Bab 53 (Last chapter)

Muiz mengundur diri dari hospital. Bosan benar dia di situ,baik ambik angin di luar sahaja.

"Faiq,pinjam kereta" Itu sahaja ayatnya sebelum terus keluar dari laman hospital.

Muiz tiba tiba terfikir akan letupan rumah Harraz tempoh hari. Seperti tidak percaya,siapa yang letupkan rumahnya? Atau Harraz sendiri yang letupkan?

Muiz membelok ke kiri,jalan hendak ke rumah Harraz,sengaja mahu lihat tempat kejadian.

Sesampai sahaja di sana,ada jiran jiran yang berkerumun di situ. Muiz menjengah kepala. Rumah Harraz meletup secara keseluruhan. Namun mujur tidak mengganggu perumahan yang lain.

Muiz ingin menjejak masuk,namun ada pasangan suami isteri yang menghalangnya.

"Don't go inside! There are three bodies there." Kata si suami.

Muiz terhenti lalu mengangguk sahaja.

"Ada tiga mayat? Siapa lagi yang tinggal dengan Harraz?" Bisiknya sendiri. Tertanya tanya siapa yang sanggup tinggal dengan manusia syaitan itu.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke hospital semula.

Di dalam kereta,Muiz tak tenang memandu. Sibuk memikirkan mayat di dalam rumah Harraz.

'Zzzztt'

Telefonnya yang bergetar dicapai dengan sebelah tangan. Nama Raeez terpapar pada skrin.

"Yow"

"Kau kat mana sekarang? Aku nak guna kereta balik rumah Faiq ambik barang Hayfa"

"Kereta kau mana?"

"Anak buah aku guna. Cepat sikit"

"Oke-"

'Tutt' Talian terus ditamatkan oleh Raeez.

"Bapak arhh mamat ni. Camtu je dia letak" Bebel Muiz seorang diri.

1 jam kemudian.

"Dah ambik ke belum barang barang dia?" Tanya Muiz yang elok melentok pada sofa. Suasana ruang tamu itu masih berselerak sejak Hayfa diculik tempoh hari. Sibuk sangat di hospital sampai takda masa untuk kemas rumah.

"Dah,jom" Ajak Raeez sambil membawa beberapa beg.

"Eh kejap,fon aku tengah cas kat atas" Muiz bangun lalu berlari mendaki tangga. Bilik tidurnya dituju.

Lebih kurang sahaja biliknya dan ruang tamu. Berselerak walaupun Harraz tak pecah masuk pun biliknya. Maklumlah bilik orang muda..biasa lah tu kalau selerak sikit.

"Mana powerbank ni?" Setiap laci ditarik mencari powerbanknya.

"Ha sini pun kau-eh" Satu surat jatuh di kakinya. Muiz tenung lama.

Surat apa ni? Melihat tulisan di hadapan,baru dia teringat ini surat yang dia dapat di hadapan rumah haritu. Ya allah...macam mana boleh terlupa nak baca?

For: Bos Faiq, Hayfa, Muiz, Atan, Ikram dan Raeez.

Ya..surat ini. Dia masih ingat, surat ini yang dia nampak ketika dia menunggu Faiq pulang dari hospital.

Tapi..tiada nama pengirim. Pasti seseorang yang mereka semua kenal memandangkan surat ini dalam bahasa melayu.

Isi surat dibaca satu persatu. Dan,jantungnya mahu gugur. Ya Allah, ini surat dari Hani!

Semakin lama dia membaca isi surat itu,air matanya menitis laju.

🌸🌸🌸

"Muiz,faster-" Raeez terhenti seketika.

"ARGHHHH KENAPA? KENAPA MESTI KAU HANI?!"

Suara Muiz. Sedang memetir di atas dan menangis. Raeez bergegas naik ke bilik Muiz. Dan ketika itu...

'PRANGGG!'

Cermin pecah akibat ditumbuk kuat oleh Muiz. Tangannya berdarah,namun masih belum berhenti menumbuk serpihan kaca yang sudah pecah.

"Muiz!" Raeez menahan tubuh lelaki itu dari terus menumbuk cermin. Namun Muiz seperti dirasuk, tubuhnya masih gagah menumbuk dinding.

