11 - Syarat Eleena

Geng Sang Arjuna Perkasa dan geng Cheras Perdana datang ke majlis bersantap dengan Tunku Hasyim. Oleh itu, mereka semua diberi pakaian cantik-cantik untuk ke majlis tersebut.

"Awak ni pakai bowtie senget la, cinta. Meh saya betulkan," kata Eleena sambil membetulkan bowtie Nizam.

"Hi, Eleena?"

"Oh, Tuanku Permaisuri," Eleena terkejut dengan kehadiran Permaisuri Emaliana yang datang ke kamar beradu istana di Gua Anjing.

"Eh, tak payah Tuanku lah. Saya ni kan kakak tiri awak," kata Permaisuri Emaliana.

"Tak faham?" Eleena pandang Permaisuri.

"Begini, Bendahara Mahathir..."

"Saya rasa awak semua dah salah orang. Ayah saya bukan keturunan raja. Saya orang biasa."

Permaisuri Emaliana terkebil-kebil untuk menerangkan perkara sebenar.

"Dahulu, semasa arwah ayah masih hidup..."

--

Bendahara Mahathir seorang bendahara yang cekap, amanah serta seorang yang bijaksana dalam pentadbiran. Beliau merupakan seorang bendahara yang berwawasan dan memimpin masyarakat untuk menjadi maju.

Dahulunya, Melaut, Alam Shah Buana, Teluk Lanun dan negeri-negeri lain adalah di bawah satu empayar kekuasaan yang bernama Alam Dewata, yang diperintah oleh Sultan Nizaruddin Ilham Shah. Sultan Ilham Shah, dengan nasihat Bendahara Mahathir telah berjaya menyatukan seluruh Alam Dewata menjadi satu gabungan negara yang kuat.

Banyak projek pembangunan untuk rakyat telah dilaksanakan untuk memastikan kemajuan serta kebajikan dapat diberi kepada seluruh tanah jajahan. Alam Dewata menjadi sebuah negara yang kuat.

Pun begitu, muncul seorang ahli politik yang Machiavellian bernama Yussouf al Taiyoobi. Dia memupuk semangat perkauman khususnya bagi memastikan dasar pecah dan perintah dapat dilaksanakan. Dengan cara itu, semangat perkauman diapi-apikan dan semangat kenegerian dibatuapikan.

Bendahara Mahathir keluar ke Alam Dewata secara senyap-senyap apabila mengetahui satu pergerakan sulit untuk menjatuhkan beliau dalam kerajaan serta komplot untuk membunuhnya. Bendahara Mahathir memikirkan tentang keluarganya, melarikan diri bersama pembantu rapatnya, Tun Osman. Sejak itu, Bendahara Mahathir tidak lagi kembali ke Alam Dewata lagi. Beliau dikatakan hilang dan sejak itu politik di Alam Dewata menjadi kucar-kacir.

Maka semangat kenegerian makin meluap. Negeri Selatan yang bernama Jauhari tiba-tiba mengibarkan bendera sendiri di semua premis kerajaan berbanding bendera Alam Dewata. Semangat persekutuan telah ditolak dengan mengapikan semangat kenegerian.

Dan di Melaut, pemimpin rasis seperti Dol Tramp dan Sultan Alam Shah Buana juga mahu menuntut kemerdekaan dari Alam Dewata. Lalu berlaku satu peperangan antara kerajaan persekutuan Alam Dewata dan negeri-negeri.

Satu demi satu negeri keluar dari Persekutuan kerana kerajaan yang lemah, dan semua merdeka. Balkanisasi (maksudnya perpecahan negara dalam Persekutuan, boleh Google 'balkanization') telah berlaku, dan sejak itu Melaut dan Alam Shah Buana telah perang dingin. Mereka berdua saling melakukan keganasan di sempadan.

Tetapi Yussouf al Taiyoobi melihat ini adalah peluangnya untuk menjadikan semua negara bekas Alam Dewata dalam pemerintahan kuku besi di tangannya. Dan dia tidak berminat untuk menjadi diktator di depan sebaliknya mahu bermain disebalik tabir.

