5 - Pertemuan Semula

Petang itu mereka berlima memasang trap kerana jangkaan mereka akan menuju ke arah rumah Seri Yam Kencana.

"Kam, kau pasang trap jala ni, aku nak usha tempat lastik terbaik," kata Adli.

Eleena mencari biji getah beracun yang berhampiran hutan bersama Nizam, dan Puru pula sibuk menggali lubang dengan dipacakkan dengan kayu tajam.

"Kan best kalau ada Alim," kata Adli sambil memerhatikan jerat dipasang dengan baik.

"Adli, ini biji getah beracun yang awak nak," kata Eleena menghulurkan satu guni biji getah beracun pada Adli.

"Kau bakar kain yang kau pegang tu, kalau bahagian racun tu kena tangan kau, serius menggelupas, gatal-gatal tangan kau. Nanti, jangan lupa ambik cuka, basuh tangan kau dengan cuka," Adli memberi amaran.

Eleena pulang ke rumah seperti dinasihatkan Adli.

"Pedang yang kau curi tadi tu mana?" tanya Adli pada Nizam.

"Ada kat sini," kata Nizam.

"Kejap lagi dorang akan datang. Let's rock and roll!" kata Adli.

"Sini kami panggil batu dan guling. Kepada Dewa Batu dan Guling, harap dia memberkati muzik rock!" kata Puru.

"Sama la tu. Mari kita batu dan guling!"

Mereka berempat bersembunyi di sebalik pokok, dengan Adli bersedia dengan anak panah. Kamelia pula telah bersedia dengan pedang, sementara Nizam dan Puru sudah bersedia dengan lastik dengan biji getah beracun.

Ketua pasukan tentera Ratu Kiko yang mukanya merah dan bengkak-bengkak kena sengat tebuan tadi berhenti, dan pengikutnya juga berhenti.

"Kenapa hamba rasa lain macam kat sini?"

"Sshh, belum lagi Kam," kata Adli. Kamelia bersedia untuk memotong tali jerat yang diikat dengan jala.

Ketua pasukan tentera tadi mengarahkan konco-konconya berpecah. Dan bila berpecah, meninggalkan hanya ketua tenteranya dan dua orang assistant dia sahaja.

"Now!"

Kamelia putuskan tali jerat lalu jerat itu menangkap ketua tentera dan dua assistant tadi. Adli sibuk memanah beberapa orang tentera yang menghampiri ketua mereka yang terjerit-jerit.

"Kita diserang! Kita diserang!"  jerit ketua platun tentera tu.

Kamelia datang dan menikam beberapa orang tentera sambil Nizam dan Puru melastik.

"Not bad juga tuan hamba ni, orang bandar!" kata Puru pada Nizam.

Adli baling dua botol molotov cocktail yang dia buat di rumah tadi tepat ke obor tentera tadi. Keadaan platun tentera Ratu Kiko tadi kucar kacir apabila serangan panah dan getah beracun dari pelbagai arah mengelirukan mereka.

"Tuan hamba, tentera mereka datang lagi!" kata Puru dari atas pokok.

"Pundamauneh, macam mana nak lawan macam ni, ni dua belas orang boleh la lawan. Sekali datang lima puluh ni, mampos la," kata Adli.

"Kam, undur!" kata Adli.

Entah macam mana, mereka berempat nampak sebuah kapal terbang yang nak mendarat.

"Kepala hotak dia ada pulak kapal terbang?"

Mereka nampak ada tiga orang terjun dari kapal terbang dan bertarung melawan dengan tentera yang baru tiba itu.

"Siapa pulak tu?" kata Nizam.

Puru tersenyum lega. Dia menjerit nama kekasihnya.

"Dayang! Dayang! I'm here!"

"Oh, tu la awek kau yang kau cerita tu, gila babi terror dia lawan," kata Nizam.

Kamelia terus berlari untuk membantu mereka bertiga.

"Woi, pergi mana tu Kam?" tanya Adli.

Kamelia dah bertarung.

Mereka bertiga pelik tiba-tiba mana pulak datang makwe pakai baju The Strokes tiba-tiba join sekaki mereka melawan.

