one
*******************
aku mengerling pergelangan tangan, jam menunjukkan tepat pukul 2:59 pm.
" lagi seminit je ehiks. " kata aku memberitahu rakan karibku yang bernama seoyul.
" gedik punya kambing. cepat sikit, aku nak beli aiskrim dekat ahjussi shakalaka tu dulu. "
terus je si seoyul tu meninggalkan aku sendirian dekat sini. oh ya, lupa nak cerita aku sekarang tengah duduk dekat tembok betul betul tepat berhadapan dengan pintu masuk sekolah crush aku. cuma jaraknya jauh sikitlah.
apa aku buat dekat sini?
oh tu dia tu dia!
jeon jungkook.. aigu. aku dekat sini hanya dengan satu tujuan iaitu usha dia. memang kegiatan harian setiap hari. bila sehari tak dapat tengok dia an.. terasa hidup ini tiada artinya. acewah.
bukan apa, takkan aku nak suka budak budak sekolah aku? tu sekolah perempuan hm.
tengah sibuk tersenyum siput—
JUNGKOOK PANDANG AKU YALS halamak apa lagi sis cabut lari luhhh.
" kau kenapa? " soal seoyul yang sedang menunggu giliran dia untuk mendapatkan aiskrim.
nafas aku ambil untuk beberapa saat sebelum menjawab. " t-tak de pape. "
peh rasa nak terkeluor jantung bila jungkook tiba tiba tengok aku tadi. lain macam siot. maybe dia tengok orang dekat belakang aku tapi aku peduli apa.
" aku nak aiskrim jugak. "
" haa beli dulu, aku tunggu dekat stesen au. cepat sikit. "
aku mengangguk seraya mengeluarkan dompet.
" ahjussi shakalaka bagi sekerim perisa coklat tambah kasih sayang satu ehek. "
" okay budak. " jawabnya ramah.
tiba tiba aku dapat rasa aura yang aku tak pernah rasa. perlahan lahan aku menghela keluhan ringan sebelum kepala aku bertindak untuk melihat siapakah gerangan yang berada di sebelah aku tika ini.
" ahjussi, saya nak aiskrim yang sama macam dia. cuma," jungkook memandang ke arah aku.
" kasih sayang tu aku nak daripada kau, boleh? "
oh.. my.. GOD.
ARGHHHHHHHHH!
dengan muka terkejut beruk aku terus lari pecut 100 meter tinggalkan warung ahjussi shakalaka tanpa fikir panjang.
APA YANG TERJADI.
" weh kau okay tak?! apehal macam kena sampuk hantu sia? " seoyul yang bimbang terus menerpa tubuh aku.
mata aku terkebil kebil. gila, gila GILAAA.
" w-weh.. tadi j-jungkook.. pikapline.. diri.. sebelah.. "
" sebelum aku tonyoh aiskrim ni dekat muka kau lebih baik kau cakap betul betul. "
perit liur aku telan dan cuba kawal diri aku sekejap. fuh. sumpah aku tak pernah rasa terkejut sampai macam ni. nasib baik kaki aku molek lari ke arah sini.
bayanglah jungkook yang hari hari aku cuma usha dari jauh tiba tiba cakap macam tadi OMG. masih tak boleh brain.
eh sekejap.
aku meraba raba poket skirt aku. beg sekolah turut digeledah.
" alamak weh aku rasa aku tercicir dompet aku lah! "
seoyul melemparkan muka setenuk dirinya. " kau ni biar betik, satgi bas nak sampai. dalam purse tu ada kad pengenalan ke. "
" haah, tambah ada muka jungkook. adui kalau orang jumpa baik bunuh je aku. " rungut aku penuh penyesalan.
" meh sini aku bunuh kau. dasar kambing. "
" sampai hati kau ek, kalau aku mati nanti jangan singgah kubur aku. "
seoyul langsung merangkul leher aku ke warung ahjussi shakalaka tadi.
" kau pasti ke tercicir dekat kawasan ni? " seoyul menyoal.
kami berdua dah tertonggeng tonggeng sana sini hanya kerana seketul dompet.
" ya weh, tadi aku nak bayor duit aiskrim lepastu aku rasa masa syok sangat terkejut beg dompet tu tercampak. "
kami menamatkan pencarian dengan muka redho sebab dah penat sangat. hari pun dah nak lewat senja. balik jelah.
ahjussi shakalaka pun kata dia tak jumpa. aih.
mari redho berjemaah.
*******************
kyah..
tak tenangnya jiwa aku. nak tidur pun tak boleh.
hope sesiapa yang jumpa tu pulang balik weh. kalau tak aku rejam dia menggunakan kuasa boboiboy tanah.
telefon pintar aku gapai, butang twittah ditekan.
mata aku membulat besar.
" WHAT IS DIS. "
@koreaboochakbaa
berita hangat seperti goreng pisang ke pisang goreng! jungkook dikatakan abercintah dengan diva song hye!
aku..
aku..
menangis.
HUAAAA KATAKAN INI DUSTA!
air mata sudah mencurah curah bak air pancut. isk isk mengapa hidup aku sungguh sendu?
" jungkook, sampai hati awak buat saya macam ni. "
KEJAM!
ARGHHHH aku tak dapat terima kenyataan!
meja belajar aku menjadi mangsa, buku nota yang terselit kepingan gambar jungkook aku raih lalu mengoyakkannya persis orang tak waras.
" saya benci awak! "
semua barang barang aku teraburkan dah macam kena sampuk dek hantu siamang.
tak cukup tersedu sedan kerana itu aku terus berlari keluar dari rumah.
mata aku berkaca kaca diselaputi air mata.
hiks.. aku suka dia dah lama siot.
jungkook..
PIN! PIN!
" woi perempuan beredar dari situ! "
aku menoleh ke arah satu cahaya yang sedang meluncur laju. fikiran aku kosong.
saat ni, hero yang selalu muncul dalam drama tak ada untuk selamatkan aku.
dan, serta merta pandangan aku jadi gelap.
ting!
@koreaboochakbaa
ala guys jangan kecam, gurau je pasal abercintah tu saja nak tambah followers. ehek sorry eh.
_________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top