🎗️ 9 🎗️
"TERIMA kasih sebab jadi kawan aku semula." BoBoiBoy menunduk, ala hormat orang Jepun.
"Apalah kau ni, kita kan memang kawan," kata Gopal lalu menepuk perlahan bahu BoBoiBoy . BoBoiBoy tersengih.
"Ko--- korang."
"Hisya?!"
" Haiya ... lu mahu apa lagi?" Ying bercekak pinggang. Sememangnya dia tidak puas hati dengan Hisya. Sudahlah memutuskan persahabatan mereka, sekarang tanpa segan dan silu, menyapa mereka seolah sudah lama berkawan.
"Nak minta maaf? Sorry , talk to the hand , please ?" Fang dengan poyonya menghulurkan tangan. Kononnya tidak mahu memandang muka Hisya. Hisya segera duduk bertongkatkan lutut.
"Saya... saya tahu saya salah. Saya bersalah sangat. Saya putuskan persahabatan korang. Tsk...Saya buat semua tu sebab saya tsk.. sunyi. Lily pun sudah tinggalkan saya dan tak mahu berkawan dengan tsk.. saya..."
" BoBoiBoy satu - satunya kawan saya setakat ini. Saya sebenarnya tsk...sedikit berdendam dengan BoBoiBoy sebab dia hina saya waktu saya clash dengan dia.""
Semua kaku tatkala mendengar penjelasan Hisya. Apatah lagi melihat Hisya menangis.
"Saya tsk.. minta maaf sangat - sangat. Saya tiada kawan. Saya..tsk.. tak berguna," Hisya menekup wajahnya yang terasa buruk ketika menangis.
Fang yang keras hatinya juga kaku melihat Hisya menangis. Yaya dan Ying saling berpandangan sebelum senyum sesama sendiri.
"Hisya, mama saya kata di dunia ni tiada siapa yang tidak berguna. Semua berguna maa ," Ying mengusap perlahan bahu Hisya, cuba menenangkan gadis itu.
"Awak cakap senang. Awak semua superhero. Tsk.. saya pula hanya gadis biasa je," Hisya mengesat sisa air matanya yang masih berbaki. Jawapan Hisya itu seakan tulus dan jujur dari hatinya.
"Superhero dan bukan superhero itu sama sahaja. Yang membuatkan orang pandang pada kita bukan nama kita atau rupa paras tetapi atas kebaikkan kita," ujar Yaya seperti ahli sastera.
"Bangunlah. We can be friends ," Ying menghulurkan tangannya. Hisya pada mulanya ragu - ragu untuk menyambut huluran itu. Setelah berfikir dua kali, Hisya menyambut huluran itu.
"Jadi, korang maafkan saya?"
Fang dan Gopal mengangguk. Ying memeluk Hisya dan mengangguk. ( Banyaknya orang mengangguk) Yaya hanya tersenyum sebagai tanda 'ya'.
" Ya, Hisya. Aku maafkan kau. " ujar BoBoiBoy sambil tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top