🎗️14🎗️

"KAU."

  "Kau rampas populariti aku!" Seorang perempuan rambut diikat dua toncang memandang Kaizo dengan penuh marah. Perempuan itu memegang kemas leher Fang.

  "Kau, kau lepaskan adik aku... Tolonglah," Kaizo melutut, merayu. Tetapi, aksi Kaizo tidak mendapat ehsan kepada perempuan itu.

  "Ada aku kisah? Padan muka kau!" Kata perempuan itu sebelum mencekik Fang .

  "A---bang," kata Fang sebelum wajahnya menjadi biru. Matanya terkatup rapat, tidak bernafas lagi.

"Pa ---FANG!"

  "SPLASH!"

  Kaizo tersedar dari mimpinya yang mengerikan tadi. Kelihatan Fang berdiri memakai t-shirt berwarna ungu, memegang  baldi di tangan.

  "KAU, KAU SIMBAH AKU?" Muka Kaizo merah padam, menahan marah. Fang hanya tersengih, lagaknya seperti tidak membuat kesalahan. " Dah abang meracau benda bukan - bukan lagi. Bilik abang ni bersepah tau."

  "Kau kenapa tak pakai baju sekolah?"

  "Hari ini cutilah, abang," kata Fang dengan muka meluat sebelum beredar dari bilik abangnya.

  Kaizo mengibas - ngibas rambutnya. Sekali pandang, sudah seperti itik mengibas - ngibas tubuhnya yang basah  pula. Kaizo mengerutkan dahi, masih lagi terkesan dengan mimpinya.

🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️

  Selama tiga hari berturut - turut, Kaizo sentiasa mengekori Fang. Malah, sehingga ke depan muka pintu pagar sekolah pun, Kaizo masih setia mengekori.

  "Abang, sudahlah tu ikut adik. Adik pandai jaga dirilah," Fang mengherotkan bibirnya bukan disebabkan terasa dikongkong oleh abangnya yang tiba - tiba menjadi terlalu melindungi , tetapi kerana abangnya meragut popularitinya.

Sepanjang perjalanan menuju ke kelas, bukan dirinya yang menjadi perhatian utama tetapi abangnya, Kaizo.

  Sampai sahaja di muka pintu kelas, barulah Kaizo pulang apabila merasa adiknya selamat. Fang mengeluh, dirinya tersandar pada kerusi.

  "Apa pasal aku nampak abang kau macam protective sangat?" Tanya BoBoiBoy apabila merasakan Kaizo berlainan dari biasa.

  "Entahlah, BoBoiBoy . Aku pun pelik. Kau tahu tak, aku pergi mandi kejap je pun, abang aku duduk tercongok depan pintu bilik air." Keluh Fang dengan kasar sebelum menjerit . " AKU DAH TAK DA PRIVASI!"

  Gopal awal - awal lagi sudah tergelak melihat Fang seperti orang yang tidak siuman. Nasib baik, cikgu belum tiba lagi.

  "Mungkin abang kau ingat esok kau nak mati ke atau nak bertukar menjadi atuk kebayan. Sebab tulah dia jadi terlalu protective ," begitu logik pemikiran Gopal. Ada ke 'atuk kebayan'?

  "Banyaklah kau aku nak jadi  atuk kebayan. Atuk kebayan tu kaulah. Tapi atuk kebayan gendut. Hahahaha," Fang tergelak terbahak - bahak kerana dapat mengusik Gopal. Gopal hanya membuat muka toya apabila Fang mengenakan dirinya pula.

  Pada waktu balik, Kaizo tercongok berdiri di bersebelahan pintu pagar sekolah. Pengawal keselamatan terpaksa memakai spek hitam apabila Kaizo terlampau bergaya hingga terserlah efek efek berkilauan.

  "Jarang abang jemput adik," kata Fang. Yaya juga mengerutkan dahi. Ying juga hairan kerana ini pertama kali Kaizo menjemput adiknya sedangkan selama ni Fang lebih selesa berjalan kaki.

  "Fang, kitaorang balik dulu tau," kata Ying sebelum menyertai Hisya, Yaya, Gopal dan BoBoiBoy pulang berjalan kaki.

  "Kau kenapa? Tak suka aku jemput kau?" Tanya Kaizo apabila menyedari perubahan riak wajah adiknya. Fang hanya menggelengkan kepalanya.

  "Taklah, gembira sangat. Abang patut jemput adik hari - hari tau!" Fang tersenyum , menyindir. Kaizo hanya serius sahaja mukanya, tidak peduli dengan sindiran Fang.

  "Baguslah kalau macam tu," Fang hanya mencebik apabila abangnya tidak terkesan dengan sindirannya.

  Adik - beradik alien itu pulang menaiki kapal milik Kaizo. Pelajar - pelajar yang kaya terlopong melihat Fang balik dijemput oleh kapal angkasa. Engkau ada?

   Hergh, susahnya kalau ada abang yang terlalu protective !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top