˖⋆࿐໋₊ 1 2


«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»







Botol wine berselerak, meja di ruang tamu terbalik, perabot berhabuk. Senang kata keadaan rumahnya tidak ubah seperti tongkang pecah. Baru Taehyung perasan, terdapat beberapa titisan darah di lantai yang sudah kering. Jantungnya berdegup laju, fikirannya teringat kepada Taeryn.

Taehyung bergegas menaiki tangga menuju ke bilik Taeryn. Dalam hatinya tidak berhenti berdoa agar keadaan adiknya dalam baik-baik sahaja. Tombol pintu Taeryn dibuka mengejut.

"Taeryn!" Laungnya kuat. Meliar anak matanya mencari susuk tubuh kecil itu tetapi tidak kelihatan. Taehyung kembali turun ke bawah mencari Taeryn. Tidak henti mulutnya menjerit nama Taeryn. Namun tiada sahutan yang kedengaran.

Nak kata adik perempuannya itu bersekolah, hari sudah lewat petang. Waktu persekolahan sudah tamat.

Puas mencari dan hasilnya tiada. Taehyung melutut di atas lantai, pandangannya kabur. Genggaman tangan dikepal erat. Urat di leher mulai timbul. Tak lain dan tak bukan, ini semua mesti kerja orang tua tidak berguna itu!

"Ssaeng, aku minta maaf. Aku memang abang yang tak berguna." Setitik air matanya jatuh ke pipi. Teruk. Seorang abang yang teruk. Itu yang Taehyung labelkan dirinya sekarang.

Kalau lah Tuan Kim tidak menimbulkan masalah dalam keluarga, perkara ini tidak akan berlaku. Semuanya berpunca daripada Tuan Kim. Hancur musnah kehidupan Taehyung dan Taeryn sejak kematian Puan Kim.

Taehyung mengesat kasar pipinya. Tidak ada guna dia meraung menangis ketika ini. Ada baiknya dia mencari Taeryn di luar sana. Taehyung yakin, gadis itu tidak jauh dan dia juga yakin gadis itu masih bernyawa. Haraplah.



«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»










Cyaewon pov.

Setelah kenderaan Jungkook hilang dari pandangan, aku terus berlari anak masuk ke dalam kafe. Kelibat bos besar yang sedang berdiri di kaunter sedang memandangku dengan tajam sambil memeluk tubuh. Aku tersengih-sengih apabila kaki aku sudah terpacak di hadapannya.

"Errr maaf bos. Saya ada masalah urgent kat luar tadi. Bos jangan marah eh?" Kataku sambil memandangnya dengan mata bersinar persis kucing comel.

Aih, haraplah alasan aku diterima. Kalau bukan sebab Jungkook ajak aku ke Balai tadi, takdenya aku lewat masuk kerja. Tapi disebabkan simpati, aku ikut juga. Tup tup sampai kat sana, Taehyung dah ada kat depan kitaorang.

Aku terkejut dalam masa yang sama tergaru. Tapi kenapa Taehyung berkelakuan macam tu? Hmm mesti dia masih marah tentang kejadian hari tu, Ah lantak lah. Pandai-pandailah Jungkook pujuk dia nanti.

Bos aku, bernama Lee Soora itu sekadar mengeluh kecil. Kepalanya di geleng-geleng. "Nasib baik mood saya baik hari ni. Sudah, maaf diterima. Tapi saya nak hari ni awak kena latih budak baru yang akan masuk kerja kejap lagi. Dia baru je daftar diri kelmarin masa awak cuti."

Aku mengangguk setuju. "Boleh, bos! Saya akan latih dan bimbing pekerja baru tu sampai dia mahir. Heh, ni saya lah, Cyaewon Park." Sempat aku menyapu hidungku menggunakan ibu jari. Bangga lah katakan sebab aku dah lama bekerja di kafe ni hampir 2 tahun.

"Yelah. Tujuan saya nak ambik dia bekerja sebab saya nak dia gantikan tempat Haeyul. Kalau saya jumpa Haeyul tu, dah lama saya ganyang dia. Berhenti kerja macam tu je, ingat kafe ni bapak dia punya?" Mula dah angin Bos Soora ni naik.

Sebelum api kemarahannya meletus, aku cepat-cepat menukar topik. "Okeylah bos, saya nak bersiap dulu. Bos janganlah marah-marah, tak baik. Nanti hilang seri kat muka tu, dah tak cantik." Sempat aku memberi pujian yang tidak seberapa untuk menyedapkan hatinya.

Bos Soora terus memegang segenap wajahnya. "Omo betul ke? Awak jangan nak mengarut Cyaewon." Jari telunjuknya naik ke muka ku dengan muka yang cuak. Ish, dia ni takut betul kalau kecantikan tu hilang.

Sis, rupa yang cantik itu hanya sementara. Esok lusa kau mati tinggal tulang gak. Beringatlah ye hiks.

