27 - Yussouf Al Taiyoobi
Konvoi Ratu Kiko diiringi oleh berbatalion tentera yang dilatih dengan penuh kecekapan. Pun begitu, kehadiran Yussouf al Taiyoobi menjadikan kawalan keselamatan lebih ketat.
Yussouf al Taiyoobi rasa lain macam bila lalui jalan ini. Dia merasakan akan berlaku serangan hendap dari pihak pemberontak.
"Pengawal..."
"Yes master, Dark Lord..."
"Periksa jalan ini. Aku rasa Sang Arjuna dan kawan-kawannya sedang berkumpul di sini. Dan bila kau jumpa mereka, bawa aku ke sana dan biar aku beri jalan penghabisan pada mereka," Yussouf al Taiyoobi menyelak jubah hitamnya. Jari jemarinya yang sudah mulai mereput, tetapi kerana kuasa jahatnya menyebabkan dia terus hidup.
Yussouf al Taiyoobi sudah hidup selama ribuan tahun. Dia hidup semasa zaman Firaun masih lagi memerintah Mesir. Sepanjang kehidupannya, segala empayar dari Mesopotamia, Mesir, Parsi, Greek, Rom, hingga ke Alam Dewata, sehingga Amerika - semua jatuh di tangannya.
Kuasa hitam hasil pemujaan kuasa roh jahat Eye of Horus, amalan termasuk makan daging mumia yang mereput serta memuja piramid inilah yang menjadikan Yussouf al Taiyoobi masih lagi hidup selama ribuan tahun.
Pun begitu dia amat gusar dengan prophecy kitab Hammurabi yang mengatakan empat pemuda, dua lelaki dan dua perempuan ini akan mampu menewaskan kuasanya.
Dan salah satu dari empat pemuda ini ialah anak kepada Bendahara Mahathir.
Bendahara Mahathir meninggal dunia beberapa tahun yang lalu selepas sekian lama dia meninggalkan alam sebelah gerobok ini. Pintu gerobok ini tidak pernah dibuka sejak kali terakhir Bendahara Mahathir melepasi pintu gerobok ini, dan sehinggalah Nizam buka pintu ini kerana tripping.
Riak wajah Yussouf al Taiyoobi tenang, walau berkerut. Jubah hitam yang dipakainya menyerap segala tenaga yang ada dan mengekalkan kuasa jahat di dalam badannya.
Ratu Kiko sedang tenang melihat keadaan sekeliling. Entah tiba-tiba, sebatang anak panah singgah tepat di dada Ratu Kiko.
"Kita diserang!" jerit Laksamana Gajah Merah.
"Bodoh mereka ni, mereka tak tahu ke aku dan Yussouf al Taiyoobi ni kebal? Gajah Merah, Naga Timur, patahkan serangan mereka, dan I rasa darling I Puru ada kat sini. Tak jauh rupanya you lari, hehehe!" Ratu Kiko cabut panah di dadanya, dan lukanya kembali pulih.
Pertempuran sengit antara tentera pemberontak dan tentera Ratu Kiko berlangsung. Kenderaan yang mengiringi Ratu Kiko dan Yussouf al Taiyoobi nampaknya diserang bertali arus, namun mereka masih lagi dapat bertahan. Kenderaan mereka berhenti di depan kem tahanan.
Lelaki berjubah hitam keluar dan mengeluarkan tenaga elektrik dari tangannya ke seorang tentera pemberontak.
"Kalian semua anak-anak mentah."
"Sila menyerah!" kata seorang lagi tentera pemberontak mengacukan bazooka ke kepala lelaki berjubah hitam itu.
Lelaki berjubah hitam itu ketawa sinis.
"Kau kenal siapa aku?"
Tentera pemberontak itu tergamam.
"Akulah...Yussouf....al Taiyoobi...."
Tentera tadi terus menggelupur sampai berbuih mulutnya. Begitulah berkuasanya Yussouf al Taiyoobi. Mendengar bisikan namanya sahaja sudah mampu membuatkan orang mati menggelupur.
