˖⋆࿐໋₊ 1 5

«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»







Yoongi mengerut dahi setelah melihat lokasi Jungkook yang sekarang menununjukkan lelaki itu berada di sebuah hotel mewah. Jam di skrin telefon sudah menunjukkan pukul 1.15 minit pagi.

"Tak masalahnya, apa yang dia buat kat sana pagi-pagi buta macam ni? Heh, kau memang cari nahas Jungkook." Cemuh Yoongi seorang diri. Fikirannya mula menerawang ke arah lain.

Lama Yoongi menyepi akhirnya dia membuat keputusan untuk menjejaki Jungkook ke hotel tersebut. Disebabkan beliau tidak mahir memandu kereta, terpaksalah dia meminjam motorsikal pakcik guard yang sudah lama berkhidmat untuk menjaga kondominium miliknya.




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»





Tubuh Jungkook yang tidak bermaya itu dilempar ke atas katil. Dengusan kecil di bibirnya kedengaran. Pandangannya kabur, kepalanya pening. Kesan dadah itu sudah mengusai tubuhnya.

Haeyul tersenyum sinis. Wajah Jay yang berada di sebelah, dipandang. Bahu lelaki itu ditepuk berkali-kali.

"Good job." Pujinya. Jay sekadar mengangguk kecil. Bibirnya turut mengukir senyum senget. Wajah Jungkook yang kelihatan seperti membahang panas itu dipandang sekilas.

"I memang dah lama nak kat kawan you ni." Ujar Haeyul seraya duduk di tepi birai katil yang menempatkan tubuh Jungkook. Jarinya mengelus lembut pipi Jungkook dengan manja.

"You tak kisah ke kalau I main dengan kawan you?"

"Untuk you, I tak kisah. Lagipun I dengn dia tak rapat mana pun. Ikut suka you nak buat apa kat dia. Asalkan you happy." Balas Jay selamba. Itu membuatkan Haeyul tergelak kecil.

"Okay, you may go now."

"Enjoy your 'meal' ."

Pintu bilik ditutup dan dikunci. Jungkook mula membuka dua butang baju miliknya sambil merengus kasar. Suhu badannya begitu panas terasa.

"Ugh, p-panas."

Haeyul menggigit bawah bibirnya. "I tahu you tak sabar, bagi I masa untuk segarkan badan kejap ya, dear." Kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik air.

Dalam keadaan sedar tidak sedar, Jungkook mula bergelut sendiri. Pipinya sudah basah dek air mata yang keluar.

"C-cyaewon...." pandangannya terus gelap.





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»










Yoongi turun dari motorsikalnya lalu terus melangkah masuk ke dalam hotel. Sambil itu tangannya tidak lepas menghantar pesanan kepada Jungkook. Tidak puas lagi, Yoongi membuat keputusan untuk menelefon. Namun hampa, masih tidak berjawab.

Tiba-tiba, tubuhnya terlanggar dengan seseorang. Telefon Yoongi jatuh begitu juga dengan telefon pintar gerangan seseorang tersebut. Yoongi mendengus kecil, badannya ikut menunduk mengutip telefonnya.

Beberapa saat kemudian, Yoongi terkedu. Matanya mengecil. Telefon itu.... kepunyaan Jungkook! Ya dia yakin kerana casing phone itu bercorak kartun ironman dan tertulis JJK di situ.

Belum puas dia meneliti, ada satu tangan mencapainya.

"Sorry, bro." Ucap lelaki itu dan terus beredar. Yoongi mengetap giginya. Mesti ada sesuatu yang sedang berlaku sekarang. Tanpa buang masa, Yoongi berlari menuju ke kaunter pertanyaan.

"Boleh saya tahu, sekitar dalam pukul 1.15 minit pagi tadi siapa yang check in?"

"Maaf, encik ni siapa?"

"Detective Min Yoongi."





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»






Jimin menjauhkan diri daripada Taehyung sebanyak 1 meter. Wajahnya berubah terkejut. Jantungnya berdegup laju. Telinganya digosok berkali-kali sambil pipinya ditampar menggunakan tapak tangan.

"J-jap, kau cakap apa tadi?" Soalnya sekali lagi meminta kepastian.

Taehyung tersengih sinis. "Sorry lah, aku tak boleh nak terima kau. Kau bukan taste aku."

Jimin menekup mulutnya yang sudah melopong besar. Baiklah, dia rasa hendak terkucil sekarang. Jangan kata lelaki di hadapannya ini seorang----

"Euw--- bapak sia apehal kau ni? Suka kaum sejenis? Tak gewli ke?" Badan Jimin menggeletar (?) kegelian.

Taehyung memandang Jimin dengan wajah 'ada-aku-kisah?'

"Kau----"

Drttt drtttt~ Jimin mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Nama Sookyung, rakan perempuan sekelasnya terpapar. Segera Jimin mengangkat panggilan tersebut.

"Hello? Jimin-ah. Tolong angkut girlfriend kau ni sekarang. Dia ada kat rumah aku."





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»





Haeyul meneliti penampilannya yang hanya mengenakan bathrobe di tubuh. Bibirnya tersenyum nakal. Dengan perasaan teruja, dia terus melangkah keluar dari bilik air.

Tetapi langkahnya mati. Matanya membulat besar bila terlihat satu susuk tubuh lelaki yang sedang membelakanginya. Lelaki itu tidak berhenti mengejutkan Jungkook yang masih tidak sedarkan diri itu.

Belum sempat Haeyul menyorok, kehadirannya sudah dihidu. Kali ini, mata lelaki itu pula yang membuntang.

"Hey! Kau siapa hah?!" Jerkah Haeyul kuat. Tangannya tidak lepas memegang tali bathrobe miliknya. Kelihatan lelaki itu berjalan mendekatinya.

Dapat dia lihat, mata kecil lelaki itu berkaca-kaca seperti menahan tangis. Wajahnya pula berubah kemerahan. Baru sahaja Haeyul ingin menjerit, tubuhnya terus dipeluk erat. Tangisan lelaki itu teresak-esak di bahunya. Haeyul tergamam.

"K-kau masih hidup... Cinta pertama aku masih hidup---hiks..." kedengaran serak suara itu berkata.

"U-rhh hiks p-pa-panas..." Suara Jungkook menyentakkan suasana antara mereka berdua. Pelukkan tadi dilepaskan. Kini, wajah lelaki itu bertentangan dengannya.

"Kau siapa?" Soal Haeyul sekali lagi.

"Kau tak kenal aku? Aku Yoongi, cinta pertama kau."

Haeyul memeluk tubuhnya. Hujung bibirnya terbaik sinis, kepalanya digeleng sama sekali. Dia tidak kenal malah dia langsung tidak pernah bercinta dengan lelaki bernama Yoongi ini.

"Aku akan jelaskan kemudian tapi sebelum tu kau kena beritahu aku. Apa yang kau dah buat kat Jungkook?" Soal Yoongi sambil mengerling sekilas ke arah Jungkook.

Haeyul memejam mata seketika. Aish! Kacau line betul lah mamat ni!

"Kau perangkap dia?" Tebak Yoongi dan ianya memang tepat.

Haeyul kematian kata. Pergelangan tangannya terus digenggam oleh Yoongi.

"Lepaslah!"

"Tak akan. Aku taknak kehilangan gadis yang aku sayang lagi." Ucap Yoongi dengan penuh mendalam.

"Siapa gadis kau? Aku langsung tak kenal kau dan kita tak pernah bercinta! Lepaskan aku sebelum---"

Cup!




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top