Teaser 13


“Takpe Sarah. Perjuangan aku takkan berhenti di sini. Aku akan siasat. Aku bukan bodoh. Ini Zura la... Zura takkan mengalah. Zura takkan putus asa. Kalau kau dah kahwin nanti pun aku akan berjuang. Lagikan baru bertunang. Apalah sangat. Siap Sarah, aku akan buat perhitungan dengan kau nanti. Kau tunggu je Sarah.”

Teddy bear di atas katil pula diambil seraya dibaling ke dinding. Hampir saja terkena cermin meja soleknya. Habis bertaburan alat kosmetik di atas meja itu.

“Aku akan pastikan kau tak bahagia Sarah. Orang yang cari pasal dengan aku takkan hidup senang. Ini Baizura la... aku akan pastikan kau menyesal sebab dah buat aku macam ni. Kita tengok, sejauh mana permainan kau Sarah. Aku akan ikut. Dapat je celah, kau akan kena dengan aku. Ha ha ha!”

Ruang bilik itu bergema pula dengan ketawa Baizura. Puas hatinya dengan perancangan yang bermain di minda. Bayang-bayang kekecewaan Sarah buat dia semakin ingin ketawa.

“Haaa, Sarah, Sarah. Dahlah tak lawa, latah lagi. Memang kampung betullah kau. Macam tengok dramalah. Seronok pulak aku yang jadi watak antagonis. Kalau drama ni kan, Raf jadi siapa ya? Tinggi... hmm Zul Ariffin. Si pendek Sarah tu jadi Izreen Azminda. Aku? Aku jadi siapa? Pilih yang comel sikitlah kan sebab aku comel tapi selalu jadi watak jahat, haaa, Reen Rahim... Hahaha. Bijak kau Zura. Drama bermula.”

Bilik itu bergema pula dengan tepukan Baizura yang sedikit kuat disertai ketawanya yang tak putus. Gembira pula dia menjadi watak antagonis dalam drama di bawah arahannya sendiri mengalahkan pengarah Haykal Hanifah.

Seketika, pintu biliknya dibuka Feeza, rakan serumahnya.

“Astagfirullahhaladzim, Zura! Apa kau dah buat ni? Bersepah gila. Apa dah jadi ni?”

Nana dan Tania juga berlari anak ke bilik itu setelah mendengar bunyi suara tarzan milik Feeza.

“Serius arr kau Zura macam ni? Kecewa sebab Raf dah tunanglah ni?”

Tania cuba meneka. Nana pula hanya mampu tepuk dahi dan geleng kepala.


arenayidin
22 Julai 2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top