˖⋆࿐໋₊ 16

Beautiful gif by ; ppiyyaa 💜

»——•——«

"Oppa!"

Tubuh Taehyung terus dirangkul erat oleh Taeryn. Wajahnya disembab ke dada Taehyung.

"Taeryn-ah.. Kau pergi mana? Kau buat aku risau, ssaeng..." Rambut Taeryn dielus lembut seraya mencium dahi adiknya. Taeryn melepaskan pelukan, wajah Taehyung dipegang seketika.

"Maafkan Ryn sebab buat oppa risau. Ryn cuma nak selamatkan diri dari appa---"

"Appa?" Kening Taehyung terbaik sejenak. Matanya menilik wajah Taeryn dengan teliti. Tubuh kecil itu pula dibelek kiri kanan depan belakang sehinggalah suara Taeryn mengadu kecil tatkala belakang badannya disentuh oleh Taehyung.

Tanpa banyak soal, Taehyung terus menyelak belakang baju Taeryn. Nasib baik tersarung singlet, namun masih jelas kesan libasan yang sudah berwarna keunguan itu. Mata Taehyung berkaca-kaca.

"Maafkan aku." Ucap Taehyung perlahan. Baju Taeryn diturunkan kembali kemudian bahu gadis itu dipegang erat. Kepalanya menunduk ke bawah.

"M-maafkan aku sebab tak mampu jaga kau dengan baik." Sekali lagi Taehyung bertutur sebak.

"Gwaenchana... Ryn pun nak minta maaf sebab buatkan oppa risau."

Taehyung senyum segaris. Jimin yang sejak tadi berdiri di belakang Taehyung itu berdehem kecil. Jam di skrin telefon dijeling sekilas.

"Erm, dah pukul 1 lebih pagi. Esok aku kena sekolah—"

"Kata tadi nak ponteng." Potong Taehyung.

"Aku mengantuk lah. Sejak petang tadi asyik jadi pemandu tak bergaji. Perut pun lapar haih." Jimin mencebik sambil menepuk perutnya.

"A-awak ke yang teman oppa saya?" Taeryn menjengulkan kepalanya di bawah lengan Taehyung. Matanya takut-takut memandang ke arah Jimin.

"Kenapa kau berhenti sekolah?" Soalan berbalas soalan. Taeryn terdiam. Taehyung menghela nafas.

"Kita bercakap soal ni lain kali. Sekarang jom balik. Jimin hantar."

Taeryn mengenggam erat bahagian belakang hoodie milik Taehyung. "Appa ada kat rumah?"

"Takde.Esok pagi kita buat laporan tentang dia, kau jangan risau." Taehyung menepuk beberapa kali kepala Taeryn sebelum pandangannya beralih pada Jimin.

"Boleh hantar ke tak ni?" Sekali lagi Taehyung menyoal.

Jimin mengumam perlahan sambil mengangguk kepala. "Hmm yelah."



»——•——«

Kedua belah kelopak matanya terbuka. Jungkook mengadu kecil tatkala rasa sakit di kepalanya berdenyut-denyut. Pening.

Cyaewon yang baru masuk ke ruang bilik pesakit itu terus menerpa ke arah Jungkook.

"Awak dah sedar, Jungkook. Baguslah... Yoongi risau sangat kat awak." Ucap Cyaewon sambil membantu Jungkook membetulkan posisi dengan selesa.

"H-hospital?"

Cyaewon mengangguk. "Nak apa-apa tak? Saya tolong ambilkan."

"Ani... Macam mana aku boleh ada kat sini?" Soalnya sendiri. Matanya terpejam-pejam, cuba mengingati kejadian yang menimpa dirinya.

"Yoongi kata awak pengsan semalam. Suhu badan awak naik. Saya pun baru sampai sini sebab dia yang jemput saya kat rumah pagi tadi." Ujar Cyaewon ringkas.

Jungkook kembali membuka mata. "Yoongi hyung mana?"

"Singgah beli makanan kat bawah kejap. Jungkook... Saya takutlah dengan Yoongi tu. Macam mana dia tahu rumah saya kat mana eh?" Cyaewon mengetuk-ngetuk bawah dagunya sambil berfikir.

"Dia genius." jawab Jungkook selamba.

"Ermm... Awak ada jumpa Taehyung?"

Sebelah keningnya naik memandang Cyaewon. Kemudian kepalanya menggeleng kecil. "Tiba-tiba tanya pasal dia, kenapa? Kau ada jumpa dia?" Giliran Jungkook bertanya.

"Saya tak contact dia lagi dah." Cyaewon mengambil tempat di atas kerusi bersebelahan tepi katil. Wajah Jungkook berubah.

"Maksud kau?"

"Saya rasa saya tak perlu lagilah berhubung dengan dia. Tentang permintaan awak tu, saya dah fikir panjang yang saya taknak dan takkan terjebak dalam masalah awak berdua ni."

Cyaewon tersentak apabila Jungkook meraih tangannya lalu digenggam dengan erat.

"Tapi kau dah janji dengan aku."

"Maafkan saya, Jungkook."

Jungkook terus melepaskan tangan Cyaewon. Wajahnya dialih ke sisi.

"Aku benci orang yang mungkir janji." Nadanya berubah dingin.

"Saya—"

Pintu bilik dikuak dari luar, muncul kelibat Yoongi dengan dua beg plastik sederhana berisi makanan. Kakinya berjalan menapak ke arah Jungkook.

"Dah bangun?"

Pertanyaan Yoongi tidak berjawab. Jungkook masih berdiam tanpa sedikitpun menoleh. Cyaewon mengetap bibir rapat. Dia berdiri dari tempat duduk untuk memberi ruang kepada Yoongi.

