3 - Hutan
Eleena, Kamelia dan Adli sudah sedar dari tripping cendawan dan berehat selepas hampir tiga jam di alam psikedelik.
"Kau rakam apa tu, Li?" tanya Kamelia.
"Entah, aku rasa aku rakam Hang Tuah bersilat tadi, tapi kenapa aku pergi rakam dinding?" tanya Adli, tergaru-garu tengkuk tak faham motif dia rekod dinding.
"Saya pulak jadi anggota CSI yang sedang menyelesaikan satu kes pembunuhan," kata Eleena.
"Entahlah, tadi saya borak-borak dengan Miko je. Saya tak berapa nak naik sangat. Dah naik tolerence kot sebab abah selalu layan shrooms," kata Kamelia pula.
Mereka bertiga termenung dan diam seketika. Malaikat lalu.
"Korang ada rasa pelik tak?" tanya Adli.
"Pelik?" tanya Eleena.
"Aku rasa macam ada kehilangan something," kata Adli.
"Apa dia?" Kamelia terpinga-pinga.
"Cinta?"
Eleena terus naik ke biliknya kalau-kalau Nizam tidur di biliknya.
"Eh tak ada pulak?"
Eleena turun dan keluar rumah, nampak kasut Vans dan basikal BMX Nizam.
Eleena pergi ke bilik Edry, dan tengok Edry sedang main Mobile Legend.
Adli dan Kamelia pun mencari Nizam.
"Takde pulak dia dalam toilet?" kata Adli.
"Entah-entah dia bunuh diri tak?" kata Adli.
"Hish, merepek la kau!" kata Kamelia.
Eleena mula resah, kerana dia tak jumpa Nizam dalam rumahnya sendiri. Puas dia cari.
"Aku rasa depression ni memang kena ada kat rock star, jadi Nizam ni kan idola dia Kurt Cobain, Chris Cornell, Chester Bennington, kena la ada depression..."
"Adli, depression bukan macam tu la. Depression ni, macam aku, ada panic attack, ada tekanan perasaan. Nizam tu relax je. Paling-paling pun mesti Eleena tau," kata Kamelia.
"Mana tau, dia nak acah-acah?"
"Ha, kalau dia bunuh diri, mana?"
Eleena sudah semakin resah. Semua tempat dia tak jumpa. Dia cari kat court basketball, belakang rumah, swimming pool, semua takde.
Eleena masuk bilik kosong yang ada gerobok lama arwah ayahnya tu.
"Cinta?"
"Zam, mana kau?"
"Anda?"
Tiga-tiga melihat gerobok lama.
"Hish, almari lama ni mistik gila," kata Adli.
"Entah-entah dia dalam tu," kata Kamelia.
"Saya dah pesan dengan Nizam, jangan buka gobok ni. Arwah ayah dah pesan dah dulu," kata Eleena.
"Almari apa ni, Eleena?" tanya Adli.
"Gobok warisan keluarga. Gobok ni, entahlah, orang tua saya pun tak cerita betul-betul sebelum mereka meninggal. Tapi dia cakap banyak kali, jangan buka gobok ni."
"Ada hantu ke?" tanya Kamelia.
"Misteri Nusantara gila ni," kata Adli.
"Baik kita tanya Encik Osman," kata Kamelia.
"Ish, janganlah! Nanti Encik Osman marah saya nanti," kata Eleena.
Tiba-tiba Edry turun.
"Apahal korang berkumpul kat sini?" tanya Edry.
"Nizam hilang," kata Kamelia.
"Dan kitorang syak Nizam dalam almari ni," kata Adli.
"Kakak, kakak tak cakap dengan abang Nizam ke pesan arwah ayah apa? Jangan bukak gobok ni walau apa sekalipun," kata Edry dengan nada tegas.
"Itulah, kakak dah beritahu Nizam. Tapi tadi dia tanya pasal gobok ni. Sekarang ni, macam mana?" tanya Eleena.
"Kita cakap dengan Encik Osman."
--
"Apa? Nizam dalam almari tu? Astaghfirullah, apa aku nak jawab dengan mak bapak dia ni. Arwah ayah kamu dah pesan, jangan dibukanya gobok tu!" Encik Osman tepuk meja. Ini first time tengok Encik Osman lost temper.
Edry singgung lengan Eleena.
"Arwah ayah kamu kata, gobok tu gobok pusaka. Dalam tu ada simpan macam-macam benda dari alam ghaib. Dan sekarang kalau Nizam dah masuk situ, dia pun dah masuk alam ghaib. Ha, macam mana tu? Cik Eleena cuba jawab dengan saya, apa saya nak jawab dengan mak ayah Nizam ni?" Encik Osman bercakap dengan nada serius.
"Kita masuk dalam tu jugak, tak?" kata Kamelia.
"Kamu jangan main-main, Kamelia. Ini benda serius!"
