🎗️31🎗️
WARNING : Bab ini berkemungkinan bosan disebabkan saya membuat imbas kembali episod Boboiboy Galaxy (Episod 6). Jadi anda dialu - alukan untuk skip.
Tapi kalau nak baca lagi dialu - alukan sebab Nooroo ada ubah sikit - sikit
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
"SOS cili ke sos tomato?" Papa Zola menunjukkan botol sos cili dan sos tomato. Pada ketika itu, Komander Kokoci terasa mahu menghantukkan kepala kotaknya ke dinding.
Sudahlah sesat masuk kapal angkasa orang. Signal S.O.S pun tidak tahu!
"Signal S.O.S! Save our ship. Bukan sos cili ke sos tomato!" Kalau Komander Kokoci tidak menggunakan hologram untuk berkomunikasi, pasti air liurnya terpercik dan mengenai wajah pipi suami Mama Zila itu.
"Ya, tahulah. Jangan marah - marah.
Pada masa yang sama tetapi berlainan tempat, seorang lelaki berambut ungu sedang berlatih menunggang motor angkasa sambil memakan donat lobak merah.
Rasanya dia tidak lulus ujian memandu ini. Mana boleh memandu sambil makan!
Tiba - tiba muncul lambang S. O. S pada skrin komputer kapal itu. Lelaki berambut ungu itu berhenti menunggang motor itu dan mendekati ke arah kawalan kapal.
"Ha, signal ini. Signal S. O. S dari kapal Komander Kokoci!"
...
"Mari kita musnahkan si nyamuk - - eh..." Boboiboy Daun yang bersemangat menoleh hairan ke arah Fang yang menyarungkan helmet cendawannya.
"Tragedi fesyen."
"APA KAU CAKAP?!"
...
"Terima kasih tau, Fang sebab selamatkan kitaorang. Kalau tak---". Belum sempat Boboiboy menyambung kata - katanya, Papa Zola sudah menyampuk.
"Kalau tak, tak kelakarlah. Kan cendawan, kan?"
Dada Fang sudah berombak menahan marah. "Cikgu pun sama. Nah, rasakan!"
Fang sengaja memandu kapal angkasa secara senget sehingga menyebabkan kapal angkasa milik Kokoci terkena batu - batu angkasa.
Kesian. Kerana Papa Zola, rosak kapal angkasa milik Kokoci.
Kaizo yang sedang menghirup teh hijau di Planet Ainmi terasa tidak sedap hati.
'Kalau tercalar kapal angkasa aku, aku akan 'bunuh' kau Fang dengan latihan tempur. ' desis hati Kaizo. Dia kembali menghirup teh hijau dengan senang hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top