"SEMUA SALAH AKU!"

"Muiz bawak bertenang! Kau kenapa ni?" Selepas soalan itu diaju, Muiz lemah lalu jatuh ke lantai, mujur dipegang oleh Raeez.

"Cakap,kenapa kau macam ni?" Belakang Muiz ditepuk perlahan,menenangkan emosinya.

Muiz bagaikan adiknya sendiri. Tak rapat,namun Raeez juga seorang abang.

"Hani hantar surat untuk kita semua,tapi aku terlupa baca. Aku memang tak tahu surat tu dari dia. Aku menyesal, Hani dan family dia dah mati. Aku singgah rumah Harraz tadi, jiran jiran dia cakap ada tiga mayat kat dalam. Rupanya tu mayat Hani dan mak ayah dia" Muiz sambung menangis di bahu Raeez. Luluh hatinya sekarang.

"Aku cintakan dia,and dia pun cintakan aku. Mimpi aku haritu dah tunjuk sesuatu. Kami sama sama cinta, tapi Hani yang tinggalkan aku. Dan aku tak dapat selamatkan dia"

Benarlah mimpinya hari tu. Mereka berdua bahagia, tetapi tiba tiba sahaja si isteri berjalan ke arah laut,dan kaki Muiz tidak dapat bergerak untuk menyelamatkan isterinya.

Hani,cinta pertamanya.

" Kau risaukan aku ke?"

"Ye lah,dah kaki kau sakit,takkanlah tak risau.Kalau makin teruk macam mana?"

"Kau sayang aku?"

"Kau cakap apa?Tak dengar lah"

"Takda apa lah.."

Muiz genggam rambutnya. Kenapa dia tak luahkan perasaannya awal awal? Sekarang,dia kehilangan insan yang dia sayang. Tak ubah seperti kisah abangnya Faiq dahulu. Kehilangan arwah Husna sebelum sempat meluahkan perasaan.

"Aku nak Harraz. AKU NAK BUNUH DIA!!" Muiz kembali meronta,namun ditegah Raeez.

"Sudah Muiz! Harraz dah mati!"

"What? No,dia dah seksa Hani sekeluarga,dia dah pisahkan Faiq dengan Hayfa, dia kacau kehidupan kita. Tak semudah tu dia boleh mati. Dia kena rasa apa yang kita semua dah rasa!" Bentak Muiz,sungguh dia tak puas hati sekarang ini.

"Aku tahu semua tu,but trust me dia dah mati. Aku nampak dia kena bunuh masa hari Hayfa kena culik tu. Mayat dia dibuang dalam gaung. Aku nampak semuanya"

"Sudahla Muiz,kau rehat je. Aku nak pergi hospital hantar barang barang semua ni,lepastu kami balik sini. Doktor tak benarkan sesiapa teman Hayfa kat sana, dia masih dirawat." Pesan Raeez sebelum keluar dari bilik.

Tertutup sahaja pintu bilik, Raeez sandar kepala pada dinding. Sakit hatinya melihat Muiz begitu.

Muiz jarang begini. Orangnya ceria dan gembira. Tak mudah marah marah dan mengamuk seperti tadi. Hanya kerana kehilangan cinta pertama, dia jadi begitu.

"I feel you Muiz. Susah untuk terima hakikat cinta pertama sudah tiada. Tapi kisah aku lain, kisah kau dan Faiq lain. Kau hilang seorang perempuan sebab kecuaian kau. Aku hilang 'dia' sebab keegoan aku." Bisiknya perlahan sebelum telefonnya berbunyi.

"Mana kau Raeez,lama betul" Suara Atan kedengaran.

"On my way,lambat sikit sebab Muiz mengamuk" Anak tangga dituruni dengan laju. Bergegas mahu ke hospital.

"Kenapa?"

"Nanti aku cerita" Talian ditamatkan lalu masuk ke dalam perut kereta.

🌸🌸🌸

7 bulan kemudian~

Faiq kelam kabut memandu menuju ke rumah Hayfa. Dia sepatutnya keluar awal dari pejabat hari ini, tapi ada mesyuarat pula.

"Kau ni pun,mesyuarat tak habis habis. Hilang mood aku nak makan besar hari ni" Muiz dari tadi belum habis membebel di sebelah Faiq.

