˖⋆࿐໋₊ 1 4


«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»






Ex gf si Gay 🧠

+ So, kau jumpa Taeryn lah tadi?

Ya, tak sangka pula dia kerja kat kafe bos saya tu.

Taeryn kata dia dah berhenti -
sekolah sebab masalah tertentu.

Saya tak pasti apa masalah dia, tapi -
saya risaulah. Mesti Taehyung
tengah cari adik dia sekarang ni.

+ Ehmm nanti aku inform kat
Taehyung tentang adik dia.

Eh? Korang dah berbaik ke? -

+ Ya, kan? Aduh..

+ Aku lupa
yang dia dah block aku.

Lelaki jenis apa awak ni? -

Carilah dia! Tu pun susah ke? -

+ Dah jadi ex kan?
Buat apa aku nak cari dia?

🙄🙄🙄 -

+ Macam ni, apa kata kau jelah
yang pujuk Taehyung bagi pihak aku.

Cyaewon terdiam seketika. Matanya memandang lama pesanan terakhir daripada Jungkook. Perlu ke dia berbuat sedemikian? Sudahlah masalah mereka ini bertambah rumit, banyak rintangan yang perlu dilalui.

Bibirnya mengeluh kecil. Rambut depan dikuak kebelakang. Fikirannya buntu. Apa yang perlu dia lakukan?

Ting! Satu pesanan masuk. Cyaewon segera membuka dan membacanya.

Si Gay 🧠

+ Masih online lagi?

+ Ingatkan kau dah mati ke tali
gantung.


Cyaewon mendengus kasar. Jarinya menaip di atas papan kekunci dengan perasaan yang geram.

Apa masalah awak sebenarnya? -

Saya tak fahamlah. -


+ Kau dah hancurkan hubungan aku
dengan Jungkook.

HEYY! -

Saya tak jahat lagi nak rampas -
kekasih orang lah!

Awak tu yang overthinking sangat. -

Belum tahu apa" lagi -
dah buat keputusan
nak putus dengan Jungkook.

"Ya Tuhan, aku tak sanggup pun nak taip benda macam tu. Tapi lelaki ni dah uji kesabaran aku." Cyaewon menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar. Bertenang, dia cuba untuk bertenang.

+ Pengkhianat mana yang
nak mengaku salah dia, kan?

+ Huh, perempuan murah.

Kali ini Cyaewon betul-betul terasa. Air matanya mula bergenang. "Hiks tak guna kau ghei----" Ujarnya dengan nada sendu. Lantas nombor Taehyung disekat. Telefonnya dilempar ke katil. Malam itu, Cyaewon melayan perasaan sedihnya seorang diri.




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»



Taehyung tersenyum sinis. Kepala diangguk-angguk sambil lidah dalamnya menolak ruang pipi. "Pengecut punya perempuan." Tuturnya perlahan.

Jimin yang sedang memandu di sebelah mengerling sekilas ke arah Taehyung. Dari raut wajah lelaki itu, seakan sedang menahan geram. Masalah apa, dia sendiri kurang pasti.

"Dah lewat malam ni." Kata Jimin senada.

"Habis tu?" Soal Taehyung pula.

Jimin menelan liurnya dengan perit. Lelaki ini begitu menggerunkanlah!

"Err kita sambung esok, boleh? Aku kena balik ke rumah sekarang, nanti omma aku bising. Esok aku nak bangun awal pagi, sekolah---"

Tanpa diduga, stereng kereta milik Jimin dipusing kasar ke sebelah kiri oleh Taehyung. Bunyi decitan tayar yang bergeser di atas jalan kedengaran. Jimin menekan brek secara mengejut sehingga keretanya berhenti di bahu jalan.

Nafas Jimin tercungap-cungap. Matanya terbeliak besar. Wajah Taehyung yang berada di sisi ditatap dengan marah.

"Kau gila ke? Kalau kita accident tadi macam mana?!" Jerkah Jimin kuat. Dia tidak kisah jika adabnya sudah kelaut tapi tindakan Taehyung itu benar-benar melampau.