"Saya keluar dulu."

"Nak pergi mana?" Soal Yoongi. Sesekali dia mengerling ke arah Jungkook yang kelihatan agak muram itu.

"Errr beli makanan––"

"Tak perlu,aku dah belikan untuk kau sekali. Sinilah teman kitaorang." Balasnya dengan segaris senyum.

"Saya nak beli coki-coki heheh,awak tak beli kan? Ah saya pergi beli dulu nanti saya datang balik." Tanpa menunggu balasan Yoongi,Cyaewon terus beredar pergi. Niatnya ingin memberi ketenangan kepada Jungkook,bimbang pula nanti lelaki itu berasa muak melihat kehadirannya di sini.

Yoongi sedikit hairan. Beg plastik tadi diletak elok di atas meja berdekatan.

"Kenapa ni? Gaduh?" Soal Yoongi.

Jungkook melepaskan keluhan berat. Rambutnya dikuak kebelakang. Kini dia menghadap Yoongi dengan posisi bersila.

"Takde apalah, hyung." Balas Jungkook senada. Tangannya mencapai sebungkus roti yang dibeli oleh Yoongi. Tanpa segan, dia mengoyak plastik roti itu lalu terus digigit sekali.

Yoongi melabuhkan punggung di atas kerusi. Tangannya memeluk tubuh. "Kau tahu apa jadi kat kau semalam?"

Jungkook menggeleng sambil mengunyah.

"Kau hampir diperkosa."

"Uhuk!"

"Dengan seorang perempuan."

"Uhuk uhuk!" Jungkook menepuk dadanya berkali-kali. Cepat-cepat dia mengambil segelas air yang sudah Yoongi hulurkan.

"Perempuan tu..."

"Aku kenal. Dia kawan Cyaewon." Jawab Jungkook sambil menggosok tekaknya yang berasa perit. Hidungnya naik kemerahan.

"Tak sangka dia masih hidup." Bibir Yoongi terukir senyum kecil.

"Hyung kenal dia ke?" Jungkook meneguk sekali lagi air miliknya.

"First love aku, mestilah kenal."

"OHOK! OHOK!" Kali ini saluran tekak Jungkook betul-betul terasa sesak. Dengan panik Yoongi menepuk beberapa kali belakang tubuh lelaki itu dengan raut wajah risau.

"A-aku okey huk--hyung uhuk!" Ujarnya dengan sisa batuk kecil. Air yang berbaki separuh diteguk sehingga habis. Naik berair matanya bila rasa perit di tekak itu datang.

"Jangan kata yang dia tu Kim Seomin. Dia dah takde lah hyung,apa hyung merepek ni?" Tiba-tiba terbit rasa seram dalam diri Jungkook bila terkenangkan perempuan itu.

Yoongi mengangguk perlahan dan kembali duduk di atas kerusi. "Kalau dia menjelma dalam rupa hantu pun aku tak kisah Kook. Aku masih sayangkan dia." Jawabnya selamba.

Peha kecil Yoongi ditampar sekilas. "Gila ke apa? Eyy aku tak rasa tu Seomin. Mana dia sekarang? Hyung tolong saman dia sebab dia hampir nak rogol Kook tahu tak?!" Naik meninggi nada Jungkook menahan geram dan malu.

Terletus tawa Yoongi dibuatnya. "Sweet apa perempuan main dulu. Hmm,aku tak tahu... Dia pergi macam tu je. Aku minta maaf bagi pihak Seomin." Ucap Yoongi membela kesalahan Haeyul.

Jungkook meraup wajahnya berkali-kali. "Lantak hyung lah yang penting aku nak saman dia juga. Berani betul dia nak gogol orang,Taehyung pun belum sampai tahap macam tu tau. Tch!" Sekali Jungkook menampar lembut bibirnya bila nama Taehyung tersebut.

"Banyak bunyilah kau ni. Dah makan habiskan roti tu. Aku kena balik rumah lepas ni. Malam nanti Cyaewon temankan kau."

"Aku nak balik hyung..." Rengek Jungkook dengan mimik muka meraih simpati.

"Duduk dulu kat sini dua tiga hari,aku ada benda nak settle. Lagi satu,pasal kes kau tu tolong jangan cakap apa-apa kat Cyaewon. Aku taknak dia tahu. Faham?" Kata Yoongi sedikit tegas.

Mahu tidak mahu Jungkook mengangguk pasrah sahaja. Malas mahu menjawab. Bimbang nanti Yoongi pula yang naik angin.

»——•——«


Cyaewon berjalan keluar setibanya pintu lif terbuka luas. Mendung sahaja wajahnya bila teringatkan reaksi Jungkook tadi. Hati mula diserang rasa bersalah.

Dia memang tiada niat mahu memungkiri janjinya disebabkan kebiadapan Taehyung,Cyaewon rasa benci. Siapa yang tak sakit hati bila digelar perempuan murah? Tidak cukup lagi dia dituduh menghancurkan hubungan kaum sejenis tu.

Keluhan berat terlepas daripada bibir. Cyaewon meneruskan langkahnya menuju ke 7e yang berdekatan. Teringin nak minum coffee hot brew vanilla latte. Masuk sahaja, Cyaewon terus mendapatkan air yang diingininya lalu menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Dalam masa yang sama, seorang lelaki juga turut ingin membayar ramen cup yang dipilihnya sebentar tadi. Serentak mereka berdua meletakkan air dan makanan di atas ruang kaunter.

Tap!

Cyaewon menoleh ke sebelah melihat gerangan tersebut. Matanya bertembung dengan wajah kacak yang sedang memandangnya.


»——•——«

Aku pun taktahu lah kalau masih ada yang tunggu ff ni update grr 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top