˖⋆࿐໋₊ 21



+++

Seperti biasa, Cyaewon akan mengelap meja-meja di dalam kafe itu sebelum pelanggan tiba. Kebersihan perlu diutamakan. Siulan riang dari bibirnya memecahkan suasana yang sepi. Waktu sekarang baru pukul 7.30 pagi. Bos Soora pula keluar sebentar katanya ada hal yang perlu diuruskan.

Dalam masa yang sama Cyaewon terjenguk-jenguk juga kelibat Taeryn yang sejak tadi tidak nampak batang hidung. Entah apalah perkembangan gadis itu sejak mereka tidak bersua muka tiga hari lalu. Harap baik-baik sahajalah.

Ting! Pintu masuk utama dibuka. Cyaewon memandang kehadiran seorang lelaki yang selamba masuk ke dalam. Penampilannya mengenakan kemeja putih lengan panjang yang dipadankan dengan seluar hitam. Tidak lupa juga kaca mata yang terletak elok di batang hidung mancungnya.

"Taehyung?" Cyaewon menegur dengan sepasang matanya yang membulat. Terkejut.

Taehyung terus melangkah ke ruangan belakang tanpa menghiraukan Cyaewon yang masih terkebil-kebil. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan memakai apron hitam yang sememangnya khas untuk pekerja kafe di sini.

"Ehh awak buat apa ni?" laju Cyaewon menghalang perbuatan Taehyung yang ingin menyediakan coffee latte iaitu menu utama kafe tersebut.

"Kerja." jawabnya sepatah. Ditepis tangan Cyaewon dari memegang lengannya. Wajah tanpa perasaan itu ditayang sambil membancuh air kopi.

"Sejak bila? Saya tak tahu pun!" Cyaewon mengerut dahi. Langsung tiada khabar dari bos pun.

"Tiga hari lepas masa kau takde. Taeryn dah berhenti jadi aku ganti tempat dia." Ringkas Taehyung. Kini dia mula membuat teknik bancuhan coffee yang diajar oleh bos Soora beberapa hari lepas. Bentuk love dihiasi pada atas permukaan kopi tadi.

Tidak lepas mata Cyaewon melihat gerak-geri Taehyung yang lagak seperti pembancuh kopi proffesional itu. Dalam diam Cyaewon memuji ketampanan Taehyung yang sedia ada. Handsome...

Selesai, Taehyung meletakkan secawan kopi tadi di hadapan Cyaewon. "Rasalah."

Cyaewon mencapai lalu menyisipnya perlahan. Raut wajah Cyaewon yang jelas memberi komen positif itu melegakan hati Taehyung.

"Sedap! Rasa semua ada. Awak pun minumlah."

Taehyung menggeleng. "Aku bukan coffee lover. Kau minumlah." balasnya.

"Sejak perbualan kita hari tu, kau langsung tak contact aku." tutur Taehyung sambil menatap Cyaewon yang sedang menikmati kopi buatannya.

Cyaewon tersengih kecil. "Err heheh saya lupa. Sorry." padahal dia masih belum unblock kenalan lelaki itu.

Taehyung mengangguk mengiyakan sahaja. Masing-masing diam sehinggalah loceng pintu utama berbunyi menandakan ada pelanggan yang tiba.

Dengan senyuman yang terhias di bibir, Cyaewon melangkah ke arah tiga orang gadis tadi untuk membuat pesanan. Namun belum sempat menyapa, gadis-gadis tadi terus menerpa ke arah Taehyung yang setia berdiri di kaunter hadapan.

"Hai Taehyung oppa! Ingat saya lagi tak?"

"Oppaaa nampak handsome lah hari ni. Ehh tak! Hari-hari pun handsome auch!"

"Saya nak order Taehyung oppa satu boleh? AGAGAGAGA"

"Oppa single tak? Jomlah keluar dengan saya. Boleh borak-borak pasal masa depan kita berdua!"

Cyaewon terlopong. Selamba je perempuan-perempuan muka tembok tu kacau Taehyung! Ni kalau aku bagitahu lelaki tu gay macam manalah reaksi diaorang nanti.

Taehyung pula mula berasa rimas bila dikerumuni ramai. Sejak hari pertama dia bekerja lagi kejadian begini berlaku. Memang laku lah kafe ni disebabkan daya tarikan Taehyung yang sempurna itu.

