🎗️11🎗️
"SEBENARNYA , saya---"
Ying masih lagi memandang Riz, tidak memaksa Riz.
"Sebenarnya..."
"Dey, budak. Cepat jelah cakap," desak Gopal. Dia juga baru sedar dari 'kesakitan tersedap di dunia'.
"Biarlah dia tenang kejap. Oh ya, sudah puas 'sakit'?" Sindir Hisya. Hisya sekarang sudah masuk ke dalam senarai 'musuh tetapi kawan' Gopal selepas Fang.
"Sebenarnya saya miskin, ibu saya suri rumah sepanjang masa, malam pula ibu ambil upah menjahit. Ayah pula jadi kerja kakitangan kerajaaan. Abang saya Iman dan abang Riyyan bersekolah menengah," Riz terhenti seketika. Mungkin menahan sebak atau mengumpul nafas.
"Yuran sekolah saya tertunggak tiga bulan. Saya tak naklah susahkan ibu saya. Ibu saya asyik jatuh sakit je sejak beberapa bulan lepas. Saya tak sampai nak susahkan ibu dan ayah," luah Riz, jujur.
" Awwww , tsk... you such a good boy ," ujar Ying lalu memeluk Riz.
"BOOM!"
Satu letupan mengejutkan mereka. BoBoiBoy menjenguk ke luar. Kelihatan sebuah kapal angkasa mendarat di hadapan kedai Tok Aba.
"Korang , Tok Aba dalam bahaya!"
"Apa?!"
"Kau pasti ke Darkwabot ada di sini," tanya Tuan Dani. Jennifer hanya mengangguk. GPSnya tidak pernah silap alamat atau tersilap maklumat.
"Mana kau sorokkan power sphera aku?!" Tuan Dani bergerak ke arah Tok Aba.
"Aku, aku tak tahu," Tok Aba mulai panik. Nasib baik beliau tidak terkencing dalam seluar. Memalukan Persatuan Atuk Hensem Sedunia (PAHS) pula.
"Kau tipu!" Tuan Dani mencampakkan Tok Aba ke tepi menggunakan sebelah tangannya yang mekanikal itu.
"Power sphera tu takkan jadi milik kau. Siapa kau ha?!" Suara seseorang menyampuk. Seperti dalam drama hero, BoBoiBoy berdiri dengan penuh bergaya (sambil cekak pinggang).
Nasib tidak disuluhkan lampu spotlight .
"Kau tak kenal siapa kami?!" Seorang alien berkepala kotak keluar dari kapal angkasa tersebut.
"Kami adalah pasukan OtaKau. Music please, Fazy" Jennifer menepuk tangan. Alien bernama Fazy ( boy) segera memasang muzik.
Otak
Terhebat
Antara
Kokoci
And
'U'
OtaKau
> Mengikut rentak lagu Tapops<
(Music)
Sedia?
(Music)
OtaKau!
(Music)
OtaKau mengembara dalam dendam
Mencari Kokoci yang asyik hutang
Power sphera akan kami rampas
Oleh OtaKau
OtaKau
OtaKau
Terhebat
BoBoiBoy serta merta kaku seperti melihat seluruh result SPM yang gagal seluruh matapelajaran. Tok Aba pula menutup mata Ochobot dan Darkwabot, kononnya tidak mahu mereka melihat persembahan kumpulan OtaKau itu.
OtaKau mengembara dalam dendam
Mencari Kokoci yang asyik hutang
OtaKau mengembara dalam dendam
Muzik dimainkan semakin rancak. Pergerakkan Jennifer dan Tuan Dani itu juga semakin bertenaga. Jennifer memusingkan badannya sambil dikawal oleh Tuan Dani. Pusingan semakin ligat seperti gasing yang sedang berputar, berputar, berputar dan---
BOOM ! Satu percikan bunga api mengakhiri tarian itu. Suasana menjadi sunyi serta - merta. Hanya Gopal yang naif menepuk tangan. Semua memandang Gopal dengan penuh tajam.
"Apa?" Tanya Gopal , terkebil - kebil
"Kami berdendam dengan kuih koci tu sebab dah lama dia tak bayar hutang saya RM 1. 50 tu. Sudah , serahkan power sphera tu pada kami!" Tuan Dani merampas Darkwabot.
Riz segara berlari ke arah Tuan Dani dan mengigit pahanya. Serta merta, Darkwabot terlepas dari pegangannya
"Argh, budak tak guna! Jari - jari bayang!" Tuan Dani mencampak Riz
menggunakan kuasa bayangnya.
"Dia pun ada kuasa macam aku," ujar Fang, terkejut kerana tidak menyangka ada orang yang mempunyai kuasa sepertinya.
Riz tercampak dan kepalanya terkena batang pokok. Hentakkan yang kuat itu menyebabkan Riz pengsan.
"Riz!" Darkwabot cuba terbang ke arah Riz tetapi malang mana ada bau, Jennifer cuba menangkap Darwabot tetapi dihalang oleh BoBoiBoy Halilintar.
"Jangan kau sentuh power sphera tu," BoBoiBoy Halilintar cuba menyerang Jennifer tanpa menyedari dia termasuk dalam perangkap.
Jennifer mencapai tabletnya dan mengaktifkan sistem drone . Berbelas - belas drone keluar dari kapal angkasa itu Drone itu mula menembak BoBoiBoy Halilintar tapi tidak tepat pada sasaran.
"Kita kena tolong BoBoiBoy !" Fang dan Yaya segera memberikan bantuan pada BoBoiBoy . Darkwabot mengambil kesempatan untuk mendekati Rizu.
"Dapat kau!" Tuan Dani berjaya menangkap Darkwabot tetapi tak semudah itu. Ying menggunakan kuasanya menyelamatkan Darkwabot.
"Dapat cow ? Dapat lembu ya? Atau dapat taik dia untuk dibuat baja? Hahaha!" Sempat lagi Ying memperkelehkan Tuan Dani.
"Kau---" Tuan Dani mengeluarkan kuasanya iaitu kuasa apinya. Tapi itu tidak menjadi masalah bagi Ying kerana dia mempunyai kuasa memanipulasi masa.
"LARIAN LAJU!"
"Sekarang korang lawan--" Fazy mendekati Gopal , Hisya dan Tok Aba. Nasib baik, Tok Aba menyorokkan Ochobot di dalam almari.
"Eleh, kau bukan ada kuasa pun," kata Hisya apabila menyedari alien itu tiada teknologi mahupun kuasa.
"Kita lawan jawab SOALAN MATEMATIK!"
"Apa?!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top