🎗️30🎗️
"SYUKURLAH misi ini sudah berakhir." CacikoBot kini dalam genggaman. Alien jahat bernama Pizza za yang diikat oleh rantai besi tersenyum sinis.
"Kau akan menyesal kerana rampas power sphera itu daripada aku."
RamenMan memutarkan biji matanya. "Apa kau nak buat sekarang? Bukankah tangan dan kaki kau sudah terikat?"
"Memanglah kaki dan tangan aku terikat! " Pizza za ketawa besar. RamenMan mengelap air liur Pizza za yang terpercik pada mukanya.
Riak wajah Pizza za bertukar menjadi serius. "Ayamgu Lai, bertindak!"
Ahli - ahli TAPOPS tercengang tatkala mendengar perkataan yang keluar dari mulut penjenayah itu. Siapa pula Ayamgu Lai? Tiada kelibat seseorang yang mencurigakan berhampiran mereka.
Ayamgu Lai yang halimunan, mendekati gerangan yang memegang CacikoBot. Pisau diangkat dan bersedia untuk menikam gerangan itu.
Yangu Hai (ahli TAPOPS) yang mempunyai pandangan mata yang tidak kasar, memberikan amaran pada orang yang memegang CacikoBot itu.
"Hati - hati, Kai---"
"Argh!"
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
Fang yang sedang membasuh pinggan menyanyi dengan senang hati. Siap menari mengikut lenggok badan lagi.
P/s : Nyanyi mengikut nada lagu Frozen (Let It Go)
" Donat lobak merah~ Donat lobak merah~ Sungguh sedap ku rasa ~ Donat lobak merah ~ Donat lobak merah ~ Sungguh sedap ku ma---" Terlepas gelas kaca yang dipegang oleh tangannya yang licin. Nasib baik jatuh ke dalam singki dan bukannya terjatuh ke atas lantai.
" Abang... "
Sementara itu, Tok Aba mengelap meja gerainya. Kalaulah Ochobot tidak mengikuti cucunya dan kawan cucunya ke galaksi, bolehlah menolong meringankan beban walaupun sedikit.
"Hey, Tok Aba."
Tok Aba yang mengelap meja tadi terhenti. Dipandang ke arah wajah yang memanggil. " Ya, nak order apa?"
Tergamam Tok Aba melihat wajah yang cukup dia kenali. "Kau---"
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
"Mana nak bawa abang Fang ni?" Rungut Fang apabila dirinya ditarik secara paksa oleh budak kecil.
"Sabarlah abang Fang. Riz nak bawa abang Fang ke kedai KokoTiam Tok Aba. Mesti abang Fang gembira." Fang mengerutkan dahi, sedikit hairan dengan kata - kata yang keluar dari mulut anak kecil itu.
Gembira? Kalau letak donat lobak merah 30 peket dan dijual secara percuma , itu tentulah membuat dia gembira. Fang tersengih seperti Mat Jenin membayangkan angan - angan palsunya.
Jangan haraplah Tok Aba nak letak donat lobak merah kat kedai dia. Yalah, mahu letak di mana lagi? Semua penuh dengan stok koko. Jadi donat lobak merah itu mahu diletakkan di mana? Di atas penutup tong sampah?
Setibanya di hadapan kedai Tok Aba, Fang terkesima melihat apa yang terhidang di hadapan mata.
"Abang---"
Kaizo hanya tersenyum nipis melihat adiknya, Fang mengalirkan air mata.
"Kenapa abang tinggalkan adik? Apa salah adik?"
Kaizo sempat lagi menghirup teh hijaunya. "Kau tak salah. Ini misi penting. Abang tinggalkan kau di bumi supaya kau selamat di sini."
"Sepatutnya aku balik semalam tetapi ahli TAPOPS bernama KaiKaki ditikam dari belakang oleh orang suruhan Pizza za. Sekarang ini dia sedang menjalani rawatan di Klinik yang disediakan TAPOPS."
Fang memeluk erat abangnya menyebabkan Kaizo sedikit terkejut.
" Engkau dah kenapa? "
" Adik syukur abang selamat. " Kaizo hanya menayangkan senyuman mahalnya apabila mendengar luahan adiknya.
" Kau pun. "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top