seven
**********************
" jadi girlfriend aku. "
jap...
blur.
" hello? "
HSHSHSHSHSHSHHS AMENDE NI WOI
aku berdehem. " t-tak payah lah sampai macam tu. aku bukannya nak bercinta bagai, dah aku kayu nak buat macam mana. "
jungkook tersengih, " sebab kayu lah kita kena lentur dia. "
apahal si jebon ni macam nak goda aku, ke dia memang ada aura menggoda, ke aku yang tergoda, ok sekarang goda siapa?
" jangan nak merepek boleh tak? sumbat dengan skrip tebal ni apa pun tak boleh. " aku tinggikan suara.
takde ah, kau pahal. Hhshshsh aku nak sengih tapi tahan.
" hmmm, korang? "
automatik kepala aku dengan jungkook teralih ke arah si pengarah shi yeun, riak wajah dia pasrah.
" nae? " jawab jungkook.
" kita masih ada masa untuk lakonan ni, boleh tak korang serasikan dulu wataknya. lagipun persembahan kita tak boleh gagal. " kata shi yeun.
" oh ya, persembahan ni ada kaitan untuk dapatkan kredit kelab kita. so, macam mana pun kita kena buat yang terbaik. " jungkook mencelah seraya memandang aku.
wait shiajdjsjfj
kelab kita?
SEJAK BILA AKU SETUJU NAK MASUK KELAB NI
okay, masalahnya si haneul sendu ni kalau aku dah keluar dari badan dia lepastu dia beler dengan semua benda ni macam mana weh? aduhai..
huwa aku dah rumitkan keadaan.
" before terlambat, tak boleh ke aku tarik diri atas sebab sebab tertentu? untuk pencapaian kredit korang tu betul betul bagi aku beban. " aku bersuara.
shi yeun menyentuh bahu kanan aku semangat. " yah, kitaorang percaya kau boleh buat dengan baik untuk bantu kelab ni. kalau kau tarik diri dan song hye yang pegang watak ni, memang hancur. "
" kalau betul kau tak nak pun, please tolong aku kalini? aku betul betul nak dapatkan kredit besar tu. " sambung shi yeun penuh harapan.
aku..
aku..
nak nangis. huwaaaa aku kesian dekat shi yeun sebab semacam nak sangat je. tapi bila aku pandang jungkook dia dah sibuk tersenyum tengok aku kena pujuk.
nampak sangat senyum mengejek.
" n-nae.. "
apa aku jawab ni.
***********************
" hai penatnya cik haneul, " tegur taehyung apabila melihat aku terduduk rebah.
" molla... " aku membalas sendu.
tapi, sepanjang aku alang alang dekat dengan jungkook ni bolehlah aku tahu rahsia dia kan?
" cik haneul tahu tak, sejak kebelakangan ni muka cik haneul makin berseri. sebelum ni cik haneul selalu muram je, sampai kitaorang pun takut nak tegur, " kata jimin.
" haah dah tegur pun kena palau, peh pedih. " taehyung menyambung seraya berdrama seperti ditikam.
hmm, sebab.. aku bukan park haneul.
yang korang jaga selamani park haneul.
aku, kim haneul.
KALAULAH AKU BOLEH LUAH hmmm.
" mesti lepasni saya rindu korang. "
jimin dengan taehyung berpandangan, kemudian tertawa halus.
" aloloo comelnya cik haneul kita ni, don wori kitaorang takkan berhenti sampai dah kaya. sebab, appa cik haneul bagi kitaorang gaji besar namati au. shhh ni rahsia kita hekhek. " beritahu taehyung seraya berbisik di hujung ayat.
erkkk geram je tengok.
" haah, kitaorang nak kerja sampai cukup duit nak kawen. " jimin tersengih sengih malu.
" wahh, dah ada pilihan hati ke? " giliran aku pula bertanya.
" yang tengah baca ni semua calon bini kitaorang, kan chim? "
" betul betul, " laju jimin bersetuju.
cEWAH. mengadanya.
" tapikan cik haneul, selalunya cik haneul senyap je. tapi sekarang ganas semacam. duduk pun kalau boleh tiga seat untuk dia sorang. " taehyung memulakan soal siasat.
aku berdehem dan terus ubah gaya duduk lebih sopan.
" m-mana ada. saya dah tak suka palau orang sebab serik kena palau masa jadi hantu. "
PFFT terlepas.
" masa jadi hantu? " akhirnya jimin penuh curiga.
" t-tak, kalau kita tidur en selalu mimpi jadi hantu. hahaha! ke saya je? oHH mesti saya je kot sebab kalau korang tidur mimpi jadi idol. " aku mengelak.
aduhai sengalnya.
jimin dengan taehyung tertawa. fuH sebbaik percaya ahaks.
***********************
aku sedang terbaring seperti biasa di atas sebuah katil mewah. lelah.
" haneul-ah, aku tak tahu macam mana nak keluar dari badan kau. kenapa,.. aku sebati dengan tubuh kau? kau layak hidup, aku cuma roh yang dah tak bernyawa.. "
aku bangkit dari baring seraya melepaskan keluhan berat.
selagi aku dalam badan manusia, selagi tu aku serba salah.
tapi takkan hantu tu tipu aku? aku memang akan keluar dari badan manusia kalau tubuhnya basah kan? haih.
meja belajar menjadi tujuan, aku terlihat sebuah fail yang menarik perhatian. lantas aku buka fail tersebut.
