˖⋆࿐໋₊ 20
+++
Cyaewon memandang lama nama kenalan Jungkook. Berkali-kali dia menaip di atas keyboard telefonnya namun dipadam semula. Buntu. Dia tidak tahu hendak mulakan perbualan selepas apa yang Haeyul mengaku atas kejadian menimpa Jungkook.
Tapi bila fikirkan balik ini adalah soal maruah seseorang. Dalam diam dia menyumpah seranah Haeyul. Tak senonoh betul perangai kawannya itu.
Jungkook?
Tidak sampai beberapa saat, pesanannya terus terbalas.
Ya sayang?
"Erk?" Cyaewon mengerut dahi. Sumpahlah sejak keluar dari hospital ni perangai Jungkook lain macam. Bergurau lebih-lebih pula!
Saya tak tahu lagi apa punca awak masuk hospital.
Yoongi oppa kata dia jumpa awak pengsan
Betul lah tu...
Aku terlanggar lipas lepastu jatuh pengsan.
Saya minta maaf bagi pihak Haeyul .
Saya tahu ni semua kerja dia.
Maafkan dia ya?
Hampir aku nak saman kawan kau tu.
Disebabkan kau comel, aku maafkan.
Tapi maaf bukan bermaksud aku lupa
pasal kejadian tu.
🤧🤧🤧
Terima kasih Jungkook!
Dari mana kau tahu pasal benda ni?
Haish malu aku bila berita cubaan
memperkosa aku ni tersebar 😌
Haeyul mengaku salah dia.
Ermm Jay pun terlibat sama.
JAY?!
Haah... Saya pun marah dah Haeyul
Dah bagi warning kat dia jangan jumpa Jay tu lagi
Awak janganlah fikir lagi lagipun Haeyul betul-betul rasa bersalah atas apa yang dia buat.
Ada sebab la kot kenapa Tuhan hadirkan lelaki psycho untuk Haeyul
Lelaki psycho?
Hah bagus!
Karma untuk dia.
"CYAEWON!!!" jeritan nyaring Haeyul mengejutkan aku. Tanpa membalas pesanan Jungkook, Cyaewon berlari masuk memeriksa keadaan Haeyul di biliknya.
"Haeyul! Kau kenapa?" Cyaewon cuba tenangkan dia yang sudah tersedu-sedan menangis di atas katil. Kalau berterusan macam ni boleh mental Haeyul dibuatnya.
Terketar-ketar jari Haeyul menunding ke arah skrin telefonnya. Cyaewon mencapai lalu membaca pesanan daripada nombor yang tidak dikenali itu.
008×××××××
Aku ni menakutkan sangat ke sampai kau menangis sebab aku?
Sorrylah sayang...
Aku rindu kau ni ❤️
Bila kita boleh jumpa lagi?
Cyaewon memandang Haeyul dengan menelan liur yang perit. "Haeyul... Dia nak kau sangat ni."
"Kau janganlah takutkan aku! Aku boleh sakit kalau benda ni hari-hari ganggu aku tahu tak?!" Jerkahnya sambil merapatkan kedua belah kakinya di dada. Makin lebat tangisan Haeyul.
Cyaewon berfikir sejenak. Tak boleh jadi ni. Buruk mana pun perangai Haeyul, dia masih kawannya. Kesian pula bila tengok keadaan Haeyul yang naik gila itu.
'Kena minta tolong dengan Yoongi oppa ni.' Getus hati kecil Cyaewon.
+++
"Kenapa awak datang nak jumpa saya?" Tanpa melihat wajah Jimin, Taeryn menyoal. Dari tadi dia menunduk sahaja. Bukan apa, Taeryn masih tidak boleh lupa kejadian di mana Jimin selamba menyelak baju sekolahnya semasa di bilik rawatan tempoh hari. Takde adab langsung!
Jimin berdehem kecil sebelum membalas. "Kau belum jawab lagi soalan aku. Kenapa kau berhenti sekolah?" Soalnya kembali sambil memeluk tubuh.