Beliau menaja banyak perang dan akibatnya, negara-negara ini berhutang dengannya bertrillion dolar. Beliau menubuhkan pertubuhan gelap Illuminati untuk memastikan projeknya terlaksana. New World Order di bawah tangannya.

Dan dia membina fasiliti yang menindas rakyat, seperti stesen kaji cuaca HAARP untuk mengawal cuaca serta menjual senjata serta memaksa pemimpin negara-negara untuk bersetuju di bawah rancangan jahatnya.

Yussouf al Taiyoobi juga memiliki kuasa mistik yang tak mampu ditewaskan oleh sesiapa, kecuali empat orang pemuda yang dipimpin oleh anak perempuan kepada Bendahara Mahathir yang pintar dan bijaksana.

Dua lelaki, dua wanita.

Tetapi, empat orang pemuda ini harus melalui liku-liku perjalanan yang sukar untuk memastikan semua negara di Alam Dewata terlepas dari cengkaman penjajahan Yussouf al Taiyoobi.

--

"Jadi, kami berempat ada dalam sejarah negara ni?" tanya Nizam.

"Ya, dan kamu berempat akan dipandang mulia buat selamanya oleh kami," Permaisuri Emeliana mengangguk.

"Macam mana saya boleh jadi adik tiri kakak?" tanya Eleena.

"Bendahara Mahathir, kahwin dengan bonda saya, seorang puteri raja Melaut, bernama Puteri Emma. Kemudian, bila Bendahara Mahathir hilang, Puteri Emma menjadi masyghul..."

"Masyghul tu apa?" tanya Nizam.

"Sedih," jawab Eleena.

"Puteri Emma menjadi masyghul dan gering sehingga baginda mangkat. Saya ada di sisinya masa hari kemangkatannya. Pada akhirnya, saya kahwin dengan Tunku Hasyim, kerana tahu, Puteri Kiko ada niat jahat dan bersekongkol dengan Yussouf al Taiyoobi."

Eleena faham situasi yang berlaku namun dia merasakan ini bukan tempatnya, dan harus penduduk sendiri di sini yang menentukan masa depan mereka.

"Sebenarnya kami semua rasa tugas ini terlalu berat untuk kami. Kami ni budak sekolah je. Kami rasa eloklah kami balik dulu..."

"Jangan, tolonglah! Takkan adinda nak lihat seluruh negeri kita dibawah cengkaman jahat kuku besi Yussouf al Taiyoobi?" kata Permaisuri Emeliana.

"Apa yang kami boleh buat?" Eleena kebingungan.

"Kami yakin, kamu berempatlah yang dimaksudkan prophecy itu."

Eleena memandang Nizam, dan memandang Permaisuri Emeliana dengan perasaan yang berat.

"Saya nak letak syarat, boleh?" tanya Eleena.

"Baiklah."

"Pertama, kalau saya kena kahwin dengan mana-mana putera raja untuk tujuan politik di sini, saya tak nak."

"Kenapa pula?"

"Saya dah ada yang punya."

"Mana?"

"Ni," Eleena pandang Nizam.

"Tapi, awak boleh berkuasa di sini..."

"Takde tapi-tapi. Ni syarat paling mustahak. Saya tak berminat dengan kuasa."

Nizam berdebar-debar dan dalam masa sama bangga dengan Eleena mempertahankan cintanya.

"Baiklah, syarat kedua?"

"Saya tak nak apa-apa jawatan dalam hal ni. Saya cuma nak pulang ke alam saya. Saya akan bantu, tapi setakat bila Yussouf al Taiyoobi tewas. Proses bina semula negara, saya tak nak masuk campur."

"Ada lagi?"

"Ada. Syarat ini juga tertakluk kepada semua kami berempat. Kami akan pulang sebaik sahaja selesai semua ini."

"Tapi..."

"Tempat kami bukan di sini," kata Eleena.

"Ada lagi?"

"Ada. Saya tidak mahu lepas ini tiada siapa yang akan melintas ke alam saya dan mencari saya. Saya tegas dengan syarat semua ni. Take it or leave it," kata Eleena.

"Wah, berat ni. Macam mana saya nak cakap dengan Tunku Hasyim ni?"

