fifteen


*************************

" sebab, sebab.. aku dapat rasa.. kau, kau mati untuk kali kedua. "

aku terdiam sejenak. wajahnya yang tenang membuatkan hati aku turut jadi hangat untuk beberapa saat.

tak pelik, jungkook pernah selamatkan seorang budak depan mata aku sendiri masa dekat jalan raya.

dan dia sendiri pernah kata,

" aku.. just dapat rasa ada benda buruk. that's all."

ya, jungkook. dia memang pelik.

" apa maksud kau? "

jungkook tersentak lalu menggeleng, " lupakan, aku tak bermaksud yang kau akan mati cuma.. cuma.."

"—cuma kau memang dapat rasa aku akan mati? " aku memintas sepotong ayatnya yang tergantung.

" hELLo? boleh korang hentikan drama ni? saem panggil masuk kelas. jom kook ugh, " song hye menarik lengan jungkook membawanya pergi jauh dari pandangan.

sedangkan otak aku masih ligat fikir yang jungkook memang ada keistimewaan dia sendiri.

macam mana, dia.. boleh rasa ada sesuatu yang buruk akan berlaku di sekeliling dia.

yang pasti, dia masih tak tahu aku hanya seketul hantu yang rasuk badan manusia.

" ffuhh, chill kimhan. just, chill. kau hanya akan berubah bila matahari bersapa dengan bulan dan langit menjadi gelap. ya, cuma malam. "

dia, tak akan tahu aku siapa sebenarnya.

**************************

aku menoleh ke sisi, di mana jungkook sedang giat menyiapkan sesuatu. parkhan duduk bersebelahan dengan dia, tapi ada jarak untuk meja kami.

senang lah nak tengok lelaki ni, cuma perlu telengkan kepala anda ke sisi. tup! nampak bidadara tibahhh.

" yah, "

shajdhajhdjahd terkejut

" bwo? "

jungkook hulur sebuah nota, " pegangkan. "

ei, penuh sangat ke meja sampai suruh orang pegangkan?

nak tak nak aku tolong. ini buku nota sejarah. bibir aku terjuih menghayati setiap coretan nota yang ditulis.

" pegang sampai bila? " aku bertanya.

jungkook pandang aku dengan pintu kelas dua kali, " sabar boleh? "

eleh dah lah menyuruh. eueuuwyeueywu

sekelip mata kami berdiri sebaik sahaja mr. Baekhyun masuk ke kelas. saem paling comel dan berhati tenang.

selepas memberi hormat kami diizinkan duduk.

" okay siapa yang tak siapkan kerja saya. berdiri dekat luar. " kata mr. Baek.

cepat cepat aku cari nota parkhan,

BAPAK AH KOSONG SIO HABUK PENSIL PUN TAK ADA.

" saya saem. " jungkook angkat tangan lalu dengan gaya menyelukkan tangan ke dalam poket seluar, dia berjalan keluar dari kelas.

" s-saya pun saem. " cakap aku ragu ragu.

mr. Baek mendekati aku lalu buku nota jungkook yang aku dah pegang selama 12 minit itu dia raih.

" ini dah siap? awak nak duduk luar dengan jungkook ke? "

WHAT?

" jap tapi ni buku.. "

" dah jangan nak menggatal. okay kelas, kita sambung bab seterusnya. "

haihhhhhhhhhhhh

*****************************

kakotalk +

parkhaneul ☁️ : kau jadi teruma duit tu kan?

parkhaneul ☁️ : terims*

parkhaneul ☁️ : *terima hawaw

yeonakim_ : ya.. saya terima.

telefon pintar aku masukkan ke dalam poket skirt seraya berjalan menghampiri jungkook.

" kenapa kau buat macam tu? nak aku belanja jajangmyeon? atau, nak aku dapatkan balik kredit kelab drama yang aku dah musnahkan tu? " buku nota miliknya aku letak di atas meja.

jungkook menongkat dagunya, " gurae? kau boleh buat semua tu? "

macam nak tarik pipi dia kuat kuat then sangkut kat ampaian.

" ugh," aku melabuhkan punggung di hadapannya. "kau tak penat huh? yang tak siapkan kerjakan aku. bukan kau, yedak? "

" bukan aku ikhlas pun tolong kau, " kata jungkook selamba sambil tangannya menyuap sebungkus roti ke dalam mulut.

dEY kejam.

" dah tu? kenapa tiba tiba baik hati? sebab kau masih terbayang yang aku mati untuk kali kedua, huh? "

raut wajah jungkook berubah.

" jangan cakap macam tu lagi. aku, tak suka. "

okay seram. macam mana dia boleh jadi serius dalam masa dua saat?

aku sebenarnya nak cuba korek rahsia je apa kena dengan dia. mana tahu dia ada kuasa ajaib, dan buatnya dia tahu kalau aku roh jahat yang rasuk badan manusia? tak ke naya?

sekurang kurangnya bagi aku buat sesuatu untuk cinta pertama aku ni dulu.

