12 - Adli Dr Love

Esok mereka berlapan bergotong royong membantu mengebumikan mangsa yang terkorban. Eleena kucup dahi jenazah arwah Melur, dan ibunya Makcik Siantan, sebelum solat jenazah diimamkan oleh Sang Arjuna Perkasa.

Suasana sayu menyelubungi Kampung Hulu Paku. Puru Cendana Pura pula terkenangkan peristiwa Kampung Sagil yang diserang oleh Yussouf al Taiyoobi.

"Kakak akan rindu awak, Melur," Eleena ucap kali terakhir sebelum jenazah mereka semua ditanam secara beramai-ramai.

Mereka semua sehari suntuk membersihkan Kampung Hulu Paku yang musnah teruk. Membina kembali rumah yang runtuh, membersihkan sampah-sampah, serta membantu memberikan makanan pada penduduk kampung yang terputus bekalan makanan.

Mereka membina semula tali air untuk tujuan pengairan, serta menggunakan kudrat orang kampung untuk membaiki semula kenderaan tentera yang rosak, untuk digunakan untuk menyerang kembali tentera Ratu Kiko.

Pendekar Harimau Berantai melihat anak muridnya semua masih lagi teguh dengan semangat mereka. Sementara itu, geng Cheras Perdana pula sibuk melakukan kerja-kerja amal.

Semasa sedang angkat barang itu, Sang Arjuna nampak Audrey Hepburn sedang menyapu sampah.

"Hai, Audrey Hepburn. Tengah buat apa tu?"

Seluruh penduduk kampung facepalm.

"Allah..."

"Astaghfirullah al azim..."

"Nak, dah besar jangan jadi macam tu, bodoh nak mampos."

"Malu aku nak ngaku member macam ni," kata Sang Uchan sambil hisap rokok gulung.

"I lagi malu nak mengaku dia ni abang I," Dayang Selasih pula sedang mop lantai.

Sang Arjuna terus down selepas bertanya soalan macam tu pada seorang gadis. Itulah kesilapan yang sering dia ulangi.

"Bro, boleh aku cakap sikit tak?" kata Adli, tiba-tiba memeluk bahu Sang Arjuna.

"Apa yang tuan hamba nak cakap?"

"Kau perasan tak, pagi tadi kau dah cantik dah. Eleena dengan Nizam pun dah okay dengan kau. Semua dah berjalan lancar, kau siap jadi imam solat jenazah lagi. Semua respect kau. Tapi tadi tu..."

"Hamba tahu, inilah kelemahan hamba."

"Kau tak boleh macam tu. Kau kena jadi macam, apa buku Nami Cob Nobbler tu, Kam?"

"Lelaki Eksistensial," kata Kamelia yang sedang membantu Eleena masak lauk untuk nasi kawah.

"Ha, macam tu. Kau tak boleh ngorat awek sebarang-sebarang. Kau ni badan sado dah. Muka dah jambu macam Fattah Amin. Tapi kau takde attitude. Takde orang kata, guts!"

"Faham tu, faham."

"Kau cuba tengok Nizam?"

Kelihatan tiga empat orang makwe beratur berebut-rebut nak berborak dengan Nizam.

"Walaupun dia pemalu, dia muka blur, suka buat kelakar bangang, tapi makwe suka dia punya versi kelakar bangang. Kau punya versi kelakar bangang, creepy, kau tau tak?" kata Adli yang tiba-tiba bertukar menjadi Doktor Cinta.

"Aku punya kelakar, jangan cakap la. Aku punya kelakar bertahap world class," kata Adli lagi.

"Jadi, bagaimana hamba nak memikat wanita dengan baik? Hamba dah masuk kuliah cinta Romi Samudera pun masih gagal," kata Sang Arjuna.

"Sang Uchan, kau sini jap?" Adli panggil.

"Apa dia, tuan hamba?" kata Sang Uchan.
"Kau jadi pompuan jap."

"Ala, macam mana tu, tuan hamba?"

"Kau tengok video Sajat jap. Lepas tu kau faham lah," kata Adli.

"Oh, hamba tahu."

"Okay, memandangkan Sang Uchan ada rambut macam nelayan, kau bayangkan Sang Uchan ni perempuan. Ha, Sang Uchan, mula sekarang!"

Adli menyampah je tengok Sang Uchan cara berjalan perempuan. Macam bapok tak siap. Rasa macam nak terajang je.

"Jap, jap, nama kau siapa doh?" tanya Adli.

"Nama hamba, Lindsay Lohan," kata Sang Uchan dengan suara kepit.

"Ha, Sang Arjuna. Apa lagi, aku nak tengok kau adjust si bapok tak siap ni."

