eleven


******************

[ CHANTUT's chantik POV ]

kim haneul si hantu yang malang melihat tubuhnya yang kembali sendu, pudar dan tidak kelihatan. dia cuba lambai lambai dekat semua manusia yang berkerumun malangnya kena palau.

" eottoke?! aku betul betul dah keluar! WHY NOW?! " si hantu tu dah gelabah bila tengok park han dah terduduk rebah ke lantai.

jungkook mendorongnya, " yah! gwenchana? "

park han tersedar, dia melihat sekeliling takut. perlahan lahan dia menghindar dari jungkook.

" saya.. saya tak curi telefon dia. "

WEHHH CERITA ZAMAN BILA

kim han sebagai hantu yang sepatutnya bertanggungjawab dah gelabah terus. dia cuba nak masuk balik dalam badan park han tapi gagal sebab masih basah.

" tak berkesan! aduh jungkook lap muka dia sampai kering weh! dia ni dekat zaman empat minggu lepas weh! " kim han jerit dekat jungkook.

tapi jungkook mana lah nak dengar kalau hantu tu sembang apa.

bukan setakat jungkook, songhye dengan shi yeun. tapi semua manusia pelik dengan park han.

" saya, " park haneul takut. dia tengok sekeliling, semua orang pandang dia dengan pelbagai riak wajah.

" telefon apa pulak ni? " kata song hye sambil mencemuh.

" eoh, haneul, persembahan dah nak start. palli. " shi yeun si pengarah memberi arahan.

apabila jungkook cuba nak papah dia bangun, si park han yang beler tu tolak tangan dia. maklumlah apahal jungkook tiba tiba nak sentuh sentuh dia ni eeee.

" persembahan? "

" WEH ALAMAK HUAA.. cane ni weh. TOLONG JEBALL! " si hantu tu menjerit sia sia. "sekarang aku dah faham, aku akan keluar dari badan manusia kalau air tu bukan dengan kehendak aku. tapi sekitar aku. "

park han sekali lagi enggan dengan ajakan jungkook. " jauh, saya tak kenal awak. "

jungkook bingung, " kau buat lawak apa? cepat, tak ada masa. "

si hantu kim han gigit kuku, " kalau kena simbah air terus bengong dorang percaya tak? aduh, park han lari! lari! jangan rosakkan drama ni! LARI JEBAL! "

macam macam gaya hantu tu nak suruh park han yang tengah kosong tu supaya keluar dari tempat ni dan selamatkan diri.

" haneul ah, tolong berlakon atas pentas, jangan sekarang. cepat, dah nak mula. " pujuk shi yeun, dia terdesak dengan kredit drama ni. tak boleh hancur.

" shireo. saya tak faham apa awak semua, cakap. " park han semakin takut bila terpandang mata song hye.

dia teringat yang dia kena pukul dekat belakang sekolah sebab kena tuduh mencuri.

" LARI LAH LARI! MACAM NI LARI MACAM NI. " si hantu ni masih struggle berjoget suruh lari dekat depan park han.

" shi yeun, palli. " si pengurus acara memanggil.

tanpa lengah park han yang ketakutan terus melarikan dirinya daripada mereka.

" haneul! " jungkook nak kejar tapi shi yeun tahan, dia dah hilang heroin, dia tak boleh hilang hero.

tak ada pilihan, yang tersenyum cuma song hye. dia yang akan ganti watak haneul untuk jayakan drama ni.

" oH YES LARI, JOM AKU TEMAN. " dua dua eko nama haneul ni lari keluar dari dewan.

cuma, kim han perlahankan lariannya. dia menoleh ke belakang, galau. lambat lambat dia menghela keluhan apabila terlihat wajah bimbang jungkook dan wajah amarah shi yeun.

" mianhae,"

sebaik sahaja keluar haneul disambut taehyung dengan jimin.