" okay fine then, disebabkan kau tolong aku. aku nak balas budi. boleh? "

jungkook buat muka kurang berminat, "bwo? kau nak bagi aku pengawal macam dua orang pengawal kau yang handsome tu? "

" eY, kau jeles ehhhhhhhh, "

dia berdehem, " haah, jeles sebab tak ada orang nak lindung aku macam mana kau dapat. "

aku ada, untuk lindung kau.

pura pura aku tersenyum selepas mendengar ucapan dari dia.

" yah! aku ada cadangan yang baik sebagai 'balas budi' untuk kau. tapi kau kena janji akan turut, jeballllllllll? " aku merayu sepenuh hati.

" hm? bwo? "

" blind date, malam ni pukul 8 dekat c27 cafe. "

jungkook mencemuh, " shireo. "

" aaaa~ pergi lah! "

" kau nak aku jumpa perempuan yang aku tak kenal lepastu jatuh cinta? seriously? "

aku angguk laju dengan muka paling mintak penampar sebab cuba cuba untuk kedip mata berulang kali. ko pike comel ke hantu.

" tak nak. "

" oKAY FINE. kau datang, jumpa dia. kalau kau tak suka dia, minum untuk 2 minit then blah. cakap lah kau tiba tiba ada emergency case ke apa ke eung? "

aku yakin jungkook akan sangkut dekat yeona.

perempuan yang aku dah carikan untuk dia tu perfect, cantik, feminin dan apa yang paling penting SETIA.

jungkook menggulingkan bola matanya bingkas membetulkan posisi duduk.

" aku kata tak nak, dan aku tak nak. "

" jeballlll~ dia kawan aku. ala tak semestinya blind date ni terus bercinta? just kenal kenal? kalau kau tak datang aku yang malu weh hm, "

" tak suruh pun, " bidas jungkook ringkas.

kepala batu betul. jUMPA JE LAH. okay chill kimhan, jangan nub sangat. cukup dia dah kata kau nub sebelum ni.

" fine, " aku acacah merajuk.

" ugh. aku pergi, cuma kali ni je. kalau aku tak berminat aku akan tamatkan dalam dua minit. eo? "

" YESSSSSS. "

*****************************

dah senja, satgi langit akan bertukar gelap.

aku pandang langit lama, gwaenchana kimhan-ah. lepas selesai bahagiakan jungkook, kau pasti akan diterima langit.

" cik haneul! haaa, termenung apa tu? " jimin mengejutkan lamunan panjang.

" e-erm tak ada apa apa. "

taehyung mencuit siku aku, " kenapa cik haneul macam sedih je? ada apa apa ke nak cerita dekat kitaorang? "

pantas aku meraba pipi, " serius? muka saya nampak sedih ke sekarang? s-saya tak sedih pun.. saya tengah bahagia.."

sebab, jungkook pun akan bahagia.

" alahai wahai cik haneul-ku, orang gila pun boleh baca kalau seseorang tu tengah sedih atau gembira. ish ish ish! " kata jimin.

" waa yakinnya kamu, pernah ke tanya orang gila? " soal taehyung.

" hengko diam. "

aku tersenyum, " aniya, mungkin betul.. saya tengah sedih sekarang. bukan sebab saya bahagia, tapi.. kebahagiaan saya.. dia akan dapat rasai nanti. "

" dia? siapa? "

" lelaki tu.. " ucapku perlahan.

" lelaki? sekEJAP! nak fikir, " fokus muka taehyung memikirkan sesuatu di fikirannya.

jimin memetik jari, " aRRA! lelaki yang kitaorang jumpa masa malam tu kan?! yang dia telefon kitaorang tu kan?! yang handsome tu kan?! "

erkk, tolong sumbat park jimin jadi inti pau.

" maja.. cik haneul cuma ada maksud 'lelaki' yang itu je selain kitaorang dengan appa cik haneul. siapa nama lelaki tu? "

aku tersengih, " jungkook, jeon jungkook."

**************************

aku kunci pintu, mulai harini aku larang semua pembantu termasuk pengawal untuk ganggu aku selepas jam 7.

langit dah berubah gelap. mereka tak boleh nampak muka asli aku waktu malam.

bahaya, ada kena halau satgi.

parkhaneul ☁️ : yah, dah dekat mana?

si kim yeona tu buat aku gila sebab tak reply chat dari tadi. entah dia dekat mana sekarang ayyyyyyyy!

aku cuma bayar dia untuk pergi blind date tu.

syaratnya sama cuma, kalau jungkook suka dia.. dia kena terima jungkook. kalau jungkook tolak dia, urusan dia selesai.

aku akan cari perempuan lain kalau kim yeona tak berhasil.

