˖⋆࿐໋₊ 17

»--•--«

Haeyul melabuhkan punggung di birai katilnya. Mata terkebil-kebil memandang lantai. Sebelah tangannya naik menyentuh belah pipi kanan. Ciuman hangat Yoongi masih terasa di situ.

Bibirnya diketap geram. Siapa Min Yoongi? Siapa lelaki itu dalam hidupnya? Ini baru pertama kali dia bersemuka dengan lelaki rendah tersebut.

"Cinta pertama? Huh merepek." Haeyul mendengus kecil. Rambut depannya dikuak ke belakang. Wajahnya merona kemerahan bila fikirannya berkali-kali teringat tentang ciuman Yoongi itu.

Biarpun sekejap namun kesannya sehingga kini. Haeyul menggeleng kepalanya cuba membuang peristiwanya bersama Yoongi.

Telefon miliknya dibuka lalu pesanan daripada Cyaewon yang sudah berlalu beberapa jam itu dibuka.

Cyaewon 🐽

Malam ni aku tak balik.

Teman Jungkook kat
hospital, dia sakit.

Haeyul tersengih sinis. Pesanan itu diabaikan tanpa berbalas. Langsung dia membuka kenalan bernama Jay.

Jaykey 💋

Datang rumah I 😘

I need you 💕

Tidak sampai beberapa minit, Jay membalas.

Cyaewon ada?

Don't worry, dia takde.

Aaaaa ppali!

Datanglah, I rindu you 💕

Alright ❣️

»--•--«


Buk! Dengan kasar, bahu kecil Cyaewon dilanggar menggunakan bahu lebar miliknya sewaktu Taehyung ingin beredar keluar. Wajah selamba ditayang apabila gadis itu menjerit kecil ke arahnya.

"Aish!" Rungut Cyaewon sambil menggosok bahunya. Selesai membayar air minuman di kaunter, cepat-cepat Cyaewon berlari anak mengejar Taehyung yang masih tidak jauh darinya.

Akibat geram, Cyaewon terus menolak kuat belakang kepala Taehyung sehingga membuatkan lelaki itu hampir tertunduk bawah.

"YAH!" Jerkah Taehyung.

"BWO?!" Balas Cyaewon tidak mahu mengalah.

Sekarang mereka berdua menjadi tumpuan orang ramai yang berada di sekeliling. Masing-masing raut wajah mereka kemerahan menahan amarah.

"Gila." Taehyung berkata perlahan sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada Cyaewon.

"Apa masalah awak hah? Dah reti langgar orang takkan tak reti nak minta maaf!"

Hujung bibir Taehyung ternaik sinis. "Perlu ke aku minta maaf pada perempuan murah macam kau?"

"Hey gigolo lepasan, mulut tu jaga sikit. Antara kita berdua, maruah awak lebih murah berbanding saya. Huh dasar lelaki sukakan kaum sejenis!" Balas Cyaewon dengan nada tinggi. Dalam masa yang sama dia bangga dengan kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Jauh di sudut hati, Taehyung begitu terasa dengan tutur kata Cyaewon namun raut wajahnya menayangkan muka tidak kisah. Telinganya mula mendengar soseh-soseh orang yang berada di sekitar mereka. Tak guna punya perempuan, jatuh air muka aku kat sini.

Pergelangan tangan Cyaewon ditarik kasar oleh Taehyung. Gadis itu cuba meronta untuk lepaskan diri tetapi kudratnya tidak mampu melawan tenaga Taehyung. Mahu tidak mahu Cyaewon mengikut sahaja langkah Taehyung ke belakang bangunan yang agak sepi.

"Lepaslah--"

Pap!

Tapak tangan milik Taehyung melekap di bahagian dinding yang mengunci pergerakan Cyaewon. Renungan tajam lelaki itu merenung dalam anak mata Cyaewon.

Dalam banyak-banyak tempat, hospital juga lokasi mereka bertembung. Namun ada persoalan yang bermain di fikiran Taehyung. Apa tujuan gadis itu ke sini? Pandangannya jatuh pada bahagian perut Cyaewon.

"Kau pregnant anak Jungkook? Hm?" tebak Taehyung.

"Apa kau merepek ni setan--"

"Gugurkan. Kau tak layak mengandungkan zuriat Jungkook." Cantas Taehyung dingin.

"Habis tu awak layak lah? Bagitahu saya celah mana baby tu nak keluar kalau awak yang mengandung?" Dada bidang Taehyung ditolak sekilas. Nafasnya turun naik. Cyaewon cuba menahan diri daripada tidak mengeluarkan kata-kata kesat pada manusia di hadapannya ini.

"Sekelip mata aku boleh buatkan kau gugur. Jangan cabar aku, Cyaewon." tegas Taehyung memberi ugutan agar Cyaewon berasa kecut mendengarnya.

"Siapa kata saya mengandung hah? Saya datang hospital ni sebab nak jaga Jungkook yang tengah sakit kat wad tu, pabo! Tak gunalah awak ni!" Naik berair mata Cyaewon memandang wajah Taehyung yang sudah berubah riak itu.

Sedap mulut sahaja lelaki ini menuduhnya tanpa usul periksa. Ditambah lagi hari ini Cyaewon datang bulan, makin koyak hati tisu gadis itu dibuatnya. Stress!