"Tahnya" Celah Atan yang duduk di belakang sambil menjengul kepala untuk merasai penghawa dingin.

"Diam boleh tak? Hayfa tak merungut pun,yang korang melebih kenapa?" Ikram di sebelah kiri bersuara.

"Macam tak pernah makan je korang ni" Raeez yang sedari tadi diam di sebelah kanan Atan turut bersuara.

"Cube la jadi macam aku. Rileks je, kan Faiq my prend?" Is yang duduk di atas riba Muiz mencelah juga.

"Kau boleh la rileks,duduk pun atas riba aku, tak sedar diri tu berat macam badak?" Muiz cuit pinggang Is di hadapannya.

"Siapa suruh ikut ramai ramai dalam satu kereta?" Is tenang menjawab.

Ya, 6 orang dalam satu kereta yang hanya mempunyai 5 tempat duduk. Alasannya sebab malas nak drive. Jadi terpaksa lah Faiq heret kesemuanya sekali.

"Panas la kat Malaysia ni" Atan mengeluh dari tadi. Penghawa dingin sudah dibuka paling kuat.

"Memang la..sini bukan negara kutub utara nak bersalji bagai"

"Dah sampai. Muiz, Is,duduk belakang" Arah Faiq tegas.

"What? Mana muat woii"

"Buat la macam mana pun bagi muat. Hayfa kena duduk depan" Faiq terus keluar untuk menjemput Hayfa yang sedang terkedek kedek berjalan dengan perut yang besar.

"Ishh, takpa lah ikhitar je lah" Muiz dan Is keluar dan masuk ke tempat duduk belakang.

"Ni macam mana ni?" Is garu kepala.

"Kau Is,duduk atas riba Raeez." Is akur lalu duduk di atas Raeez. Lelaki beku itu cuma diam.

"Habis kau nak duduk mana? Dalam bonet je lah Muiz" Atan ketawa.

"Tak,aku duduk atas kau hohoo..kejap kejap nak ambil barang" Muiz buka bonet.

"Sayang kenapa muka pucat je ni?" Tegur Faiq apabila melihat wajah Hayfa. Walaupun mereka berdua masih belum bersama, panggilan 'sayang' masih setia meniti di bibir Faiq.

"Takda lah,penat sikit" Hayfa senyum lalu masuk ke dalam kereta.

"Eh ramainya" Terkejut Hayfa melihat ada yang duduk di atas riba.

"Hmm..malas nak drive sangat. Ha duduk la dalam sempit tu" Faiq memulakan pemanduan menuju ke restoran mewah yang sudah ditempah. Mereka akan makan beramai ramai hari ini.

Beberapa minit pemanduan, Hayfa mula rasa tidak sedap badan. Perutnya sakit.

"A-abang" Hayfa pegang tangan Faiq yang masih di stereng.

"Hurm? Kenapa sayang? Lapar ye,sabar belum sampai lagi ni" Faiq tenang. Langsung tidak sedar yang Hayfa sudah mahu bersalin.

"Tak abang,perut saya sakit ni!" Ditampar kuat bahu Faiq. Geram betul.

"Eh,dia dah nak bersalin lah! Woii, nak terberanak dah tu!" Muiz menjerit kuat biar Faiq dengar.

"Sayang,kejap kejap,jangan bersalin lagi! Sabar abang bawak pergi hospital" Faiq mula gelabah.

"Cepat abang,sakit ni" Hayfa mulai berpeluh.

"Weh nak buat apa ni, karang terberanak,nanti nak tulis apa dalam sijil lahir? Orang lain lahir kat hospital,anak kau lahir dalam kereta. Cepat sikit setan bawak kereta tu lembap aduhmakk."

Kalau dihadapan sudah gelabah, manakala yang di belakang sudah kecoh. Masing masing mula bercakap dalam kesempitan.

"Jangan pijak kaki aku,sakit siot"

"Punggung siapa atas tangan aku ni?"

"Nah bubble wrap!" Muiz keluarkan segulung bubble wrap yang di simpan di bawah seat. Plastik itu diberi kepada Hayfa.

