˖⋆࿐໋₊ 1 3
Segala komen anda, saya hargai 💜
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
"Tak reti nak ucap terima kasih ke?"
Jungkook mengemam lama bibirnya. Wajah Yoongi yang berada di seat sebelah dipandang sekilas sebelum tersengih.
"Err heheh, thanks hyung sebab tolong Kook bebaskan Taehyung." balasnya ikhlas. Yoongi mengumam sahaja. Pandangannya dialih ke hadapan. Keluhan kecil terlepas.
"Huuh, aku tak pernah ajar kau kebas awek orang , Kook."
Jungkook yang fokus memandu itu berkerut hairan mendengarnya. Bila masa pulak dia rampas kekasih orang lain? "Hyung cakap apa ni?"
"Perempuan tadi tu, girlfriend Taehyung kan? Dahlah Kook, kau tak payah cerita. Aku dah tahu semua. Kau rampas kekasih kawan baik kau sendiri, kan? Hanatnya kau." Selamba sahaja Yoongi berkata dengan yakin. Padahal tak tahu jalan cerita, ceh.
Jungkook menggeleng kecil. Kalaulah Yoongi tahu Taehyung tu mereng orangnya, agak-agak dah sebakul carutan dikeluarkan nanti. Tapi demi menutup dan menjaga air muka kawan baik sendiri, Jungkook mengiyakan sahaja.
"Sekali-sekala tikam belakang kawan baik sendiri, tak salah kan?" Ujar Jungkook dengan gurauan.
Click. Muncung pistol dihala tepat pada mulut Jungkook. Membulat mata lelaki bergigi arnab itu. Pemanduannya mula tidak fokus.
"H-hyung woii! Pistol tu hyunggg ya ampun!" Jerit Jungkook kuat. Wajahnya cuak ketakutan.
"Tarik balik kata-kata kau. Aku tak pernah ajar kau jadi pengkhianat." Serius nada Yoongi berkata.
"Okey okey, Kook minta maaf! Orang nak bergurau pun tak boleh, dah lah letak pistol tu. Terbabas kereta ni nanti!"
Pistol tadi diturunkan lalu diselit di belakang pinggang. Yoongi membuang pandang ke tepi tingkap selamba. Fikirannya mula terimbau cerita lama. Jungkook pula hampir putus nafas. Tak sangka Yoongi boleh bertindak sebegitu.
"Hurm, Kook tak sengaja nak imbas masa lalu hyung. Kook betul-betul minta maaf." Ucap Jungkook perlahan. Dirinya diserang serba-salah. Niat cuma mahu bergurau dan pada masa yang sama Jungkook tidak sedar bahawa dia telah mengaitkan isu tikam belakang yang sememangnya ada kena mengena dengan Yoongi.
Yoongi tersenyum kecil. "Its okay. Benda lama, tak payah ungkit." Balas Yoongi senada.
"Minta maaf kat Taehyung nanti. Aku tak nak persahabatan korang hancur disebabkan seorang perempuan. Kau tahu kan aku pernah lalui benda hanat ni dulu kan? So take it as a lesson." Nasihat Yoongi dengan tegas. Biar Jungkook kecut.
Jungkook mengukir senyuman nipis. Makin timbul pula salah faham Yoongi dalam hubungan Taehyung, Cyaewon dan Jungkook ni. Namun Jungkook kagum dan bangga dengan Yoongi. Tegas-tegas dia pun masih utamakan soal persahabatan dan pengajaran dalam hidup.
"Ya hyung. Emm by the way, hyung dah jadi detective balik ek? Woahh hebatlah---"
"Taklah. Setakat cari bukti, hujung jari aku je. Yang lain Hoseok uruskan. Aku tolong cikit-cikit je." Nampaknya Yoongi cuba merendah diri.
"Ececece ngadelah, Yoongi hyung ni!"
"Sssss-- WOI kau raba benda sensitif aku pehal?!"
"Eh sorry hyung! Kook nak cubit pipi hyung je tadi. Maklumlah, Kook tak nampak sebab Kook tengah drive."
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
"Taeryn berhenti sekolah?"
Jimin mengangguk. Wajah Taehyung yang dingin itu tidak dipandang. Kacak tu memanglah kacak tapi renungan tajam milik Taehyung itu menggerunkan.
"Kau tahu dia kat mana sekarang?"
"T-tak." Jawab Jimin gugup.
"Pandang muka aku kalau bercakap. Kau gelabah sangat ni kenapa?" Taehyung mengerut dahi. Pelik. Dia ingat aku syok kat dia ke? Tolonglah, budak sekolah macam ni bukan taste aku.
Jimin mengangkat muka. Bibir dikemam, mata terkedip-kedip. Haruman maskulin lelaki itu menyengat hidungnya. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang.
"Apa hubungan kau dengan adik aku?" Kini nada Taehyung sedikit merendah.
Wajah Jimin berubah. Tidak pernah pula dia tahu Taeryn mempunyai seorang abang. Patutlah wajah mereka ada iras sedikit.