"Ah, jom la korang, kita tolong dorang. Kam ni kalau dah naik sheikh, mula la dia nak bertarung jugak," Adli turun dari pokok. Nizam dan Puru juga turun dan menuju ke arah mereka.

Dalam pergaduhan itu, Nizam sempat menyelinap dan menyonglap wallet para tentera. Dasar pencopet si Nizam ni.

Nizam terus menarik perhatian para tentera yang lain ke arah perangkap.

"Kejar la aku kejar la!" Nizam lari dan terus melompat dan tentera-tentera tadi termasuk dalam perangkap yang penuh dengan kayu tajam.

"Fuh, tak sia-sia aku masuk kelab Olahraga," kata Nizam sambil lap peluh.

Mereka bertarung hingga seorang dari mereka lari ketakutan.

"Puru! My love!" jerit gadis berbaju ninja itu lalu bercemolot dengan kekasihnya yang dah terpisah sekian lama.

"Siapa tuan hamba ni semua, weh, lawa baju Rancid tuan hamba," kata lelaki yang berwajah macam nelayan.

"Tuan hamba semua, inilah sahabat hamba. Ini Sang Uchan Perkasa Hitam, yang ini Adli..."

"Adli Margera," Adli bersalaman dengan Sang Uchan.

"Nama hamba Sang Arjuna Perkasa wal Imarah..."

"Yada yada, panjang gila nama kau. Bapak kau tak kesiankan kau ke letak nama panjang-panjang?" kata Adli.

"Wow, you memang hebat berlawan tadi. Nama you siapa? I Dayang Selasih."

"Kamelia, panggil Kam je."

Mereka berdua bersalaman.

"Yang pakai spek dengan baju Weezer tu, yang tu Nizam," kata Adli.

"Tuan hamba semua ni dari mana?" kata Sang Arjuna Perkasa.

"Dari Cheras..."

"Kitorang dari rumah Seri Yam Kencana," Kamelia potong kata Adli. Kamelia rasa tak perlu reveal semua benda.

Mereka semua berjalan ke rumah Seri Yam Kencana, dan tiba-tiba Eleena berlari ke arah mereka.

"Korang, korang semua tak apa-apa ke? Saya risau dengan korang?" kata Eleena kepada Kamelia.

"Tuan hamba relax je, oh ya, Eleena, inilah cinta hati saya, Dayang Selasih. Yang ini Sang Uchan, sahabat karib hamba, dan yang ini..."

"Nama hamba Sang Arjuna Perkasa wal Imarah al-Taqwaun Mubin," Sang Arjuna Perkasa senyum gatal depan Eleena.

"Nama saya Eleena Mahathir."

"Anaknya bendahara..."

"Oh, bukan. Ayah saya bukan seorang bendahara atau Perdana Menteri," kata Eleena.

"Wow, siapa gerangan gadis ini? Begitu cantik sekali?" kata Sang Arjuna Perkasa pada Sang Uchan.

"Tuan hamba ni sikit-sikit gadis, menyampah la hamba tengok," kata Sang Uchan mencebik.

"Tapi hati hamba seolah terpaut dengannya, adakah ini namanya cinta?"

"Diam lah, tuan hamba bab cinta ni memang loser," Sang Uchan terus masuk ke rumah.

--

Puru dan Dayang berpelukan tak lepas sejak pertemuan mereka sejak sekian lama berpisah.

"I'm so sorry I tak boleh selamatkan you, sayang. I rindu you sangat," kata Dayang Selasih.

"Sesuatunya Puru dengan Dayang ni, cinta," kata Eleena pada Nizam.

"Kita dah ada Nizaleena, kita dah ada Adelia, sekarang kita ada Puyang," kata Nizam.

"Maafkan lah rumah hamba ni rumah buruk je, terpaksa lah duduk luar. Karang kalau ramai-ramai duduk rumah ni runtuh pulak rumah hamba ni," kata Seri Yam Kencana sambil menghidangkan air sirap pada semua.

"Sebenarnya kitorang tak faham, kenapa dorang ni nak sangat perang ni, selain nak sperma si Puru ni la," kata Adli.