"Takdelah, bos heheh. Bos makin bertambah cantik lah sekarang huhuk jealous nya saya. Pipi bos yang pau tu buatkan saya geram eyy comel!" Aku mencebik bibir, buat-buat muka kecewa padahal tak pun heh.

"Ye ke? Nampaknya kesan botox tu berkesan hohoh! Yelah, Cyaewon. Saya keluar kejap tau, ada urusan kat luar. Jangan lupa tutup kafe ni nanti."

Aku tergamam. Apa main cucuk-cucuk botox ni?! Menyesal pula aku puji tadi. Aku melempar senyuman kekok kepadanya. Setelah kelibat bos Soora beredar pergi, aku menghela nafas lega.

Baiklah, sekarang jom mulakan pekerjaan dengan semangat----

"Annyeong?"

Aku pusing menghadap seorang gadis yang sedang tersenyum manis ke arahku. Aku membalas senyumannya.

"Ah ya? Awak nak order ke?" Soalku. Lama aku merenung wajahnya yang comel itu. Tapi, jap macam pernah nampak je perempuan ni.

"Eh tak. Saya pekerja baru kat sini. Selamat berkenalan, saya Kim Taeryn. Boleh panggil Ryn." Dia membungkuk sedikit tanda hormat. Bibirnya tidak lekang dari senyuman manis itu.

Beberapa saat kemudian, baru aku sedar. Dia lah perempuan yang aku dan Jungkook ternampak kat bilik Taehyung tempoh hari lalu. Maknanya, dia adik Taehyung lah kan? Macam mana dia boleh bekerja kat sini pula? Kejap, dia tahu ke yang Taehyung dah dibebaskan?

Wajah Taeryn yang tadinya berseri-seri dengan senyuman kini berubah. Tangannya menekup mulut yang sedikit terlopong. Aku berkerut hairan.

"Cyae... Cyaewon unnie kan? Kawan Taehyung oppa?" Matanya membulat memandangku seakan dia ni macam baru jumpa ahli BTS. Aku mengangguk.

"Y-ya saya. Kenapa eh?"

"Saya minat sangat kat unnie! Tak sangka kita boleh berjumpa lagi." Katanya dengan penuh teruja. Kakinya melompat-lompat kecil tanda kesukaan. Pelanggan yang lalu lalang sekadar mengerut pelik ke arah kami berdua.

Aku menginjak ke belakang sedikit. Kenapa aku dapat rasakan aura pelangi di sebalik diri adik Taehyung ni?

Jangan kata dia suka aku hell no! Apa ni?!

Abang gay, adik pula les?! Kenapa kehidupan aku penuh dengan warna-warni ni? Nasiblah kau lah, Cyaewon Park.

End Cyaewon's pov.




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»




Jimin memandang lama rumah agam milik keluarga Kim di hadapannya. Tujuannya datang ke sini untuk berjumpa dengan Taeryn. Dia perlu melihat keadaan gadis itu. Dia ingin mengetahui apa punca gadis itu berhenti sekolah.

Sepanjang hari Jimin tidak duduk senang. Semakin dia melupakan tentang ini, semakin kerap ia menghantui. Jeritan Taeryn masih terngiang-ngiang di telinganya. Itu yang membuatkan hatinya gundah gulana.

Sekarang, Jimin pula yang bersalah bersalah dalam hal ini. Kalaulah dia membantu Taeryn semasa kejadian itu berlaku, hidupnya pasti tidak terganggu.

"Taeryn, mana kau?" Soalnya sendiri. Keluhan kecil dilepaskan. Bukan pertama kali dia menjejak kaki ke sini, berhari-hari. Tapi hampa, kelibat Taeryn langsung tidak kelihatan.

Memandangkan hari sudah lewat, Jimin memutuskan untuk pulang ke rumah. Tidak mengapa, esok hari dia akan datang ke sini lagi.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah, kelihatan pintu rumah tersebut terbuka dari dalam. Dengan cepat, Jimin menyorok di sebalik pokok yang berdekatan. Kepalanya dijenguk sedikit.

Seorang lelaki yang tidak dikenali keluar. Dari pandangan Jimin, lelaki itu nampak tergesa-gesa menyarung kasutnya. Mukanya tidak jelas kerana ditutupi dengan mask mulut.

"Siapa tu?" Bisik Jimin di dalam hati. Dahinya berkerut seribu.

Apabila kelibat lelaki tadi ingin melalui tempat persembunyiannya, Jimin terus menahan nafas, begitu juga dengan perutnya. Bimbang kehadirannya dihidu oleh lelaki ini. Tetapi malang tidak berbau, Jimin sudah tertangkap.

Kolar baju milik Jimin ditarik kasar sehingga tubuhnya ternaik sedikit. Hampir putus nafas Jimin dibuatnya. Renungan tajam lelaki itu menikam anak matanya.

"Siapa kau?"




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»

Sila pilih flower boy anda 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top