˖⋆࿐໋₊ 0 7
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Gaygolo songsang 🧠
+ Macam mana?
Jungkook okay?
Saya dah pujuk dia, awak -
jangan risau.
Dia okey jee. -
+ Baguslah .
+ Kau pujuk dia macam mana?
Soalan apa awak tanya ni? -
Saya pujuk macam mana orang -
lain pernah pujuk kekasih dia
lah.
+ Kau.....
+ Jangan cuba nak goda dia eh.
+ Aku bunuh kau.
Heol! -
Takde masa saya nak tackel orang -
sekarang ni. Buang masa.
Seen.
Cyaewon meletakkan telefonnya di atas meja bersebelahan dengan katil. Tubuhnya dibaring ke tilam. Pandangannya terkebil-kebil memandang siling atas.
Fikirannya bercelaru kerana masih teringat cerita Taehyung. Entah kenapa dia ingin membantu lelaki itu dengan berganding bahu bersama Jungkook. Mungkin sebab kesian?
Cyaewon melepaskan keluhan ringan. Setelah difikir-fikirkan kembali, ada baiknya dia membantu Taehyung untuk berubah ke jalan yang benar. Dia tidak boleh bayangkan kalau keadaan lelaki itu berterusan dan pastinya ia akan membawa kesan buruk.
Bibirnya menguntum senyum lebar. Ya, dia tekad akan mengubah kehidupan Kim Taehyung!
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
"Hyung, please? Ini soal hidup mati kawan Kook. Hanya hyung seorang je yang boleh tolong Kook sekarang ni." Jungkook menggoncang bahu Yoongi berkali-kali sambil membuat muka manjanya.
"Kook, aku ni bukan detective Yoongi yang dulu. Aku dah berhenti buat kerja menyiasat ni sebab apa? Sebab hasil kerja aku teruk." Balas Yoongi seraya menolak tangan Jungkook dari bahunya. Wajahnya diraup sebelum fikirannya terimbau masa lalu.
Ya, dahulu Yoongi merupakan seorang penyiasat yang terkenal disebabkan kehandalan dan kecekapan yang dia ada. Tetapi segalanya berubah apabila seorang gadis ditemui mati di kediaman miliknya dalam keadaan yang menggerikan. Hanya kerana dia lewat menyelamatkan gadis tersebut, akhirnya dia mati begitu sahaja.
Punca? Yoongi sendiri tidak tahu. Tapi yang pasti, dia menyesal dan sering menyalahkan diri sendiri akibat kematian itu. Mula dari situ, dia membuat keputusan untuk berhenti jadi penyiasat. Yoongi yang dulu bukanlah yang sekarang.
"Hyung masih teringatkan benda tu? Hyung tu semua dah lepas. Kenapa hyung masih ingat cerita lama? Hidup ni kena teruskan, past is past!" Tanpa sedar Jungkook meninggikan suaranya kepada Yoongi.
Yoongi tidak tersentak mahupun terkejut. Wajahnya kekal tenang. "Kau tak faham, Kook. Benda tu lah yang selalu menghantui aku. Kalau kau kat tempat aku, I'm sure you'll do the same thing."
"Fine. Biar Kook buat kerja ni sendiri." Jungkook terus bangun dari tempat duduknya dengan riak muka dingin. Mood baiknya melayang entah ke mana.
"Kook...."
Bam! Pintu bilik persendirian Yoongi ditutup dengan hempasan yang kuat. Yoongi menghembus nafas kasar. Ini lagi satu masalah. Bukan dia tidak mahu membantu Jungkook tetapi keadaannya memang tidak boleh dipaksa. Dia masih terkesan masa lalu itu. Dia trauma.
"Orang ramai dah benci aku, layak ke aku ni jadi detective?" soalan yang sama berulang-ulang. Namun tetap, Yoongi masih belum menjumpai jawapan.
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Dengan langkah lemah, Taeryn berjalan masuk ke kawasan sekolah. Wajahnya begitu tidak bermaya dan pucat. Sesekali dia mendesis kecil apabila terasa pedih di bahagian belakang badannya. Keadaan dia betul-betul seperti orang sakit.