"Habis tu, kita kena cari dia juga, kan?" kata Adli.
Encik Osman diam.
"Saya nak cari Nizam. Kalau apa-apa jadi pada saya, saya serahkan pada Edry untuk buat keputusan untuk syarikat," kata Eleena.
"Cik, apa saya nak jawab dengan lembaga pengarah kalau macam ni?" kata Encik Osman.
"Saya akan pulang, saya janji. Saya tak nak kehilangan Nizam. Tolonglah Encik Osman."
"Saya akan ikut!" kata Kamelia.
"Saya pun," kata Adli.
"Nak ikut sekali?" kata Edry.
"Jangan, stay sini. Edry dengan Encik Osman stay sini. Ayah, maafkan Eleena, Eleena terpaksa buka gobok pusaka ni," kata Eleena memandang ke arah siling.
--
Nizam terpinga-pinga apabila keluar dari lubang di celahan semak. Dia berada di dalam hutan.
"Weh, serius lah? Macam cerita Narnia je?" kata Nizam.
Dia berjalan perlahan-lahan sambil mencari punca sungai. Dari sungai barulah boleh jumpa kampung atau petempatan orang duduk. Nyata ilmu geografi yang dia belajar dengan Ail disamping pengalamannya menjadi Pengakap Muda menjadikan dia tahu selok belok hutan.
Dia dengar bunyi sungai. Dia terus jalan menuju ke arah bunyi itu. Semakin dekat berbunyi, dia terbau asap.
"Ada api? Mesti ada orang," kata Nizam. Makin dia dekat, dia dengar orang bersiul lagu Joy Division.
"Peh, aku bakal jumpa Ian Curtis ke? Dia takde pulak masa ramai-ramai tadi. Peh, best gila ni!"
Nizam nyanyi lagu Transmission. Siulan tu berhenti.
"Eh, berhenti?"
Tiba-tiba dia rasa ada besi di belakang tengkuknya, tersentuh sedikit.
"Weh, lek!" kata Nizam.
"Siapa tuan hamba?"
"A...a..aku Nizam."
"Tuan hamba dari mana?"
"Err...err...Cheras Perdana."
"Tak pernah dengar nama tempat tu," kata suara tu.
"Aku sesat ni. Tolong, aku tak bersenjata. Lagipun, aku fan Joy Division, macam kau gak."
Nizam toleh ke belakang dan nampak lelaki berwajah katak puru sedang memegang tombak.
"Masya Allah! Kermit The Frog ke apa doh?" Nizam urut dada.
"Hamba kena sumpahan Puru dulu. Lawa baju Weezer?" kata lelaki berwajah katak puru itu.
"Ha, kau minat Weezer ke?" tanya Nizam.
"Eh, minat la! Tuan hamba minat apa lagi?"
"Radiohead, Death Cab For Cutie, The Smith, The Cure, The Who, Muse, Oasis...."
"Say no more, kita geng!" lelaki berwajah katak puru tu menghulurkan tangan untuk salam.
"Nama hamba, Puru Cendana Pura! Hamba dari Kuala Sawah, tapi sekarang dalam pelarian. Dan aku sekarang tengah bersembunyi dari tentera Tengku Kiko dan orang-orang Yussouf al-Taiyoobi."
"Yussouf al-Taiyoobi? Yusuf Taiyoob aku tau la jenama kurma," kata Nizam.
"Tuan hamba dah makan? Hamba cuma ada keledek rebus sahaja, ini sahaja yang hamba jumpa. Makanlah," kata Puru Cendana Pura, menghulurkan keledek rebus ke tangan Nizam.
"Serius, aku kat mana ni doh?" tanya Nizam.
"Tuan hamba di Melaut, dan sekarang dijajah oleh Ratu Kiko dan Yussouf al Taiyoobi," kata Puru Cendana Pura.
"Hish, tak faham lah aku. Aku masuk dalam ni sebab Kurt Cobain kata kalau aku masuk sini, aku jadi legend."
"Kurt Cobain dah mati lah," kata Puru.
"Tau lah. Tapi aku macam seru roh dia la," Nizam kunyah ubi keledek rebus tu.
"Ayuh, kita ke rumah Seri Yam Kencana, kemudian kita makan tengah hari di sana. Hamba menumpang di sana."
Nizam yang blur tak tahu apa, hanya mengikut sahaja.
"Pelik aku rasa. Cakap macam zaman purba, tapi tau pulak Kurt Cobain. Pening aku alam ni," kata Nizam seorang diri.
Sampai je ke tangga rumah, Nizam perhatikan design rumah.
"Ish, purba gila design rumah macam ni."
"Masuk lah," kata Puru.
"Nenek, ini Nizam, baru jumpa di tepi sungai, dia sesat tadi."
Nizam salam cium tangan pada Seri Yam Kencana.
