🎗️22🎗️

"CAKAP! Apa resipi rahsia tu?" Tanya Yangbu. Pedang samurai diacukan pada muka Tok Aba.

  Ochobot cuba berlagak hero, melindungi muka Tok Aba. Sekurangnya Tok Aba dapat 'permandangan indah' apabila dapat melihat belakang Ochobot.

  "Ke tepilah!" Yangbu menolak Ochobot ke tepi. Ochobot terhantuk pada pokok.

  "Adeh..." Ochobot sudah pening - pening lalat kerana terhantuk pada batang pokok. (Robot pun pening lalat ke?)

  "Berhenti!" BoBoiBoy tiba ke kedai atuknya bersama Gopal dan Fang. Gopal tiba - tiba sahaja menjerit.

  "KENAPAA?" Gopal melutut. Rupanya dia baru sahaja kalah dalam game Slendrina . Fang menjeling Gopal yang berperangai kebudak - budakkan.

  "Ochobot, bawa Tok Aba ke tempat selamat!" Arah BoBoiBoy . Ochobot akur dengan arahan, bawa Tok Aba ke tempat selamat.

  Tempat mana lagi selemat melainkan dalam Kedai KokoTiam Tok Aba. :V

  "Kau..." Yangbu tersenyum sinis. "Berlagak hero, huh?"

  Yangbu mengeluarkan pedang samurainya. Dia segere meluru ke arah BoBoiBoy . Lagaknya seperti ingin menikam BoBoiBoy.

  Baru sahaja pedang itu ingin menembusi perut BoBoiBoy .Fang memegang pedang itu dengan jari bayang.

  "Taklah semudah seperti yang disangka." Fang mengambil pedang samurai Yangbu. Warna oren pada pedang itu mengingatkan pada donat lobak merah kesayangannya.

  'Donat lobak merah sedapnya.' Fang membayangkan keenakan donat kegemarannya. BoBoiBoy menayangkan muka meluatnya apabila Fang mula berkhayal.

  Yangbu mengangkat tapak tangannya. Tiba - tiba , pedang samurai kembali kepada pemiliknya. Siapa sangka sarung tangan Yangbu ada daya tarikan dengan pedang samurainya?

Yangbu memusing - musingkan pedangnya. Pedangnya bertukar menjadi warna oren kekuningan, seoren api.

   "Sekarang satu lawan dua."

  "Kau tak tolong BoBoiBoy dan Fang ke?" Tanya Ochobot melihat Gopal yang selamba bermain game.

  "Mereka tengah berjuang. Aku pun sama." Gopal menghentikan sekejap game Slendrina nya. " Aku pun... BERJUANG UNTUK MENGALAHKAN SLENDRINA ! DEMI RAKYAT MALAYSIA!"

  Gopal kembali bermain dengan semangat cinta pada tanah airnya. Ochobot pula larit memerhatikan Gopal bermain game yang terkenal dan seram itu.

  Akhirnya, Tok Aba menepuk dahi di situ juga!

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️ 

  Yangbu cuba menyerang BoBoiBoy dan Fang berkali - kali tetapi dapat dielak oleh mereka berdua. Yangbu mula naik berang, cuba menyerang dari atas pula namun pedangnya berlaga dengan pedang milik BoBoiBoy Petir.

  "Mari selesaikan ini." BoBoiBoy Petir menyerang dengan muka seriusnya. Pedang mereka berdua terlalu pantas. Seperti cahaya kuning dan cahaya oren sedang berlawan. Sehingga Fang terpaksa memakai cermin mata hitam kerana  terlalu terang.

  Letupan kecil berlaku. Boboiboy Petir tercampak ke tepi. Begitu juga Yangbu. Fang berlari ke arah BoBoiBoy yang sudah kembali menjadi biasa.

  "Kau dah kalah." BoBoiBoy bangun mendekati Yangbu dipapah Fang.

"Belum lagi." Yangbu menukarkan pedangnya ke mode ais. Pedangnya mengeluarkan ais yang membentuk tangga (macam dalam Frozen) dan cuba membuat serangan dari atas.

Nasib tidak menyebelahi Yangbu apabila Fang sempat membuat pelindung bayang. Fang cuba mengikat Yangbu dari pengikat bayang tetapi dengan senang Yangbu melepaskan diri.

"Terlepas?" BoBoiBoy dan Fang tersentak. Begitu juga dua manusia dan satu robot di dalam kedai KokoTiam Tok Aba itu.

  "Kini aku buat serangan."

  "Kita kena ambil pedang tu." Bisik BoBoiBoy kepada Fang.

  Yangbu cuba menukarkan pedangnya kepada mode ribut. Malang berbau apaba akar menjalar mengikat Yangbu.

  "Akhirnya." Fang menarik nafas lega.

  "Kenapa kau serang atuk aku?" Soal BoBoiBoy. Dalam nadanya seperti dia sedang marah. "Jawab."

  Fang menjauhi BoBoiBoy sedikit apabila melihat BoBoiBoy tersenyum ngeri.

  "Takkan." Yangbu memotong akar menjalar yang melilitnya itu. Yangbu membekukan separuh badan BoBoiBoy dan Fang.

  "Ada hati nak serang aku." Yangbu menggeleng - gelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis. Dia mengangkat pedangnya, seperti ingin memengal kepala dua makhluk Allah itu.

  "Sekarang korang pula mati!"

  "Berhenti, Yangbu."

  "Atuk?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top