Bab 6
Kini sudah sebulan Hayfa bekerja di Halal Cafe.Dan selama tempoh itu juga,dia kerap bertemu dengan Faiq di kafe pada waktu malam.Baru Hayfa tahu,Faiq merupakan pelanggan setia di kafe itu.
Kata Sandy,kafe ini ialah kafe kegemaran Faiq dan seorang perempuan bernama Husna.Tapi dengar khabar perempuan itu telahpun meninggal dunia akibat kemalangan.
"Excuse me Hayfa,Faiq want to meet you.He's waiting for you outside" Kata Sandy sambil tangan lincah mengelap meja.
"Oh okay" Hayfa meninggalkan kerjanya lalu berjalan keluar dari kafe.Kelihatan Faiq sedang bersandar di keretanya sambil memandang ke arah skrin telefon.
"Kenapa nak jumpa saya?" soal Hayfa.Serta merta Faiq berpaling dengan kerutan di dahi.
"Ah sorry!I mean,why do you want to see me?" Hayfa menepuk dahi.Terlepas cakap melayu la pulak!
"Wait a minute.Are you Malaysians?" soal Faiq.
Teragak agak Hayfa mengangguk."Yes"
Faiq melepaskan keluhan sambil menggulingkan mata.Wajah Hayfa dipandang sekilas.
"Jom,ikut aku" Faiq memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
"Lah..maknanya betullah apa yang saya fikir selama ni." Hayfa memetik jarinya sambil tersenyum bangga.
"Kau fikir apa?"
"Mula mula tu saya fikir awak ni bukan Malaysia.Tapi lepas dengar nama awak,baru saya tahu awak ni orang melayu.Tapi kan,kenapa saya tak pernah dengar awak cakap melayu?" kata Hayfa panjang lebar.
Faiq memanjangkan tangannya lalu menjentik dahi Hayfa.
"Aku pun macam kau la.Aku tak pernah cakap melayu sebab orang dekat sini tak faham.Dah,jangan nak banyak cakap.Masuk cepat sebelum aku tinggal kau kat sini" arah Faiq tegas.
Hayfa mencebik.Kaki diaju memboloskan diri ke dalam tempat duduk belakang.
Pintu kereta sengaja dihempas kuat.Faiq berpusing ke belakang.
"Kau kenapa duduk belakang?Kenapa tak duduk sebelah ni?" soal Faiq.
"Sebab saya suka duduk belakang." jawab Hayfa ringkas.
"Ah takde takde,duduk depan.Kau jangan nak mimpi jadi anak ratu kat belakang ni." Arah Faiq.
Hayfa berjegil mata."Kenapa pulak?"
"Sebab aku bukan driver kau.Aku tak suka kalau orang duduk belakang kalau tempat duduk kat depan ni kosong" jawab Faiq dengan sebal.Tak sangka pula,Hayfa yang nampak pendiam rupanya suka menjawab.
Hayfa menjeling."Fine"
🌸🌸🌸
Sepanjang perjalanan,hanya radio saja yang memenuhi suasana mereka.Masing masing diam tidak berkutik.
Faiq memarkirkan keretanya di kawasan pusat membeli belah.Handbreak ditarik ke atas.
"Kita nak buat apa kat mall ni?" soal Hayfa memecahkan kesunyian.
"Kita nak memancing" jawab Faiq selamba sambil menanggalkan tali pinggang keledar.
Terjegil mata Hayfa mendengar jawapan itu.
"Eyy..berloyar buruk pulak.Saya tanya elok elok kan?" Hayfa menjeling.
"Then?Kau pun tahu kan orang datang mall sebab nak beli barang." balas Faiq seraya keluar dari kereta.
"Bagitau la..kita nak buat apa kat mall ni?" soal Hayfa lagi.Bajunya yang sedikit kedut dibetulkan.
"Eh?" Kening Hayfa bertaut tatkala Faiq memegang tangannya.
"Kau jangan salah faham.Aku pegang tangan kau sebab aku taknak kau hilang bila berjalan dengan aku nanti.Kau tu dah la pendek.Susah aku nak cari tengah orang ramai dalam ni" kata Faiq.
Hayfa mencebik.Ada ke pulak dikatanya aku ni pendek.Hey,aku tinggi okay.Faiq tu ja yang terlebih makan tiang.
Kakinya setia mengikut langkah besar Faiq.Tangan tetap memegang erat tautan lelaki itu.
Mereka berdua masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual pakaian.Faiq melepaskan pegangan tangan mereka.Dia menilik satu persatu pakaian yang tergantung di kedai itu.
"Hayfa,kau pergi cuba baju ni" kata Faiq sambil menghulurkan sehelai baju berwarna hitam.
