🎗️13🎗️
"KAU... kau guna kuasa aku!"
"Ya," kata Hisya. Suasana senyap seketika dan masa berlalu selama tiga saat.
"Apa kata kau mulakan serangan dahulu, aku janji takkan membalas serangan kau," kata Tuan Dani, memandang rendah kekuatan Hisya. Hisya tersengih apabila diberikan tawaran yang lumayan.
Hisya mengangkat tangannya. Tiba - tiba, wap air terkumpul di atas membentuk satu bola air yang berwarna hitam, "SERANGAN AIR KEGELAPAN!"
Bebola air bertubi - tubi menyerang Tuan Dani. Lima saat berlalu dan Hisya menghentikan serangan.
Hisya terkesima. Tuan Dani tersengih, masih lagi bertenaga. Nasib baik , dia menghalang serangan Hisya dengan pelindung bayang.
"Kini giliran aku pula!" Tuan Dani mengeluarkan tangan bayang. Dia menumbuk Hisya tanpa rasa belas kasihan. Serangan itu bertubi - tubi mengenai Hisya sebelum ditumbuk dari bawah.
Hisya cuba bangun, tetapi dia rebah kembali. Cuba mengumpul kekuatan, dia mengumpul lagi bebola air dan mula memerangkap Tuan Dani. Tuan Dani terkena serangan itu dan terperangkap di dalam bebola air.
"AURA API!" Tuan Dani berjaya menyejatkan air itu. Hisya terundur ke belakang apabila menghampiri dirinya.
"Kenapa takut?"
"Kau bukan lawan akulah , BUDAK HINGUSAN!" Tuan Dani mara ke arah Hisya. Baru sahaja mahu menyerang Hisya.
Ombak air yang tidak tahu muncul dari mana, menyerang Tuan Dani membuatkan Tuan Dani terdorong ke belakang.
Tok Aba mula menjauhi kawasan medan perang itu apabila bajunya basah akibat serangan itu.
Kelihatan Hisya berdiri di atas ombak air kegelapan itu. Langit juga menjadi gelap, seperti mahu hujan.
Mata Hisya yang berwarna coklat itu juga bertukar menjadi biru. Tuan Dani makin mengundur ke belakang apabila Hisya dan ombaknya datang menghampiri.
". Kau dah banyak lakukan kesalahan," Tangan Hisya mengangkat tangan, maka keluarlah naga air kegelapan sebesar kapal.terbang keluar dari sisa sisa air daripada ombak itu, " Apabila cahaya datang, aku akan campak kau ke dalam kegelapan!"
Tiba - tiba , wajah Hisya bercahaya. Rupanya Tok Aba cuba membuat lawak hambar dengan menyuluh cahaya ke muka Hisya menggunakan lampu suluhnya.
"Rasakan!" Naga air kegelapan itu menyerang Tuan Dani. Tuan Dani meraung kesakitan. Habis serangan, Tuan Dani cedera parah. Kelajuan air itu lebih laju dari kelajuan air hujan!
"Aku tak puas lagi dengan kau ~ ," Hisya bertindak argesif, seolah bukan dirinya. Dia menyerang Tuan Dani dengan bebola air dengan kelajuan sangat tinggi. Habis luka - luka Tuan Dani dibuatnya.
"Ergh," Yaya tiba - tiba sedar. Tok Aba menghampiri Yaya.
" Eh, tok abah?"
"Hisya nampak tak terkawal. Boleh tak kamu tolong pengsankan Hisya sekejap? Atuk risau kalau dia teruskan, dia akan mati kerana kehabisan tenaga."
"Apa? Tapi itu bukan kuasa air kegelapan ke?"
"Ya, nanti atuk ceritakan. Yang penting,nyawa Hisya."
" Muahahahaha !" Sedang leka Hisya ketawa terbahak - bahak, Yaya segera terbang, mendekati Hisya secara senyap - senyap.
"RASAKAN TUMBUKAN PADU!"
Hisya terus rebah. Langit beransur - ansur menjadi cerah.
"Akhirnya semua dah tamat..."
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
Hisya membaringkan diri di atas katil. Ingatannnya mengulang tayangkan memorinya sebentar tadi.
" Tahniah kerana berjaya menangkap kumpulan OtaKau. Dan berjaya menyelamatkan Darkwabot," Laksamana Tarung, bekas laksamana pasukan Tapops, mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka.
"Tapi ini hasil kejayaan Hisya , maa," Ying mencuit bahu Hisya. Hisya hanya tersengih - sengih, mengambil jawatan kerang busuk.
"Tahniah, Hisya!" Ucap Kokoci . Langsung terlupa dengan hutangnya dengan kumpulan OtaKau. Entah terlupa atau buat - buat lupa.
"Tapi kenapa saya hilang kawalan tadi?" Tanya Hisya. Darkwabot tenang menjawab. " Kerana reverse di dalam badan kamu akan kuat kalau kamu takut."
"Reverse?" Soal Hisya, tidak memahami makna perkataan itu.
"Buat masa ni, kau tak perlu tahu..." kata Kaizo, serius. Badannya berbalut di sana - sini.
"Abang okay?" Tanya Fang , memeluk Kaizo. Kaizo mempamerkan wajah hairan melihat adiknya tiba - tiba sahaja ingin bermanja.
"KENAPA KAU PELUK AKU , PANG?!"
Semua tergelak melihat keakraban adik - beradik alien itu.
"Welcome to Geng Kuasa, Hisya." Ucap Boboiboy, mesra. Hisya hanya mengangguk.
Hisya memandang telapak tangannya sambil tersengih. Sekarang dia merupakan ahli Geng Kuasa!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top