"Hai, Lindsay Lohan, buat apa tu?"

"Kau elak dari bertanya buat apa. Kau mulakan sapaan macam ni, kau bayangkan situasi sekarang dalam stesen MRT. Ha, sekarang, kau ayat dia."

"Nak pergi mana?"

"Jangan, bodoh! Meh la aku ayat bapok tak siap ni. Kau tengok, kau tengok!" kata Adli.

"Fuyoo, baju The Descendants," kata Adli sambil melihat baju Sang Uchan.

"Oh ya ke, terima kasih," babi la suara kepit kau, Sang Uchan.

"Minat band apa lagi?"

"Hamba minat NoFX, Rancid..."

"Ha, bila kau dah tahu minat si bapok tak siap ni apa, baru kau masuk topik. Ohh, aku suka lagu Dum Dum Tak. Kau layan tak?"

"Layan la jugak," Sang Uchan pintal-pintal rambut.

"Sekali aku pijak kau karang, eii, kimak je aku tengok muka kau ni," kata Adli melihat kegedikan Sang Uchan bertukar watak.

"Dah ada small chat, baru kau perkenalkan diri. Nama aku Adli, Adli Margera, nama kau?"

"Nama saya Lindsay Lohan."

"Oh, selalu ke gi gig punk?"

"Selalu la jugak, kenapa, awak nak belanja saya ke?"

"Okay Sang Arjuna. Kat sini, kau jangan nampak desperate. Kau observe dulu minah ni macam mana. Kalau tiba-tiba dia mintak belanja, kau terus blah. Ini turn off," kata Adli.

Sang Arjuna mengangguk faham.

"Tapi kalau tiba-tiba dia cakap, minggu ni ada gig, okay, Lindsay Lohan, cakap minggu ni ada gig," Adli memberi arahan pada Sang Uchan.

"Minggu ni ada gig."

"Kat mana?"

"Dekat Paul's Place. Awak nak ikut?" eh gedik kau ni melampau macam Datuk Vida la pulak.

"Okay, kat sini kau kena berhati-hati, walaupun chances kau 70-30. Kau kena dilihat mahal. Tak mampu digoyangkan. Kat sini kau cakap, okay je, pukul berapa, jumpa kat mana, tiket berapa ringgit semua. Lepas tu, ha bapok terlajak kimak, jawab lah!"

"Pukul 2 petang, kita jumpa kat McDonald's Kuala Sawah, tiket 20 perak."

"Ha, bila dia dah bagi detail tu, kau kata apa?" tanya Adli pada Sang Arjuna.

"Okay, hamba belanja tuan hamba."

"Bukaaaaan! Kau kata gini, apa apa hal, aku contact kau. Kau ada nombor phone? Twitter ke, Whatsapp ke, Instagram ke? Ha, see, kat sini baru kau mintak contact. Bila kau dah ada contact, kau dah boleh...boleh apa?"

"Boleh dihubungi," kata Sang Arjuna.

"Pandai pun kau. Bila dah boleh dihubungi, lepas tu kau janganlah terburu-buru call dia terus, tapi kau tunggu dua hari sebelum hari gig, kau confirmkan balik, jadi ke tak pergi gig minggu ni."

"Jadiii..."

"Eh, diam lah suara kepit. Sekali aku terajang kang terus jalan kepit terus kau ni," kata Adli pada Sang Uchan.

"Esok pagi, kau bangun pagi, kau mesej dia, jumpa pukul berapa. Lepas tu, always double confirm. Double je jangan banyak kali, nanti dia rasa kau bengap nak mampos. Kau tanya banyak kali soalan sama ni annoying."

"Okay, hamba faham."

"Lepas tu, bila dah jumpa, kau kumpul lagi maklumat pasal dia. Macam dia suka makan apa, sekolah mana, birthday bila, dan segala lancau kau perlu tahu. Lepas kau dah seronok apa semua, kau tanya dia lagi, nak jumpa lagi tak bila-bila. Ha, jawab," Adli sepak bontot Sang Uchan.

"Tengoklah macam mana nanti."

"Ni kau kena tengok nada suara dia, bahasa badan ni macam mana. Perempuan ni kalau kau nak berkomunikasi dengan dia, 90 peratus bahasa badan. Contohnya, masa kau cuba mengorat Eleena, kau nampak tak bahasa badan dia macam mana?" tanya Adli.

"Dia macam tak peduli dengan hamba. Dia macam tak selesa, selalu nak duduk sebelah Nizam bila hamba ada," kata Sang Arjuna.

