🎗️ 20 🎗️

"KORA..." Belum sempat Gopal menghabiskan kata - katanya, keseluruhan lampu di rumah Fang terpadam.

  " ABANGGGG!"

  "AMMAAAA!"

  "TOK ABAHHH!"

  Gopal dan Fang memandang BoBoiBoy , hairan kemudian tergelak terbahak - bahak.

  "Apa? Aku sayang atok akulah!" BoBoiBoy mendengus marah.

  " Blackout ke ?" Fang cuba menekan suis lampu. Tiba - tiba ada satu tangan menyentuh tangannya.

  "Arghh!" Fang terdorong ke belakang.

  "Kenapa Fang?" Tanya BoBoiBoy .

  "Ada orang pegang tangan aku!" Kata Fang, ketakutan.

  "Hantu?" Gopal bersembunyi di belakang BoBoiBoy dan BoBoiBoy bersembunyi di belakang Fang. Ha, baguslah! Boleh menari limbo!

"Pintu ni kunci..." Fang cuba membuka pintu keluar tetapi dia terkunci. " Abang aku bawa dua - dua kunci rumah nampaknya."

  "Jadi..."

"Satu - satunya jalan ialah..." BoBoiBoy sengaja berhentikan ayatnya di situ.

  "Pi---pintu dapur." Kata Gopal , menggigil ketakutan.

  " Hihihi . Hihihi . Hihihi ."

  " LARI!" Mereka bertiga lari ke dapur seperti lipas kudung.

  Sampai sahaja di dapur, kelihatan seorang perempuan berambut panjang mencucuk - cucuk patung landak dengan pisau.

  " Satu cucuk ..." Pisau itu menikam kepala landak itu.

" Dua cucuk ..." Pisau itu menikam badan landak itu pula.

  "Ja..jangan risau. Ini hologram abang aku je." Fang memegang kepala perempuan itu. Maka, bersentuhlah jasad dengan jasad. Fang menelan air liur apabila dia dapat merasa kepala perempuan itu.

  " Hehehe . Wanna play ?"

  Fang menjauhi perempuan itu dan mendekati kedua sahabatnya itu.

Perempuan itu bangun dengan pisau di tangan. Dia menyentuh pisau itu dengan jari telunjuk, menunding jari ke arah dua manusia dan satu alien itu.

" Sapa lagi sedap , ya ?"

   BoBoiBoy dan Fang menunjukkan ke arah Gopal.

"A--mana ada!" Gopal terbutang mata.

  "Kau kan banyak isi." Fang membisikkan ke arah Gopal.

  "Aku banyak lemak jelah. Kau ingat nak ke hantu makan aku ? Makan kau jelah."

  Fang berkerut dahi." Aku banyak tulang jelah!"

  " Makan semualah !" Perempuan itu meluru ke arah mereka dengan pisau.

  Fulamak! Apa lagi? Mereka bertiga terus lari ke bilik Fang. Dalam perjalanan ke bilik Fang, mereka  terserempak dengan budak lelaki yang penuh darah dan memegang patung.

  Mengingatkan ada benda mengejar mereka bertiga dari belakang, dirempuh sahaja budak itu. Kesian budak itu tergolek - golek dan terhantuk pada dinding.

  Di bilik Fang, mereka seakan berpakat, menyorok di dalam almari.

  'Patahlah almari aku macam ni' kata hati Fang. Fang mengeluh.

  "Shhh. Hantu tu ketuk pintu." BoBoiBoy meletakkan jari telunjuknya di mulut.

  Knock! Knock!

  " I ' m back your door now. Can I coming in? Don't need me to ask permision ."

  Pintu itu dibuka. Boboiboy , Fang dan Gopal menekup mulut masing - masing, takut didengari hantu itu. Ya , mereka seakan bermain sorok dan cari tetapi taruhan ini adalah nyawa!

  " I 'm in your room now. Where is it you hide? Our game hide and seek about to end ." Kedengaran bunyi tapak kaki menghentak - hentak lantai.

  " I' m coming closer. Looking underneath your bed but. You not here I wonder. Could you be inside the closet ?"

  Pintu almari diketuk perlahan.

" Found you !" Pintu almari dibuka. Kelihatan perempuan itu berdarah - darah.

  Akhirnya BoBoiBoy pengsan di situ jua!"

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  "BoBoiBoy , bangun."

  "BoBoiBoy sayang, bangun."

  "Kau ni dah berubah tapi masih gedik juga perangai!"

  "Biarlah. Tapi mesti BoBoiBoy suka aku dalam diam juga."

BoBoiBoy membuka mata. Kelihatan Fang dan Hisya bergaduh serta Gopal , Rizu , Kaizo mengerumuninya.

  "Apa yang berlaku?" Tanya BoBoiBoy . Boboiboy juga pelik melihat Rizu yang mereka selamatkan dulu ada di sini.

  " Abang aku master mind dalam projek mengenakan kita." Fang menjeling Kaizo, tidak puas hati.

  "Ha'ah. Dia suruh aku dan Rizu menyamar jadi hantu. Yaya dan Ying tak boleh sertai. Ni aku ikut pun sebab abang aku kasi. Tetapi kesian Rizu korang langgar dia." Hisya memandang Rizu yang berbalut kepala.

  Tiga sahabat itu tersengih sendiri.

  "Maafkan abang sebab prank korang." Kata Kaizo dengan nada serius. Tapi wajahnya langsung tidak menampakkan riak bersalah.

  "Tunggulah abang  nanti adik prank teruk - teruk!" Fang mengugut Kaizo sambil mengembungkan pipi.

  "Abang balas balik." Kaizo selamba berkata.

  "ABANG!"

  Mereka berempat ketawa melihat telatah dua adik beradik alien itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top