🎗️8🎗️

BOBOIBOY sedikit gemuruh. Hari Isnin pada hari ini bukan hari Isnin yang biasa. Hari Isnin ini akan menentukan kisah persahabatannya.

  "BoBoiBoy , kamu okay?" Cikgu Tiena mencuit bahu Boboiboy yang kelihatan sedikit gemuruh.

    BoBoiBoy dari tadi menggigit kukunya. Nasib tidak bersenam taichi sahaja.

  "Saya... saya okay je," BoBoiBoy berbohong sedikit.

   Jantungnya berdegup kencang. Adakah dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan dinding belakang pentas? Argh, apa dia merepek ni.

  "Terima kasih atas Puan Pengetua atas ucapan yang diberikan tadi. Seterusnya, dipersilakan superhero kita, BoBoiBoy dari kelas 1 Holistik."

  Moga persembahan ini bermakna.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

   Hisya termenung. Dia sengaja datang awal untuk duduk di barisan hadapannya. Dia masih takut untuk bertemu dengan kawan - kawan BoBoiBoy setelah apa yang dilakukan.

   "Macam mana kalau diaorang tak maafkan saya tok?" Tanya Hisya, masih dengan sisa air mata.

  Tok Aba hanya mengacau air hot chocolate  tu tanpa memandang wajah Hisya ," Cubalah kau minta maaf dulu. Belum cuba , belum tahu kan?"

   Tok Aba...

  "Baik tok, saya cuba!"

  Hisya tersenyum apabila teringat kembali nasihat Tok Aba. Dia akan cuba minta maaf pada rakan - rakan BoBoiBoy setelah tibanya waktu rehat nanti.

  "Terima kasih atas Puan Pengetua atas ucapan yang diberikan tadi. Seterusnya, dipersilakan superhero kita, BoBoiBoy dari kelas 1 Holistik."

  Eh---

  BoBoiBoy buat persembahan.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  BoBoiBoy memandang berpuluh - puluh pasang mata memandangnya. BoBoiBoy terkumat - kamit membaca doa sebelum berucap.

"Saya BoBoiBoy dari kelas 1 Holistik. Lagu ini saya khaskan untuk kawan - kawan saya. Fang, Gopal, Ying dan Yaya."

Fang hanya tergamam. Ying dan Yaya pula tersenyap serta - merta apabila nama mereka disebut. Gopal juga begitu.

  "Muzik dimulakan..."

  Babak terakhir BoBoiBoy sengaja menamatkan dengan penuh dramatik. BoBoiBoy berpecah menjadi tiga iaitu BoBoiBoy Daun , BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Angin lalu menari mengikut rentak.

   Percikan bunga api menamatkan segalanya.

   BoBoiBoy bergabung.

   Suasana sunyi serta - merta.

   "Forgive me ?"

   Suasana dewan masih lagi senyap - sunyi. BoBoiBoy hanya mengeluh.

  "Pap! Pap! Pap!" Gopal bangun dan bertepuk tangan . Ia diikuti oleh Yaya, Fang, Ying dan Hisya serta beberapa pelajar yang lain.

   BoBoiBoy terkesima seketika.  Satu perkataan yang terasa di hatinya. Terharu.

  Gopal, Yaya, Ying dan Fang naik ke atas pentas serentak. BoBoiBoy ke belakang sedikit secara spontan. Takut diapa - apakan. Mana tahu Gopal nak buat perlawanan WWE kat atas pentas.

   Fang dan Gopal memeluk BoBoiBoy . Ayat memohon kemaafan yang keluar dari mulut sahabatnya itu memang mengharukan.

  "Maafkan aku BoBoiBoy . Aku bersalah sebab tak percayakan lu awal - awal lagi."

  "Maafkan aku sebab tak nasihatkan diorang untuk percayakan kau."

  "Maafkan aku sebab fitnah kau."

  "Maafkan aku sebab pulaukan kau selama ni."

  "Aku--- aku maafkan korang."

   Sekali lagi suasana dewan bingit dengan bunyi tepukan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top