" cantiknya.. "
hobi kami sama, melukis. aku suka melukis sejak umur 5 tahun. memula start dengan conteng dinding rumah.
dan, aku minat melukis sebab aku dapat luahkan segala perasaan aku hanya dalam lukisan.
aku sedang lihat beberapa helai kertas yang penuh dengan sentuhan berharga. semua gambar yang dia cuba sampaikan memang boleh dibaca.
" wait.. "
ada satu helaian lukisan yang buat aku gerun.
" ni macam orang.. yang cuba terjun bangunan? "
fuhh, aku dedo.
bila aku selak helaian terakhir, ada gambaran sebuah keluarga. namun ada seorang budak perempuan yang terpinggir dalam gambar ni.
" jangan-jangan haneul? "
AJDJSJJSH kenapa budak haneul ni lagi menyeramkan daripada aku?
selesai tu aku simpan balik semua lukisan tu dalam fail rapi rapi.
" aku rasa sebelum aku terkeluar dari tubuh haneul, lebih baik aku siasat tentang kematian aku. " pergelangan tangan aku pandang sekilas.
sekarang jam 8 malam.
nak tak nak kena keluar senyap senyap supaya taehyung dengan jimin tak tahu. shhsjs
*************************
yEsh!
akhirnya aku tiba di hadapan kedai makan Kim. keluarga aku, keluarga tercinta.
dari luar aku dapat lihat meriahnya. appa dengan eomma pula sibuk ke hulur ke hilir.
andainya aku masih hidup...
" hmm? haneul? "
" oMAKKAU! "
jungkook terus tertawa bila dengar aku melatah.
shsjsjsjjs apa dia buat dekat sini?!
" comellah kau ni,"
dia puji aku ke? dia tak silap orang ke?
" kau buat apa dekat sini? kau ikut aku ehhh.. " aku gerak gerakkan jari telunjuk tepat berhadapan muka dia.
jungkook memandang aku dengan mimik muka keji. " kau ingat kedai makan ni kau punya? "
seusai berkata begitu terus dia berjalan tenang masuk ke dalam kedai makan Kim.
" hEY wale wale tu memang kedai aku kehhh. " aku berlari anak membuntuti dia.
disebabkan meja penuh,
nak tak nak aku kena duduk dengan jebon. lehmek.
" eohh, haneul! risau pakcik kalau kamu tak datang lagi. " appa menegur aku.
hm, aku nak nangis.
" a-aniya, hari hari haneul akan datang kedai appa eh pakcik! hehee.. "
jungkook pandang aku dengan muka beler.
" saya nak jajangmyeon, " jungkook memesan sopan.
" haneul pun, "
selesai appa mencatit dia pergi dengan segaris senyuman lebar. mata aku langsung tak lepas memandang dia yang terlihat lelah.
" oi, "
" hm. "
" kenapa kau sedih macam tu? kau kenal ke pakcik tu? dari tadi aku tengok kau pandang dia semacam, " jungkook bertanya.
" dia appa.. " okay aku bebal lagi.
" appa? "
aku pandang jungkook. " a-appa orang yang aku kenal. "
bila dah tertengok muka dia ni, halah halah dengan rambutnya, dengan baju putihnya,
dah kenapa? kau tergoda? hah haneul? kau ni ekkk
jantung aku..
kenapa dari semalam jantung aku, wait aku rasa jantung si haneul sendu ni lah. aku takde jantung.
jantung haneul ni berdegup kuat sangat bila dekat dengan jungkook.
" oh, kau selalu ke datang sini? "
mata aku terkelip, " aku tinggal sini. dulu.... "
sampai bila aku nak terlepas cakap? boleh tak tutup je mulut kau kimhan?
tiba tiba kami didatangi appa yang penuh riak wajah bimbang bersama semangkuk jajangmyeon.
satu je?
" ah nak, kami boleh siapkan jajangmyeon satu je. kuahnya habis, maaf sangat. " kata appa memberitahu serba salah.
aku dengan jungkook berpandangan, semacam ada kilat petir taufan dekat mata kitaorang.
" tak apa pakcik, kami okay je. " jawab jungkook dengan senyuman manis.
" makan baik baik, " pesannya. selepas appa menunduk sedikit dia beredar.
" okay kai bai bo (batu kertas gunting), sape menang dapat makan. " aku memberi cadangan.
jungkook menggeleng, " tak mencabarlah. alang alang dah berdua ni, kita lawan eye-contact. siapa kelip dulu dia kalah. "
kenapa,
dia pilih game,
yang susah macam tu,
" alahai, kai bai bo je lah. " risau jantung haneul pecah je ni.
" ahh shireo. " jungkook bersuara gedik.
" kita kenalah buat benda benda macam ni untuk serasi. kalau tak, hambarlah nanti lakonan. hm tak gitu? " sambungnya lagi.
HSHSHSHHSSH
ini bukan untuk serasi, ini namanya untuk buat jantung haneul tak berfungsi.
" aish, arraseo arraseo. " aku jawab dengan malas.
dia start pandang aku dengan tenang, " gurae, hana dul set, "
shshhahshshsh ya ampun
bantu aku...
sampai bila nak tahan ni hmm
hdjsjdjsj
tak leh takleh
hdjsjdjsjsjjakak
dan aku dengan sendunya pun terkelip.
HUWA MY JAJANGMYEON.
jungkook terus tertawa, " okay choaa, makan dulu ya sayang, "
hm mati sana.
terliur sia.. hmm..
" yah, kenapa dengan aku je kau kasar? tadi aku tengok kau dengan yugyeom sikit punya manja. "
ehek dia nampak ke aku usha yugyeom si handsome 1 tu.
" sebab kau pem... "
______________________________________
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top