Segerombolan tentera pemberontak cuba menembak dan memanah Yussouf al Taiyoobi, tapi Yussouf al Taiyoobi hanya menepis pakai tangan sahaja, peluru itu kembali ke arah penembak, dan anak panah itu kembali tercucuk di dada pemanah.
Sang Uchan nampak Yussouf al Taiyoobi bersama Ratu Kiko berjalan menuju ke dalam pusat kem tahanan itu.
"Tuan hamba semua, keluarkan kuasa cincin! Tanah!"
"Api!"
"Angin!"
"Air!"
"Jiwa!"
"Dengan semua kuasa bergabung, akulah Laksamana Bumi!"
Laksamana Bumi yang badannya setinggi Ultraman itu pun menghancurkan tentera Ratu Kiko.
Adli dan Kamelia tercengang melihat ketinggian Laksamana Bumi.
"Serious la, Captain Planet?" kata Adli.
"Woi, jangan tercengang situ. Nizam dengan Eleena nak kita ada kat dalam tu," Kamelia tarik baju Adli.
Laksamana Bumi menterbalikkan kesemua jentera-jentera tentera Ratu Kiko. Pertempuran nampaknya berpihak pada pemberontak bila ada Laksamana Bumi.
Laksamana Bumi nampak Yussouf al Taiyoobi dan terus menyerang lelaki berjubah hitam itu, tapi Yussouf al Taiyoobi mengeluarkan toksik dari celah jarinya.
"Aaarrgghhhhh!"
Menggelupur Laksamana Bumi lalu tumbang seperti Ultraman tumbang di bandaraya Tokyo.
"Ya Allah, macam tu je Laksamana Bumi tumbang?" kata Kamelia terkejut.
"Aku rasa sebab tu la kot Captain Planet takde movie lagi. Hero dia tak power macam Wolverine ke Fantastic Four ke Iron Man ke," Adli geleng-geleng kepala.
Sang Arjuna Perkasa, Sang Uchan, Puru Cendana Pura dan Dayang Selasih menghalang Yussouf al Taiyoobi dari memasuki bangunan.
"Haha, nampaknya kalian berempat tak serik untuk lawan aku. Kau semua dapat menyaksikan Laksamana Bumi kau dengan mudah aku tewaskan, apa lagi korang berempat ni. Baik korang main pondok-pondok saja," Yussouf al Taiyoobi menganjing.
"Kali ini kami akan menamatkan riwayat kau, Yussouf al Taiyoobi!" kata Sang Arjuna, mengeluarkan keris.
"Seriuslah? Haha! Nyawa aku selama ribuan tahun, sejak zaman Firaun lagi. Aku telah menumbangkan seberapa ramai Firaun, raja, empayar, kau fikir kau berempat mampu menewaskan aku?"
Dayang Selasih terus menikam perut Ratu Kiko, tapi Ratu Kiko hanya ketawa.
"Barangkali kau lupa, aku kebal! Puru, come to mommy!" Ratu Kiko menarik Puru dan mengheretnya menuju ke dalam bangunan.
Sang Arjuna Perkasa menendang Yussouf al Taiyoobi, tetapi dengan sebelah tangan sahaja, Yussouf al Taiyoobi tepis dan tenaga elektrik keluar dari tangannya membuatkan Sang Arjuna Perkasa menerima kejutan elektrik.
Sang Uchan cuba menendang Yussouf al Taiyoobi, tetapi dengan guna sebelah tangan sahaja menolak Sang Uchan dan dia jatuh tersungkur sampai terbenam ke tanah.
"Hahaha!"
Dayang Selasih cuba menikam Yussouf al Taiyoobi, tetapi sekali tepis sahaja, Dayang Selasih tercampak jauh sampai tersangkut ke pokok.
"Gila babi power Yussouf al Taiyoobi ni, macam mana kita nak kalahkan dia ni?" Adli menggaru-garu kepala.
"Takkan la dia takde kelemahan langsung?" Kamelia masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Weh, jom la masuk. Nizam dengan Eleena ada kat dalam tu."
Kamelia masuk ke dalam dan Suria datang menyambutnya.
"Nizam dan Eleena ada dalam bilik pejabat, mereka tengah tunggu Yussouf al Taiyoobi," kata Suria, yang sedang menembak tentera Ratu Kiko yang berada di perkarangan kem.
