🎗️15🎗️

Kedai Tok Aba
>5:15 petang<

"EH --- Kapten Kaizo?" Semua terkejut apabila melihat Fang datang bersama Kaizo.

  "Siapa Kapten Kaizo?" Tanya Hisya, kebingungan.

  "Lelaki yang berlawan dengan Dani yang serang kita semalam, abang kepada Fang," terang Gopal. Fang mendengus , marah. Kaizo tidak peduli akan rengusan Fang dan duduk di sebelah Fang.

  Hisya dan Ying terpaksa berdiri untuk memberi tempat kepada dua beradik itu.

   BoBoiBoy mencuit bahu Fang dan bertanya. " Kenapa abang kau ikut kau? Belum hilang lagi sikap protective  ? "

  "Entah  dia," Fang mengeluarkan buku latihan matematiknya. Mereka sudah berjanji ingin membuat kerja sekolah bersama - sama.  Sekarang Kaizo tidak tumpah sebagai bodyguard  kepada Fang.

  "Soalan ni macam mana Fang?" Tanya Gopal. Sememangnya soalan pada topik persamaan linear merumitkan otaknya.

  "Kau ni , tadi aku nak ajarkan kau, kau tak nak. Sibuk kata, aku ni pandai , kau tak ajar pun aku dah tahulah !" Fang merengus apabila terbantut pengajarannya kepada Gopal dan Hisya yang sememangnya lemah dalam bidang matematik.

    Gopal mengherotkan bibir. Eleh, macamlah orang nak belajar dengan kau sangat!

  "Fang, Gopal minta kau ajarkan, kau ajarkanlah. Kita tak sepatutnya kedekut ilmu. Nanti cepat tua," nasihat Tok Aba. Entah logik entah tidak kata - kata Tok Aba.

  "Tapi Tok Aba, BoBoiBoy tak pernah dengar pula kalau kita tak kongsi ilmu, cepat tua," kata BoBoiBoy apabila menyedari kesilapan ayat Tok Aba.

  "Mana ada. Tengok muka landak ungu tu. Dah berkedut sebab tak nak kongsi ilmu dengan Gopal," kata Hisya, menyokong ayat Tok Aba. Bakal atuk mertua tau~

    Fang sudah berkerut dahi, menahan marah.

  "Fang..." Kaizo menepuk bahu Fang, menenangkan adiknya sebelum terjadi benda yang bakal mengkecohkan Pulau Rintis nanti.

  "Kalau kau tak pandai kawal kemarahan kau, aku buat latihan tempur khas untuk kau."

  "Buat latihan tempur versi donat lobat merah tak pa. Fang bertarung nyawa demi menyelamatkan 'puteri' donat lobak merahnya." Cadang Gopal walaupun kedengaran tidak logik.

    Ying menyiku Gopal. " Haiya , lagi tak betullah si Ah Pang tu nanti."

  Mata Fang membulat mendengar cadangan Gopal. Tidak sanggup dia kalau donat kesayangan menjadi taruhan dalam latihan tempur.

  Kaizo tersenyum seram, memikirkan cadangan kawan baik adiknya itu. Bolehlah dia mengugut  adiknya  yang degil itu dengan donat lobak merah. Bagus, bagus!

  "Abang fikir apa tu? Jangan jadikan lobak merah kesayangan adik tu jadi taruhan , ya?" Fang memandang Kaizo yang tersenyum seram, bagai merancang sesuatu yang kejam.

    Semua tergelak melihat keletah adik - beradik yang mencuit hati. Nasib tiada yang ketawa sambil terguling atau ketawa sambil terkentut.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  Perempuan itu menjeling ke arah GPSnya. Dia tidak salah tempat. Dia akan bertemu musuh lamanya itu di depan mata.

  "Hehehe," perempuan itu menyeringai. Sekali pandang seperti puntianak sewel ketawa seorang diri. Dua kali pandang seperti mak cik bawang yang ketawa berbunyi "hik hok"

  " I can't wait to kill you, Kaizo ."

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  Sedang mereka sibuk ketawa, seorang budak lelaki bergigi rongak di decomel menyapa mereka.

  "Abang boleh ambil bola sepak yang sangkut ke pokok tu tak?" Tanya budak lelaki yang bergigi rongak ( okay kita panggil dia Mat) itu kepada Fang. Mat menjauhi sedikit dari BoBoiBoy apabila terlihat Gopal. Dia masih ingat lagi memori buruknya iaitu beberapa bulan lepas , Gopal menukarkan bolanya menjadi cenkodok.

  "Kenapa? Kau ada tangan ada kaki, kau tak boleh ambil sendiri ke? KALAU ADIK AKU MATI, KAU NAK GANTI NYAWA KAU?" Kaizo menengking Mat mendorong Mat mengundur ke belakang.

  "Saya... saya nak ambil bola saya je." Mat kemudian menangis apabila ditengking begitu sehingga kaum wanita ( Yaya, Ying dan Hisya) terpaksa memujuk Mat.

  "Abang, abang ni dah melampaulah. Cukuplah dengan sikap protective  abang yang melampau tu! Adik dah besarlah , adik bukan budak kecil lagi yang patut dimanjakan , adik pandai jaga diri! Sudah - sudahlah asyik nak lindungi adik!" Kata Fang dengan panjang lebar, harap abangnya memahami dia tidak suka dilayan seperti budak kecil.

  " AKU BUAT NI SEBAB NAK LINDUNGI KAU JE, PANG! " Tengking Kaizo sebelum meninggalkan kedai Kokotiam Tok Abah.

  Hisya yang tidak biasa dengan jerkahan suara Kaizo, terkaku. Ying juga gerun melihat wajah Kaizo yang nampaknya sudah terlampau marah. Yaya memandang muka Fang, seolah meminta jawapan atas tindakannya tadi.

   "Fang... kenapa kau cakap macam tu kat abang kau?" Tanya BoBoiBoy . Hisya dan Gopal serentak mengangguk, meminta perjelasan.

"Aku..."

   Tiba - tiba, sebuah kapal angkasa mendarat di hadapan kedai Tok Abah. Seorang perempuan yang mengikat rambut dua tocang itu senyum memandang mereka.

   " Nama aku Haruka Fiona."

   "Mana Kaizo?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top