🎗️28 🎗️
"MANA abang?"
Emyra dan Tok Aba saling berpandangan. Tok Aba memberi isyarat bahawa dia akan menerangkan kesemuanya kepada Fang.
"Kaizo telah menjalankan misi. Dia yakin yang kamu akan selamat jika di bumi memandangkan kamu masih koma." Fang terkedu mendengar bait - bait kata dari mulut Tok Aba.
" Minggu lepas, abang dan abang Gopal sertai misi TAPOPS. Kak Yaya dan Kak Ying pun turut ikut serta." Emyra memberi maklumat tambahan yang menambahkan rasa sakit di hati Fang.
Mereka semua tinggalkan aku?
" Be--- berapa lama saya koma? " Tanya Fang. Dia memandang kedua manusia di hadapannya dengan berharap agar tidak ditinggalkan begitu lama.
"Sepuluh bulan dan sekarang bulan Disember." Tok Aba menyambung lagi. "Kaizo menjalankan misi pada 7 bulan yang lepas. Tapi kamu jangan bimbang, Kaizo masih hidup lagi."
"Fang?" Emyra mencuit bahu Fang apabila Fang menunduk dan mula berdiam diri.
Fang mengangkat muka. Emyra juga Tok Aba terkedu melihat air mata yang mengalir di pipi adik Kaizo itu.
"Mereka semua tinggalkan saya?"
...
Fang duduk di atas katil dan termenung seorang diri. Dia menumpang di rumah Rizal bin Ismail - - - eh, BoBoiBoy buat sementara menunggu abangnya pulang dari menjalankan misi.
Dia teringat masa dia koma atau lain istilahnya, tidur mati. Jadi, apa yang didengari itu, semuanya benar belaka?
"Nampaknya aku tak leh cari gaduh dengan kau lagi."
"Selamat tinggal, Fang."
"Bye, Fang."
Tidak semena - mena, muncul visual ibunya memujuk abangnya.
"Jangan nangis, Kaizo. Dah selamat, mak akan jumpa kau berdua."
Dan suara seseorang...
"Kaizo, dengar sini. Rahsiakan insiden ini dari adik kau."
"Dia masih kecil."
"Biar dia lupa apa yang terjadi dan bina hidup baru."
Fang kemudian meraung. Raungan itu bersulam dengan tangisan. Dia tidak sanggup ditinggalkan lagi.
Di ruang tamu, Emyra yang ingin menenangkan Fang dihalang oleh Tok Aba. Biarlah Fang meluahkan segala yang dia rasa selepas semua yang berlaku.
❇️❇️❇️
Spoil : Suara 'seseorang' itu ialah Kapten Maskmana
Kapten Maskmana tu siapa?
- Rujuk Buku Boboiboy Galaxy Vol 7.
- Dia merupakan Kapten yang menyelamatkan Kaizo dan Fang dari Borara yang cuba merampas power sphera turun temurun milik keluarga Fang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top