"Yussouf al Taiyoobi, sebenarnya mahu menghapuskan hamba. Kerana selaku pendekar yang telah berjasa pada negara sekian lama, hamba diburu kerana telah menghancurkan rancangan jahatnya," kata Sang Arjuna Perkasa sambil mata dia mengusha Eleena. Eleena buat relax je.

"You, I kagum tengok you punya jurus silat, you ada belajar capoeira ke?" tanya Dayang Selasih pada Kamelia.

"Dulu I join budak bboyz, lepas tu gabung-gabung la."

"Great, lepas ni boleh la kita sparring!"

Kamelia dan Dayang Selasih senyum.

"Hamba ada baju NoFX Punk In Drublic, tukar la dengan baju Rancid tuan hamba," kata Sang Uchan pada Adli.

"Aku tengok condition dulu. Kalau cun baru aku setuju," kata Adli.

"Cucu semua, hamba rasa, eloklah hamba semua bergerak ke Gua Anjing esok, memandangkan orang-orang Ratu Kiko dan Yussouf al Taiyoobi sudah tahu gerangan tuan hamba semua sudah berada di sini. Di sana, puak pemberontak sudah menanti tuan hamba semua di sana," kata Seri Yam Kencana, memikirkan keselamatan semua.

"Kami rasa kami kena pulang ke tempat asal kami, sebab kami ada banyak kerja nak kena buat," kata Eleena.

"Tapi kita tak boleh nak ke sana. Di sana tentera Ratu Kiko sedang mengepung kita dengan begitu ramai sekali. Kita terpaksa ke Gua Anjing demi keselamatan kita," kata Sang Arjuna, yang cuba nak ngorat Eleena.

Eleena nampak resah. Dia memikirkan mesti Encik Osman mengamuk gila kat rumah dia ni.

--

"Saya dah kata dengan awak, kenapa awak masuk juga gobok tu? Dah sekarang kita tak boleh nak keluar dari sini. Kalau Encik Osman marah saya nanti, awak nak tanggung?" Eleena marah Nizam.

"Saya minta maaf," Nizam hanya tunduk je mendengar Eleena marah-marah.

"Arwah ayah saya dah pesan dah, jangan buka gobok tu. Awak degil. Awak dengar la kata Kurt Cobain dalam khayalan awak tu. Awak sedar tak, awak dah menyusahkan ramai orang?" Eleena mencekak pinggang.

Nizam macam anjing basah kuyup je bila kena sound dengan Eleena.

"Maafkan saya, cinta."

"Sekarang ni awak yang pandai-pandai buka gobok tu, kan? Awak kena ikhtiar balik macam mana kita semua nak balik ke Cheras Perdana, faham?"

Kamelia pandang je Nizam yang stress kena marah dengan Eleena. Banyak kali juga Eleena marah Nizam, tapi ni yang paling teruk.

"Kenapa tu?" tanya Dayang Selasih.

"Couple gaduh. Biasa lah. You macam la tak pernah gaduh dengan Puru," kata Kamelia.

"Biasa je, gaduh. Baling-baling barang pun ada," kata Dayang Selasih.

Sang Uchan dan Adli pulak tengah main gitar lagu NoFX berjudul Leaving Jesusland.

"Tuan hamba, tuan hamba marahkan siapa tu?" tiba-tiba Sang Arjuna tegur Eleena.

"Hah? Eh, tak payah sibuk-sibuk, tepi sikit," Eleena terus blah dari Sang Arjuna.

"Woi, toksahlah nak mengayat! Dah tak terrer ayat tu blah la woi!" Sang Uchan sound dari jauh sambil Adli gelak-gelak dari tepi.

"Girlfriend orang tu woi!" kata Adli pula.

"Hamba akan buktikan walaupun hamba tak setampan Nabi Yusof dan suara hamba tak semerdu Nabi Daud, tapi keperwiraan hamba yang kacak, macho, beriman dan bertakwa ni dapat melembutkan hati Eleena. Oh, Eleena!" bisik hati Sang Arjuna Perkasa.

--

Next update: 25 🌟

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top