Makin lama makin bertambah pelanggan yang datang. Cyaewon menarik nafas dalam lalu dihembus keluar. Sempat dia menjeling Taehyung sekilas yang sibuk melayan karenah gadis-gadis tadi.

Arhh baik aku layan customer lain!



+++



Jimin berjalan setia bersebelahan Taeryn. Mereka berdua menuju ke kelas dengan iringan soseh-soseh mulut pelajar lain. Ada yang terkejut dan ada juga yang tidak percaya dengan apa yang mereka nampak pada ketika ini.

Automatik langkah Taeryn berhenti diikuti dengan Jimin. Taeryn mengeluh kecil.

"Awak jalan dulu."

"Tapi aku nak jalan dengan kau."

"Ramai pelajar pandanglah! Tak pasal-pasal saya kena serang dengan peminat awak." Bisik Taeryn geram.

Jimin terus mengenggam erat tangan milik Taeryn. Tanpa sempat berkata apa-apa, Jimin membawa langkah gadis kecil itu mengikutinya dari belakang. Makin riuh suasana sekeliling mereka tetapi sikit pun tidak dihiraukan.

Setibanya di dalam kelas, Taeryn merentap kasar pegangannya dengan wajah tidak puas hati. Pandangannya beralih pada pelajar-pelajar yang berada di hadapan.

Hari ini merupakan hari pertama kemasukkannya ke dalam sekolah kembali. Keadaan kelas masih sama tidak ada yang berubah begitu juga dengan wajah-wajah pembuli yang sekarang memandang sinis terhadapnya.

Hujung bawah skirt nya digenggam manakala tatapannya jatuh menunduk ke lantai. Tidak ada kekuatan untuk bertentang mata dengan pelajar lain.

"Woahhh guys dia dah comeback! Wuuuuuhhhh!!!" sorakkan dari salah seorang pelajar lelaki itu mendapat tepukan gemuruh daripada para pelajar.

Taeryn mengetap bibirnya lama. Dia tahu sebentar lagi pasti ada yang mencaci maki dirinya.

"Weh Taeryn asal kau masuk sekolah balik? Tak puas kena buli lagi ke? HAHAHAHAH!"

"Aku sebenarnya rindu nak usik budak ni." Salah seorang pelajar lelaki di situ tertawa kecil sambil mengumpal satu kertas berbentuk bola dalam tangannya.

Spontan gumpalan kertas tadi dilempar ke arah Taeryn yang tidak jauh darinya. Namun Jimin cekap menangkap tanpa sempat mengenai wajah Taeryn. Kesemua pelajar terpempan dengan tindakan Jimin.

Jimin merenung tajam lelaki yang bernama WuHan itu.

"Sejentik kau usik dia, sekepal penumbuk aku hinggap kat muka kau. Faham?"

WuHan terdiam. Taeryn pula masih diam menikus. Jimin menghela nafasnya sebelum berdiri di hadapan khalayak pelajar yang lain dengan wajah serius.

"Mulai sekarang aku taknak pelajar lain ganggu Taeryn lagi. Korang tahu akibatnya kalau tak ikut cakap aku, kan? So please... Behave."




+++



"Taehyung!" Termengah-mengah Cyaewon berlari mendapatkan Taehyung yang jauh di hadapan. Langkah kakinya mula mengikut rentak lelaki itu apabila dia berada di sisinya.

Sekarang sudah waktu malam jadi  kerja mereka sudah selesai. Taehyung tidak mempedulikan Cyaewon yang masih mencari nafas setelah kepenatan mengejarnya tadi.

"A-awak seronok eh layan perempuan-perempuan tu dari pagi sampai malam. Kalau seorang dua takpelah ni dengan makcik segala nenek melekat kat awak!" Bebel Cyaewon tidak puas hati.

"Kau cemburu."

"Bila masa saya cemburu?"

"Aku tak soal tapi aku nyatakan. Kau cemburu." sekali lagi Taehyung menekan ayat cemburu itu.

Cyaewon mula naik geram tapi takpe kita diam je.

"Jangan risaulah. Aku tak bernafsu pun dengan diaorang." Sekilas Taehyung menoleh ke Cyaewon.

