🎗️23🎗️

"YANGBU, hentikan semua ni!"

  Remey Shak datang ke arah 'perlawanan' sambil bercekak pinggang.

  " Kenapa atuk ada kat sini?" Yangbu melepaskan 'tahanannya' daripada ais.

  BoBoiBoy dan Fang serentak menggosok tangan mereka untuk mendapatkan tangan mereka untuk mendapatkan haba setelah separuh badan mereka terperangkap dalam ais.

  "Kenapa kau buat macam tu?" Tanya Remey Shak dengan nada kecewa.

  "Atuk, saya---" Yangbu cuba menerangkan sebab dia melakukannya tetapi tidak dilayan atuknya.

  "Aku tak nak dengar, Remy."

  "Yangbu sebenarnya nak bantu majukan kedai atuk. Selama ni... tsk.. tsk.. Yangbu selalu susahkan atuk sejak ibu dan ayah meninggal." Wajah Yangbu terasa panas kerana menahan sebak. " Jadi biarlah Yangbu tolong atuk!"

  Remey Shak tersenyum sebelum menggosok kepala Yangbu perlahan, persis dia melayan Yangbu ketika cucunya itu masih kecil.

  "Yangbu tak pernah susahkan atuk. Bagi atuk, cucu atuk ni adalah hadiah yang diberikan oleh ibu dan ayah kamu. Hadiah yang berharga."

  "Hisk!" Gopal menyedut hingus yang mengalir. Ochobot memandang Gopal , geli. Mata Gopal memerah akibat menangis.

  "Kau menangis ke?" Fang tersenyum, mengejek.

  "Hish, mana adalah!" Gopal cuba menegakkan benang yang basah walaupun itu hanya sia - sia. BoBoiBoy tergelak kecil.

  "Atuk boleh ajarkan kalau nak." Tok Aba menawarkan untuk mengajar mereka ilmu masakan pada dua alien itu.

  Dua alien itu saling berpandangan. Remey Shak memandang Tok Aba dan bertanya. " Betul ke kau boleh tolong?"

  "Betul."

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  "Aku dengar dari Yangbu yang kedai atuk dia dah maju." BoBoiBoy menunjukkan gambar yang dihantar Yangbu. Kelihatan kedai Remey Shak meriah dengan kehadiran ramai pelanggan.

  Yangbu dan BoBoiBoy berhubung melalui aplikasi What's app . Kau ingat alien tidak pandai ber'wasap' ke?😂

  Emyra yang sedang menghantar pesanan kepada pelanggan, mendengus geram. Tak guna punya abang. Aku buat kerja, kau melepak.

  Fang mengangguk sambil menguyah donat kegemarannya. Gopal memandang Tok Aba yang sedang membuat air untuk pelanggan dengan tajam.

  "Tok Aba, apa rahsia resipi atuk?" Tanya Gopal sambil mengusap dagunya yang tidak berjanggut oleh Ditektif Konon.

  "Kau bayar semua hutang atuk dulu."

  "Esok saya bayar. Beritahulah." Gopal masih dalam usaha memujuk Tok Aba.

  "Banyaklah kau." Tok Aba memutarkan bola matanya , tidak mempercayai kata - kata palsu Gopal.

  "Ha'ahlah atuk, please... Bagitahulah resepi rahsia tu. " BoBoiBoy membuat muka secomel - comelnya. Dua kali pandang macam anak kucing comel!

  Fang hanya memandang pelik ke arah  yang tiba - tiba berubah laku dan buang tabiat.

  "Tunggulah seratus tahun akan datang."

  " Atuk!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top