🎗️ 4 🎗️
"APA ni!" Lili melompat kegelian apabila lipas lalu di hadapannya. Mengalahkan apa.
"Hey, awak ni dah kenapa?" Marah Hisya. Mood nya terganggu gara - gara kejadian pagi tadi.
"Gopal..."
" Hrm..."
"Gopal, aku nak minta maaf. " BoBoiBoy menundukkan wajahnya. Gopal nampak marah sangat padanya hari ini.
"Kenapa?"
"Aku dengan Hisya tu bukan couple sebenarnya. Dulu, yalah. Sekarang dah tak." BoBoiBoy menceritakan segalanya.
Hisya memerhati dari jauh. Dia melihat dengan penuh geram. Boboiboy sudah berbaik dengan Gopal, siap bergelak - ketawa seperti tiada apa - apa yang pernah berlaku petengkaran sebelum ini.
Hisya mengenggam rambutnya yang diikar ponytail. Tidak boleh jadi ini... BoBoiBoy tidak boleh berkawan dengan sesiapa kecuali aku. BECAUSE HE IS MINE! HE IS MINE!
BoBoiBoy terbersin. Dia meletakkan pinggan ke dalam besen sebelum bergerak ke sinki untuk membasuh tangan.
Kawan - kawannya sedang menunggu di Foyer C. Fang, Yaya, Ying dan Gopal bergerak dulu ke Foyer C kerana dia terlampau lembab sangat makan.
ZAPP!
Tubuhnya dipeluk dari belakang. Rupanya ulat bulu yang peluk dia dari belakang. BoBoiBoy menolak Hisya, lembut. Dia tidak mahu kurang ajar dengan seorang hawa itu.
"Apa ni? Jom dating nak?" Kata Hisya sambil melentok - lentok tubuhnya seperti dahan mahu patah.
BoBoiBoy masih mengeluh. Dia masih tidak mahu meninggikan suara. "Pergilah Hisya..."
"Macam mana nak pergi? Belum sampai waktu balik lagi. Kita kat sekolah, baby ."
"Baliklah dekat kelas..."
"Tak naklah!You don't understand me! I love you so much , " Hisya memegang tangan BoBoiBoy sekaligus mencium pipi lelaki itu.
Perempuan ini terdesak sangat nampaknya!
BoBoiBoy terkejut apabila Hisya membuat begitu sepintas lalu. Lagi - lagi depan khalayak ramai. Cuma nasib kawasan itu lenggang dan tiada guru di situ.
Fang memerhati dari jauhnya. Dadanya berombak, menahan kemarahan.. Patutlah BoBoiBoy lambat. Sedang bersemut dengan 'kekasih' nya. Fang meninggalkan kantin dengan perasaan marah.
"Hisya!" BoBoiBoy merengus geram. Pipinya dilap dengan tisu basah. Ditinggalkan Hisya tersedu - sedan menahan tangis apabil pipinya ditampar dengan kuat. Manja.
"Hei, korang..." Suara BoBoiBoy mendapat perhatian keempat sahabat itu.
Ying, Fang dan Gopal memandang BoBoiBoy dengan tajam. BoBoiBoy terkebil - kebil tidak memahami apa yang terjadi, " Kenapa?"
"Dah habis ke 'bersawit' dengan Hisya? Sampai lupakan kami?" Pertanyaan dari Fang menggegarkan hati Boboiboy.
Mereka nampak ke? Tidak! Itu semua hanya salah faham.
" Haiya , lu ni nama saja kawan tapi pergi ke kekasih lama dan lupakan kawan kat sini," Ying mula membesarkan isu. Tangannya digenggam seolah - olah ingin menumbuk Boboiboy kerana melupakan persahabatan mereka berlima.
"Pigidah! Tahulah kami yang kami ni bukan kawan, " Gopal nampak benar - benar marah. Ying meninggalkan mereka bertiga. Fang mengekori Ying dan Gopal dengan bunyi tapak kasut yang sengaja dibuat.
"Tunggu, Ying!" Yaya terbang ke arah Ying, berniat untuk memujuk rakan - rakannya, meninggalkan Boboiboy yang kaku.
"Korang..."
"Apa aku nak buat ni?"
⚡⚡⚡
"Betul ke apa kau buat ni, Hisya?" Lili memandang Hisya. Hisya tidak terasa sedikit pun bersalah memutuskan yang lama terjalin.
" Just trust me , Lili. Sekarang tiada siapa yang dapat berkawan dengam BoBoiBoy . He's mine forever ~ ," Hisya tersenyum girang.
Memandang BoBoiBoy yang sedih riak wajahnya langsung tidak dapat menambahkan perasaan bersalah pada diri Hisya.
"Tapi Hisya, tak baik kau..." Belum sempat Lili menghabiskan ayatnya. Hisya meninggalkn Lili. Hisya sebenarnya malas mahu mendengar nasihat Lili yang amat bosan pada pendengarannya.
"Erm..." Lili berbelah bahagi. Dia sayu melihat BoBoiBoy yang ditinggalkan kawan - kawan tetapi dia mahu Hisya bersahabat dengannya.
Lili mengeluh,perlahan. Dia berlari mengejar Hisya yang jauh ke hadapan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top