🎗️16🎗️

"ABANG aku tak da kat sinilah!" Kata Fang , menjawab pertanyaan Fiona.

  Fiona tersenyum dan mendekati Fang. "Oh, jadi inilah adik kesayangan Kaizo, ya. Wajah kau tak tumpah sama macam abang kau.

  Fiona menampar Fang sebagai salam perkenalan. BoBoiBoy mengnarik Fang menjauhi Fiona.

  "APA PASAL KAU TAMPAR FANG? KAU INGAT TANGAN KAU TU MULIA SANGAT?" Hisya mula naik bengang bila kawannya ditampar. Yaya mengurut bahu Hisya, cuba menenangkannya.

  "Aku datang sini mahu tanya Kaizo ke mana , kalau tidak---"  Fiona mengeluarkan pin rambutnya.

    Gopal tergelak , mengejek Fiona. " Apa kau nak buat dengan pin tu? Nak pin - pinkan rambut kami sampai kalah?"

  Fiona menekan satu butang rahsia pada pin rambut tersebut, pin terus bertukar menjadi tali cemeti. Fiona membelah tong sampah tu dengan menggunakan kayu cemetinya.  Gopal ternganga melihat kejadian itu.

   Menyesal tanya. Ini sama macam kes Ibu Bu dulu. Huhuhu

  "Ochobot, bawa Tok Aba jauh dari sini!" Arah Boboiboy. Ochobot menuruti arahan, membawa Tok Aba jauh dari situ.

  "Baik kau datang sekarang, Kaizo. Atau adik kau jadi taruhan nyawa~"

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  Kaizo pulang dengan perasaan marah. Dia sebenarnya takut ada apa - apa terjadi pada adiknya sama seperti dalam mimpinya. Dia rasa tidak mampu memberikan kasih sayang pada adiknya.

  "Mana mak, mak dah janji nak pulang..."

...

PLANET GOGOBUGI
- Rumah Agam Gabenor-
#Tahun 2007#

  "Aku tahu Enerbot ada di sini...  serahkan ia pada aku, wahai tuan gabenor yang dihormati."

  Ayah Fang dan Kaizo memandang Borara, serius, " Jangan harap! Sudah beratus tahun keluarga aku jaga power sphera tu... kau ingat senang - senang..."

Borara mendekati ayah   dan memegang kolar bajunya. " Apa? Kau ingat kau boleh sembunyikan power sphera Enerbot tu dari aku?!

Ayah  hanya tersenyum. " Kau tak mungkin akan dapat Enerbot, makhluk durjana--"

"GRRRR... KUASA LOHONG HITAM!"

Borara menghidupkan kuasanya dan muncullah lohong hitam. Lohong hitam itu menyedut ayah  ke dalam.

"Orang tua degil." Borara menutup lohong hitamnnya. Memandang ke arah Gaganaz. " Geledah satu rumah! Cari power sphera tu sampai dapat!"

"Baik kapten!"

  Kaizo baru pulang dari taman permainan. Dia memandang aneh melihat rumahnya gelap gelita dan tiada  keluarganya. "Kenapa gelap ni... mana semua orang?"

"Eh?" Kaizo terperasan sesuatu apabila memasuki ruang tamu. Sofanya tercarik teruk. Tv juga pecah. Erti kata lain, ruang tamunya bersepah.

" Apa dah jadi ni?! Mana mak, ayah---" Belum sempat Kaizo menghabiskan ayatnya, tiba - tiba dia terdengar  satu suara.

"Tak jumpa, kapten!"

"Eish, mana dia sembunyikan power sphera tu?!"

Kaizo segera menyorok ke dalam bilik.

"Perompak...? Aku kena beritahu---" Tiba - tiba, mulut Kaizo ditekup dan diheret ke bawah.

   Tiba - tiba, dia diheret oleh seseorang melalui celah bawah pintu tersebut.

  "Ummphh! Umphhh! Lepaskan---"

  "Shhh."

   Mak (Kaizo dan Fang) tidak lagi menekup mulut Kaizo.

"Eh, mak?"

  "Mak, apa dah jadi ni?" Tanya Kaizo, kebingungan.

  "Kita dalam bahaya. Kaizo, dengar sini baik - baik. Kau kena bawa Fang pergi dari sini!" Kata ibu, resah memikirkan keselamatan anak - anaknya.

  "Pergi mana?"

  "Mak tak ada masa nak terangkan. Bawa adik kau lari ikut laluan rahsia ni!" Kata Mak KaiFang sambil memandang Fang yang sedang meneliti power sphera Enerbot itu di atas sofa donat lobak merah.

  "Laluan rahsia?"

  "Laluan ini akan bawa kau ke menara utara, tempat simpan kapal angkasa kita. Ingat tak koordinat rahsia yang ayah ajar dulu?" Tanya Mak sambil menunjukkan pintu laluan rahsia ke menara utara.

"Ingat, mak."

  "Bagus, Fang. Mari sini," panggil Mak.

  "Ya~?" Fang menghampiri Mak KaiFang. Mak KaiFang mendukung Fang dan mengucup pipi anak bongsunya.

  "Kaizo , masukkan koordinat tu dan kau berdua akan sampai ke tempat yang selamat," kata Mak  sebelum menurunkan Fang.

   Power sphera Energbot yang bersaiz kecil itu dihulurkan pada Kaizo.

  "Ingat, Kaizo. Jangan sesekali bagi power sphera ini jatuh ke tangan yang salah!"

  Kaizo mengangguk, perlahan. " B--Baik!"

  Fang menarik - narik baju ibunya. Mak KaiFang hanya tersenyum. Fang bertanya kepada ibunya. " Ibu nak pergi mana?"

  Mak KaiFang menahan sebak. Dia membelai rambut anaknya itu. " Haa, nanti Fang ikut abang naik kapal angkasa. Pergi jalan - jalan. Nak tak?"

  Fang mulai teruja. "Kapal angkasa? Jalan - jalan? Nak!"

  Mak KaiFang memegang bahu Kaizo dan tersenyum. " Kaizo, jaga diri kau dan adik kau baik - baik."

  Kaizo menahan air matanya dari mengalir. "Mak pulak macam mana?"

  Mak KaiFang memegang pipi Kaizo. Cuba menahan dari menangis di hadapan anaknya. " Jangan nangis, Kaizo. Bila semua dah selamat, mak janji akan jumpa kau berdua."

  "Abang!" Suara itu mengejutkan Kaizo. Kaizo tersedar dari lamunannya dan segera ke kedai Tok Aba.

"Fang!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top