"Bukan urusan awak." Alasan yang sama seperti mana Taehyung menjawab Cyaewon.
"Ada kena mengena dengan aku ke? Kalau ya, aku minta maaf." Ucap Jimin ikhlas.
Taeryn menggeleng laju. "Tak. Tu memang niat saya. Saya tak nak budak sekolah buli saya lagi." Tenang sahaja wajah Taeryn menjawab.
Terasa juga Jimin dengan perkataan buli yang dimaksudkan itu. Sudah tentu dirinya pun terlibat sama sebab dia lah kaki ketua buli si Taeryn ni.
"Kau memang tak tahu eh di sebalik maksud buli-buli aku kat kau selama ni?"
Taeryn mengangkat wajah menatap Jimin dengan kerutan halus di dahinya. Tidak faham, apa yang Jimin cuba sampaikan?
"Seriuslah tak tahu? Wattpad kau tahu tak? Banyak cerita cliche dalam tu." ujar Jimin lagi.
Taeryn blur. "Pad apa?"
Hampir-hampir Jimin menarik rambutnya akibat frust dengan kelembapan gadis ini.
"Kim Taeryn aku sukakan kau!" Luah Jimin berani mati. Taeryn tergamam. Membulat sepasang matanya bila mendengar pengakuan daripada Jimin.
Dalam masa yang sama, Taehyung yang sedang membawa dua gelas air minuman untuk dihidangkan kepada mereka itu terhenti langkahnya.
"Eh abang ipar..." Tegur Jimin kepada Taehyung.
"Apa ipar-ipar? Aku sumbat mulut kau dengan selipar nanti." Taehyung menapak ke arah mereka kemudian diletakkan gelas tadi di atas meja yang berada di tengah-tengah kedudukan mereka.
Taehyung mengambil tempat di sebelah Taeryn. Wajah bekunya ditayang seperti biasa.
"Korang masih budak sekolah lagi. Tak payah nak bercintan-cintun. Rosak masa depan." Nasihat Taehyung dengan baik.
"Ceh! Habis dia yang warna-warni tu tak rosak masa depan lah?" Bisik Jimin perlahan.
"Aku dengar, Jimin."
Taeryn mencapai segelas air lalu disisip perlahan. Malas dia mencelah perbualan dua lelaki itu jadi telinganya sekadar mendengar sahaja.
"Aku dengar kau buli adik aku kat sekolah. Betul?"
Jimin terkedu. Sempat dia mengerling Taeryn sekilas. Budak ni mengadu ke kat abang dia ke?
"Buli manja-manja je."
"Disebabkan kau, dia berhenti sekolah. Perbuatan kau ni boleh dibawa ke Balai polis kau tahu tak?" Nada gerun itu bersuara tegas.
Jimin menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Err..." dia kehilangan kata.
"Kau bernasib baik sebab aku masih bagi peluang untuk tebus kesalahan kau." Tutur Taehyung itu membuatkan Jimin berasa lega.
"Maafkan aku sekali lagi. Lepas ni aku janji takkan buli Taeryn. Aku akan jaga dia macam mana aku jaga diri aku." Jimin meletakkan sebelah tapak tangannya di atas dada kanan tanda sumpah setia atas apa yang dia katakan tadi.
Taehyung berdecit kecil. "Diri kau pun tak terurus ada hati nak jaga adik aku?"
"Hati aku ikhlas untuk berubah dan aku akan cuba. Yelah mana ada manusia sempurna dalam dunia ni, kan?" Jimin mengukir senyumnya.
Taehyung sedikit tersentak dengan ayat Jimin yang sememangnya berkaitan dengan situasinya sekarang. Fikirannya mula teringatkan pada Cyaewon.
+++
Jungkook masih menunggu balasan daripada Cyaewon. Bosan pula, akhirnya Jungkook menutup telefon pintarnya. Mungkin gadis itu sibuk.
Yoongi yang baru pulang itu diperhatikan oleh Jungkook. Keadaan Yoongi nampak kurang bermaya. Penat kerja apa Jungkook pun tidak tahu.
