🎗️19🎗️
"CEPAT sikit Gopal!"
"Lagi sikit je!"
Gopal ligat bermain game Slendrina . Sememangnya game itu mencabar. Asal nampak muka Slendrina sahaja , nyawa kita akan berkurang.
BoBoiBoy dan Gopal bermalam di rumah Fang sempena cuti bulan Mac. Gopal pula membawa telefon bimbitnya untuk bermain game Slendrina .
"Kau tunduk je Gopal, kau ingat Slendrina tu abang aku versi perempuan. Kena tunduk pandangan." Kata Fang dalam masa yang sama mengutuk abangnya.
BoBoiBoy memandang ke belakang apabila terasa ada aura kegelapan di belakangnya. Dia menepuk bahu Fang dan Gopal yang larit bermain.
"APA KAU KATA?!"
Fang dan Gopal pula menelan air liur. Dalam fikiran Fang terasa mahu cili - cilikan mulutnya.
"Apa kau main sampai aku panggil korang tak dengar?" Tanya Kaizo. Sudahlah perutnya berkeroncong menyanyi lagu dondang sayang, menunggu adiknya buatkan sup lobak merah untuknya.
" Slendrina ."
" Slenadria ?"
"Bukanlah abang Kaizo, namanya Slendrina . Game hantu," terang BoBoiBoy apabila Kaizo menyebutnya salah.
"Bagi aku main sekejap." Kaizo menghulurkan tangan, meminta telefon dari Gopal.
Gopal mengeluh. Dia menghulurkan telefonnya pada Kaizo dengan berat hati.
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
"Dah lima belas minit abang kau main ni." BoBoiBoy mencuit bahu Fang. Fang hanya mengangkat bahu.
Mereka bertiga memerhatikan sahaja Kaizo yang larit bermain telefon milik Gopal dari dalam dapur. Muka Kaizo serius sahaja ketika bermain, tiada reaksi.
" You out from the house . "
Kaizo tersenyum riang dan meletakkan telefon bimbit itu ke tepi. " Tak dalah susah sangat game ni."
Tiga sekawan dari dapur itu ternganga melihatnya. Gopal menelan air liur, sedangkan dia mengambil masa berjam - jam lamanya.
Lebih mencurigakan, Kaizo seakan - akan menelefon seseorang menggunakan telefon Gopal. Gopal sudah bermandi peluh, risau Kaizo menelefon appa kesayangannya.
Kaizo berjalan ke arah pintu rumah dan memanggil tiga sahabat sejati yang setia berada di dapur.
"PANG! BOBOIBOY! GOPAL!"
Mereka bertiga menghadap Kaizo laksana askar. Kaizo tersenyum sinis, seakan - akan merancang sesuatu.
"Ya , abang?" Tanya Fang sambil membuat muka landak comel.
"Abang nak keluar kejap. Korang bertiga duduk rumah. Jangan masuk bilik abang." Kaizo memberi amaran. Jari telunjuknya digoyang ke kiri dan ke kanan.
BoBoiBoy dan Gopal mengangguk.
Hanya Fang yang berdecit - decit." Ish, ish, ish. Buat apa adik masuk bilik abang yang berhabuk tu. Kalau tikus datang berpindah pun, tikus lebih lera bunuh diri kerana dia datang ke tempat yang lebih menyeramkan dari kubur!"
"Seronok kutuk aku, ya?" Kaizo menjentik dahi adiknya, perlahan. "Dah aku nak keluar."
"Nak jumpa tok guru dia lah tu. Sapa lagi kalau bukan MR. Lahap." Gumam Fang, perlahan tetapi masih dapat didengari Boboiboy dan Gopal.
"Atau nak jumpa girlfriend ." Gopal membayangkan Kaizo keluar senyap - senyap bersama perempuan cantik seperti artis Korea. Boboiboy hanya tergelak kecil.
"Abang aku ada girlfriend ? "Kini Fang gelak terguling - guling di atas lantai. " Entah - entah maksud girlfriend pun abang aku tak tahu."
"Fang--- Apsal rasa sejuk je?" Tanya Boboiboy, merasa haba menurun secara mendadak. Gopal juga turut mengigil.
"Pe--- perasaan kau je kot." Fang membuat andaian, cuba menyedapkan hatinya yang serba tidak kena.
"Kora---" Belum sempat Gopal menghabiskan kata - katanya, keseluruhan lampu di rumah Fang terpadam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top