Sementara itu, Ratu Kiko terus membuka baju dan seluar Puru untuk ritual mendapatkan ilmu kebal.
"Arrggghhh!" Puru menggelupur dan menjerit sangat testisnya diberi kejutan elektrik.
Dayang Selasih teringat Pisau Hikmah yang pernah diberi oleh Sultan Melaut semasa beliau berkhidmat dengannya menumpaskan Dol Tramp dulu.
Dia terus turun dari pokok, dan terus menuju ke bangunan kem tahanan, mencari Puru.
Dia terdengar jeritan dari Puru yang kesakitan meminta tolong.
"I'm coming, baby!" Dayang Selasih mengeluarkan pisau kurniaan Sultan yang selama ini menjadi tanda tanya apa fungsinya.
"Tikam di betis kiri," Dayang Selasih cuba ingat kembali arahan Sultan.
Dayang bertarung dengan dua pengawal peribadinya, sebelum menerajang pintu tadi, dan nampak Ratu Kiko dalam posisi cowgirl.
Dayang terus tikam betis kiri Ratu Kiko.
HEEERRRRRKKKKKK!
Terpancut mulut Ratu Kiko dengan darah, lalu terus mati.
"Baby, sayang! You okay?"
Dayang melihat wajah Puru yang tidak lagi berupa katak puru, sebaliknya sudah menjadi rupa macam Wahid Senario.
"You, Puru?"
Puru mengangguk kepala.
Dayang Selasih memeluk Puru.
"Lekas pakai seluar, kita nak lawan Yussouf al Taiyoobi pulak ni," Dayang Selasih berikan baju dan seluarnya lalu keluar dari bilik seksaan itu.
Kehadiran tentera alien dari Sedna membantu menghancurkan saki baki tentera Ratu Kiko yang tinggal.
Yussouf al Taiyoobi berang kerana kekuatan tenteranya semakin melemah.
Dia terus melangkah ke pejabat, dan sebaik sahaja membuka pintu, Nizam dan Eleena sedang duduk di mejanya, dan memegang Gitar Sakti.
Kamelia dan Adli muncul di belakang Yussouf al Taiyoobi.
"Haha, wahai anak mentah, kau fikir kau siapa?" Yussouf al Taiyoobi ketawa walaupun dalam hatinya agak gusar.
Eleena terus bermain gitar sementara Nizam pukul curi ke belakang Yussouf al Taiyoobi. Adli baling mercun dan Kamelia terajang kepalanya.
Yussouf al Taiyoobi menjadi lemah apabila mendengar bunyi dari Gitar Sakti itu. Kuasa dalam badannya terus menghilang dan Kamelia terus memberi tendangan padu ke dada Yussouf al Taiyoobi macam Chun Li.
Dayang Selasih terkejut tiba-tiba Yussouf al Taiyoobi tercampak di depannya. Dengan Pisau Hikmat tadi, dia menikam betis kiri Yussouf al Taiyoobi.
"Sial!"
Mulut Yussouf al Taiyoobi terpancut darah, menggelupur sebelum menemui ajalnya.
"Korang, thanks!" Dayang Selasih angkat tangan pada geng Cheras Perdana sebagai tanda hormat.
--
"Syukurlah, semua dah berakhir. Sekarang bolehlah kami semua pulang," kata Eleena keluar dari bangunan tadi.
"Ye lah, rasa macam dah berminggu-minggu kitorang kat sini. Sudah masanya untuk kami pulang," kata Kamelia.
"Sang Uchan, kau memang geng Margera terbaik!" Adli memeluk bahu Sang Uchan.
"Aku tak terbaik ke, Li? Aku yang selamatkan kau," Nizam dari tepi usha je.
"Ala ye la ye la. Tapi kau punya pasal la nak masuk sini apa bagai. Last-last jadi gini," Adli menyekeh kepala Nizam.
"Adinda bonda, adinda bonda! Bonda ada sesuatu nak pada adinda bonda!" Putera Hasanuddin datang meluru ke arah Eleena.
Kereta kuda diraja datang, dan Tunku Hasyim bersama Permaisuri Emeliana turun.