"Cu, cu dah makan?"
"Tadi makan keledek," kata Nizam.
"Nah nek, pucuk paku, dengan ikan haruan," kata Puru menghulurkan ikan dan pucuk paku.
Kelihatan seorang makwe pandang senyum-senyum pada Nizam. Lepas tu bila nampak Nizam pandang dia, dia terus tutup mulutnya dengan selendang.
"Cover la sikit hormon kamu tu, Seri Rampai!" kata Seri Yam Kencana sambil giling cili kering.
Nizam mendengar cerita dari Puru tentang pemberontakan dari Tunku Hasyim dan puak pemberontak bangkit melawan Ratu Kiko yang kejam. Tetapi dia terpisah dengan kekasihnya, Dayang Selasih, dan kawan-kawannya, Sang Arjuna Perkasa wal Imarah Al-Taqwaun Mubin dan Sang Uchan Perkasa Hitam.
(Untuk pengetahuan lebih jitu, baca novel Sang Arjuna Perkasa)
"Pahal do nama panjang-panjang? Tak tergeliat ke bapak dia bubuh nama camtu?" tanya Nizam.
"Dia tu pendekar paling handal, paling kacak, macho, beriman dan bertakwa..."
"Adui, mende pulak ni?"
Seri Rampai membawa dulang yang ada nasi dan lauk pucuk paku masak lemak dan sambal ikan haruan.
"Jemput makan," kata gadis tu tersipu-sipu.
Seri Yam Kencana naik ke beranda, dan berbual dengan Nizam.
"Anak ni namanya siapa?"
"Nizam."
"Maaflah, nenek dah tua. Pelupa sikit. Dari mana?"
"Cheras Perdana," kata Nizam.
"Sejak Ratu Kiko memerintah ni, habis nama tempat diubahnya. Melaut jadi Damansara Utama, Alam Shah Buana jadi Subang Jaya, ni Cheras Perdana ni dari mana nama asalnya ni?" tanya Seri Yam Kencana.
"Ha, kat Cheras? Dekat dengan Kajang? Bandar Tun Hussein Onn? Err, Hulu Langat? Selangor? Malaysia? Kamon makcik, takkan Malaysia pun tak tahu. Nama Malaysia kan dah gah di persada antarabangsa...1MDB? Tak tahu gak? Peh sini memang takde line internet agaknya," Nizam dah garu kepala.
Seri Yam Kencana dan Puru Cendana Pura pandang blur sahaja muka Nizam.
"Kita kat negara mana ni?"
"Melaut."
"Hamba dari Alam Shah Buana, hidup dalam pelarian. Sekarang sedang berlaku peperangan dan kami sedang menyorok dari buruan tentera Ratu Kiko, mereka cari hamba," kata Puru Cendana Pura.
"Masya Allah, aku kat alam mana pulak ni," kata Nizam.
"Kita semua perlu ke Gua Anjing untuk ke tempat pemberontak berkumpul."
"Lek, lek! Aku rasa aku kena balik dulu, aku masuk sini dari almari awek aku dan sekarang aku dah tak tahu kenapa aku ada kat sini. Siot, Kurt Cobain! Kau kata aku boleh jadi rock star kat sini," kata Nizam.
"Apa kata tuan hamba berehat dulu," kata Puru Cendana Pura.
"Aku risau ni. Ni mesti awek aku tengah cari aku ni," Nizam terus makan nasi.
--
"What the fuck, doh?" Adli terpinga-pinga, masuk almari keluar hutan.
"Mulut jaga la sikit, tengah hutan ni! Sekarang ni mana nak cari si Nizam tengah hutan ni?" kata Kamelia.
Eleena memerhatikan ranting patah, kedudukan daun dan keadaan tanah.
"Ikut saya," kata Eleena.
"Kejap, kita kena letak tanda di pokok ni, nanti kita tak terlupa nak balik ke gobok ni nanti," kata Eleena sambil ambik seketul batu, dan diketuk ke pokok dengan huruf E. Kemudian dia ikat kain pada salah satu pokok di tepi lubang.
Eleena berjalan dan diikuti oleh Adli dan Kamelia, mendengar bunyi sungai. Kemudian mereka terbau asap.
"Ada orang tinggal di sini," kata Eleena.
"Macam mana awak tau?" tanya Kamelia.
"Bau asap."
Mereka nampak tapak kaki dan unggun api yang dah terpadam.
"Weh, jom mandi sungai! Lama dah tak mandi kat Gabai ni!" kata Adli.
"Kita cari Nizam dulu, boleh tak?" kata Kamelia.
Eleena terus mencari jejak kaki yang disyaki milik kaki Nizam.
"Cinta, mana awak pergi ni?" Eleena terus risau dan terus berharap bertemu buah hati pengarang jantungnya.
--
Next update: 30 🌟
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top