˖⋆࿐໋₊ 0 3


«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»





Cyaewon's pov.

Gaygolo songsang 🧠


+ nama dia Jeon Jungkook.

+ Dalam masa 24 jam, aku nak
dia dah ada kat depan mata aku.

+ Faham?

What?! -

Gila ke apa? Macam mana saya -
nak cari dia dalam masa 1 hari?

At least bagilah masa seminggu! -

Awak ingat dia tu anjing yang -
macam kat tepi jalan, senang" saya
nak cari?

Gaygolo songsang 🧠

+ Berani kau gelar gf aku anjing?

+ Babi dengan kau takde beza,
ingat tu.

+ Aku tak tahu, yang penting Jungkook
dah ada masa tu.

+ Kalau tak, kau tahu nasib kau apa, kan?

FINE! -

Aku terus menutup telefon milikku lalu masukkan ke dalam poket seluar. Kedua belah tanganku menghempas permukaan meja kaunter yang aku tengah jaga sekarang. Ia menghasilkan bunyi yang kuat dan mampu menarik perhatian pelanggan yang tengah mencari beberapa jenis kek di barisan hadapanku.

Aku tersengih kekok sebelum mengulum senyum kepada mereka. Apabila pelanggan tadi sudah berjalan ke laluan lain, aku menghela nafas lega. Fuh, nasib baik dia tak complain kat bos.

Salah aku juga, bertindak tanpa melihat sekeliling sebelum melepaskan perasaan geram terhadap meja kaunter yang tak bersalah ni.

"Tak guna punya gay! Dahlah songsang lepastu golo pulak tu! Lelaki jenis apa macam tu? Eee gelinya aku." Ujarku sendirian. Sambil-sambil menunggu ketibaan pelanggan, aku menongkat dagu sambil memikirkan jalan penyelesaian tentang kerja yang diberikan oleh lelaki bernama Taehyung itu.

Dia bagi masa sehari, maksudnya sebelum pukul 12 malam, kekasih dia kena ada kat tempat Taehyung lah kan? Memandangkan aku habis kerja pukul 5 petang nanti, ada lagi beberapa jam untuk aku cari Jeon Jungkook tu.

Tapi..

Macam mana?! Bandar ni besar kot! Si gaygolo ni pun tak fikir ke tentang keadaan aku? Aku pun tak tahu kenapa bukan Taehyung je yang cari kekasih songsang dia tu sendiri?

Dan kenapa dia bekerja kat tempat tu sedangkan dia dah ada kekasih? Erk tak tak, aku tak rasa kekasih dia tu perempuan. Pft, cerita lelaki ni memang gila.

Kalau aku tak ikut Haeyul malam tu, semua ni takkan menimpa aku. Tapi nak buat macam mana, nasi sudah jadi bubur. Nak tak nak, aku kena cari Jeon Jungkook.

Yang aku tahu, selesai je semua aku, Cyaewon Park takkan berkomunikasi dengan Taehyung gaygolo tu lagi.

Tapi, mampu ke aku cari Jungkook? Ah stres nya!

"Eherm, excuse me? Saya nak tanya, kek cheese takde jual ke kat kedai ni? Merata saya cari, tapi tak jumpa." Suara garau seorang lelaki menyentakkan lamunanku.

Aku mengangkat wajah dengan senyuman dan bersedia untuk menjawab pertanyaan tadi namun serta-merta aku tergamam.

"Jeon Jungkook?" Soalku ragu-ragu.

Lelaki itu nampaknya sedang berkerut pelik memandangku. Tetapi tidak lama kemudian, dia mengangguk sambil tersenyum menampakkan gigi arnabnya.

"Ya, saya? Awak siapa?"

Ya Tuhan, kau dah temukan aku dengan lelaki bernama Jeon Jungkook ni? Keajaiban apakah ini?!

End Cyaewon's pov.





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»






Taehyung duduk termenung di luar balkoni biliknya. Jarinya tidak habis mengusap gambar Jungkook yang terpapar di skrin telefon. Sesekali dia tersenyum melihatnya.