"Classmate. Tapi tak rapatlah." Memanglah tak rapat, dah kau buli budak si Taeryn tu.
Taehyung mengangguk sekilas. Kolar baju Jimin dibetulkan. Kesian budak ni, takut sangat. "Hmm okey." Balas Taehyung ringkas. Mask kembali ditarik sehingga menutupi hidung. Langkah dibuka untuk beredar.
Tetapi Jimin pantas mencengkam lengannya.
"Kau nak pergi mana?"
Taehyung menjungkit kening. "Cari Taeryn."
"Nak ikut, boleh?" Bibir Jimin tersengih kecil.
"Kau ada kereta?" Soalan berbalas soalan.
"Ada."
Taehyung tersenyum senget di sebalik topeng mulut. Nampaknya budak Jimin ini ada gunanya juga.
"Ok jom."
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Selesai mengelap meja, Taeryn terduduk penat du atas kerusi. Dahinya di lap sekilas sebelum melepaskan keluhan. Baru sehari kerja, macam nak patah pinggang dibuatnya.
Cyaewon menghampiri Taeryn sambil tangannya membawa segelas fresh orange. Memandangkan pelanggan sudah pun beredar, kini tinggal mereka berdua sahaja. Jadi bolehlah berehat sekejap.
"Minumlah." Gelas tadi diletak di atas meja. Taeryn sedikit tersentak.
"Eh takpe unnie, Ryn tak haus pun. Unnie minumlah." Tolak Taeryn dengan sopan.
Cyaewon mengambil tempat di hadapan Taeryn. Dipandang lama wajah lembut itu. Aih kesian, muka dah cantik tapi dia les aduh!
"Masih sekolah lagi kan? Kenapa Ryn kerja kat sini?" Cyaewon terus menyoal.
Taeryn mengukir senyum nipis. Tangan Cyaewon diraih dan digenggam erat. "Ryn tak sekolah lagi, dah berhenti. Ryn kerja ni pun sebab nak sara diri." Balasnya dengan wajah sedikit mendung.
Cyaewon menggelabah tatkala tangannya digenggam oleh Taeryn. Bermacam-macam fikiran negatif yang bermain di mindanya sekarang. Untuk menggelakkan benda lain berlaku, Cyaewon meleraikan genggaman tersebut.
"Err ouh hahah. Keluarga Ryn mana?"
"Omma dah lama takde. Appa pula..." Ayatnya tergantung. Mata dipejam rapat apabila teringatkan kelakuan kejam Tuan Kim terhadap dirinya. Malu, dia malu kalau Cyaewon mengetahui ayahnya seorang kaki pukul.
Cyaewon tergamam. Dapat dia rasakan aura kesedihan yang terpancar di wajah Taeryn. Dengan terketar-ketar, Cyaewon mengusap pelan bahu Taeryn, cuba menenangkan gadis itu.
"Unnie faham. Maaf kalau soalan unnie tu buatkan Ryn rasa sedih. Ryn balik lah ke rumah, masa bekerja pun dah nak habis. Kejap lagi unnie nak tutup kafe ni. Taehyung pun mungkin tengah tunggu Ryn kat rumah sekarang." Tutur Cyaewon seraya mengubah topik.
Taeryn memandang Cyaewon dengan riak terkejut. Matanya yang berkaca itu membulat. "D-dia dah keluar?" Soalnya gagap. Senyuman lebar mula menghiasi bibirnya.
"Eh Ryn tak tahu ke? Haah, Jungkook dengan kawan dia yang tolong bebaskan Taehyung pagi tadi. Baliklah,rehatkan diri." Terang Cyaewon ringkas.
Perlahan bibir Taeryn mengendur, pudar terus senyumannya. Kepalanya digeleng laju. "Taknak, Ryn taknak balik. Ryn takut nanti appa pukul Ryn lagi." Air matanya kembali bergenang.
Cyaewon terlopong. Ni mesti sebab hengko melanjutkan hubungan terlarang dengan perempuan lain kan? Patutlah kena pukul. Duga Cyaewon di dalam hati.
"Maksud Ryn apa? Unnie tak faham."
"Dah tiga hari Ryn tak balik rumah. Buat masa sekarang, Ryn duduk dengan kawan Ryn." Jawab Taeryn jujur.
"Hmm balik nanti naik apa? Jomlah unnie hantar, kita naik grab sama-sama. Bahaya dah lewat malam ni." Cyaewon menawar diri. Walaupun sebenarnya dia cuba untuk jauhkan diri daripada manusia pelangi ini, tapi rasa simpati dan bimbang itu masih ada.
"Takpe unnie, kejap lagi kawan Ryn datang ambik. Unnie nak tumpang? Jomlah."
Erk? Aku nak bantu dia, dia pula yang offer nak hantarkan aku balik. Cyaewon mengangguk setuju. Baik juga adik Taehyung ni. Jimat sikit duit poket, tak payah membazir nak naik grab.
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Watak Yoongi tu ada kepentingan sikit tau, jangan lupakan dia~
Maaf kalau chapter ni ada kekurangan 💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top