˖⋆࿐໋₊ 0 8
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Jungkook menaip laju di atas papan kekunci laptop sambil matanya fokus merenung skrin di hadapan. Dahinya sekejap berkerut bila membaca apa yang dipaparkan melalui hasil cariannya. Bibirnya diketap geram sebelum menutup kasar laptop itu.
Cyaewon yang melihat tingkah laku Jungkook hanya memandang. Melihat keadaan Jungkook yang seakan serabut membuatkan dia tidak berani menegur lelaki itu. Kalau aku tegur nanti, tak pasal-pasal laptop tu dihumban ke muka aku.
"Aku.... Tak jumpa. Dah sehari suntuk aku usaha tapi hasilnya sia-sia." Tutur Jungkook perlahan setelah beberapa minit mendiamkan diri. Pandangannya terarah pada Cyaewon yang sedang terkebil-kebil.
"Err ada banyak masa lagi, kan? Sabarlah." Balas Cyaewon teragak-agak.
"Entahlah, aku tak tahu. Bab siasat mende semua ni , aku memang tak pakar. Aish kenapalah otak aku ni lembab sangat?" Tanpa sedar, Jungkook sudah pun mengutuk dirinya sendiri.
Cyaewon menahan tawanya daripada meletus. Namun bila renungan tajam itu menghala tepat ke wajahnya, Cyaewon berlagak biasa.
"Kita pasti akan jumpa jalan keluar, awak jangan risau eh?" Ujar Cyaewon cuba menyedapkan hati Jungkook.
Lelaki itu mengumam sahaja. Fikirannya melayang kepada Taehyung. Keluhan kecil dilepaskan. Biarpun kejadian tempoh hari masih berbekas di dalam hati, Jungkook tetap mengambil berat tentang kawan baiknya.
Hal di mana seorang gadis yang tidak dikenali itu, tolak tepi dulu. Yang penting cara mengeluarkan Taehyung daripada tempat itu yang perlu diselesaikan.
Jungkook berputus asa semenjak Yoongi menolak permintaannya. Tapi bila difikirkan balik, dia rasa serba-salah kerana terlalu memaksa Yoongi yang masih lagi trauma tentang masa lampaunya. Dia faham keadaan Yoongi tetapi waktu itu mungkin Jungkook terlalu ikutkan emosinya sehingga bertindak tanpa berfikir perasaan Yoongi.
"Jungkook?"
Wajahnya diangkat, menatap Cyaewon.
"Kenapa baru sekarang awak terfikir nak cari maklumat tentang nak keluarkan Taehyung dari tempat tu? Kenapa tak dari dulu?" Soalnya polos.
Jungkook tersenyum nipis. Pandai pula perempuan ni berfikir soalan kbat.
"Hurm, ni soal keselamatan keluarga Taehyung. Kalau dia terlepas, mungkin adik dengan appa dia dah mati. Sebab tu, aku tak berani buat tindakan. Sekarang baru aku sedar, yang aku kena bebaskan dia tak kira apa sekalipun. Aku taknak masa depan dia teruk,kau faham kan maksud aku?" Jungkook menongkat dagu dengan sebelah tangannya. Bibir kecilnya dicebik sedikit.
Cyaewon mengangguk faham. Otaknya mula berhubung dengan baik. Biasalah otak dia lembab sikit, tu sebab susah nak catch up.
Zzzz-- Zzzz--
Telefon pintar Jungkook bergetar di atas meja, membuatkan lelaki itu terkejut sedikit. Lantas dia mengangkat panggilan daripada Taehyung.
"Hello? Baby?"
Jungkook berdecit malas. Lantas dia menekan loud speaker supaya perbualannya dapat didengari oleh Cyaewon.
"Hmm. Nak apa?" Soal Jungkook senada.
"Kau masih marahkan aku?" kedengaran sedih nada Taehyung di sebelah sana.
"Kau rasa?" Soal Jungkook balik dengan kerek. Cyaewon yang teliti mendengar, terus menggelengkan kepalanya. Aih, hubungan cintan-cintun ni.
"Aku minta maaf okay.. Kau dah salah faham ni, please jangan buat aku macam ni." Taehyung mengeluh berat.
"Terang-terang kot aku nampak, apa yang salah fahamnya?" Jungkook membalas dengan nada tertahan.
"Kim Taeryn. Dia adik perempuan aku yang aku dah tinggalkan bertahun lama tu."
Sepi. Jungkook dan Cyaewon terlopong.
"Bakal adik ipar kau. Puas hati?" sambung Taehyung lagi.
