Teaser 3


“Zura tu ikhlas sayangkan awak, Raf. Sarah tak mahu bersaing dengan dia. Sarah ni latah. Kenapa Raf tak mahu faham? Zura tu jauh lebih baik berbanding Sarah. Sarah tak mahu sebab ni, kami bergaduh. Lagipun kami kerja bahagian yang sama. Kena bekerjasama untuk check barang, Raf. Sarah tak mahu ada masalah dengan Zura.”

Sekilas Asyraf berpaling. Kali ini dia benar-benar diam. Entah apa yang ada di fikiran lelaki itu, Sarah tidak tahu. 

Hingga kereta berhenti di tempat parkir, Asyraf tetap diam. Sarah pula yang merasa salah tingkah. Adakah kata-katanya mengundang marah Asyraf? Adakah dia bersalah? 

Asyraf melepas tali pinggang keledar diikuti Sarah berbuat demikian. Setelah turun dari kereta, Sarah menanti lelaki itu berbicara, namun sangkaan Sarah meleset. Diam. Asyraf bergerak meninggalkan tempat parkir itu seraya berjalan menuju ke lorong Moulding A. 

“Raf!”

“Cepat punch card, Sarah. Ada lagi 10 minit.”

“Raf, awak marah ke?”

“Marah ke tidak takde bezanya Sarah. Aku malas nak fikir.”

“Wow! Punch card sama-sama. Datang sekali ke Raf? Sarah?” Muncul Baizura mengambil kad dan memasukkan dalam mesin punch card. Kad disimpan di tempatnya semula. 

“Zura, tengah hari ni kau makan dengan siapa?” Asyraf lontar soalan. Baizura terkedu dengan pertanyaan Asyraf disertai mimik muka yang hairan. 

“Zura? Raf tanya Zura? Macam biasalah makan sendiri. Kalau cepat siap kerja, sempat makan dengan Nana dan Tania. Kenapa Raf?”

“Okey, tengah hari ni makan dengan aku ya?” Asyraf jeling Sarah. 

Sarah yang terpana dengan tindakan Asyraf cuma mampu diam. Dia tahu Asyraf sengaja buat begitu. Entah mengapa, rasa sakit yang dia dapat hari ini dengan tingkah Asyraf. 

“Serius ni Raf? Habis, Sarah?” Baizura pandang Sarah pula. Senyumnya kelihatan paling manis. 

“Kalau kau pun tak nak sudahlah. Aku makan dengan Amran saja.”

“Eh! Naklah Raf, tunggu!” Baizura mengejar Asyraf yang sudah meninggalkan tempat itu. 

#gadiskumisslatah
#arenayidin
#penerbitanaha
#comingsoon

arenayidin
10 March 2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top