🎗️6🎗️
BOBOIBOY mengorak langkah ke sekolah dengan lemah. Banyak mata - mata yang menjelingnya. Dia menunduk.
"Tengok tu, itulah BoBoiBoy ."
"Aku ingat dia budak baik tapi rupanya budak lupa kawan."
"Entahnya."
BoBoiBoy meraup wajahnya , kasar. Hairannya, Hisya tidak datang hari ini. Argh--- pedulilah sekiranya dia datang ataupun tidak.
Memandangkan cikgu sejarah belum habis lagi cuti bersalin, mereka dengan bebasnya membuat kerja sendiri. Yay, cikgu sejarah cuti! Merdeka!
BoBoiBoy memandang ke arah Gopal. Gopal menjelingnya seperti dia membuat kesalahan besar . Sama juga seperti Fang. Boboiboy menundukkan kepalanya apabila dijeling begitu.
"Erm... , " Yaya memandang BoBoiBoy , kasihan. Dia rasa bukan kesemuanya salah sahabatnya. Dia perlu kembalikan tali silaturrahim yang terputus.
"Korang rasa semua salah BoBoiBoy ke?" Tanya Yaya, rasional.
Ying hanya mengangkat bahu. Dia tiba - tiba rasa bersalah menuduh BoBoiBoy tanpa usul periksa.
"Entahlah." Fang mengusap rambutnya yang seperti landak itu. Dia juga rasa sedikit bersalah kerana memutuskan persahabatan mereka begitu sahaja.
Cuma Gopal berdiam diri.
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
BoBoiBoy membuang air minumannya ke dalam tong kitar semula. Dia memandang rakan - rakannya yang asyik berseronok tanpa dirinya . Entah, dia merasakan teramat ko--- kosong.
Ini juga salahnya. Kalau dia tidak memulakan perbualan dengan Hisya di internet, mesti semua ini tidak akan terjadi.
"Hei, superhero bumi tak ada kawan di sekolah?" Sindir satu pelajar yang merupakan hater Boboiboy sejak azali.
"Betul tu , Bo. Dalam ramai pelajar yang beratus - ratus ni tak da kawan. Kesian," seorang kawan Bo mengurut pelipis mata sambil menggelengkan kepalanya, turut menyindir BoBoiBoy .
BoBoiBoy hanya mengeluh sebelum melangkah pergi. Belum sempat BoBoiBoy pergi, Bo menolak bahu BoBoiBoy. BoBoiBoy serta merta mengaduh kesakitan.
"Lemah, betul tak Mat dan Tak? " Tanya Bo sambil tersengih.
Eh--- ini macam cerita Kampung Boy . Mat , Bo dan Tak. Kumpulan MatBoTak tergelak melihat BoBoiBoy mengaduh kesakitan.
"Ehem!" Kelihatan kelibat seseorang dari belakang.
Itu dia, Cikgu Rakesh! Cikgu disiplin tergarang selepas Laksamana Tarung. Kumpulan MatBoTak menelan air liur.
"Kamu semua tak habis - habis dengan aktiviti membuli en. Mari sini saya buli kamu pula," Cikgu Rakesh membawa kumpulan MatBoTak ke makhamah pengadilan iaitu bilik disiplin. BoBoiBoy memandang pelik. Siapa pula yang mengadu pada cikgu?
BoBoiBoy mengangkat bahu dan berlalu pergi. Tanpa BoBoiBoy sedari, ada seseorang sedang memerhatikan dia.
"Hrm..."
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
"Gopal, kau tak nak maafkan BoBoiBoy ke?" Tanya Fang, menyiku Gopal. Entahlah, sejak populariti Boboiboy meningkat akibar Hisya, Fang menjadi lebih rapat dengan Gopal.
"Entah," balas Gopal, sepatah. Fang terasa mahu marah, tetapi kemarahannya masih lagi terbatas. Kalau dia mengamuk di sini, itu dia hukuman latihan tempur penuh kasih sayang menanti di rumah.
"Aku rasa kita kena bagi Gopal masa dulu " kata Yaya. Dia memandang Gopal yang termangu - mangu menjawab soalan matematik. Mereka berbincang agak jauh sikit dari Gopal supaya Gopal tidak mendengarinya.
"Bagi masa? Dia tu sensitif sangatlah macam perempuan! " Fang mendengus. Matanya menjeling - jeling ke arah Gopal.
Yaya menahan amarah apabila mendengar Fang kata, 'macam perempuan'.
Ying menepuk lembut bahu Fang. "Haiya... dia dan Boboiboy dah kawan lebij lima tahun maa... Bayangkan abang kau lupakan kau semata - mata untuk kekasih dia. Macam tulah juga Gopal rasa."
"Abang aku? Bercinta? Hahahahaha!" Fang ketawa berguling - guling di atas lantai. Nasib tiada orang di situ kalau tidak mereka berdua tidak ingin mengaku Fang ini kawan mereka.
"Hrm... Yalah. Asalkan kita bagi Gopal masa dulu untuk hati dia lembut."
Fang mengeluh. Tiba - tiba tergelak membayangkan abang dia, Kapten Kaizo tiba - tiba boleh bercinta pula. Gopal segera melarikan diri apabila Fang menjadi gila.
"KAU TINGGALKAN AKU YA GOPAL!" Fang segera mengejar Gopal dengan helang bayang apabila Gopal meninggalkan Fang yang tetiba gelak seorang difi.
"WARGHHHH- amma!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top