"Hyung ke lelaki psycho tu?" Jungkook terus menyoal.
"Huh?" Yoongi mengangkat kedua bahunya ke atas. Malas nak melayan.
"Cyaewon bagitahu aku ada lelaki ganggu Haeyul. Hyung kan?" Tebak Jungkook lagi.
Dengar nama Haeyul, terus Yoongi duduk berhadapan Jungkook. "Ya tapi aku bukan psycho. Aku cuma nak lindungi dia." Jelas Yoongi walhal dia tidak sedar kelakuannya itu persis seorang lelaki psycho yang menakutkan.
"Hyung jangan lebih-lebih. Tak pasal-pasal dia bunuh diri pula." Gurau Jungkook tetapi langsung tidak terkena di hati Yoongi.
"Aku takkan kehilangan dia lagi. Cukuplah dulu, Jungkook." keluh Yoongi dengan berat sambil meraup wajahnya.
"Dia Haeyul bukan Seomin. Seiras tak lebih pun hyung." Geram Jungkook menyatakan perkara yang betul.
Terang-terang kes kematian gadis bernama Seomin itu sudah selesai lima tahun sebelumnya. Mayatnya dijumpai mati di kediaman rumah akibat dibunuh oleh seseorang. Siapa dalangnya masih belum diketahui sehingga sekarang.
Jungkook tergamam bila melihat bahu Yoongi terhinjut-hinjut kecil. Kedengaran esakkan pedih dari lelaki itu.
"Hyung..." Jungkook menarik kepala Yoongi masuk ke dalam pelukkannya. Sedih Yoongi dia juga akan turut bersedih.
Kali terakhir dia melihat Yoongi menangis adalah di hari pengebumian Seomin. Itu belum termasuk tanpa pengetahuan Jungkook lagi. Mungkin banyak lagi lelaki itu tangisi seorang diri cuma tidak ditunjuk kepada orang lain.
"Kau dengan Taehyung macam mana?" Soal Yoongi setelah lama dia menyendu.
"Maksud hyung?"
Yoongi mengesat pipinya yang bersisa air mata tadi. Mata sembab itu melihat wajah Jungkook yang sedikit berubah apabila nama Taehyung disebut.
"Aku tak puas hati lagi pasal semalam tu eh Kook. Kau selamba ambil kesempatan kat kekasih Taehyung tu. Mana otak kau ni?" Kali ini Yoongi berubah kepada sikap asalnya. Dingin, swag dan macho.
Jungkook tergelak kecil. Nampaknya kesalafahaman Yoongi tentang hubungan mereka bertiga ini masih berlanjutan. Tidak mengapa, Jungkook ikutkan sahaja.
"Hyung jangan risaulah. Taehyung tak kisah pun kalau kitaorang kongsi perempuan yang sama. Tak gitu hyung?" Jungkook menyoal meminta pendapat pakar penasihat daripada Yoongi.
"Adab Jeon Jungkook, adab. Aku dah pesan sebelum ni kan? Ke kau nak rasa lagi muncung pistol aku ni melekat kat bibir kau? Soal kawan jangan bawa main! Ni aku geram ni, kau tak fikir perasaan Taehyung? Dia baru bebas dari kelab tu dan kau sepatutnya dahulukan diri dia dulu. Ingat perempuan boleh cari bila-bila masa. Kawan baik kalau dah hilang takde ganti. Faham?"
Panjang lebar Yoongi membebel sekaligus memberi nasihat kepadanya. Jungkook mengangguk faham sambil tersenyum nipis bila mendengar kata-kata daripada Yoongi itu.
'Kawan baik tu berharga dari permata yang tinggi nilainya. Aku harap kau baik-baik sahaja Taehyung-ah...' bisiknya di dalam hati.
+++
Storyline ni slow sikit hiks harap korang okeylah tapi tkpe nnti part TaeMin dengan HaeGi kita stop moment dorang sebab nak focus kat watak utama cerita ni TaeCyae✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top