haneul'.
" apa, yang jadi ni? " ucap aku perlahan sebaik sahaja kedai makan itu huru hara.
langkah kaki aku mengatur masuk ke dalam, sekelilingnya aku lihat penuh contengan dan koyakan poster menu milik kami.
" nak, kedai tutup. maaf. " kata eomma yang sedang menangis.
aku tengok appa tengah bersihkan contengan yang bertulis 'pengotor', 'busuk', 'pembunuh' di setiap dinding.
" apa.. yang terjadi ni? ahjumma.. ahjussi? "
mereka memandang aku dengan riak paling pilu. tak sampai hati dibuatnya, aku rasa nak ikut menangis.
" a-ada orang buat report makanan kami ada racun. pemilik tapak halau kami, semua penduduk marah.. isk.."
apakah?
kalau makanan eomma dengan appa ada racun dah lama—.. okay aku mati. TAPI aku mati bukan sebab keracunan makanan!
" eomm—ahjumma, macam mana boleh jadi macam ni? ada orang dengki ke? dah panggil polis? pejabat kualiti makanan? " aku membujuknya.
wanita itu menggeleng, " mereka dah selidik. memang betul nak, dah 10 tahun kami meniaga. tak pernah jadi macam ni. "
tak, walaupun aku hilang ingatan.
aku percaya,
mereka bukan jenis yang cuai dalam melibatkan nyawa orang. apatah lagi untuk mendapatkan hasil titik peluh mereka yang bernilai.
ni mesti ada yang tak kena.
" sudahlah, kamu balik ya. banyak hal yang kami perlu urus. " appa kim mencelah seraya melembapkan kain handuknya.
aku bangkit dengan senyuman.
" saya, nak tolong bersihkan kedai ni. "
**************************
disebabkan aku tolong kedai tadi, SEKARANG AKU DAH LAMBAT OMY SEMBET. sebbaik aku sempat tolong before matahari terbenam. yAish.
tapi aku tak rasa jungkook masih tunggu aku?
aku lajukan langkah menuju ke taman berdekatan perumahan parkhan. fuh, jap jap debo lah pulak.
" lepas amik sapu tangan. blah. "
okay kimhan u kenduit!
" eo, haneul? "
jungkook yang sedang setia duduk di sebuah bangku menyedari kehadiran aku. tak sangka, dia betul betul tunggu. fuh gila.
" nae, "
jungkook menghulur sebelah cawan berisi air yang sudah dingin kepada aku. manakala sebelah tangannya lagi memegang kepunyaannya.
" mian, aku lambat lagi. "
kami berdua melabuhkan punggung pada bangku.
dia tersenyum, " gwaenchana, aku percaya kau akan datang. "
aku menghela keluhan.
fikiran aku masih terganggu dengan kejadian yang menimpa eomma dengan appa kim. aku tak sanggup tengok dorang macam tu.
aku, memang anak tak guna.
" yah, kau okay? kau nampak letih. "
" tak, aku.. tak okay. aku tak tahu.. apa sebenarnya tujuan hidup aku. aku tak faham kenapa aku masih dekat sini. aku tak suka dengan kehidupan aku sekarang, aku benci."
jungkook menyentuh bahu aku lembut, seketika aku tersentak dengan tindakan dia.
APA NI APA NI aku tengah sedih, janganlah macam ni...
" kenapa? kau boleh cerita dengan aku, eo? " tenang suaranya menarik perhatian aku kembali.
SUDAH CUKUP CUKUP SUDAH.
kimhan sedar! jangan jatuh cinta dengan lelaki ni! bahaya! makin lama luang masa makin hati aku melekat jadinya!
nanti diri sendiri sengsara.
" kita jumpa untuk sapu tangan je kan? mana? " aku mengubah topik.
" oh ya. " jungkook meletakkan cawan air di sisi lalu meraba kocek seluarnya.
aku cuma perhati dan dia tak dapat keluarkan yang namanya sapu tangan. tolong jangan berdrama, aku tak sanggup nak jumpa dia sebagai kimhaneul lagi.