"Kalau dia mahu berfikir soal keamanan, baik dia ketepikan egonya. Saya tak minat nak tahu perkara selanjutnya. This is non negotiable deal. Take it, or leave it. Jika tak, malam ini juga kami berempat akan pulang dan kami peduli apa dengan alam sebelah sini. Ini tak sepatutnya menjadi masalah kami," ternyata dalam bab negotiate ni, memang susah nak kawtim dengan Eleena ni. Dia diajar oleh ayahnya untuk bersifat diplomasi jika perlu, tegas jika mahu.

"Ternyata ayahanda Bendahara Mahathir sangat bijak mendidik adinda, Eleena. Ternyata awak sangat tegas. Kakak sangat bangga. Baik, kakak akan sampaikan pada Tuanku Sultan."

"Ada satu lagi syarat," tiba-tiba Nizam mencelah.

"Apa dia?"

"Saya difahamkan saya boleh jadi rock star bila datang sini. Saya nak bertemu dengan Dewa Batu dan Guling," kata Nizam.

"Hah?" Eleena tercengang.

"Oh, tu kalian semua kena ke Gunung Kickapoo, dekat dengan daerah Dimur Bugir. Tapi bahaya, tak siapa yang mampu menyahut rock off challenge dengan Dewa Batu dan Guling. Ramai tumpas dan mereka ini yang digelar poseurs, akan disumbatkan dalam kawah gunung berapi," kata Permaisuri Emaliana.

"Kalau berjaya?"

"Kalau berjaya, awak akan memiliki gitar yang berkuasa, dan mampu menumpaskan kekuasaan Yussouf al Taiyoobi," Permaisuri Emeliana memberitahu Nizam.

"Cinta, jangan. Saya tak sanggup kehilangan cinta," kata Eleena, memegang tangan Nizam.

"Takpe, yakin boleh, rakan muda!"

--

Selepas jamuan santapan diraja itu, Eleena tak boleh tenteram memikirkan tentang ayahnya. Barulah dia tahu selama ini, ayahnya dan Encik Osman menghilang secara rahsia untuk berada di sini. Dan rupanya inilah sebabnya gerobok ini tidak dibenarkan untuk dibuka.

Dia berjalan ke bilik piano, dan bermain lagu Somewhere Only We Know dari Keane.

Nizam capai gitar dan menyanyi.

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?
Somewhere only we know?

"Cinta..."

"Ya?" Nizam memandang wajah kekasihnya. Dia kemudian berjalan menuju ke kerusi piano dan duduk di sebelah Eleena.

Eleena sandarkan kepalanya di bahu Nizam.

"Pernah tak saya beritahu pada awak yang saya hampir dijodohkan dengan orang lain?" kata Eleena.

"Rasanya tak, tapi kak Merlina yang cerita. Dan saya baca buku puisi awak, masa di Kesang."

"Saya nak awak tahu, tak ada siapa yang boleh buat hati ini berdegup kencang selain awak. Tak ada siapa yang boleh buat saya jatuh cinta selain awak. Dan kalau takdir kita tak dijodohkan, atau saya berkahwin dengan orang lain, saya boleh berani kata, itu bukan atas kerelaan saya. Kerana itu, saya nak awak tahu, hati ini hanya untuk awak seorang, cinta."

Tanpa sedar, Nizam menitiskan air mata.
"Hey, baru macam ni dah menangis. Macam mana nak rock off challenge dengan Dewa Batu dan Guling nanti? Macam mana nak menewaskan Yussouf al Taiyoobi?" Eleena lap air mata.

Tanpa mereka sedari, perbualan mereka berdua diintai oleh Sang Arjuna Perkasa dan Dayang Selasih.

"Wow, selama ni hamba hanya menilai cinta melalui rupa, harta atau kekuatan. Hamba tak pernah lihat cinta yang begini deep."

"Tau takpe. Tu la, dah kata dah, you tak nak percaya," kata Dayang Selasih.

"Apa boleh buat, ternyata Nizam is the man."

"Tadi Audrey Hepburn ada je, adjust la dia," kata Dayang Selasih.

"Hamba kena mohon maaf pada mereka berdua kalau begini," Sang Arjuna Perkasa menginsafi diri.

--

Next update: 38 🌟

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top