"Err..okay" Meskipun ragu ragu,Hayfa hanya menurut.
Setelah beberapa minit,Hayfa keluar dari bilik mencuba pakaian.
"Urmm..awak?" panggil Hayfa ke arah Faiq yang sedang menilik pakaian lain.
Faiq berpaling."Kau selesa tak pakai baju tu?"
Hayfa mengangguk dalam kekeliruan.Apa sebenarnya tujuan Faiq membawanya ke sini?
"Miss,I'll take this one" kata Faiq kepada pekerja di situ.
"Nah,cuba yang ni pulak" Faiq menghulur pula baju lain yang disangkut di lengannya.
"Kejap,kenapa saya kena cuba semua baju ni?" soal Hayfa.
"Jangan banyak bunyi.Ikut je la apa yang aku cakap" balas Faiq.
Dengan penuh terpaksa,Hayfa menurut.Baju yang dihulur disambut kasar.
Dia cukup tak suka dengan perangai Faiq yang ditaktor.Suka sangat memaksa.Stress!
🌸🌸🌸
Setelah selesai membeli belah,Faiq mengajak Hayfa untuk makan tengahari di mall itu.
"Thank you" kata Faiq kepada pelayan yang menghantar makanan.
Mereka berdua pun menjamu selera mengisi perut yang sedang lapar.
Tiba tiba...
'Pak!'
Meja diketuk kuat oleh Hayfa.Terhinjut bahu Faiq kerana terkejut.Hampir sahaja kopi di dalam mulutnya tidak tersembur di wajah Hayfa.
"Kau dah kenapa main ketuk ketuk meja ni?" soal Faiq seraya mengelap bibirnya dengan tisu.Hayfa memincingkan matanya.
"Apa sebenarnya tujuan awak bawak saya ke sini?Awak tahu tak,dekat kafe tu banyak lagi kerja saya tak siap.Saya tak boleh keluar lama lama lah.Nanti bos saya marah macam mana?Lepastu saya yang kena pecat bukan awak.Dah la dekat Sepanyol ni susah nak cari kerja.Saya ni dah la duduk sorang lepastu nak kena sara dir--umph!!"
Belum sempat Hayfa menghabiskan kata katanya,bibirnya dikepit oleh jari Faiq.
Hayfa menepis jari Faiq yang mengepit bibirnya.Dia menjeling tajam.
"Kau telan apa masa kau kecik dulu?Peluru berpandu?" soal Faiq sinis.
Hayfa tidak menjawab.Sebaliknya menyedut minuman di dalam gelas.Malas betul mahu melayan Faiq.
"Pasal bos kau tu kau jangan risau.Aku dah bagitau Jack nak bawak kau keluar.Dan dia tak kisah pun kau keluar lama atau tak." Faiq terjeda seketika.
"Aku bawak kau ke sini sebab aku nak kau bekerja dengan aku mulai esok.Then baju baju yang aku beli tadi tu,kau kena pakai bila bekerja dengan aku.And yes,benda ni pun aku dah bagitau dekat bos kau.So kau jangan risau." Sambung Faiq lagi sebelum mencicip kopinya.
"What?!Kerja dengan awak?The hell no..a big no!" bantah Hayfa.Mimpi apa pulak tiba tiba kena tukar kerja ni?Dengan ditaktor garang pulak tu!
Faiq menggoyangkan jarinya dihadapan wajah Hayfa.
"Aku tak bagi kau pilihan kan?Jadi kau tak boleh tolak.Ini adalah arahan.Dan lepas ni kau kena panggil aku bos.Faham?"
Hayfa menghentak kakinya dengan muka cemberut.Dia tak suka bila dipaksa begini.
"No!Saya taknak faham dan taknak hadam pun arahan awak tu.Awak takda hak nak paksa saya macam ni.Look,saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya.Senang kata kita ni stranger.Jadi awak tak perlu susahkan diri untuk atur hidup saya sesuka hati." bantah Hayfa.
"Listen carefully Hayfa.Aku buat macam ni sebab nak elakkan kau dari orang jahat kat sini.Aku tolong kau bersebab Hayfa.Please dengar cakap aku." kata Faiq dengan lembut.Dia tahu Hayfa tak suka tapi dia perlu juga memaksa Hayfa kerana dia tak mahu kejadian yang sama berlaku lagi.
Hayfa terdiam.Dia mengeluh seketika.
"Fine,saya ikut awak"
----------------------------
Fuh,akhirnya siap jugak.Btw,sorry kepada readers yang tertunggu tunggu.Izz sendiri tengah pening nak buat jalan cerita.But its okay,everything gonna be alright later.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top