" mian, aku rasa tertinggal. "
WHAT. okay memang dah boleh agak.
aih.
selamba dia masukkan straw ke dalam mulut dengan tenang membasahkan tekak. sementara aku, aku aku, aku sedang sendu.
" amik je lah benda tu. banyak kat rumah lagipun. " ucap aku seraya bangkit dari duduk.
" tak, tak boleh. aaa, aku tak suka ambil barang orang. nanti aku akan pulangkan. " kata jungkook mengukir senyuman manis.
" nanti? kau nak kita jumpa lagi? "
dia mengangguk, " eung. "
GILA KE.
" dan aku tak nak. m-mungkin kau salah faham pasal pertemuan tu tapi aku jujur. aku sebenarnya pengganti. aku cuma tolong parkhan. "
bola mata lelaki itu berkedip. " eo? "
" yaa, aku bukan perempuan yang sepatutnya kau jumpa. jelaskan? jadi aku rasa kita tak ada apa apa kaitan dan aku tak nak kau salah faham. geureom. "
jungkook menahan pergelangan tangan aku. SJSJJSJSJS drama apa ni ya ampun penat aku berlakon nak blah weeyyy.
" gwaenchana, aku suka. " kata jungkook.
aku menoleh memandangnya, dia suka? SUKA?
suka apa. suka? suka.. suka aku? ke suka bukan yeona yang datang? atau amende ni.
" huh? "
lelaki itu tertawa, " maaf buat kau tak selesa. "
hmmm tak selesa benda. nyaman ja bila di sisi mu acewah.
aku perhati bibir jungkook. bukan aku byuntae, tapi bibir dia kering sangat. dia demam ke? ke sakit apa. ueuahudajf kenapa aku nak kisah?
" sekejap, " aku mengeluarkan lip-balm dari dalam poket seluar.
langkah kaki diatur merapati lelaki itu beberapa jarak. aku berhenti tepat di hadapan bibirnya, penutup lip balm aku buka.
perlahan lahan aku oles pada bibirnya yang kelihatan kering. mata aku tak boleh lari dari memerhati bibir mungilnya. hm, bibir pun cantik.
JAP APA AKU BUAT NI
cepat cepat aku mengundur,
" c-cuaca sekarang sejukkan? aarr, jaga kesihatan. pergi dulu. "
tanpa lengah aku terus meninggalkan lelaki yang sedang terkebil kebil itu. yAISH kenapa kau buat macam tu bingai?!
***********************
aku berjalan, dan jalan, dan.. jalan.
kalaulah aku diterima langit, aku mesti tak akan tahu apa yang jadi dengan eomma appa aku.
tapi walaupun macam tu aku tetap tak boleh nak ubah apa apa.
haih.
" oit, "
aku mendongak, jungkook.
ARGHH JUNGKOOK SIOOO
ya ampun ya ampun nak lari dowwww.
" kau okay? macam sedih je? " dia melabuhkan punggung di sebelah aku.
memang lah sebelah dah dia memang duduk sebelah aku kat kelas. bingai anda hukhuk.
" tak, aku tak okay. aku tak tahu apa tujuan aku hidup. aku tak suka kehidupan aku sekarang. " keluh aku kepada jungkook.
" eo? macam pernah dengar je ayat tu? " jungkook buat riak wajah berfikir.
sekejap.
AKU LUPA AKU JUMPA DIA MALAM TADI. WTHEF
" hHahHaha hah haa.. kebetulan kot. " aku tertawa hambar.
tiba tiba jungkook terbatuk.
betullah aku rasa dia demam. hmm, mesti sebab tunggu aku dekat luar lama semalam. yaish kimhan kau kata kau nak bahagiakan dia.
tengok sekarang? kau punca dia sakit!
" aiguuu, " aku mengeluarkan lip balm dari dalam poket bag.
" sini, "
aku mengoles permukaan lip balm pada bibirnya yang jelas kelihatan mengering. kiri kanan, tup tup sikit. okay done.
tidak berkedip bola mata aku sebaik sahaja pandangan kami berdua bersatu. terpaku aku melihat jungkook yang merenung dalam.
dalam diam aku telan perit liur,
" w-wae? "
" kim.. haneul? "
_________________________________________
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top