Pandangannya menghala pada jam yang terpapar, sudah pukul 11.35 minit malam. Dia merengus kasar apabila gadis bernama Cyaewon itu masih belum muncul bersama Jungkook. Kedua belah tangannya dikepal geram.

"Kalau kau lari, aku akan kejar kau." Katanya sendiri umpama itu janjinya jika Cyaewon tidak melaksanakan kerja yang diberi. Jangan main-main dengan Taehyung, dia boleh buat apa sahaja kalau seseorang itu tidak menepati janji.

Tuk tuk tuk! Pintu biliknya diketuk. Dengan langkah pantas, Taehyung berlari membukanya dengan perasaan teruja. Namun ianya bukanlah kehadiran seseorang yang di harapkan.

"Mommy buat apa kat sini?" Taehyung menyoal malas.

Perempuan berusia 40-an yang merupakan pemilik tempat ini, tertawa kecil sambil mencuit nakal dagu milik Taehyung. "Mommy cuma nak tengok Taehyung sekejap. Salah ke, sayang?" Kini dia maju ke hadapan sambil jarinya bermain dengan rambut depan Taehyung.

"Mommy kalau sekadar nak jenguk je, baik tak payah. Tae okey, tak mati lagi ni. So please, get out." Balasnya seraya menepis tangan itu dari rambutnya.

"Hey jangan lah marah. Ni mommy datang bukan nak jenguk je, ada satu customer ni nak Taehyung. She's still virgin, nak?"

Taehyung tersenyum sinis. Wah, senangnya perempuan tua ni bercakap.

"Who?" Soalnya.

"Hey girl, come here!" arah perempuan yang digelar mommy itu. Beberapa saat kemudian, seorang gadis masuk ke dalam biliknya.

Apabila mata mereka bertembung, Taehyung tersentak seketika.

"Ssaeng?"





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»






"Memandangkan kerja saya dah selesai, awak boleh terus naik ke atas dan berjumpa dengan Taehyung. Selamat tinggal----"

"Wait! No, awak kena teman saya sekali." Laju Jungkook membidas kata Cyaewon.

"Kenapa? Kerja saya dah habis so pergilah berasmaradana bersama boyfriend awak tu. Saya taknak cemarkan mata saya dengan melihat aksi yang egh--- sorry to say, its disgusting." Cyaewon mula membuat aksi hendak muntah. Lehernya digosok berkali-kali apabila mula terbayang pasangan sejenis kaum ini melakukan perkara yang menjijikkan.

Jungkook menatap wajah Cyaewon dengan tajam. "Saya masih waras lagi dan takkan buat kerja terkutuk macam tu."

"Eh? Bukan ke awak---"

"Muka aku ni nampak macam gheii ke?"

Cyaewon terdiam. Pertuturan Jungkook mulai berubah dan itu semakin menaikkan rasa seramnya.

"Err bolehlah sikit." Tanpa segan silu, Cyaewon berkata jujur.

Jungkook tersengih kecil sebelum kembali mengalih pandang ke bangunan yang menempatkan diri Taehyung. Jarinya mengetuk-ngetuk streng kereta.

Cyaewon yang melihat aksi selamba Jungkook itu terus mendengus kecil. Tangannya disilang ke dada sambil membuang pandangan ke tepi cermin kereta.

"Habis tu awak nak apa lagi? Saya nak baliklah, sekarang dah lewat malam. Nanti kawan saya risau kat rumah tu."

"Aku rasa aku tahu macam mana nak pulihkan keadaan Taehyung...."

Cyaewon menoleh ke arah Jungkook dengan kening bertaut pelik. "Pulihkan? Maksudnya?"

Jungkook membalas renungan Cyaewon dengan maksud yang mendalam. Tangannya meraih jari-jemari Cyaewon dengan kemas.

"Tolong ubah Taehyung, demi masa depan dia, boleh? Aku rasa kau adalah gadis yang aku cari selama ni."




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top