˖⋆࿐໋₊ 0 1


«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»




Terlihat seorang lelaki muda yang setia bersama telefon pintarnya di tangan. Menunggu panggilan dari buah hati, itu buatkan hatinya resah. Rambutnya diramas kasar. Kini dia mengubah posisi baringnya kepada duduk bersila. Skrin telefonnya masih dipandang, berharap panggilan masuk.

Dia rindukan suara garau itu,

Dia rindukan gelak tawa itu,

Dia rindukan senyuman itu,

Kesemuanya! Dia rindu mati akan Jeon Jungkook yang sudah seminggu tidak menjejaki tempatnya.

Adakah buah hatinya itu sudah tawar hati? Tidak. Dia akan tetap menggoda lelaki itu sehingga jatuh ke dalam genggamannya. Sungguh, cintanya terlalu kuat kepada Jungkook. Sukar untuk dilepaskan.

Walaupun ditolak mentah-mentah, dia tetap berjuang demi cinta sejati. Tidak kisah orang berkata apa, janji dia bahagia dan pilihannya itu tepat dan kena dengan citarasanya.

Kreak~

Pintu bilik dibuka. Wajahnya diangkat lalu mimik mukanya berubah dingin. Cepat-cepat gadis itu mengunci pintu, ingin bersama lelaki yang sudah lama dia idamkan saat ini.
Penampilannya cukup menghairahkan namun tidak bagi lelaki muda itu. Dia jijik.

'Jungkook lagi cantik.'

"You----"

"Aku takde masa nak layan nafsu serakah kau. Keluar sekarang." Potongnya sebelum sempat gadis itu berkata. Jelas riak tergamam terpancar di wajahnya tatkala lelaki ini berani membuka mulut.

"Excuse me? Kerja you dibayar untuk layan customer macam I." Balas gadis itu dengan nada tertahan. Melihatkan lelaki itu santai bersahaja, langsung dia menerkam tubuh sasa itu lalu serta-merta badannya berada di atas lelaki tersebut.

Bibir gadis itu tersenyum menggoda, dielus lembut rambut kecoklatan itu ke atas sehingga menampakkan dahi bersihnya. Ingin dikucup namun pantas lelaki itu mengelak. Akibatnya, bibir mungil itu tercium tilam.

"Jangan kotor sangat. Lelaki tak suka perempuan macam tu." katanya pedas.

"You ni kenapa layan I macam ni? I akan report dekat boss you!" Belum sempat melangkah, lelaki itu berbicara lagi.

"Go ahead. Bagitahu dia, Kim Taehyung bagi layanan good service kepada Lee Dylla."

Sedikit membulat mata gadis bernama Dylla itu. "Macam mana you boleh tahu nama I?"

Taehyung meletakkan jari telunjuknya di bawah dagu, berfikir sejenak sebelum dia kembali mencapai telefonnya. Langsung dibuka laman web yang hangat tentang Lee Dylla.

"Siapa tak kenal? Perempuan bernafsu kuda macam kau?" Skrin besar itu dihalakan ke wajah Dylla. Gambarnya tidur bersama lelaki lain, bukan satu malah ramai. Merah padam mukanya bila Taehyung mula mengejek dirinya.

"Maaflah. Aku tak pakai barang expired. So please, you may go now."

Disebabkan malu yang tidak dapat dibendung, langsung Dylla keluar dari situ tanpa membalas apa-apa. Memalukan!

Taehyung melepaskan keluhan. Mindanya kembali menerawang kepada Jungkook.

"Aku rindukan kau, Kook."




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»





Cyaewon Park mengambil tempat di sofa empuk yang diduduki oleh rakannya. Muzik yang bingit disertai dengan lampu berkelipan itu buatkan kepalanya berpinar seketika. Langsung dicuit bahu rakan baiknya iaitu Lee Haeyul.

"Tempat apa kau bawak aku ni? Seramlah Haeyul... Kita balik jom." Cyaewon berkata dengan nada kurang senang. Bibir bawahnya digigit pelan tatkala Haeyul mencapai segelas air berwarna ungu pekat itu lalu diteguk rakus.

"Chill babe. Tempat ni best! I'm very sure you will enjoy it, come dance with me!" Usai membalas, Haeyul terus bangkit dari tempat duduknya lalu meloncat seperti orang hilang akal.

Cyaewon yang melihat perubahan Haeyul itu mula ketakutan. Sesekali tangannya diraih Haeyul, mengajaknya untuk menari tetapi dia menolak.

Terasa seperti seseorang mengambil tempat duduk di sebelahnya,langsung Cyaewon menjauhkan diri sedikit. Renungan nakal lelaki itu cukup buatkan hatinya resah.

"I'm Jay and you are---?"

Cyaewon terdiam. Pandangannya kembali dialih kepada Haeyul yang masih rancak menari. Tolonglah,dia tidak biasa dengan lelaki sebegini. Dari raut wajah bernama Jay itu, Cyaewon tahu ada niat tidak baik dari lelaki ni.

"Hey I'm talking to you sweety..." Dengan berani, Jay mencuit sekilas dagu runcing milik Cyaewon. Lantas gadis itu bangun dari duduknya,wajahnya jelas terkejut. Beg tangan miliknya dicapai lalu Cyaewon berjalan terus menuju ke bahagian lain.

Tidak sanggup dia berhadapan dengan lelaki miang! Haeyul pun satu,masa-masa ni juga abaikan dia seorang diri.

Sekarang Cyaewon tidak tahu berbuat apa. Patutkah dia pergi dan balik sahaja terus?

Tapi apa pula kata Haeyul nanti?

Sedang dia gusar berfikir,tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Kecut terus perutnya tatkala deruan nafas hangat itu menerpa di bahagian lehernya.

"L-lepaslah!!" Jeritnya kuat,berharap seseorang membantunya namun hampa.

"Shhh shhh... Jual mahal kan you dengan I? But nevermind, I suka jenis perempuan macam you. Jom ikut I masuk bilik."

Cyaewon hampir menangis bila suara ini milik Jay. Lelaki miang tadi! Belum sempat tubuhnya ditarik,langsung Cyaewon menampar pipi lelaki itu dengan kuat. Pelukkan di pinggannya terlepas,dengan peluang yang ada Cyaewon terus berlari.

"You ingat you boleh lari?"

Hatinya menggelabah bila suara itu seakan dekat. Nampaknya Jay tengah mengekorinya dengan senyuman di bibir. Pandangannya terancap pada satu pintu yang berada di hujung. Tanpa fikir panjang,Cyaewon terus masuk ke dalam.

Langsung dikunci tombol pintu itu. Jantungnya berdegup kencang. Bernasib baik juga pintu ni tidak berkunci dapatlah dia selamatkan diri.

Saat dirinya bernasib baik,baru Cyaewon perasan.

Bilik siapa ni?

Tubuhnya dipusing melihat keadaan bilik itu. Sunyi sahaja. Namun beberapa saat kemudian,telinga menangkap pintu bilik air yang baru dibuka. Bulat matanya memandang tubuh seorang lelaki yang baru keluar, mengikat tali bathrobe nya di bahagian pinggang.

Tatkala pandangan mereka bertemu,masing-masing mempamerkan riak wajah terkejut.


«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»








Your daddy ♡



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top