"Ampun tuanku!"
Semua tentera Tunku Hasyim tunduk merafak sembah.
"Syabas anak muda. Kalian semua akhirnya dapat menumpaskan Ratu Kiko, dan yang paling penting, membunuh Yussouf al Taiyoobi."
"Benda simple je," kata Adli. Kamelia singgung lengan Adli.
"Ish, tu Sultan lah!"
"Adinda Eleena, sebelum kalian semua berangkat pulang, eloklah kiranya kalian semua ke acara pertabalan Tuanku menjadi Sultan," kata Permaisuri Emeliana sambil memegang tangan Eleena.
"Beta dengan sukacitanya menganugerahkan gelaran Tun pada kalian berempat kerana berjaya menumpaskan Yussouf al Taiyoobi," kata Tunku Hasyim.
"Weh, mulai hari ni, kau kena panggil aku Tun Adli Margera," Adli kata pada Kamelia.
"Poyo! Aiskrim hijau susu aku mana?"
"Balik Cheras la aku belanja!"
Eleena rasa runsing. Dia rasa dia sudah terlalu lama di sini.
"Kami nak pulang, dah lewat ni. Nanti Encik Osman marah," Eleena peluk Nizam.
"Sampaikan salam beta pada Tun Osman, ya?" kata Tunku Hasyim.
--
Mereka berempat berjalan dengan diiringi tentera menuju ke tempat mula-mula mereka masuk ke alam ini.
"Rasanya yang ini, saya ada letak tanda di sini," Eleena tunjuk kain yang diikat pada sebatang pokok masa mula-mula dia datang ke sini.
"Korang semua, thanks la sebab tolong kitorang dalam menumpaskan kuasa jahat yang membelenggu kami selama ini," Dayang Selasih memeluk Kamelia.
"Apasal muka kau macam Wahid Senario?" Adli gelakkan mula Puru.
"Eleena, maafkan hamba semua kalau sepanjang kehadiran kalian di sini, kami menyusahkan tuan hamba," kata Sang Arjuna.
Mereka semua bersalaman dan berjabat tangan sebelum Eleena dan rakan-rakan lain masuk ke lubang mula-mula mereka masuk dulu.
Dan mereka terus tembus ke gerobok purba itu, masuk kembali ke rumah Eleena.
"Kitorang dah balik!" jerit Adli.
Encik Osman cekak pinggang dan pandang Nizam dengan muka marah.
"Lain kali jangan masuk dalam gerobok tu lagi, faham!"
"Faham, Encik Osman."
"Apa yang korang buat dalam gerobok tu dalam masa 15 minit?" Edry tak faham dengan apa yang berlaku dalam gerobok tu.
"Hah, 15 minit? Kitorang berminggu-minggu kot dalam tu," Adli kerut dahi tak faham.
Encik Osman hanya senyum melihat reaksi Adli.
"Encik Osman, Permaisuri Emeliana dan Tunku Hasyim kirim salam," kata Eleena.
"Waalaikumsalam. Syukurlah, semuanya berakhir dengan selamat," Encik Osman urut dada.
Encik Osman kunci pintu gerobok itu dan menyimpan kunci itu.
"Encik Osman, selama ni, ayah ke sini ke?" tanya Eleena.
"Ada banyak lagi rahsia yang arwah ayah amanahkan, rasanya belum tiba masanya cik Eleena untuk tahu," kata Encik Osman.
"Kau jangan nak ikut cakap Kurt Cobain dalam kepala kau tu, Zam! Aku sekeh kepala kau karang. Aku hampir-hampir jadi hamba abdi, kau tau tak?" kata Adli.
"Esok, kita jamming? Tak sabar saya nak tunjuk skil saya main gitar," kata Eleena.
"Eleena main gitar lagi power dari kau la, Zam!" kata Adli.
Nizam peluk kekasihnya dan kucup dahi.
"Lepas ni jamming tak payah ada awak lah," Eleena senyum.
"Alaaaaa!"
Semua keluar dari bilik kosong dengan gerobok itu, sebelum Encik Osman menguncinya agar tiada siapa akan masuk ke bilik itu lagi.
FIN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top