"Exactly! Tu tandanya dia tak minat dengan kau, sebab Nizam tu boyfriend dia. Titik, period, move on to other. Kalau kau kejar-kejar, kau dilihat desperate, kau dilihat terlalu ambitious, terlalu orang kata, creepy."

"Pervert!" tiba-tiba Eleena menjerit dari jauh.

"Ha, kau dengar tu apa Eleena panggil kau? Pervert. Inilah persepsi paling tak mahu lelaki nak dari seorang perempuan."

"Jadi, macam mana hamba nak tarik perhatian dia?" kata Sang Arjuna.

"Aku perhati kau ni minat mancing, betul tak?"

"Betul, hamba gila memancing!"

"Kau takdelah sentap ikan macam tu je kan? Kau tarik-tarik joran, kau gerakkan joran, kau buat ikan tu kejar joran sampai ikan tu makan, betul tak?"

"Betul."

"Ha, samalah juga dengan mengorat makwe!" kata Adli.

"Okay, hamba faham."

"Sekarang, kau nak mengorat Audrey Hepburn. Apa yang kau nampak dari dia? Apa yang kau tau tentang dia?" tanya Adli.

"Dia ni suka novel indie," kata Sang Arjuna.

"Perfect! Sekarang, kau tanya dia, ada tak novel Lelaki Eksistensial, kau tanya dia sekarang," kata Adli.

Sang Arjuna Perkasa datang dekat pada Audrey Hepburn.

"Hi Audrey, tuan hamba ada tak novel Lelaki Ekljskffggddsdvhsfnsial?"

"Eksistensial lah," Audrey Hepburn gelak, tutup mulut.

"Ha, yang tu. Susah nak sebut, tergeliat mulut hamba nak menyebutnya."

"Hamba ada buku tu, tapi kawan hamba pinjam. Tapi hamba ada buku baru Nami Cob Nobbler tu, Natalia tajuk dia. Nak pinjam?" tanya Audrey Hepburn.

"Dia cerita pasal apa?" tanya Sang Arjuna Perkasa.

Adli dari belakang macam coach yang memerhati anak buah.

"Main tarik umpan lagi, soal lagi, soal lagi.."

"Oh, buku tu cerita pasal time travelling, selain isu kongkongan, isu MLM, macam-macam lagi. Boleh la kalau tuan hamba nak pinjam buku tu," kata Audrey Hepburn.

"Bila tuan hamba nak pinjam?"

" Err, lepas ni?"

"Okay, lepas ni, kita jumpa kat depan rumah hamba. Boleh la kita minum sekali sambil borak pasal buku ni. Tuan hamba nak hamba bawa buku lain sekali?" tanya Audrey Hepburn lagi.

"Bawa je lah tapi saya baru nak mula ni jadi minta maaf kalau banyak benda tak tahu," kata Sang Arjuna.

"Okay, macam tu, kita jumpa lepas kita habis kerja ya?"

"Baik, terima kasih Audrey Hepburn!"

Sang Arjuna Perkasa kembali ke arah Adli sambil tersenyum.

"Ha, apa cerita?"

"Dia ajak hamba jumpa lepas ni!" Sang Arjuna Perkasa melompat riang.

"Rilek, kau kena expect the unexpected. Kadang-kadang ada benda yang akan berlaku yang akan gagalkan rancangan kau. Kau kena siap sedia. Lagi satu, jangan malu kalau kau tak tahu, atau kau lemah, dan jangan sorok kelebihan kau. Jangan show off, tapi jangan tak tunjuk langsung. Jangan malu tunjuk sisi lemah kau. Kau tengok Nizam, dia buat muka blur depan Eleena, itulah yang Eleena suka."

"Oh, macam tu."

"Kau suka riak sangat. Simpan sikit riak kau tu. Kau kena nampak power, tapi kena jaga attitude. Baru makwe sangkut," kata Adli.

"Terima kasih tuan hamba kerana sudi membantu hamba."

"Takde hal, ingat, yang penting kau kena smooth, tenenet net neeeeee tenenenene neneneneeeuuu!" Adli buat bunyi lagu Santana yang popular tu.

Adli terus fistbump Sang Arjuna.

Kamelia senyum-senyum pandang Adli sambil kacau lauk di kawah.

"Awak ni senyum-senyum, kacau betul-betul la, nanti hangus kat bahagian bawah," Eleena godak-godak ayam masak merah tu dalam-dalam.

"Adli tu, pakar cinta gak ya?"

"Memang pun. Kalau tak, kenapa sampai ustazah pun, ehem!" Eleena pandang Adli pandang mereka berdua.

Adli sauk koceknya dan pakai Ray-Ban yang dia beli kat Downtown.

--

Next update: 35 🌟

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top