" eoh cik haneul dah habis ke berlakon? "

park han memandang mereka tajam, tanpa bersuara dia langsung memasuki perut kereta. kim han turut masuk dengan hanya menembus.

jimin dengan taehyung berpandangan seram.

" aku rasa mood diam dia dah balik. " bisik jimin.

" aku pun rasa macam tu. "

park han memicit dahinya, pening. dia tak faham apa yang berlaku. taehyung yang bimbang menghulur tisu kepada park han sebab tengok dia basah.

" weh park han janganlah kejam sangat. amiklah do tisu tu. lap ah, kesian tae kiyo. hm. " kata si hantu kimhan.

tapi, tidak berubah. park han masih sama, dia memalingkan badan dan menjauhkan jarak daripada taehyung.

jimin yang sedang memandu cuma memerhati dari hadapan.

syahdu tae kena palau.

***************************

hmm, ini semua salah aku.

DAH TU SALAH SIAPA LAGI, AKU AH.

kalau lah aku tak masuk badan haneul masa dia kena buli. aku takkan masuk library tu, aku takkan terlibat dalam drama..

aku takkan.. tahu kalau dulu aku suka jungkook..

ini semua.. salah aku.

hiks.. mungkin mengada nak nangis sekarang tapi sumpah aku sedeh weh. kalaulah tak ada silapnya dari awal.

sekarang, semua hancur.

" anak eomma dah balik! " puan Park ingin memeluk tubuh parkhan. tapi dia tolak kasar.

aduhhh, ini semua salah aku. park han tak pernah baik dengan eomma atau appa dia. tapi aku layan dorang dengan baik masa aku masuk badan dia masatu. HAIH WTH.

" kamu kenapa ni sayang? basah.. "

parkhan menepis tangan puan Park, dia terus naik atas.

aku menunduk hormat, " joseonghamnida, ini semua silap saya. "

lepas cakap macam tu aku naik ikut si parkhan. walaupun diaorang tak nampak aku, tapi lepas dapat jadi manusia sekejap aku rasa tak biasa nak terjah rumah orang sesuka hati.

" hm janganlah nangis. aku mintak maaf, aku niat nak tolong kau masa tu.. tapi aku tak boleh keluar. serius aku dah cuba.. " kata aku kepada parkhan yang sedang menangis.

dia menyeka air mata, lalu terbaring lelah.

" kau sepatutnya beruntung masih bernyawa tahu tak. aku.. kalau boleh nak sangat hidup lagi. aku gembira dapat hidup.. dan, terima hakikat yang aku suka jungkook.. dulu. hahahahhahdhshd. "

aku turut terbaring sebelah parkhan yang sedang menyendu.

" kau tahu tak, kalau aku jadi kau. aku nak buat semua benda yang aku tak sempat buat dekat dunia ni. eung? "

parkhan memejamkan matanya tenang, aku rasa dia penat.

walaupun dari luar orang nampak dia perempuan yang kadang kadang dingin tidak mahu bercakap, ada pula lemah mudah dibuli.

tapi, aku dapat rasa yang dia seorang perempuan yang baik. cuma.. kau takkan faham kalau bukan dekat tempat dia.

hiks, aku sendu.

*************************

keesokkan harinya aku ikut si parkhan pergi sekolah. aku cuma nak tahu macam mana keadaan sekolah, aku risau kalau parkhan kena tempias apa yang aku dah buat.

haih.

pagi pagi lagi jimin dengan taehyung tak seceria dulu. dorang takut nak tegur macam biasa.

" gwenchana parkhan, aku ada je dekat sebelah kau. " kata aku seraya mengiringi parkhan memasuki sekolah.

dia nampak takut, mahu taknya. kejadian beler semalam buat dia menangis teruk!