"Awak masih terikat perasaan dengan lelaki lagi ke?" soal Cyaewon takut-takut.

"Takde lelaki lain yang aku suka selain Jungkook."

"Maksudnya awak ni setia lah? Wahh susahlah nak jumpa lelaki macam awak ni Taehyung." bangga pula Cyaewon memujinya.

"Tak payah nak merepek perempuan. Kau dah janji nak tolong aku, kan? Tapi satu kerja pun kau tak buat." sindir Taehyung.

Cyaewon kematian kata sambil mengalih pandang ke depan. Aduh aku belum ready lagi nak goda dia. Gila ke?! Aku takde daya tarikan macam Jungkook tu hiks.

"Aku tunggu kau je, Cyaewon." Ujar Taehyung lagi.

"Ermm err op-oppa!"

Taehyung menghentikan jalanannya. Dia memandang pelik Cyaewon yang sudah memuncung bibir kepadanya dengan mimik muka comel. Tetapi tidak pada pandangan mata Taehyung .

"Kau kenapa? Buang tebiat?"

"Buing buing! Chuu chuu! Ong ong!" kali ini Cyaewon bertindak mencucuk lengan sasa Taehyung dengan hujung jarinya.

"Kau demam? Jom aku hantar kau balik." soal Taehyung sambil melekapkan belakang tangannya di dahi Cyaewon.

"Tch bukanlah! Saya tengah goda awaklah Taehyung." Cyaewon merengus geram.

"Goda ke macam tu? Aku tengok kau macam babi terkena sawan. Dah tak payah! Jom aku hantar kau balik." Taehyung kembali menyambung langkah ke hadapan diikuti dengan Cyaewon di sebelah.

"Apa ciri-ciri gadis yang awak suka? Bagitahulah! Nanti saya kaji pasal tu."

"Takde Cyaewon. Kau nak tahu kau tengok kat diri Jungkook." Jawab Taehyung malas.

"Alaaa manalah tahu adik awak ke? Taeryn?" cadang Cyaewon.

Taehyung menggeleng.

"Omma awak? Ada kan? Bagitahulah." Cyaewon tersenyum bila Taehyung mula berfikir pasalnya.

"Omma aku?" soalnya sekali lagi. Cyaewon mengangguk laju.

Kedua belah tangannya disisip kemas ke dalam poket sebelum memulakan cerita.

"Omma aku cantik."

Cyaewon menunggu ayat Taehyung seterusnya. Sambil-sambil itu dia siap memasang telinga dan teliti.

"Omma penyayang, baik hati dan suka tolong orang. Omma suka memasak. Dulu dia selalu buatkan aku pancake butter. Omma aku minat menyanyi kalau kau nak tahu." Terletus tawa dari bibir Taehyung.

Cyaewon mendengar sahaja sambil melihat muka Taehyung yang berseri-seri ketika membuka cerita tentang mendiang ibunya.

Kaki mereka masih setia berjalan dengan langkah yang sederhana. Bunyi-bunyi cengkerik menemani suasana disertai dengan cahaya lampu yang menyinari kawasan pejalan kaki itu.

"Omma aku seorang yang tegas tapi lembut. Kalau aku ada masalah dia akan ada untuk aku. Dia selalu pesan yang dia sayang aku dengan Taeryn sampai bila-bila." Senyuman Taehyung menipis saat mengingati pesanan ibunya. Dia rindukan wanita itu.

"Lagi-lagi?" tanpa sedar mereka berdua telah tiba di hadapan rumah Cyaewon. Taehyung berhenti kemudian menoleh Cyaewon yang masih berada di sebelahnya.

"Masuklah. Dah lewat malam ni." Arahnya.

"Awak habiskan cerita awak dulu... Okey okey ni last! Lepastu saya masuk dalam terus." pinta Cyaewon.

"Kau nak tahu apa lagi? Aku mengantuklah." Taehyung mengeluh penat.

"Macam mana cara omma awak curahkan kasih sayang dia kat awak?"

"Dia cakaplah saranghae kat aku lepastu kiss pipi aku. Kau ni tak pernah rasa kasih sayang ibu ke apa? Haihh---"

Cup!

+++



Taersambung~ AGAGAGAGA!











Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top