"Kat mana wad baby kookoo aku?" Kini ton suara Taehyung berubah rendah. Automatik sifat dinginnya tadi hilang malah diganti dengan perasaan yang gundah-gulana.

Cyaewon mengelap tubir matanya dengan hujung baju. Pertanyaan Taehyung masih tidak dijawab. Kedua-dua bahu Cyaewon dipegang erat oleh Taehyung.

"Please Cyaewon... Dia kat mana sekarang?" Soalnya dengan berharap agar gadis ini membawanya untuk berjumpa dengan Jungkook. Dia betul-betul rindukan bekas kekasihnya itu.

"Minta maaf dulu." Kata Cyaewon yang masih tidak berpuas hati tentang kelakuan Taehyung terhadapnya tadi.

"Sorry." ucap Taehyung tidak ikhlas.

"Saya tak dengar."

"Maafkan aku atas semua yang jadi sebelum ni,Cyaewon. Okey dah puas?" Bahu Cyaewon dilepaskan seraya terbit keluhan halus dari bibirnya. Banyak songeh betul perempuan ni!

Cyaewon tersenyum suka. Kepalanya diangguk beberapa kali. "Janji takkan panggil saya perempuan murahan lagi?"

"Depends." balas Taehyung ringkas. Padahal dalam hatinya meluap-luap rasa ingin mencekik Cyaewon di situ juga tetapi bila teringatkan keadaan Jungkook, niatnya dibatalkan.

"Belanja saya coki-coki nanti eh?"

Taehyung mengecilkan mata memandang Cyaewon yang sudah tersengih-sengih itu. "Buang tebiat apa kau ni? Nak mengidam benda pelik pula tch kau mengandung kan?"
Soalnya dengan nada tertahan.

"Aniya!"

"Habis tu?" Taehyung bercekak pinggang. Lagak mereka seperti seorang ayah dan anak kecil. ketika ini. Cyaewon mencebik bibir.

Perempuan bila bulan mengambang memang macam ni, kan? Mood tidak menentu.

"Kita settle benda ni lain kali. Dah, bawa aku jumpa Jungkook sekarang." ujar Taehyung dengan menarik lengan Cyaewon lalu mendorong tubuh kecil itu ke hadapan untuk membawanya ke wad Jungkook.

»--•--«

Jimin melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Park. Matanya begitu kuyu, kurang cukup tidur. Tubuh dihempas malas ke sofa di ruang tamu. Tiga butang baju sekolah di bahagian dibiarkan terbuka.

"Baru balik?" Kelibat Tuan Park yang baru muncul dari bilik itu menegur. Kaca mata yang hampir jatuh dinaikkan sedikit ke atas batang hidung. Kakinya melangkah ke sofa berhadapan Jimin lalu punggung dilabuhkan.

"Ehm ya." Pendek sahaja Jimin membalas.

"Cikgu call appa pagi tadi, dia kata Jimin langsung tak focus dalam kelas waktu dia mengajar. Ada yang menganggu fikiran kamu? Share lah dengan appa." Tenang Tuan Park berkata dengan segaris senyum.

Jimin menggeleng kecil. "Nothing appa. Jimin cuma penat sikit. Banyak kerja sekolah, tu je." Jawapan selamat diberikan. Padahal dalam kepalanya memikirkan tentang keadaan Taeryn, Taeryn dan Taeryn.

Tuan Park mengangguk faham. "Rehat dulu, jangan paksa diri sangat nanti sakit appa yang susah nak jaga. Kejap lagi appa masuk kerja ya, mungkin malam ni appa balik lewat. Kalau lapar minta je kat makcik Jung, suruh dia masak."

Jimin mengumam perlahan. Hafal sangat dia dengan dialog sama tuan Park yang tiap kali berulang-ulang itu. Sejak dua menjak ini, tuan Park sering kali balik lambat. Selalunya pulang sekitar pukul 11 malam tetapi berbeza sekarang. Pukul 3 pagi atau 4 barulah appa nya muncul.

"Banyak sangat ke kerja appa kat office tu?" soal Jimin dengan kerutan halus di dahi.

"Appa buat kerja amal, Jimin... Bantu orang susah kat luar tu." Jawab tuan Park sambil memeriksa telefonnya. Banyak pesanan yang masuk saat dia membuka aplikasi ruangan message .

"Ouh okey..." Balas Jimin senyuman kecil. Dia memuji sifat mulia lelaki itu dalam diam. Cita-citanya ingin menjadi lelaki berkerjaya seperti tuan Park. Doakan agar impiannya tercapai.

"Appa pergi kerja dulu, jaga diri. Apa-apa hal telefon appa." Tuan Park berdiri dari tempat duduknya dalam keadaan tergesa-gesa.

"Aaa nae... Annyeong appa." Ucap Jimin sambil melambai tangannya.

Tuan Park terus melangkah beredar daripada situ. Sampai di muka pintu rumah, langkah terhenti seketika. Jarinya ligat menaip di atas papan kekunci pada skrin telefon dengan muka yang serius.

'Cari budak Taehyung tu, jangan sampai dia terlepas.'

»--•--«

Reaction Tae bila baca komen korang hehwhehwhehw 💜


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top