🎗️29🎗️
"ABANG Fang, bukalah pintu!" Riz memanggil Fang berkurung di dalam bilik berkali - kali. Emyra memegang bahu Riz sambil jari telunjuknya digoyang - goyangkan.
"Salah tu Riz. Kita sepatutnya panggil begini." Emyra berdehem. Entah dari mana datangnya kuali dan batang kayu yang sedang dipegang Emyra itu.
"Woi, Fang. Bangunlah! Sedarlah kau hanya menumpang sahaja!" Emyra mengetuk kuali berkali - kali. Bukan itu sahaja, pintu bilik itu ditendang gaya mafia.
Riz yang melihat Emyra mengikuti pergerakkan 'sifu' nya. Kalau Tok Aba melihat cucu perempuannya berkelakuan begini, pasti sudah dipulas telinga!
" Kak Emyra."
"Kenapa?"
"Pintu ni tak berkuncilah kak."
"Oh yake?" Emyra memulas tombol. Ternyata ianya tidak dikunci! Dia tersengih sendiri.
"Sebenarnya akak nak latih bakat akak sebagai mafia. Tu yang Riz tengok sebahagian dari bakat akak." Riz yang polos mengangguk tanda memahami. Hrm, pandailah adik BoBoiBoy ni ajar ajaran sesat.
Agaknya mungkin begini perangai BoBoiBoy ketika kecil.
"Fang?" Emyra masuk ke dalam bilik abangnya yang diduduki Fang gaya ejen FBI. Riz yang tidak cukup umur, meniru lagak Emyra.
"Hrm." Fang berpeluk lutut itu menyahut.
"Saya bawa donat lobak merah untuk abang Fang!" Sayangnya, Fang tidak teruja dengan tawaran Riz. Kejap, ini sudah kepelikan binti kehairanan!
"Kak Emyra, nampaknya abang sudah terkena penyakit kemurungan." Bisik Riz kepada Emyra.
Emyra mengusap dagu walaupun tiada janggut yang tumbuh. "Ha, akak tahu!"
Dalam tempoh lima saat, Emyra sudah memakai jaket lama milik abangnya dan menyarungkan cermin mata hitam
Ku cuba dan cuba ku tak putus asa
Terus ikut cahaya
Ku cuba dan cuba ku tak putus asa
Pasti sampai ke sana
I'm Fire and I'm Water
Kau memberi ku kuasa
I'm Earth and I'm Nature
Kau membuatku rasa.
Hanya Riz yang menepuk tangan setelah mendengar Emyra menyanyi. Fang masih lagi berdiam diri seperti landak di bawah terpurung.
Emyra : Pandailah Nooroo (Noru) bagi ajaran peribahasa sesat
Nooroo : Amboi, sindir balik ha?
Emyra mengeluh apabila tidak dapat membuatkan kawan abangnya tersenyum semula. "Riz mahu dengar satu cerita tak?"
"Mahu!"
"Dulu, tidak. Sejak bayi lagi Emyra hidup dikelilingi alien. Dibesarkan oleh alien. Sampailah Emyra besar seperti ini, baru Emyra tahu yang Emyra mempunyai keluarga di bumi."
"Walaupun Emyra tahu ianya mustahil untuk berjumpa mak, ayah, abang BoBoiBoy dan Tok Aba, Emyra yakin selagi kita melangkah, kita makin dekat dengan hasil kejayaan kita."
"Sebab itulah Emyra tak putus asa untuk balik ke keluarga Emyra. Dan Emyra percaya yang keluarga Emyra akan cari Emyra biarkan satu juta tahun cahaya memisahkan kami."
"Kita hanya perlu percaya."
Fang yang mendengar, terduduk menelentang. Percaya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top