"Nak buat apa setan dengan bubble wrap sebesar alam ni??" Marah Faiq. Serabut dia jadinya. Dengan gelabah drive kereta,Hayfa nak bersalin,yang belakang pulak memekak,dengan sempitnya lagi, bubble wrap sebesar alam dalam kereta. Arghh stress!

"Picit tu Hayfa,nanti kau okay" Muiz memberi petua.

"Heh okay apa nya,dia tengah construction tu!" Bebel Ikram. Rimas dia di belakang. Menyesal pula ikut sekali. Makan besar sudah terbatal.

Dan hari itu, alhamdulillah mereka sempat sampai ke hospital walaupun dalam keadaan kelam kabut. Hayfa melahirkan seorang cahaya mata lelaki.

Mereka semua bersyukur Hayfa dan anaknya selamat,terutamanya Faiq. Dialah orang yang paling gembira sekali.

Mereka sudah berpisah, tapi anak itu tetap anak kandungnya. Hayfa meminta untuk fikirkan hal bersalin dahulu. Soal rujuk itu semua, nanti nanti sahaja.

Selepas beberapa minggu Hayfa di hospital, Faiq, Atan dan Muiz perlu kembali ke Sepanyol atas dasar kerja. Is mendapat kerja di satu kedai makan. Ikram pula kembali menjalankan tugasnya sebagai anggota polis. Raeez masih lagi dalam dunia gelapnya sekaligus menguruskan syarikatnya yang semakin maju.

Mia kini membantu ibunya menjaga butik pengantin yang sudah lama dibangunkan itu. Buat masa sekarang,dia dan Ikram masih berkawan seperti biasa,tiada apa apa hubungan serius lagi.

Muiz pula agak pendiam setelah kematian Hani, dia agak terkesan sejak itu. Pendiam pendiam pun,perangainya yang lama masih ada lagi.

Atan? Masih single dari dulu. Kekacakkannya adakala menarik perhatian perempuan,tapi tak ada satu pun yang dia berminat.

Hayfa membesarkan anak lelakinya, Tengku Ryan Hazriel di rumah ibunya. Namun tak lama selepas itu, ibunya memberitahu Faiq bahawa Hayfa sudah tidak tinggal bersamanya lagi.

Hayfa membawa diri dan anaknya ke tempat lain untuk menenangkan diri. Sejujurnya dia masih terkesan dengan apa yang berlaku sepanjang dia di Sepanyol. Penculikan,pembunuhan. Itu semua mampu membuatnya trauma.

Bawa diri ke mana? Entah, Puan Ima dan Mia pun tak tahu dia ke mana. Dan Faiq hanya mampu berdoa dari jauh untuk memelihara keselamatan Hayfa dan Tengku Ryan. Dia perlu bekerja lagi, dan rujuk semula bekas isterinya.

"Muiz,aku dekat airport ni. Jangan lupa ambil aku kat sana" Pesan Faiq sambil mengepit telefon di antara telinga dan bahu. Kedua tangannya penuh dengan barang barang. Dia kini berada di Indonesia atas dasar kerja,dan sekarang mahu pulang ke Sepanyol.

"Ya ya.. aku tak lupa. Tolong belikan aku-"

"Auchh! Sorry"

Telefonnya terjatuh kerana terlanggar orang. Barang yang dipegangnya tadi turut jatuh.

"I'm sorry too miss-" Faiq terhenti apabila menyedari perempuan di hadapannya.

"Hayfa" Faiq terngadah melihat Hayfa yang sudah bertudung litup. Manis dan cantik.

"Faiq" Hayfa juga terkejut. Namun tak lama itu dia tersenyum.

Cinta mereka berputik kembali.

Tamat

Ribuan terima kasih untuk readers yang sanggup tunggu Gadis Pujaan Boss ni sampai habis. Izz appreciate sangat. Maaf sebab slow update, Izz agak busy. Apa apa pun thanks again untuk yang baca,vote,komen,follow dan terima kasih jugak kepada silent readers. Nak dibandingkan dengan Isteriku Pinocchio,novel ni lah yang paling penat Izz nak habiskan. Akhirnya,tamat jugak.

Tunggu nanti Izz publish novel ketiga pulak. See you guys! Thank you💓

















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top