DAN YA aku yakin, lelaki dengan perempuan tak akan boleh berkawan. mesti akan jatuh cinta juga. sebab tu aku buat pertemuan ni untuk jungkook.

supaya dia bahagia.

" haishhhhh mana seh, dah pukul 8 ni. "

RISAU KAU TAHU TAK.

yeonakim_ : saya minta maaf sangat

yeonakim_ : saya tak dapat pergi

yeonakim_ : saya sayangkan namjoon, saya nak jumpa dia. maaf, saya tak boleh tinggalkan dia. maafkan saya, haneul-ssi.

WHAT?

APA SEMUA NI?!

parkhaneul ☁️ : jangan buat lawak ah!

parkhaneul ☁️ : okay okay, please jumpa dia kali ni je? aku tak akan dapat peluang lain untuk buat dia jumpa perempuan eo?

parkhaneul ☁️ : aku akan bayar kau lebih, please?

aku lupa satu perkara yang perfect dekat perempuan ni, dia setia.

HAISHHH KENAPA PERKATAAN SETIA TU BUNUH AKU SEKARANG? jilake betul.

yeonakim_ : haneul-ssi, cinta bukan wang semata.

parkhaneul ☁️ : tapi kau terima juga awalnya

yeonakim_ : sebab, saya tak ada pilihan. adik saya dirawat dekat hospital. saya akan bayar ansur duit yang awak dah masukkan. saya minta maaf.

parkhaneul ☁️ : yah, jebal tolong aku kali ni? aku akan langsaikan bil hospital adik kau eung?

maaf dengan sedihnya anda kena block

parkhaneul ☁️ : YAHHHHHH

aku, stres.

stres gila bai.

pUIH SUNGGUH.

okay, chill. telefon jungkook then cakap pertemuan ni cancel?

sekarang dah 8:30 confirm dia dah tunggu. AISH,

" kalau aku kata perempuan tu tak jadi datang. mesti dia fikir aku mainkan dia atau buang masa dia atau saja prank dia atau UGH! "

aku ketap kuku.

" lepasni mesti dia tak akan percaya kalau aku suruh dia jumpa perempuan lain lagi. "

yAISH! STRES WEH.

aku pandang cermin.

wajah asli kimhaneul yang sebenar terpantul.

jungkook tak kenal aku, yang ini.

" jumpa dia, buat perangai pelik. dan confirm seratus peratus dia akan reject kau. ya, betul tu. jungkook susah nak rapat dengan perempuan macam yang seoyul cakap,"

" buat benda pelik, dan lelaki tu akan pergi dalam masa 2 minit. yea.. yeaaa andwae! hUA gila ke nak jumpa jungkook?! "

ARGHHHHH macam mana ni.

kalau aku suruh seoyul jumpa jungkook sekarang akan pelik dan situasi akan huru hara. aih,

aku masih melihat wajah kimhaneul yang terpantul pada cermin.

" yah, kimhan.. apa kata.. kita cuba? "

*****************************

sekarang,

jigeum,

now,

aku dekat depan pintu c27 cafe dan masih belum masuk.

aku, nampak, jungkook, tengah, tunggu, dekat, dalam, sana.

pakaian aku sekarang cuma hoodie biasa, tak macam pertemuan yang dirancang. ya, sebab aku nak jungkook benci aku punya pasal.

aihhh, aku tak yakin dengan RUPA PARAS kim haneul ni aku akan bersemuka dengan dia.

harap harap tak ada budak sekolah perempuan lama aku yang lalu atau nampak.

nanti dorang fikir aku mayat hidup balik pulak.

" huAAA, cemas oDOOO."

masuk ke tak nak?

aduhhh, takkan kau nak biar dia tunggu weh? kau gila ke aish.

aku still ngendap tingkap cafe dari luar, jungkook tengah kesip air seraya menanti dengan sabar.

weh tak sampai hati duh.

" okay tarik nafas, hela. rilek, buat perangai pelik, dan dia akan tinggalkan kau dalam masa dua minit. YA KAU BOLEH. GO KIMHAN! "

apabila sudah bersedia, tepat 8:58 aku buat keputusan untuk masuk dengan langkah yang ragu ragu.

lelaki ni, kalau perempuan tak datang jumpa dia selepas 30 minit dia patut blah. kenapa setia sangat.

" annyeong, "

jungkook mendongak, anak mata kami saling bertembung antara satu sama lain.

sekaligus jantung, jantung aku tak keruan.

dan, tepat 9 malam pertemuan sebenar kami berdua sebagai manusia terjadi.

" kim, haneul, imnida. "

________________________________________
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top