Tetapi Taeryn tidak kisah. Dia rela pergi ke sekolah dari duduk berehat di rumah dengan menghadap muka Tuan Kim tidak berguna itu. Lagipun dia masih ingat pesanan Taehyung.
'Belajar rajin-rajin.'
Biarpun fizikalnya lemah, dia tetap ingin menuntut ilmu. Contohilah Kim Taeryn.
Setibanya kaki mencecah permukaan lantai pintu kelas, pelajar yang tadinya riuh mula senyap. Masing-masing mempamerkan riak benci terhadap Taeryn. Namun dia tidak kisah, diabaikan sahaja pandangan tajam itu lalu terus menuju ke tempat duduk.
Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung, kerusinya terus ditarik ke belakang dan akibatnya dia jatuh terduduk di atas lantai. Semua pelajar sudah tertawakan dirinya.
"HAHAHAHAHA macam nangka odo dia jatuh!"
"Pfttt ala kesian dia! Kejap lagi nangis lah tu."
"Aku dah cakap, hari ni hari malang dia. Eh memang pembawa siel lah perempuan ni! HAHAHAH!"
Taeryn sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh. Kedua belah tangan digenggam erat dengan hati yang kuat. Dia cuba berlagak kuat di hadapan mereka tetapi ianya tidak bertahan lama, akhirnya dia menangis juga.
"Eh dia nangis lah guys." satu suara berkata dengan nada ejekkan. Senyuman sinis di bibirnya terhasil bila melihat wajah Taeryn yang sudah basah dengan air mata itu. Ya, ini yang dia mahukan!
Taeryn perlahan-lahan bangun dengan muka berkerut menahan sakit. Tiba-tiba sahaja kesan libasan itu berdenyut kuat di tubuhnya.
"Argh--" Jeritnya. Kali ini rambutnya ditarik dari arah belakang. Sudahlah rasa sakit semalam masih berbekas ditambah lagi dengan rasa pedihnya.
"Nak pergi mana? Aku belum habis lagi dengan kau, hey..." Ujar lelaki itu sinis. Bahu Taeryn dipegangnya kasar sebelum dipusing tubuh itu menghadap dirinya.
"S-sakit..." rintih Taeryn perlahan.
"Haaa~ sakit? Baru pusing bahu sikit dah sakit? Lemahnya kau ni." Ditunjal-tunjal dahi Taeryn dengan geram.
"Park Jimin, t-tolong jangan ganggu saya."
Lelaki bernama Jimin itu terus tergelak besar. Beberapa saat kemudian, wajahnya kembali beku. Tangannya mula mencengkam rahang Taeryn kasar sebelum wajah mereka berdua didekatkan. Para pelajar yang melihat adegan itu mula bersorak.
"Awak lelaki tak guna!" Jerit Taeryn kuat. Berdesing telinga Jimin mendengarnya. Api kemarahannya mula mendidih. Paling dia pantang apabila ayat itu terpacul keluar dari bibir Taeryn.
"Kau cakap apa?" Soalnya lagi sekali.
Makin dikuatkan cengkamannya membuatkan Taeryn berasa sukar bernafas.
"L-lelaki tak gu-guna. Pergi matilah!"
"Kau---" ayat Jimin tergantung tatkala tubuh Taeryn sudah pun jatuh ke dalam dakapannya. Bila diperiksa secara dekat, baru Jimin sedar yang gadis itu sudah tidak sedarkan diri.
Pelajar lain sudah gasp. Masing-masing berundur ke tempat duduk sendiri. Jimin yang masih menampung tubuh kecil itu merengus geram tapi dalam masa yang sama dia rasa takut juga. Apehal pula pompuan ni pengsan?
"Selalunya kalau dalam drama en, hero tu dah angkat heroin dia bawak gi bilik rawatan sebab hero tu taknak tanggung rasa bersalah dia-----"
Mendengarkan sahaja ayat daripada Jihoon, Jimin terus mengangkat Taeryn dengan gaya bridal style lalu tergesa-gesa menuju ke bilik rawatan.
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top