🎗️ 10 🎗️
"SUDAH jumpa power sphera tu?" Tanya lelaki berambut jambul merah. Kulitnya berwarna kuning.
"Belum, tuan," kata gadis berkepala kotak itu. Radar di GPS nya tidak menunjukkan sebarang petunjuk power sphera pun.
"Kenapa lembap sangat? Kau tahu berapa lama aku tunggu. Dah satu jam!" Ketua mereka sudah mula mengamuk. Habis barang di atas meja ditolaknya.
"Baik saya akan segerakan proses mencari," Gadis itu ketakutan, segera memeriksa GPSnya. Nasib menyebelahinya apabila radarnya mengesan kelibat power sphera.
"Saya sudah jumpa tuan Dani..." kata gadis itu, gembira nadanya.
"Mana?" Tanya Tuan Dani.
"Planet Bumi..."
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
"Wrrr.." Power sphera berwarna biru cair itu segera mencari tempat menyorok. Dia membuat keputusan untuk menyorok di dalam semak di tepi sebuah rumah buruk.
"Adik, pergilah buang sampah!" Suara si abang memecahkan ketenangan siang hari. Si adik mula membuat muka , tetapi tetap akur dengan arahan. Mengambil sampah di tepi pintu sebelum mengorak langkah ke luar rumah.
"Abang Iman ni tak habis - habis suruh orang," si adik menyepak batu. Lagaknya seperti batu itu merupakan Iman. Batu itu melayang ke dalam semak.
"Aduh!"
"Eh---" si adik mula bergerak ke semak. Dengan ranting kayu di tangan dia cuba mengusik - usik semak itu.
"Warghhh!" Benda itu keluar dari 'tempat persembunyian'. Si adik turut menjerit.
"Siapa awak?"
"Nama saya Darkwabot. Power sphera kuasa air kegelapan. Salam perkenalan."
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
"Selamat pagi, semua!"
"Selamat pagi, Hisya!"
Hisya berubah gaya rambut. Dahulu diikat toncang satu atau dilepaskan sahaja. Sekarang diikat sanggul tapi masih lagi cantik seperti patung barbie .
"Kau dah tengok video youtube semalam? Viral wey. Aku tengok dia boleh kawal kuasa air," kata Gopal gaya pak cik bawang zaman sekarang. Video viral itu dimainkan di dalam telefon bimbitnya.
Di dalam video itu, terdapat seorang kanak - kanak mengawal kuasa air dan membantu seorang pak cik menyiram pokok. Kanak - kanak itu juga membersihkan taman yang kotor itu menggunakan kuasa airnya.
"Eleh, entah entah edit sahaja," Fang mengherotkan bibirnya. Zaman sekarang ini video yang menunjukkan kuasa dan magik sebenarnya lebih banyak diedit dari benar.
"Ni macam kat kawasan kita je," sampuk BoBoiBoy yang dari tadi menghantar pesanan kepada pelanggan.
"Yalah, macam kawasan perumahan kita . Tak silap sayalah," kata Hisya. Jujur dia katakan, dia masih lagi menyimpan perasaan suka pada BoBoiBoy , cuma dia sudah mula meminati BoBoiBoy dalam diam.
"Kenapa ramai orang berkumpul di situ, maa ?" Soal Ying yang baru tiba. Kelihatan ramai orang berkerumun seperti lalat menghurung sampah di belakang kedai Kokotiam Tok Aba.
Kelihatan seorang kanak - kanak seperti di dalam video tadi sedang melakukan persembahan. Air - air seakan bergerak mengelilinginya sebelum menjadi buih air. Kanak - kanak itu memetik jari dan buih air itu diletupkan. Buih air itu menjadi hujan rintik - rintik.
"Woah,siapa nama adik?" Tanya Uncle Ah Meng kepada kanak - kanak itu.
"Riz. Mr. Riz," kata Riz sambil buat gaya peace .
"Macam pelik je kuasa dia," kata Ochobot. Dia masih dalam proses pengimbasan terhadap budak yang menggelarkan dirinya Mr. Riz itu.
"Kan semua? Eh mana Gopal dengan Hisya?" Tanya Boboiboy apabila menyedari dua sahabatnya menghilang.
"Diorang pergi tengok persembahan tu," kata Yaya sambil jari runcingnya menunjukkan ke arah orang ramai berkumpul itu. Dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.
"Apa tu , Yaya?" Tanya Ying, cuba mendekati Yaya.
Yaya mengeluarkan benda paling menyeramkan di dunia. Ying sudah awal - awal teguk air liur. Fang mula menghidupkan perisai bayang manakala BoBoiBoy sudah sesak nafas memandang 'benda' yang dipegang Yaya.
"Aku ada bawa biskut aku!"
" TIDAKKKK!"