" eeeu, kau tengok perempuan tu! dia lah punca kelab drama kena kutuk dengan barisan VIP sekolah! "

" ye duh! pengetua pon malu! habis shi yeun kena marah! "

aku terkebil kebil, MAKSUDNYA DRAMA SEMALAM HANCUR KE WEH. hadoi song hye pon tak boleh pakai.

park han tak faham apa apa, dia cuma pekak telinga dan masuk ke dalam kelas.

" weh weh shi yeun rilek ah! " aku tahan badan shi yeun yang tengah jalan laju menuju ke park han.

apakan daya aku cuma hantu yang pudar.

" yah, kau memang tak ada rasa bersalah kan? ini semua.. salah kau. " shi yeun menekan ayatnya, gerun.

semua manusia berkerumun nak tengok free show ni. aku dah macam beruk halang dorang supaya berambus.

nafas park han tak teratur, " awak siapa? apa, maksud awak. "

shi yeun tergelak besar, persis orang gila.

" kau dah boleh berhenti berlakon. kita bukan dalam lakonan lagi. aku masih tak faham, hahaha kalau kau betul nak rosakkan benda ni, aku tak sepatutnya percaya kau SAEKKI AH! "

" yah, " jungkook menarik bahu shi yeun, menghalang gadis itu dari terus menengking.

" kau, nak bertanggungjawab? hm?! aku hilang kredit tu.. hilang.. " shi yeun memukul dada jungkook, dia terus menangis sedu sedan.

aku, serba salah. aku tak tahu ni dah ke berapa kali tapi ini semua salah aku.

aku sepatutnya mati. okay aku dah mati.

" kau tengok haneul, tak rasa bersalah langsung weh. kesian shi yeun! "

orang orang dah mula bercakap pasal parkhan.

" jijik do ada budak baru macam ni! "

" hahahahh euwwwww harap je kaya dengan duit, otak tak kaya dengan akal! "

aku nak masuk badan parkhan dan ceritakan semuanya, atau aku nak bertanggungjawab.

" bUUUUU HANEUL! "

tapi, aku tak nak ulang kesilapan yang sama untuk kali kedua.

****************************

" ish lepaslah! "

dari tadi aku cari si park han. tiba tiba aku terdengar suara orang dari belakang bangunan blok F sekolah. tanpa ragu ragu aku terus mendatangi mereka.

lagipun dorang bukan nampak aku.

dia, jungkook dengan parkhan.

" kenapa kau macam ni? " soal jungkook.

BAHDHieoofk WOI alamak, macam mana ni..

nak masuk ke taknak? ANDWAE jangan buat kesilapan kali kedua kimhan! gila ke nak masuk badan dia lagi?! ISH!

" apa maksud awak? awak nak hentam saya macam budak lain, hentamlah. tapi jangan sentuh saya arraseo?! " pekik park han sambil usap pergelangan tangan dia.

" aku, tak sanggup nak marah kau. walaupun aku sepatutnya macam tu. " ujar jungkook dengan nada lembut.

wehh.. hiks aku kat sini weh depan kau ni, marahlah aku. aku tahu aku dah musnahkan kepercayaan kau.

weh, jangan buat muka gitu.. aku tahu aku salah.

" saya tak faham. saya tak kenal awak. jauh dari saya. " kata park han mempertahankan diri.

aku cengkam rambut. gawat kalau dorang lama lama dekat sini! makin besar kemungkinan untuk nampak perubahan parkhan haishhhh.

" aku, tak pernah selesa dengan perempuan. tapi bila dengan kau—"

"jebal geumanhae (tolong hentikan). saya malas nak ulang perkara yang sama. " parkhan cantas ayat jungkook.

" WEH AKU NAK DENGAR DIA CAKAP APA. ALAAAAA! bagilah aku mati dengan aman walaupun tak dapat bersama dengan dia.. " ucap aku yang takkan pernah ada siapapun dengar.

masa parkhan nak pergi jungkook raih pergelangan tangan dia.

" siapa.. kau, sebenarnya? "

______________________________________
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top