Taehyung menayang wajah selamba. "Tak mati lagi pun, kan?"

Jimin merengus. Rambutnya diramas kasar. Belum sempat dia membalas, Taehyung sudah pun keluar daripada perut keretanya.

BAM!

"Takde adab betul, kalau aku tahu perangai kau macam tu memang tak ah aku nak tolong kau. Dasar---" Jimin meraup mukanya berkali-kali. Sabar. Dia tidak boleh bersikap macam ni.

Keselamatan Taeryn lebih diutamakan. Kalau bukan Taehyung, siapa lagi ahli keluarga yang rapat dengan Taeryn? Cuma Taehyung sahaja dan Jimin tidak akan melepaskan peluang ini.

Segera Jimin keluar dari keretanya. Kakinya berlari kecil mengejar Taehyung yang masih tidak jauh darinya. Lengan Taehyung ditahan dan itu membuatkan langkah terhenti.

"Kau nak apa lagi hah budak sekolah? Baliklah, nanti omma kau risau pulak." Taehyung menepis tangan Jimin dari memegangnya. Topi hoodie ditarik ke atas kepala apabila merasakan suhu malam begitu dingin.

"Kita cari Taeryn sekali lagi, jom."

Taehyung mengerutkan dahinya. Kenapa Jimin kelihatan begitu risau sangat ni? "Aku boleh cari adik aku sendiri, dah balik sana. Aku taknak susahkan kau." Tolak Taehyung lagi.

Jimin menggeleng pantas. "Tak, tak susah pun. Sekarang ni Taeryn lebih penting, pasal sekolah tu takpe, aku ponteng je esok. Tak kira apa pun yang terjadi, aku akan selalu ada di samping kau. Susah senang,kita tempuh bersama." Katanya lancar dengan bersungguh-sungguh sambil memegang kedua bahu Taehyung dengan lembut.

Taehyung menatap lama wajah Jimin. Anak mata lelaki itu seakan bersinar-sinar bila ditenung. Aura Jimin pula lain daripada yang lain. Jantung Taehyung mula berdegup dengan rentakkan yang aneh. Lama menyepi, akhirnya Taehyung bersuara.

"Kau suka aku ke?"






«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»

Ttuk! Sekali tolak sahaja, bola-bola kecil itu sudah termasuk dalam lubang sasarannya. Para pemain yang lain bersorak sakan. Jungkook meletakkan batang kiu diletak di atas meja snooker. Hujung bibirnya ternaik sengih, bangga dengan skill yang dia ada.

"Woah giler Ah, Jungkook! Kau memang pro weh!" Puji salah seorang pemain di situ.

Jungkook sekadar mengangguk kecil. Hidungnya kembang kempis menerima pujian.

Saat dia mengecapi kebanggaannya, tiba-tiba wajah Taehyung terlakar di minda. Keluhan berat dilepaskan sebelum punggungnya dilabuh ke atas sofa mewah yang tersedia.

"Eh, tak nak main lagi ke bro?"

"Korang sambunglah. Aku nak rest jap." Ujar Jungkook. Mereka mengangguk faham dan meneruskan permainan.

Jungkook menekup wajah lama. Menahan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Bunyi sorakan pemain snooker di sekeliling diendahkan. Fikirannya buntu, kusut dan serabut.

Dia rindukan sahabatnya.

Dia rindukan Taehyung yang dulu.

Tetapi disebabkan lelaki itu terpesong ke jalan yang salah, sekelip mata semuanya berubah.

"Dia betul-betul terasa dengan aku, apa patut aku buat?" Soalnya di dalam hati. Tiba-tiba ada sepasang tangan melingkari lehernya. Jungkook tersentak. Wajahnya diangkat dan mata mereka bertembung.

"Hey Jungkook. Remember me?"

"Haeyul...."





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»


Hanya tinggal kenangan. - VKook

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top