Jungkook membetulkan kotak suara sebelum membalas. "Aku... Tahu." balasnya berlagak; cuba menutupi malunya. Ya Tuhan, bila teringat scene tumbuk Taehyung tu, malu pula aku lahaii! Over betul.
"Ceh, beria tuduh aku macam-macam hari tu. Tapi takpe, aku tak marah. So, kau tak marah aku dah kan? Hmm my baby kookoo?"
Cyaewon menggosok lehernya berkali-kali. Telinga pula rasa nak sental guna clorox dah ni. Sama seperti Jungkook, dia juga jijik-- tapi selagi dirinya masih bertahan, dia akan.
"Aku sibuk ni, ada hal nak buat. Next time kita on call. Bye."
Tit. Talian terus dimatikan. Jungkook melempar telefonnya ke atas meja kembali. Anak matanya tertumpu pada Cyaewon yang masih membuat muka loyanya.
"Tak payah nak geli-geli sangatlah, buat biasa dahlah." Kata Jungkook dengan jelingan maut diberi.
"Yelah! Jadi sekarang dah terbukti yang Kim Taeryn tu adik kepada Taehyung. Kiranya, Taehyung masih setia dengan awak lah kan hehe." Cyaewon menayang sengihnya.
Jungkook tidak membalas malah dia melemparkan pandangan ke atas siling. Memikirkan cara untuk langkah seterusnya.
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Taeryn memegang kepalanya dengan muka yang berkerut sebelum membuka mata. Pandangannya jatuh kepada Jimin yang sedang duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil. Renungan tajam lelaki itu membuatkan dia sedikit gerun.
"Menyusahkan."
Taeryn mengetap bibir lama. Apa maksud lelaki tu? Mindanya cuba mengingati kejadian sebentar tadi. Beberapa minit, barulah Taeryn sedar. Sedikit membulat matanya menatap wajah Jimin.
"Awak ke yang hantar saya ke bilik rawatan?"
Jimin berdecit sinis. "Lain kali jangan nak acah-acah pengsan depan aku boleh tak? Kau ingat dengan cara tu mampu buatkan hati aku terpaut kat kau?" terus meluncur ayat itu dari bibirnya.
Taeryn semakin hairan. Merepek apa lelaki ni? "Awak cakap apa ni?"
Jimin berdiri secara mengejut, lantas mendekati Taeryn yang sudah gelabah tidak tentu pasal itu. Wajahnya didekatkan sehingga deruan nafas hangat Jimin kedengaran.
"Kau suka aku, kan?"
Puk! Kepala Jimin dicepuk kasar.
"Bila masa hah?! Perasan! Ke awak yang suka saya sebenarnya? Tak habis-habis nak ganggu hidup saya, fikir saya ni tak rimas ke? Huh, keluarlah. Saya benci tengok muka awak. Lelaki semua sama je!"
Jimin terkebil-kebil. Personaliti gadis ini berubah sekelip mata membuatkan dia terdiam. Kelihatan muka Taeryn sudah berubah kemerahan, mungkin tengah menahan geram.
"........tak nak mengaku lagi." Jimin masih menindakkan hal. Padahal telinganya sudah memerah menahan malu.
Taeryn diam tidak membalas. Pandangannya dialih ke sisi. Tanpa dipinta, air matanya mula bergenang. Tiba-tiba sahaja wajah Taehyung terlakar di minda. Dia perlukan abangnya ketika ini.
Jimin terpempan apabila mendengar esakan kecil gadis itu. Bibirnya mengeluh kecil.
"K-kau janganlah nangis. Aku gurau je tadi tu." Ucapnya seraya menepuk bahu Taeryn. Cuba menenangkannya.
"Hiks--argh" Taeryn mendesis sakit.
Jimin hairan tatkala Taeryn mengusap bahagian bahu yang ditepuknya tadi. Dengan spontan, Jimin memusingkan tubuh Taeryn menghadapnya.
Belum sempat Taeryn menolak perbuatan tidak beradab lelaki itu, Jimin terlebih dahulu membuka tiga butang baju Taeryn dari atas kemudian, diturunkan sedikit baju tersebut sehingga menampakkan singlet hitam dalamnya.
"YAHH apa ni?!" Jerit Taeryn sambil cuba menolak dada bidang Jimin tetapi tangannya ditahan keras. Pipinya sudah membahang.
"Siapa yang buat ni?" Soal Jimin dingin. Matanya tidak lepas melihat kesan berbirat dan lebam di tubuh Taeryn.
"Hiks l-lepaslah!"
"Bagitahu aku siapa--"
Kreak~
"Omaigosh! Maksiettt yapekah yini?!"
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top