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
"Okay, persembahan sampai di sini saja," Kata Riz dan menutup botol mineralnya. Riz melambai mesra pada penonton , lagaknya seperti artis K-Pop melambai kepada peminatnya. Setelah itu, Riz beredar dari situ.
"Aku rasa budak Riz tu peliklah," kata Hisya dengan penuh syak wasangka . Pada pandangannya , kelebihan Riz tu agak mencurigakan.
"Pelik apanya?"
Hisya menepuk bahu Gopal, menyuruh Gopal mengekorinya. Gopal mengeluh, terpaksa.
Riz menoleh kiri dan kanan. Beg sandangnya dipeluk kemas. Dia berlari ke belakang bangunan lama. Sesungguhnya dia tidak menyedari ada dua manusia sedang mengekorinya.
Riz meletakkan begnya perlahan dan membuka zip begnya. Gopal dan Hisya yang mengintip ala spy squad dari tadi ternganga luas apabila melihat sebuah robot power sphera berwarna biru muda sepenuhnya tetapi masih ada percikan warna hitam pada kadar minima.
"Cukup duit?" Tanya Darkwabot.
Riz mengeluh dan menggeleng. Diulang pengiraan masih lagi berjumlah RM10. Dicampur duit sebelumnya, jadi RM 50, masih belum boleh membayar yuran persekolahannya.
"Tak cukuplah, macam mana ni," Riz seperti ingin menangis. Darkwabot kelam - kabut apabila kanak - kanak itu sudah mengalirkan air mata.
"Riz , jangan nangis. Tak pa kita kumpul duit banyak - banyak nanti dapat bayar yuran persekolahan," pujuk Darkwabot. Rizu tersenyum dan berhenti menangis.
"Berapa banyak yuran persekolahan tu?" Tany Darkwabot yang berada di dalam beg Riz .
"Riz ... tak ingatlah..."
"PANG!"
Rizu rebah tidak semena - mena. Rupanya dia diketuk oleh Gopal dengan batang kayu. Darkwabot ketakutan mula keluar dari beg Riz .
"Ko...korang ni siapa? Kenapa pukul tuan aku?"
"Dah budak tu tak ingat. Aku tengok dalam tv, kalau tak ingat, kena ketuk kepala," jawapan Gopal menyebabkan Hisya menepuk dahi sendiri. Gopal yang tersengih, dia mengaku dia masih pegang petua itu.
"Kau ni kenapa bantu dia? Kau dari mana?"
"Aku dari mana? Tak ingatlah. Jap nak fikir." Belum sempat Darkwabot mengingatinya, Gopal mengetuk kepala besi Darkwabot.
"Kau dah kenapa, ha?" Giliran Hisya memukul Gopal dengan batang kayu tetapi dipukul pada 'bahagian sensitif'nya.Senak Gopal sekejap.
"Dahlah kita kena bawa diorang kat kekasi--- maksud saya , BoBoiBoy ."
🎗️🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🎗️
Rumah Tok Aba
Pandangan pertama Riz ialah dinding berwarna biru. Riz terjerit serentak bersama Darkwabot apabila melihat lima manusia dan seorang alien mengerumuni mereka seperti mereka ini artis K- Pop datang Malaysia.
"Kau ni power sphera mempunyai kuasa air kegelapan kan?" Tanya Ochobot sambil mengelilingi sekeliling Darkwabot. Darkwabot hanya mengangguk.
"Aku Darkwabot. Power sphera air kegelapan. Aku dikejar oleh kumpulan alien yang tamak. Nasib baik aku berjaya melarikan diri dan menyorok di planet korang. Rizlah budak yang jumpa aku," terang Darkwabot, panjang lebar.
"Tapi Riz , kamu tak boleh buat begitu. Nanti kalau ada orang jahat tangkap kamu disebabkan mereka lihat kamu ada kuasa, macam mana? Nanti kamu diculik dan ibu ayah kamu mesti risau," Yaya mendedahkan risiko apabila menunjukkan kuasa di hadapan khalayak ramai. Lagi - lagi usia Riz masih lagi dalam kategori kanak - kanak.
"Kakak cakap senanglah! Bukan kakak faham apa yang saya lalui," Riz menepis tangan Yaya yang cuba memegang bahunya. Yaya terkesima dengan tindakan Riz .
"Kurang ajarnya," Fang sudah menyising lengan bajunya. Budak ini mesti kena diajar!
"Sabar, sabar, brader," BoBoiBoy menghalang Fang dari bertindak argesif. Nanti bilik dia jadi lokasi pembunuhan pula.
Hisya sempat memerhati BoBoiBoy . Hensemnya. Mahu sahaja dipeluk dan dicubit pipi BoBoiBoy , tapi dia menahan keinginannya.
"Cuba cerita pada kami Rizu. Kenapa kamu gunakan kuasa Darkwabot," Ying membelai rambut Riz , lembut. Riz terdiam sebelum mengeluh.
"Sebenarnya, saya---"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top